Anda di halaman 1dari 16

1.

Bincangkan secara kritis Gerakan Menguatkan Diri yang telah disarankan oleh
golongan reformis dalam usaha memodenkan China agar seiring dengan kuasa Barat dan
Jepun.

1. Pengenalan
Dalam tahun-tahun 1850-an, berlaku beberapa peristiwa penting yang
mempengaruhi perkembangan politik dan sosial negeri China. Dari tahun 1850 hingga
tahun 1864, meletus Pemberontakan Taiping dan dari tahun 1856 hingga tahun 1860,
berlaku Perang Arrow. Peristiwa pertama melibatkan orang Manchu dengan orang Cina
sementara peristiwa kedua melibatkan negeri China dengan Barat. Kedua-dua peristiwa
itu mempunyai pengaruh yang kuat untuk memaksa kerajaan China melancarkan
Rancangan Menguatkan Diri(Tsu-chiang), 1861-1894. Keputusan kerajaan China tersebut
adalah sebagai langkah untuk mengembalikan keagungan negeri China seperti di zaman
lampau dan dengan ini akan dapat dipulihkan semula yang telah tercemar.

2.0 Sebab-sebab Rancangan Menguatkan Diri Dilancarkan


2.1 Pemberontakan-pemberontakan dalam Negeri.
Pemberontakan-pemberontakan yang dilancarkan oleh orang Cina terhadap
kerajaan Manchu seperti Pemberontakan Taiping (1850-64), Pemberontakan Nien (185368) dan Pemberontakan Islam (1855-73) tidak sahaja menjejaskan kewangan kerajaan
tetapi juga maruah dan kewibawaan Manchu. Apabila pemberontakan berlaku,
ketidakupayaan Manchu terbukti kerana tanpa bantuan golongan gentri atau golongan
pertengahan seperti Tseng Kuo-fan dan Li Hung-chang, Manchu tidak akan berjaya

menumpaskan pemberontakan tersebut. Kejayaan kerajaan Manchu menumpaskan


pemberontakan juga atas bantuan kuasa-kuasa Barat. Peristiwa ini sudah tentu
menjatuhkan maruah Manchu di mata orang Cina dan juga Barat. Oleh kerana itu,
kerajaan Manchu hendaklah mengambil langkah-langkah yang boleh mengekalkan
kedudukan mereka sebagai tuan yang memerintah dan dihormati oleh rakyat.

2.2 Pencerobohan Barat


Kehadiran Barat di negeri China benar-benar mencelikkan mata orang Cina.
Kehadiran mereka telah mendedahkan kelemahan pentadbiran dan ketenteran kerajaan.
Dalam dua peperangan dengan British (Perang Candu dan Perang Arrow), negeri China
dikalahkan dengan begitu mudah dan terpaksa menandatangani perjanjian-perjanjian
yang merugikan negeri China sendiri. Setelah mengetahui negeri China tidak berupaya
menentang, negara-negara Barat yang lain seperti Rusia mengambil kesempatan
sepenuhnya untuk mengenakan tekanan ke atas China. Rusia telah berjaya memaksa
negeri China menandatangani perjanjian pada bulan November1860.
Ekoran daripada peristiwa tersebut, beberapa orang pemimpin China termasuk
para sarjana menyedari bahawa negeri China jauh ketinggalan dalam menguasai
teknologi ketenteraan moden seperti yang dicapai oleh negara-negara Barat yang
membolehkan mereka menjadi kuasa yang kuat.
Sehubungan dengan ini, sarjana Feng Kuei-tan(1809-74) berpendapat kelemahan
negeri China adalah disebabkan oleh kejahilannya mengenai dunia luar dan teknologi
barat. Beliau menegaskan negeri China boleh maju dengan penggunaan ilmu
pengetahuan dan teknologi barat yang selama ini tidak diketahui oleh negeri China

kerana dasar pemencilan diri(isolasi). Oleh itu, pengetahuan barat hendaklah dipilih dan
digunakan.

2.3 Sokongan Golongan Pertengahan dan Pihak Istana


Selain golongan sarjana, Gerakan Menguatkan Diri juga mendapat sokongan
daripada golongan pertengahan seperti Tseng Kuo-fan(1811-72), Li Hung-chang(18231901) dan Tso Tsung tang(1812-85). Atas daya usaha mereka, beberapa kilang senjata,
kilang perindustrian, syarikat dan lain-lain dibina.
Pihak istana pula menunjukkan kecenderungan kepada Gerakan Menguatkan Diri
setelah Tsai-chuan menaiki takhta kerajaan menggantikan Maharaja Hsien-feng yang
meninggal dunia pada bulan Ogos 1861. Putera Kung dan Maharani Dowager(tsu-hsi)
merupakan dua orang pemimpin yang memainkan peranan utama dalam mempengaruhi
raja supaya merestui gerakan tersebut. Pada bulan November 1861, Putera Kung dengan
kerjasama Maharani Dowager telah merampas kuasa dari Putera I dan Putera Cheng yang
menjawat jawatan Pemangku Raja. Raja Tsai-chuan yang menggantikan Maharaja Hsienfeng kemudiannya menggunakan gelaran Maharaja Tung-chih. Oleh kerana itu, Gerakan
Menguatkan Diri juga dikenali sebagai Restorasi Tung-chih.

2.4 Kebangkitan Kuasa Jepun di Bawah Maharaja Meiji.

Pada tahun 1867, Shogun Tokugawa yang memerintah Jepun sejak tahun 1603
telah meletakkan jawatan dan kuasa pemerintahan diserahkan kepada Maharaja Mikado
Mutsuhito yang menggunakan gelaran Maharaja Meiji(1867-1912). Ketika pemerintahan

Meiji, negeri Jepun telah berubah dengan begitu pesat. Pada tahun 1871, negeri Jepun
dengan rasminya menamatkan sistem feudal dan Jepun diperintah secara langsung oleh
kerajaan pusat di Yedo(Tokyo). Sejak tahun 1870, perindustrian mula berkembang
mengikut corak yang terdapat di negara-negara Barat. Sejak tahun 1870, Jepun
menerapkan corak ketenteraan barat dalam tentera Jepun dan pada tahun 1873, Jepun
berjaya menubuhkan Tentera Kebangsaan Jepun. Kebangkitan Jepun begitu mendadak
telah menjadi ancaman kepada China dan secara tidak langsung telah meningkatkan lagi
kesedaran pemimpin-pemimpin China bahawa Gerakan Menguatkan Diri perlu
disegerakan.

3.0 Hubungan Diplomatik


Tokoh

yang

memainkan

peranan

penting

dalam

penubuhan

Tsunglin

Yamen(Pejabat Hal Ehwal Luar) ialah Putera Kung. Beliau telah berusaha menyakinkan
pihak istana betapa perlunya dijalankan dasar yang memberi layanan baik kepada orangorang asing. Beliau menegaskan dasar ini akan dapat mengelak daripada tercetusnya
permusuhan dan pertempuran dengan kuasa-kuasa Barat. Atas kegigihan beliau, akhirnya
pihak istana menyetujui penubuhan Tsunglin Yamen pada 11 Mac 1861 dan beliau sendiri
menjadi ketuanya. Badan ini diletakkan di bawah Majlis Tertinggi yang diketuai oleh
Putera Kung.

Badan ini diberi tugas mengendalikan urusan perhubungan antara China dengan
negara asing khususnya dengan Barat. Keanggotannya tidak tetap iaittu dan tiga orang
ahli menjadi enam dan kemudian pada tahun 1869, keanggotannya meningkat kepada

sepuluh orang. Di peringkat awal, ahli-ahlinya terdiri daripada putera-putera raja,


menteri-menteri dan ketua-ketua jabatan tetapi kemudiannya dilantik pegawai-pegawai
yang mahir dalam bidang hubungan luar.
Badan ini tidak sahaja terlibat dalam hal-hal hubungan luar tetapi juga dalam
beberapa projek pembaharuan. Badan ini telah merancang penubuhan sekolah-sekolah
moden, sains barat, perindustrian dan perhubungan. Walaubagaimanapun, badan ini
mengalami beberapa masalah dalam menjalankan tugasnya. Ini disebabkan masih ada
golongan konservatif yang tidak bersetuju untuk mewujudkan hubungan luar dengan
kuasa Barat. Sementara pihak Barat pula mahukan badan ini menjalankan langkahlangkah yang lebih aktif supaya matlamatnya tercapai.
Disebabkan adanya kesedaran tentang keperluan diadakan hubungan dengan
Barat, maka pada tahun 1866 satu perwakilan dari negeri China yang diketuai oleh Pinchun dan dibantu oleh Robert Hart telah berangkat ke Eropah. Kemudian pada Mei 1868
dengan bantuan Ansan Burlingame, wakil Amerika Syarikat di China, satu perwakilan
China telah melawat Amerika Syarikat. Di Amerika Syarikat, perwakilan China itudiberi
sambutan dengan meriah. Kemudian dari Amerika, perwakilan China itu berangkat ke
Landon dan disambut oleh Queen Victoria. Tetapi perwakilan China itu tidak mendapat
sambutan meriah di Perancis.
Selain Amerika Syarikat, England dan Perancis, perwakilan China itu juga
melawat

Copenhagen(Denmark),

Stockholm(Sweden),

St.Petersberg(Rusia),

Berlin(Jerman), dan Brussel(Belgium). Perwakilan China pulang ke tanah air pada bulan
Oktober 1870. Hasil dari lawatan itu hubungan yang lebih baik dengan Barat, kerajaan
China telah melantik perwakilan-perwakilannya di seberang laut seperti di Landon pada

tahun 1877, Berlin pada tahun 1877, Paris pada tahun 1878, Washington pada tahun 1878
dan St.Petersberg pada tahun1879.
Sungguhpun hubungan China dengan Barat di peringkat kerajaan bertambah baik,
namun sikap masyarakat Cina terhadap orang asing masih tidak berubah terutama sikap
anti-Kristian. Dalam bulan Ogos 1868, terjadi rusuhan di Yang-chow apabila orang Cina
telah menyerang tempat-tempat ibadat masyarakat Kristian. Kemudian diikuti oleh
peristiwa Pembunuhan Tientsin pada tahun 1870. Dalam kejadian itu, orang Cina telah
memusnahkan rumah anak-anak yatim Roman Katholik, gereja, membunuh seorang
konsul Perancis, dua orang paderi, sepuluh rahib perempuan dan tujuh orang asing.
Peristiwa ini menyebabkan hubungan China-Perancis menjadi runcing. Namun demikian,
kedua-dua pihak cuba mencari jalan penyelesaian. Kerajaan China bersetuju membayar
ganti rugi berjumlah 400,000 tael.
Pada awal tahun 1875, hubungan China dengan British pula terjejas ekoran dari
peritiwa Pembunuhan Augustus Margary, Penolong Konsul British. Beliau telah
ditugaskan ke Yunan untuk membuat kajian mengenai rancangan menbina jalan kereta
api dan perdagangan antara Burma Utara dengan Yunan. Malangnya beliau dan
rombongannya telah diserang hendap dan dibunuh. Pihak British dengan tegas
menyatakan bahawa pihak China bertanggungjawab walaupun perkara itu belum begitu
jelas. Sebagai jalan penyelesaian, pada 13 September 1876, kedua-dua pihak
menandatangani Konvensi Chefoo. Mengenai pembunuhan Margary, kerajaan China
bersetuju membayar ganti rugi berjumlah 200,000 tael. Sungguhpun hubungan antara
masyarakat Cina dan asing terganggu namun ia tidak menjadi penghalang kepada usaha

kerajaan China untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan menghantar perwakilanperwakilan China ke negara-negara Barat.

4.0 Perubahan Dasar dan Pentadbiran


Selepas tahun 1860, tanda-tanda menunjukkan adanya kerjasaa antara negeri
China dengan negara-negara Barat. Pihak Barat terutama Amerika Syarikat melalui
wakilnya, Anson Brulingame telah berusaha mewujudkan hubungan tersebut. Pihak
China telah menunjukkan dasar tolak ansur terhadap Barat. Ini terbukti apabila kerajaan
China mengumumkan bahawa wakil-wakil asing tidak perlu melakukan kowtow di
hadapan raja. Keputusan ini dibuat kerana China sedar perlunya tolak ansur dalam soal
adapt demi mengelakkan berlakunya pergeseran yang boleh membawa kepada
tercetusnya peperangan.
Dalam aspek pentadbiran dalam negeri, perubahan besar telah dilakukan apabila
pemerintah Manchu telah mengambil lebih ramai orang Cina memegang jawatan-jawatan
tinggi kerajaan seperti jawatan gabenor dan Gabenor Jeneral. Perubahan ini dilakukan
untuk mengelak rasa tidak puas hati di kalangan orang Cina.Tindakan ini terpaksa
diambil kerana sentiment anti-Manchu di kalangan orang Cina keturunan Han masih
menebal dan keyakinan terhadap pemerintahan Manchu yang telah menurun akibat
kekalahan China dalam Perang Candu dan Perang Arrow. Oleh itu, dengan tindakan
mengambil lebih ramai orang Cina dalam pentadbiran kerajaan, diharapkan orang Cina
akan memberi kerjasama kepada pemerintahan Manchu. Dengan ini juga tidak akan
timbul

tuduhan

pemerintah

Manchu

mangamalkan

dasar

pilih

kasih

dalam

pentadbirannya. Hasilnya lebih ramai orang Cina memegang jawatan gabenor dan

gabenor janeral dibandingkan dengan orang Manchu sendiri.Contohnya antara tahun


1861 hingga 1890, terdapat 34 orang Gabenor Janeral berturunan Cina berbanding
dengan hanya 10 orang Manchu dan 104 Gabenor keturunan Cina, berbanding dengan 13
orang Manchu.
Seterusnya kerajaan China juga telah mengambil ramai pegawai dari Barat untuk
berkhidmat di negeri China. Antaranya ialah Horatio Nelson Lay, seorang pegawai
British yang dilantik oleh Putera Kung sebagai Ketua Pengasas Kastam. Beliau mula
menjalankan tugasnya pada tahun 1861. Tempat beliau kemudian diganti oleh Robert
Hart, seorang pegawai bangsa Irish. Ketika ini, terdapat kira-kira 252 pegawai bangsa
British dan 156 pegawai Barat yang lain dari 16 buah negara. Menjelang tahun 1863,
sistem perkhidmatan kastam baru telah dilaksanakan di Bandar-bandar seperti Shanghai,
Canton, Swatow, Amoy, Foochow dan Ningpo.
Selain itu, pemerintahan Manchu berusaha mendapatkan khidmat dari golongan
bijak pandai dalam perkhidmatan awam dan dalam jabatan-jabatan kerajaan. Ini
bertujuan untuk mewujudkan suatu pentadbiran yang lebih progresif. Pegawai-pegawai
yang bersemangat tinggi perlu menjayakan rancangan pembaharuan dalam negeri.

5.0 Pembaharuan Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan


Memandangkan hubungan China-Barat yang semakin rapat, timbul kesedaran
perlunya dipelajari bahasa-bahasa asing. Atas kesedaran tersebut, pada tahun 1862
ditubuhkan Tung Wen Kuan di Peking atas saranan Putera Kung. Ia merupakan maktab
bahasa yang pertama dibina di negeri China. Tujuan utama penubuhannya ialah untuk
membolehkan pegawai-pegawai China mempelajari dan menguasai bahasa asing. Dengan

cara ini, mereka boleh berhubung secara langsung dengan pegawai-pegawai asing tanpa
menggunakan jurubahasa asing. Selama ini, H.N. Lay bertugassebagai jurubahasa kepada
kerajaan China. Maktab ini telah melahirkan ramai pegawai diplomatic China.
Setelah Tung Wen Kuan menunjukkan kejayaan, pemimpin-pemimpin China
berpendapat maktab yang sama perlu ditubuhkan di tempat-tempat lain. Hasilnya maktab
yang sama didirikan di Shanghai pada tahun 1863 atas daya usaha Li Hung-chang, di
Canton pada tahun 1864 atas daya usaha Jui-lin dan di Foochow pada tahun 1866 atas
daya usaha Tso Tsung-tang.
Pada akhir 1866, Putera Kung telah mendesak maharaja supaya kurikulum Tung
Wen Kuan dikembangkan dan ternyata pandangan beliau itu mendapat perhatian.
Perubahan telah dilakukan dan ilmu pengetahuan lain diperkenalkan seperti astronomi,
matematik, sains, ekonomi,politik,undang-undang antara bangsa dan lain-lain lagi. Ketika
ini, Hsu Chi-yu telah dilantik menjadi pengetua maktab.
Tenaga-tenaga pengajar asing telah diambil untuk mengajar di maktab tersebut.
Salah seorang daripada mereka ialah W.A.P. Martin, berbangsa Amerika yang memulakan
tugasnya sebagi profesor pada 1864. Pada tahun 1869, beliau dilantik menjadi pengetua
maktab.
Negara-negara Barat telah memberi kerjasama dalam usaha mengembangkan
pendidikan di negeri China. Dengan bantuan Barat, ditubuhkan maktab-maktab peringkat
tinggi yang akhirnya menjadi universiti. Pada tahun 1865, America Prestryterinns telah
mendirikan maktab di Tengchow yang kemudiannya menjadi Universiti Wunchang. Pada
mulanya pertubuhan Kristian memainkan peranan penting dalam perkembangan
pendidikan peringkat tinggi tetapi kemudiannya diambil alih oleh kerajaan China.

Untuk meningkatkan lagi bidang pendidikan dan meramaikan bilangan orang


Cina yang berpelajaran, kerajaan China telah menghantar ramai pelajar Cina ke seberang
laut. Misalnya, antara tahun1872 dan 1881, kira-kira 30 orang pelajar ke Britain dan
Perancis untuk mengikuti latihan teknik. Pelajar-pelajar tersebut ditugaskan di
Limbongan Foochow setelah mereka kembali ke tanah air.
Malangnya rancangan untukmenghantar pelajar-pelajar China ke seberang laut
seterusnya telah dihentikan pada tahun 1881. Peristiwa ini berlaku kerana timbul
perasaan tidak puas hati di kalangan ibu bapa dan masyarakat terhadap pelajar-pelajar
Cina yang telah berubah sikap dan tidak menghiraukan adapt resam setelah mendapat
pelajaran di seberang laut. Ramai pelajar Cina telah berkahwin dengan gadis-gadis Barat
dan memeluk agama Kristian.
Untuk meningkatkan perkembangan pendidikan dan ilmu pengetahuan, usahausaha terjemahan dijalankan terhadap buku-buku tulisan barat ke dalam bahasa Cina.
Dalam perkara ini, Tsunglin Yamen dan Robert Hart turut memainkan peranan penting.
Hasilnya, dengan kerjasama W.A.P. martin, sebuah buku tulisan Henry Wheatson
mengenai undang-undang berjudul berjudul Elements of International law telah
diterjemahan ke dalam bahasa Cina pada tahun 1862. hasil penterjemahan itu diserahkan
kepada Tsunglin Yamen pada tahun 1864 dan kemudiannya dicetak. Buku-buku sains
Barat juga diterjemah ke dalam bahasa Cina. Hasilnya kira-kira 173 buah buku bejaya
dikumpul dan diterjemahkan. Dalam perkara ini, John Fryer iaitu seorang yang berbangsa
British telah memainkan peranan penting.

6.0 Pembaharuan Ekonomi


Li Hung chang menegaskan bahawa kelemahan negeri China adalah disebabkan
oleh kemiskinan dalam bidang ekonomi. Bagi kuasa-kuasa Barat, kekuatan mereka tidak
sahaja mempunyai kelengkapan perang moden tetapi juga ekonomi yang kukuh. Oleh itu,
negeri China hendaklah menguatkan ekonominya dan dengan ini mampu membentuk
pasukan tentera yang kuat. Rancangan-rancangan ekonomi akan dilaksanakan bersama
iaitu oleh kerajaan dan golongan saudagar. Rancangan-rancangan oleh golongan saudagar
akan diawasi oleh pegawai-pegawai kerajaan. Beberapa rancangan ekonomi telah
dirancang dan setengah daripadanya telah dilaksanakan.

6.1 Kilang Perusahaan


Pada tahun 1878, didirikan kilang kain bulu di Lanchow atas daya usaha Tso
Tsung-tang. Manakala Pada tahun 1878, didirikan kilang kain kapas di Shanghai atas
daya usaha Li Hung-chang. Tetapi kilang ini tergendala buat seketika dan pada tahun
1887, ia diteruskan oleh Shang Hsuan-huai. Pada tahun 1890, kilang ini mula
mengeluarkan kain-kain yang bermutu.
Pada tahun 1891, didirikan kilang kain kapas di Wuchang atas daya usaha Chang Chihtung. Kilang yang kedua dibina pada tahun 1894.
Pada tahun 1891, kerajaan telah mendirikan kilang membuat kertas di Shanghai dan
kilang simen berhampiran lombong arang batu Kaiping.

6.2 Perlombongan
Pada tahun 1876, telah dibuka lombong arang batu Kaiping di utara Tien-tsin atas
daya usaha Li Hung-chang. Tong King-sing dilantik sebagai pengurus. Lombong ini
menghasilkan kira-kira 250 000 tan arang batu setahun. Kebanyakan hasil arang batu dari
lombong itu dipasarkan di bahagian utara terutama untuk kegunaan kapal-kapal
kepunyaan China Merchants Steam Navigation Company. Pada tahun 1883, ditubuhkan
Kaiping Mining Company.Pada tahun 1890, dibuka lombong besi di Ta-yeh di Hupei atas
daya usaha Chang Chih-tung.Pada tahun 1890, dibuka lombong arang batu dan besi Han
Ha-ping.

6.3 Pertanian
Kerajaan telah menggalakkan golongan petani mengusahakan semula tanah-tanah
pertanian yang terbengkalai akibat pemberontakan. Selain dari itu, kerajaan menjual
tanah-tanah kepada petani-petani dengan harga yang murah sebagai galakan kepada
golongan petani untuk memajukan bidang pertanian. Kerajaan telah memberi bantuan
kepada golongan petani seperti benih-benih yang baik. Ini bertujuan untuk mengatasi
masalah petani dan di samping itu dapat membantu golongan petani meningkatkan hasil
keluaran.
Kerajaan telah berusaha membuka kawasan-kawasan baru seperti kawasan
pertanian di wilayah Sinkiang. Tindakan ini bertujuan untuk mengatasi kekurangan tanah
pertanian. Selain itu, kerajaan telah membenarkan orang Cina berpindah dan membuka
tanah pertaian di Manchuria.

Kerajaan telah membina serta membaiki sisitem tali air dan perparitan. Tindakan
ini bertujuan untuk mengatasi masalah golongan petani seperti masalah bekalan air dan
mengelakkan banjir.Selain itu, kerajaan membina kolam-kolam simpanan air untuk
digunakan dalam masa kemarau.
Kerajaan juga telah mengurangkan cukai pertanian yang bertujuan untuk mengurangkan
beban golongan petani.

6.3 Alat Perhubungan dan Pengangkutan

Pada tahun 1871, kerajaan China telah menubuhkan Imperial Telegraph


Administration. Hubungan telegraf yang pertama ialah antara Bandar Tsientsin dengan
Shanghai pada tahun 1881. Dua dekad kemudian, Terdapat bandar-bandar utama di
negeri China.
Pada tahun 1872, ditubuhkan China Merchants Steam Navigation Company di bawah
kelolaan Li Hung-chang. Syarikat ini merupakan Gabungan antara kerajaan dan swasta.
Penubuhannya adalah hasil desakan Shang Hsuan-buai dan Li Hung-chang sendiri yang
bertujuan untuk memecahkan monopoli British dalam bidang pengangkutan di negeri
China. Walaupun ia merupakan syarikat baru tetapi telah menunjukkan kemampuannya
dalam bidang tersebut.
Untuk meningkatkan pembangunan ekonomi, kerajaan telah membina alat-alat
perhubungan seperti jalan kereta api. Jalan kereta api yang mula-mul dibina ialah antara
Shanghai dan Wusang pada tahun 1876. Jalan kereta api lain yang siap dibina ialah antara

Kaiping dan Tientsin pada tahun1888, antara Kaiping dan Shanhaikuan pada tahun 1894
dan antara Kaiping dan Peking pada tahun 1896.

7.0 Pembangunan Angkatan Tentera


Pembesaran dan permodenan angkatan tentera China mendapat perhatian utama
di kalangan pemimpin-pemimpin China. Putera Kung percaya kekalahan China dalam
peperangan menentang Barat bukan kerana kelemahan tentera China tetapi berpunca dari
kekurangan alat kelengkapan perang yang moden. Oleh itu, beliau menegaskan supaya
negeri China membina alat kelengkapan perang sendiri dan dalam masa yang sama
membelinya dari negara-negara Barat. Atas pandangan beliau itu, beberapa kilang
persenjataan telah didirikan.Pada tahun 1865, dibina kilang senjata Kiangnan di Shanghai
atas daya usaha Tseng Kuo-fan dan Li Hung-chang. Ia termasuk pembinaan limbungan
kapal. Kilang ini mengambil kira-kira 2000 pekerja. Ia mengeluarkan alat-alat senjata,
meriam, peluru dan bot peronda. Antara tahun 1868 dan 1872, ia telah berjaya membina
lima buah kapal perang tetapi bermutu rendah.
Pada tahun 1866, dibina kilang senjata dan limbungan kapal di Foochow atas daya usaha
Tso Tsung-tang. Kilang senjata dan limbungan kapal ini dikendalikan oleh juruteknik di
Perancis. Antara tahun 1867 dan 1874, sebanyak lima belas kapal telah dibina di
sini.Pada tahun 1867, dibina kilang senjata di Nanking atas daya usaha Li Hung-chang.
Dalam tahun yang sama dibina kilang senjata di Tientsin.
Selain membina kilang-kilang senjata, kerajaan China mengambil keputusan
untuk memodenkan angkatan lautnya. Putera Kung telah mengarahkan Robert Hart
supaya menghubungi Tuan Lay yang sedang berada di England supaya membuat

rundingan dengan kerajaan British bagi emnempah lapan buah kapal perang untuk
angkatan laut China. Malangnya Tuan Lay telah bertindak sendiri yang menyebabkan
terjadi perselisihan faham antara Putera Kung dengan Kapten Sheapard Osbon. Tuan Lay
mencadangkan Kapten Osbon mengetuai angkatan itu. Sebaliknya Putera Kung mahu
Kapten Osbon mengikut arahan dan pemerintah wilayah di mana beliau ditugaskan tetapi
beliau menolak. Akhirnya kapal perang yang dijangkakan tiba pada September 1863 telah
ditarik balik. Tuan Lay telah bersara dan tempatnya diambil alih oeh Robert Hart.
Tindakan kerajaan China selanjutnya ialah menubuhkan maktab tentera laut untuk
pelatih pegawai-pegawai angkatan laut China. Pada tahun 1880, ditubuhkan Maktab
Tentera Laut Tientsin dan Whampoa. Kemudian pada tahun 1890, ditubuhkan pula
Maktab Tentera Laut Nanking.
Sungguhpun berlaku beberapa masalah, akhirnya kerajaan China berjaya
membentuk tiga armada menjelang tahun 1884 iaitu Armada Nanyang yang mengandungi
17 buah kapal perang, Armada Peiyang yang mengandungi 15 buah kapal perang dan
Armada Hokkien yang mengandungi 11 buah kapal perang.
Selain latihan dalam negeri, kerajaan China telah menghantar pegawai-pegawai
angkatan laut China ke seberang laut menjalani latihan. Pada tahun 1884, seramai 13
orang pegawai kadet angkatan laut telah dihantar ke Britain, Perancis dan Jerman.
Sungguhpun usaha gigih telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin China untuk
membangunkan angkatan tentera China dan sekaligus memulihkan imejnya sebagai
kuasa terkuat di timur jauh, namun ternyata matlamat itu tidak tercapai. Ini terbukti
apabila China mengalami kekalahan dalam peperangan dengan Perancis pada tahun

1884-85. Seterusnya China dikalahkan pula oleh Jepun dalam Perang China-Jepun pada
tahun 1894-95 dan kekalahan ini dianggap peristiwa yang sangat memalukan China.

8.0 Penutup

Anda mungkin juga menyukai