Anda di halaman 1dari 2

SELANGOR Nama Opu Kelana Jaya Putera dan saudaranya tercatat dalam sejarah negeri Selangor apabila mereka

menyerang Linggi untuk mempertahankan orang Bugis Selangor. Kisah bermula apabila beberapa orang bugis Selangor yang memasang belat untuk menangkap ikan di Kuala Linggi1. Lalu datanglah orang suruhan Penghulu Linggi untuk mengutip hasil daripada tangkapan yang dibuat oleh orang bugis Selangor tersebut. Namun, orang-orang bugis Selangor tersebut menyatakan bahawa pekerjaan yang mereka lakukan adalah bukan di dalam kawasan Linggi tetapi di mana-mana laut sekalipun mereka mendapatkan rezeki2. Oleh itu, pulanglah kembali orang suruhan Penghulu Linggi dan mengkhabarkan kepadanya peristiwa tersebut dan menyatakan betapa sombong dan bongkaknya sikap orang bugis itu lalu Penghulu Linggi mengarahkan beberapa orang suruhannya untuk berkeras menggunakan kekerasan bagi menangkap orang bugis tersebut3. Namun orang bugis Selangor tersebut melawan dan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan tikam menikam. Hal ini menyebabkan orang suruhan Penghulu Linggi terpaksa berundur meminta bantuan dari Penghulu mereka. Lalu pulanglah orang bugis tersebut semula ke Selangor4. Penghulu Linggi dan orang-orang suruhannya pergi ke kuala untuk berdepan dengan orang-orang bugis tersebut. Setelah melihat bugis tersebut telah tiada dan hanya meninggalkan belatnya, lalu belat tersebut diambil dan diserahkan kepada Penghulu mereka. Penghulu Linggi kemudiannya mencincang-cincang belat tersebut5 lalu dihantar ke Selangor kepada Opu Kelana Jaya Putera dan saudaranya. Setelah orang suruhannya pulang dari menghantar belat tersebut, Penghulu Linggi mengarahkan anak buahnya untuk

1 2

Raja Ahmad dan Raja ali Haji (1982), Tuhfat Al-Nafis, Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlmn 76. Ibid. 3 Ibid. 4 Ibid. 5 Raja Ahmad dan Raja ali Haji (1982), Tuhfat Al-Nafis, Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlmn 77.

membuat kubu kerana pada waktu itu linggi diperintah oleh Raja Kecik6. Setelah menerima utusan daripada Penghulu Linggi, daeng lima bersaudara amat marah terhadap perbuatan Penghulu Linggi yang dianggap bersikap sombong dan bongkak. Lalu Opu Kelana Jaya Putera dan saudaranya serta menteri-menterinya berserta kelengkapan berangkat untuk menyerang Linggi7. Kerana takut akan kekuatan Bugis, Penghulu Linggi meminta izin untuk menghantar surat kepada Raja Kecik untuk berdamai dengan Bugis dan mendapatkan bantuan dari Raja Kecik8. Setelah mendapat surat Penghulu Linggi, Raja Kecik ersiap untuk menyerang Bugis di Linggi dan berperang dengan Opu Kelana Jaya Putera. Namun Raja Kecik kalah kerana taktik, kelengkapan, dan kekuatan Bugis yang hebat. Raja Kecik seterusnya belayar ke Siak dan merampas kuasa di Bukit Batu lalu membuka negeri di Siak9. Setelah melihat Raja Kecik lari ke Siak, Penghulu Linggi mula tunduk kepada Bugis dan berjanji member taat setia dan tidak akan menderhaka atau mengkhianati raja Bugis10. Melalui peristiwa ini, Linggi jatuh ke tangan Bugis Selangor iaitu di bawah pemerintahan Opu Kelana Jaya Putera dan saudaranya. Apabila daeng lima bersaudara tiba di Riau, mereka berjumpa dengan Raja Sulaiman lalu masuk ke Riau bersama-sama. Maka kembalilah Riau ke tangan Bugis untuk kesekian kalinya. Implikasi dari peristiwa tersebut, Linggi dan Riau jatuh ke tangan Bugis iaitu di bawah kekuasaan Opu Kelana Jaya Putera dan saudaranya.

6 7

Raja Ahmad dan Raja ali Haji (1982), Tuhfat Al-Nafis, Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlmn 77. Ibid. 8 Ibid. 9 Raja Ahmad dan Raja ali Haji (1982), Tuhfat Al-Nafis, Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlmn 79. 10 Raja Ahmad dan Raja ali Haji (1982), Tuhfat Al-Nafis, Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlmn 80.

Anda mungkin juga menyukai