Anda di halaman 1dari 3

TEKNIK MEMBINA PERENGGAN ISI DALAM KARANGAN

NOTA: PELAJAR BOLEH MENGEMBANGKAN ISI MENGGUNAKAN TEKNIK


PANDANG BELAKANG.

LANGKAH-LANGKAHNYA:
1. GUNAKAN KATA TANYA 5W 1H.PILIH YANG SESUAI. BIASANYA SOALAN
PERTAMA MESTILAH 'APAKAH'. BUAT SATU SOALAN YANG ADA KAITAN
DENGAN TUGASAN SOALAN.
2.TULIS JAWAPANNYA DAN BAHAGIAN AKHIR JAWAPAN DIGUNAKAN PULA
UNTUK MEMBINA SOALAN YANG SETERUSNYA.
3.ULANGI LANGKAH YANG SAMA. BUAT PERMULAAN GUNAKAN APAKAH
(1)MENGAPAKAH(2)APAKAH CONTOH(3) APAKAH KESAN JANGKA PENDEK
DARIPADA CONTOH(4)APAKAH KESAN SETERUSNYA DARIPADA
CONTOH(5) DAN APAKAH PENEGASAN YANG BOLEH DIBUAT(6)

CONTOH:
TEKNIK PANDANG BELAKANG
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Soalan: Apakah langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah
pencemaran alam sekitar?
Jawapan:

Sebagai orang terdekat dengan anak-anak sepatutnya ibu bapa mendidik anak-
anak mereka untuk menghargai dan mencintai alam sekitar sejak dari kecil
lagi.

Soalan: Bagaimanakah ibu bapa boleh mendidik anak-anak mereka untuk


menghargai dan mencintai alam sekitar sejak dari kecil lagi.

Jawapan:

Ibu bapa boleh mendidik anak-anak dengan mendedahkan anak-anak tentang


isu-isu pencemaran alam sekitar terkini yang sering berlaku.

Soalan: Apakah isu-isu pencemaran alam sekitar yang terkini yang sering
berlaku?

Jawapan:

Sebagai contoh isu-isu pencemaran terkini yang kerap menjadi paparan media
ialah isu pembakaran terbuka yang boleh mencemarkan udara.

Soalan: Apakah kesannya jika isu seperti pembakaran terbuka yang


mencemarkan udara ini didedahkan kepada anak-anak?
Jawapan:

Jika isu seperti pembakaran terbuka yang mencemarkan udara ini didedahkan
kepada anak-anak, maka anak-anak akan menyedari bahawa mereka tidak boleh
melakukan pembakaran sesuka hati.

Soalan:Mengapakah mereka tidak boleh melakukan pembakaran sesuka hati?

Jawapan:

Hal ini kerana perbuatan tersebut akan mencemarkan udara.

Soalan:Apakah implikasi daripada perbuatan mencemarkan udara?

Jawpan:

Sekiranya udara tercemar, maka situasi ini akan membahayakan kesihatan.

Soalan:Mengapakah boleh membahayakan kesihatan?


Jawapan:
Kesihatan seseorang itu akan terjejas kerana menyedut udara yang kotor
Soalan:Apakah penegasan yang boleh dibuat tentang langkah-langkah memgatasi
pencemaran alam sekitar?
Jawapan:Tegasnya, langkah-langkah memgatasi pencemaran alam sekitar boleh
dilakukan melalui peranan ibu bapa yang mendidik anak-anak sejak kecil lagi.

ada cuti persekolahan yang lalu kami sekeluarga pergi berkelah ke Pantai Pasir
Tengkorak.. Kami ke sana dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayah . Kami ke sana
kerana ingin bercuti di samping ingin merapatkan hubungan keluarga.
Sebelum pergi kami telah membuat persediaan yang rapi. Ibu menyiapkan bekalan
makanan dan pakaian kami. Manakala ayah pula sibuk memeriksa kereta supaya dapat di
bawa dengan selamat. Akhirnya kami sekeluarga mula bertolak pada jam 8.00 pagi.

Semasa dalam perjalanan ke tempat perkelahan itu kami sekeluarga berbual-bual.


Saya pula mengambil peluang mengambil gambar keindahan alam semulajadi dari dalam
kereta. Ada juga ahli keluarga saya yang tertidur di dalam kereta.
Kami tiba di Pantai Pasir Tengkorak pada jam 9.00 pagi. Suasana di tempat tersebut
sangat meriah dengan ramai orang membawa keluarga masing-masing. Kami menolong ibu
mengeluarkan barang-barang perkelahan. Ayah pula mencari tempat yang sesuai untuk
membentang tikar. Selepas itu saya dan adik-adik menukar pakaian untuk mandi.
Selain mandi saya dan adik juga membina istana pasir. Setelah penat bermain dan
mandi manda kami sekeluarga menikmati bekalan makanan yang disiapkan oleh ibu. Setelah
selesai makan, kami sempat mengambil gambar sebagai kenangan. Sebelum balik, kami juga
sempat membeli cenderamata untuk dijadikan kenang-kenangan.
Pada jam 6.00 petang kami mula bertolak pulang. Perasaan kami pada masa tersebut
sangat gembira dan seronok. Akhirnya, kami tiba di rumah pada jam 7.00 malam.

Anda mungkin juga menyukai