Anda di halaman 1dari 3

NAMA PENSYARAH :TUAN ZAKARIA BIN ABDUL WAHAB

NAMA PELAJAR: NUR ASYIKIN BINTI MOHD NADZRI

KESAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SEMASA FENOMENA COVID-19.


Ahmad : Hello,Assalamualaikum Ariff. Apa khabar sekarang? Lamanya kita tidak

berjumpa.

Ariff : Waalaikumussalam Ahmad.Khabar baik.Mestilah lama tidak berjumpa,

dua-dua berpecah kepada haluan masing-masing.

Ahmad : Seperti yang kita ketahui mulai 18 Mac lalu, kerajaan kita telah memperkasakan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahap pertama akibat penularan sejenis


virus baharu jenis Korona yang menyebabkan wabak COVID19. Jadi Ariff ,awak
rasa sektor yang manakah yang paling terjejas di negara kita?

Ariff : Pada pendapat saya,bagi seorang pelajar yang masih menuntut ilmu di sebuah

institusi,saya berpandangan bahawa sektor Pendidikan memberikan banyak


implikasi malah berlaku perubahan kepada kaedah ataupun sistem pembelajaran
dan pengajaran .

Ahmad : Saya sangat bersetuju dengan pandangan kamu ,Ariff.Proses pengajaran dan

pembelajaran secara bersemuka yang telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi
secara terpaksa dihentikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP).Apakah kamu bersetuju dengan adanya norma baharu in?

Ariff : Sebenarnya ,saya kurang bersetuju dengan berlakunya norma bahru yang

menyebabkan berlaku perubahan dalam sistem pembelajaran dan


pengajaran.Namun Pada masa yang sama, majoriti warga pendidik dan pelajar
berasakan bahawa perubahan paradigma ini merupakan amalan yang sukar
dilalui kerana wajib menggunakan pengajaran maya.

Ahmad :Seperti yang kita sedia maklum bahawa dengan adanya perubahan dari segi

pembelajaran dan pengajaran,semestinya menimbulkan sedikit sebanyak masalah

dan kegusaran terhadap warga pendidik dan pelajar.Ariff,apa pendapat kamu

mengenai kesan apabila menggunakan aplikasi maya ini sebagai platform untuk

menggali ilmu?
Ariff : Okay baiklah.Pada pendapat saya,penggunaan kaedah maya ini mempunyai pro

dan kontranya tersendiri.Antara kebaikannya ialah pelajar dan pensyarah


mendapat pengalaman berinteraksi, berkomunikasi dan menonton video dalam
membina pengajaran mantap dalam proses PdP yang
berkesan.Seterusnya,medium pembelajaran dalam talian juga membantu pelajar
bertukar idea, berkomunikasi dan menyelesaikan tugasan minggu mereka hingga
akhir semester. Penggunaan aplikasi seperti Google Meet ,Zoom,Google
Classroom dan sebagainya mampu menghubungkan guru dengan pelajar
walaupun berada di mana -mana sahaja.Namun begitu,penggunaan aplikasi
pembelajaran secara maya juga memerlukan kemahiran ICT terutamanya kepada
pensyarah.Pelajar biasanya boleh mengendalikan apa juga aplikasi diberikan
pensyarah dalam PdP. Sekiranya pensyarah mahupun guru-guru sudah mahir
dalam menggunakan sesuatu aplikasi internet ini,maka melalui aplikasi ini,
pensyarah dapat memberi bimbingan dalam talian berdasarkan sukatan pelajaran
walaupun mengalami kesukaran dari segi pengaksesan internet.Bagaimana pula
dengan pandangan kamu Ahmad?

Ahmad : Pada pandangan saya,Bekerja dari rumah (WFH) bukanlah senang seperti

disangka. Capaian internet menjadi perkara utama.Bukan semua yang belajar di


IPT itu berduit. Ada juga yang tinggal di luar bandar itu miskin dan tidak
berkemampuan membeli peranti elektronik internet.Pelajar menggunakan telefon
bimbit terpaksa membeli data semasa mengakses internet. Mereka terpaksa
berbelanja banyak untuk memudahkan komunikasi.Kekangan ini menghalang
penyampaian proses PdP andragogi dan pedagogi.Andragogi adalah proses PdP
membabitkan pelajar seperti di IPT dan pedagogi adalah proses pembelajaran
berterusan dan menerapkan pelbagai kemahiran.Dengan adanya teknologi di
pangkuan, pelajar tidak dapat memberi pelbagai alasan untuk tidak menghabiskan
tugasan.Peranan dan fungsi pensyarah secara WFH dalam talian mendorong,
menasihat, menggalak dan menarik lebih ramai pelajar dalam proses interaksi
belajar kendiri.Seterusnya,Proses pembelajaran menggunakan platform internet
membolehkan pelajar memahami permasalahan nyata secara komunikasi maya.
Pelajar dapat merumuskan tujuan belajar dan merefleksi kembali apa yang
dipelajari.Oleh kerana pembelajaran dalam talian dapat dilakukan di mana sahaja
dan bila-bila masa oleh pelajar dan pensyarah, tugas diberikan harus diselesaikan
mengikut jangka masa diberikan.

Ariff : Saya bersetuju dengan pendapat kamu Ahmad.Tidak semua pelajar mempunyai
datangnya daripada keluarga yang senang.Bagi Sesetengah Pelajar juga pasti
berasa rimas kerana tidak dapat keluar dari rumah akibat SOP yang telah
ditetapkan . Keadaan ini menjadi refleksi kepada semua pihak. Oleh itu, ramai
pelajar faham dan akur arahan pensyarah untuk mencapai andragogi dan
pedagogi dengan menyelesaikan tugasan diberi.

Ahmad : Saya rasa Setakat ini sahaja Ariff.Semoga kita dapat berjumpa nanti setelah

Berjaya memerangi wabak covid ini nanti.

Ariff : Baiklah .Insyaallah Ahmad.

Anda mungkin juga menyukai