Anda di halaman 1dari 3

1.

Bincangkan keperluan melaksanakan modifikasi tingkah laku dan implikasinya


kepada murid berkeperluan khas, dengan sokongan sumber.

Pendahuluan

Alberto, Heflin, & Andrews ( 2002 ) menyatakan bahawa time-out berkesan untuk
mengurangkan tingkah laku seperti tantrums, tingkah laku yang tidak diingini,
menjerit,agresif dan penggunaan kata-kata yang tidak sesuai. Time-out adalah selamat dan
berkesan digunakan untuk mengatasi tingkah laku dalam konteks persekitaran yang lebih
besar , positif , konsisten dan boleh diramal yang mana telah jelas dinyatakan di dalam
kajian-kajian lepas dan penyelidikan untuk memberi manfaat kepada fungsi emosi dan
pertumbuhan perkembangan keseluruhan kanak-kanak (Lauren Borduin Quetsch,2015).

Costenbader & Reading-Brownm (1995) pula menyebut time – out sebagai


pengecualian sosial iaitu satu bentuk pengubahsuaian tingkah laku yang melibatkan
pemisahan sementara kanak-kanak dari persekitaran di mana tingkah laku yang tidak boleh
diterima berlaku. Mereka diletakkan di satu sudut yang mana sudut tersebut sunyi dan
membosankan iaitu tidak ada rangsangan lain yang membolehkan kanak-kanak tersebut
bercakap dan melakukan tingkah laku lain.

Time – out adalah apabila seseorang kanak-kanak itu diletakkan di suatu tempat yang
berasingan dengan kanak – kanak lain, yang mana kanak-kanak ini dipulaukan oleh individu
yang lebih berkuasa iaitu ibu bapa dan guru. Kanak – kanak ini tidak dibenarkan untuk
berkomunikasi dengan rakan yang lain (Siegel, D. and Bryson, T. 2014). Harris (1985)
menggariskan tiga jenis utama masa keluar: penyingkiran , bukan penyingkiran, dan
pengasingan. Dari ketiga-tiga ini, hanya penyingkiran dan bukan penyingkiran kelihatan
paling sesuai untuk kegunaan bilik darjah. Hal ini kerana kanak-kanak tidak perlu
dikeluarkan dari bilik. Hanya mengikut dasar daripada kurangnya campur tangan dari
persekitaran. Walaubagaimanapun, ia bergantung pada pengkaji ataupun guru untuk
mengaplikasikan bagi modifikasi tingkah laku yang diingini.
Penyataan Masalah dan Objektif Kajian / Persoalan Kajian

Menurut Lauren Worcester dan T. F. McLaughlin ( 2013 ), tidak ada satu rawatan tertentu
yang berkesan untuk setiap kanak – kanak yang diperhatikan masalah tingkah laku.
Sebaliknya rawatan bagi setiap masalah tingkah laku kanak – kanak haruslah disesuaikan
dengan rawatan dan keperluan khusus. Masalah yang dihadapi oleh responden ini (tantrums)
menyebabkan gangguan kepada rakan sekelasnya dan mengganggu keseluruhan
pembelajaran. Malahan, ia memberikan kesan kepada dirinya sendiri. Murid tersebut tidak
dapat menumpukan perhatian pada waktu slot rutin dan perbualan pagi walaupun dalam
tempoh masa 5 minit. Tambahan, responden (tantrums) akan mengganggu rakan yang
hampir dengan dirinya. Sehubungan dengan itu, Teori Pelaziman Operan oleh B.F Skinner
telah digunakan sebagai rujukan dan panduan untuk menangani dan seterusnya
menghapuskan masalah tingkah laku muridnya. Ia bertepatan dengan kajian yang telah
dilakukan oleh B.F Skinner yang mana suatu tingkah laku yang tidak diingini akan diberikan
peneguhan negatif seperti time-out. Manakala tingkah laku tidak diingini telah berkurangan
dan dihapuskan, maka peneguhan positif akan diberikan sebagai perubahan suatu tingkah
laku. Peneguhan yang diberikan adalah kata pujian..

Objektif kajian ini adalah untuk:


i. Mengenal pasti tingkah laku negatif responden(tantrums) yang mengganggu di dalam bilik
darjah.
ii. Mengenal pasti keberkesanan teknik time-out dan kata pujian dalam mengubahsuai tingkah
laku negatif responden.

Perbincangan, Cadangan dan Implikasi

Berdasarkan hasil dapatan kajian ini, dapat di rumuskan bahawa pendekatan yang digunakan
berhasil mengubah sikap yang negatif kepada lebih positif. Kesesuaian penggunaan
intervensi time – out dan kata pujian terhadap responden adalah bertepatan dengan tahap
perkembangan dirinya. Lantaran itu, tindakan yang diambil dapat diubah daripada mengambil
tindakan yang negatif kepada suatu yang positif. Hal ini adalah sejajar dengan matlamat
pendidikan iaitu untuk meningkatkan perkembangan diri murid yang holisitik dan positif.
Cadangan yang ingin dikemukakan dalam kajian ini meliputi lima aspek, iaitu subjek, guru,
reka bentuk kajian yang dipilih dan jangka masa kajian dilaksanakan. Pertama, kajian ini
hanya mengambil murid prasekolah. Oleh itu, pengkaji akan datang tidak membataskan
kajian terhadap murid dalam lingkungan satu umur sahaja. Guru di peringkat sekolah rendah
juga boleh mengaplikasikan kaedah modifikasi tingkah laku ini. Ini akan memperkukuhkan
lagi kajian ini, malah boleh di aplikasikan kepada pelajar berkeperluan khas (MBK)
Kajian ini hanya mengambil masa enam minggu dalam waktu persekolahan. Untuk
mengetahui kesan dalam jangka masa panjang, pada masa akan datang disarankan untuk
menggunakan kajian longitudinal bagi melihat kesan intervensi time-out dan kata pujian
dalam jangka masa panjang, selepas enam bulan ataupun setahun.

Kesimpulan
Kesimpulannya, dapatan kajian ini akan membantu para guru khususnya guru prasekolah dan
Pendidikan khas yang berada tempoh masa yang panjang bersama murid untuk sehari
persekolahan. Malahan, dengan adanya modifikasi ini guru inginkan kesedaran dalam diri
murid untuk berubah ke arah tingkah laku yang lebih baik. Hasilnya, kajian ini membuktikan
bahawa tingkah laku disruptif murid dapat dikurangkan seterusnya dihapuskan.

Anda mungkin juga menyukai