Anda di halaman 1dari 5

Selain kawasan in situ, kami juga telah melawati kawasan pemuliharaan ex

situ di negeri Perak. Kawasan tersebut ialah Pulau Orang Utan Tasik Bukit Merah.
Kami telah pergi ke kawasan tersebut pada 2 Februari 2020. Seawal jam 8.00 pagi,
kami telah bertolak dari tempat penginapan ke Santuari Orang Utan Bukit Merah dan
sampai di tempat tersebut pada pukul 9.00 pagi. Untuk ke tempat tersebut, kami
telah menaiki bot untuk merentasi Tasik Bukit Merah. Sebaik sahaja tiba di Pulau
Orang Utan, kami telah disambut oleh seorang ‘tour guide’ yang mengirinya kami
sepanjang lawatan ke tempat tersebut. Sampai sahaja di kawasan tempat tinggal
orang utan, kami berkesempatan untuk menyaksikan gelagat orang utan yang
bergayut pada tiang dan pokok-pokok yang ada di sana. Di kawasan pemuliharaan
ini terdapat pelbagai jenis pokok, tanaman herba dan pokok buah. Tumbuhan-
tumbuhan ini berguna sebagai bekalan makanan dan ubatan orang utan di kawasan
ini. Kami dimaklumkan oleh staf yang bekerja di situ bahawa pokok-pokok di situ ada
yang ditanam oleh mereka untuk menjadikan kawasan tersebut mempunyai
persamaan dengan habitat asal orang utan. Hal ini penting bagi membolehkan orang
utan yang tinggal di kawasan tersebut terbiasa dan dapat beradaptasi dengan
keadaan di sekeliling mereka. Apabila ia sudah beradaptasi dan terbiasa dengan
persekitaran kawasan pemuliharaan ini, ia tidak menjadi janggal dan takut apabila
dilepaskan ke kawasan luar yang terbuka pada suatu hari nanti. Tujuan utama
kawasan ini diwujudkan adalah untuk memulihkan orang utan yang menjadi haiwan
peliharaan dan mengembalikannya semula ke habitat asal apabila tiba masa yang
sesuai. Sebagai contoh, orang utan hanya akan dilepaskan sekiranya mereka sihat
dan telah mencapai umur yang sesuai dan matang.

Orang utan di pulau ini agak liar. Oleh itu, kami dinasihati supaya tidak
memegang ia. Kami juga berkesempatan untuk melawat ‘recovery room’ iaitu tempat
khas dimana anak orang utan yang masih kecil diberikan susu dan ditukar lampin
pakai buang oleh pembantu veterinar yang bertugas di sana. Sepanjang lawatan
kami ke kawasan ex-situ ini, kami telah mempelajari banyak perkara yang berkaitan
dengan ex-situ, terutamanya perkara yang berkaitan dengan pemuliharaan orang
utan. Sebagai contoh, kami belajar bagaimana haiwan di tempat ini diuruskan
dengan sepatutnya melalui pemerhatian yang dilakukan terhadap staf-staf yang
bekerja di tempat tersebut. Di samping itu, kami juga belajar mengenai spesies-
spesies tumbuhan yang menjadi bekalan makanan orang utan yang terdapat di
kawasan tersebut. Dengan pengetahuan tersebut, kami sedar bahawa tumbuhan-
tumbuhan ini mempunyai kepentingan kepada orang utan yang ada di tempat
tersebut dan spesies ini perlu dilindungi agar orang utan boleh mendapatkan bekalan
makanan mereka secara berterusan.

LAMPIRAN 1
Gambar 1: Anak pokok spesies Rhizophora

LAMPIRAN 2
Gambar 2: Pokok Rhizophora

LAMPIRAN 3
Gambar 3: Bilik khas ‘recovery room’

Gambar 4: Orang utan di pusat pemuliharaan Pulau Orang Utan Tasik Merah

Anda mungkin juga menyukai