Anda di halaman 1dari 10

4 Bidang PSV KBSR

Kandungan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun


dalam empat bidang kegiatan iaitu:
1. Menggambar
2. Membuat Corak dan Rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Mengenal Kraf Tradisional
Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif,
interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta
menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.
1.

Menggambar
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta
kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar
dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur,
imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:

1.1 Lukisan

1.2

Catan

1.3

Kolaj

1.4

Montaj

1.5

Cetakan

1.6

Resis

1.7

Gosokan

1.8

Stensilan

1.9

Percikan

1.10

Gurisan

1.11

Capan

1.12

Mozek

1.13

Poster

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi


diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta
mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan
memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.
Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan
menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid
dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan
kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan
dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja
diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam
pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
2.

Membuat Corak dan Rekaan


Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai
cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan
lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana mana

hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.
Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan
seperti:
2.1 Corak tidak terancang secara:
2.1.1
2.1.2
2.1.3
2.1.4
2.1.5

Pualaman
Tiupan
Titisan
Ikatan dan celupan
Renjisan dan percikan

2.2 Corak terancang secara:


2.2.1
2.2.2
2.2.3
2.2.4
2.2.5
2.2.6
2.2.7
2.2.8

Lukisan
Catan
Cetakan
Capan
Lipatan dan guntingan
Resis
Kolaj
Kaligrafi

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak


dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan

mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu.


Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak
terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu.
Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran.
Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan
dan lakonan.
3.

Membentuk dan Membuat Binaan


Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap
aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.
Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila
mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk
dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai
bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid
berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses
penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga
dimensi merangkumi aktiviti seperti:
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5

Arca timbul
Asemblaj
Mobail
Stabail
Model

3.6
3.7
3.8
3.9

Diorama
Boneka
Topeng
Origami

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid


membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi
kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek
apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini
boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan,
nyanyian dan cerita.
4.

Mengenal Kraf Tradisional


Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang
melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh
masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid
diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5

Alat domestik
Alat permainan
Alat pertahanan diri
Perhiasan diri (ornamen)
Batik

4.6
4.7
4.8
4.9
4.10

Tekat
Ukiran
Tenunan
Anyaman
Tembikar

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf


tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional
memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif,
corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses
pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta
mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan
ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan,
nyanyian dan cerita.

Anda mungkin juga menyukai