Anda di halaman 1dari 4

Bahagian A: Proposal Projek (15%)

1.0 Nama Inovasi Digital

QR Interaktif

2.0 Pengenalan

QR Interaktif merupakan satu inovasi digital yang dibina untuk meningkatkan


kefahaman serta pengetahuan murid dalam subjek Pendidikan Jamsani. QR
Interaktif merupakan gabungan Kod QR dengan CD-Interaktif. Kod QR berfungsi
mengubah data bertulis ke dalam bentuk kod 2 dimensi yang ringkas dan kecil
(Helen, Jason & Mark, 2012). Menurut Azmil Hashim, Jahidih Saili dan Nurul
Hamimi Awang Japilan (2018), perkembangan teknologi telefon pintar dan
komputer tablet pada masa kini telah meningkatkan penggunaan Kod QR di
kalangan masyarakat dalam pelbagai industri temasuklah bidang pendidikan.
Manakala, CD Interaktif merupakan sebuah media yang memiliki unsur audio visual
dengan mengandungi gambar, teks, grafik, video, dan suara yang dapat digunakan
oleh pengguna. Menurut Farida (2012), CD Interaktif adalah media yang boleh
dibungkus dalam CD (Compact Disk) yang tujuannya adalah aplikasi interaktif di
dalamnya dan juga mempunyai beberapa menu yang boleh diklik untuk
memaparkan maklumat tertentu. Justeru, dengan gabungan Kod QR dengan CD-
Interaktif, CD-Interaktif dapat disampaikan dengan lebih mudah. QR Interaktif dapat
membantu guru menjalankan pembelajaran interaktif dengan lebih efisen.
Pembelajaran interaktif merupakan interaksi dua hala iaitu antara murid dengan
bahan media dalam proses pembelajaran (Ainee Ahmad, Harlina Ishak & Zubaidah
Mat Nor, 2017). Melalui QR Interaktif, pembelajaran interaktif boleh dilaksanakan
di luar bilik darjah dan bukan sahaja di dalam kelas yang mempunyai komputer.
Murid dapat mengakseskan maklumat tersebut melalui diri sendiri dan di mana-
mana sahaja. Contohnya, murid dapat mengakses melalui telefon pintar ataupun
komputer tablet di luar bilik darjah. Tambahan pula, QR Interaktif ini bukan sahaja
dapat diaplikasikan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani manakala QR
Interaktif ini juga dapat diaplikasikan secara merentas mata pelajaran seperti
Pendidikan Kesihatan, Geografi, Sejarah dan sebagainya.

1
3.0 Latar Belakang

Kefahaman murid di sekolah rendah dalam Pendidikan Jasmani sering menjadi


satu masalah kepada guru Pendidikan Jasmani. Melalui pengalaman praktikum
saya, saya mendapati bahawa murid dapat melakukan kemahiran tersebut tetapi
tidak dapat mengulaskan kemahiran tersebut dengan baik. Selain daripada itu,
sesetengah murid tidak dapat memahami serta menguasai kemahiran tersebut
kerana mereka tidak mempunyai gambaran terhadap kemahiran tersebut. Di
samping itu, masa yang terhad juga menyebabkan guru tidak dapat menyampaikan
maklumat dengan lebih teliti dan jelas. Justeru QR Interaktif dihasilkan untuk
meningkatkan kefahaman serta pengetahun murid dalam Pendidikan Jasmani
serta tidak membosankan murid-murid semasa menyampaikan maklumat.

4.0 Objektif

Penggunaan QR Interaktif ini dapat:

 Melibatkan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru, iaitu
belajar melalui bermain.
 Meningkatkan minat murid untuk meneroka pengetahuan baru dalam
Pendidikan Jasmani.
 Memudahkan penerangan guru kepada murid semasa proses PdP.
 Memudahkan murid-murid memahami kemahiran yang akan dipelajari semasa
proses PdP.
 Menerapkan pembelajaran interaktif dalam proses PdP.

5.0 Kumpulan Sasaran

Murid Sekolah Rendah Tahap Dua

6.0 Deskripsi Inovasi Digital

6.1 Bentuk Bahan


 Menggunakan perisian Articulate Storyline untuk menghasilkan
 Boleh menggunakan inovasi digital ini melalui telefon pintar, komputer atau tablet
 Mengandungi pengetahuan permainan bola baling dan juga pengetahuan teknik
melakukan kemahiran asas bola baling
 Mengandungi visual berbentuk gambar rajah yang berkaitan dengan setiap
kemahiran asas bola baling
 Mengandungi kuiz yang menarik dan mencabar

2
6.2 Cara Penggunaan
QR Interaktif boleh digunakan dalam pelbagai media termasuklah telefon pintar,
komputer dan tablet. Carta berikut adalah langkah-langkah untuk
menggunakan QR Interaktif ini dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani.

Guru meminta murid


Guru membuat Muat Turun aplikasi Guru menghantar
satu Whatsapp “QR Code Reader” Kod QR serta
Group dengan (Rajah 1) dengan kata laluan
murid-murid yang untuk bab yang
diajar berkenaan ke
Whatsapp Group
(Rajah 2)

Setiap akhir bab


Guru meminta
mempunyai Slide
murid Scan untuk
untuk merekod
memulakan
Guru meminta murid “kehadiran”
mengisi maklumat pembelajaran
(Rajah 3)
tertentu dan Upload
Screenshot
tersebut ke
Whatsapp Group

Guru menyimpan Screenshot


tersebut dan mencatatkan nama
murid yang telah mengakses
pembelajaran ini

Rajah 1 Rajah 2

3
Rajah 3

Rajah 4

Anda mungkin juga menyukai