Anda di halaman 1dari 3

.

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud , Kami berhimpun pada saat ini kerana-Mu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepada-Mu sesuai dengan firman-Mu yang mulia :

Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku , dan matiku semata-mata hanya untuk-Mu Allah. Ya Aziz Ya Jabbar Ya Muntaqim Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Taklimat Pelaksanaan j-QAF Peringkat Negeri Selangor 2004 pada ketika ini. Semoga majlis ini akan
Doa Majlis Taklimat Projek j-QAF Peringkat Negeri Selangor 2004

berjalan dengan lancar dan seterusnya mencapai objektif yang telah digariskan di bawah iradah dan inayah-Mu. Ya Fattahu Ya Alim Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu. Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendakki , Sesungguhnya kami amat meyakini bahawa melalui usaha-usaha ini akan memartabatkan Pendidikan Islam di persada pendidikan nasional amnya.

Ya Allah , Ya Qawiyyu , Ya Matiin , Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi cabaran-cabaran hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup alaf baru. Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan caracara melaksanakan serta menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu juga jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya . Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan. Ya Allah Ya Latif , Ya Khabirun bima fissudur ,

Doa Majlis Taklimat Projek j-QAF Peringkat Negeri Selangor 2004

Satukanlah hati-hati kami ke arah kebaikan dan kecemerlangan. Berikanlah kami peluang untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang demi memajukan negara kami yang tercinta ini . Sesungguhnya Engkau tahu segala hajat dan lintasan hati kami , maka dengan segala rahman dan rahim-Mu dan luasnya ilmu-Mu penuhilah hajat kami dalam kehidupan ini .

Doa Majlis Taklimat Projek j-QAF Peringkat Negeri Selangor 2004

Anda mungkin juga menyukai