Anda di halaman 1dari 1

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

‫ الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬،


‫وعلى آله وصحبه أجمعين‬

Ya ALLAH, Engkaulah yang mempunyai segala kepujian, Engkaulah yang berhak menerima segala
kepujian, Engkaulah yang berhak menerima segala kesyukuran, Engkaulah yang memiliki segala
pemerintahan, di tangan Engkaulah segala kebajikan, kepada Engkaulah kembali segala urusan.

Ya Rahman Ya Rahim,

Limpahilah rahmat dan rahimMu ke atas majlis sesi taklimat Konsolidasi Perladangan Felda yang
diadakan pada hari ini. Berkatilah majlis ini dari awal hingga akhirnya.

Ya Allahu Ya Karim,

Kami memohon perlindungan daripada Mu dari segala perkara yang boleh mencacat celakan majlis ini
dan dari segala perkara yang melalaikan kami dari berbuat taat kepadaMu, kepada Mu jualah kami
serahkan segala urusan.

Ya Zal Jalali wal Ikram

Kurniakanlah kepada kami kebaikan,hindarkanlah kami dari segala keburukan dan selamatkanlah kami
dari segala kejahatan, jadikanlah kami hamba yang beriman supaya kami tergolong dalam golongan
orang orang yang berhak mendapat keredhaanMu Ya Allah.

Ya Allah Ya Wadud,

Berkatilah perhimpunan dan usaha kami pada hari ini, dan hari hari yang bakal kami lalui. Rahmatilah jua
perpisahan dan dapatan kami selepas ini, dan hari hari yang bakal kami tempuhi. Kurniakanlah kepada
kami,rezeki yang halal dan berpanjangan,zuriat dan generasi yang beriman,serta segala kebaikan di
dunia dan di akhirat.

‫ َوالَ تَجْ َع ِل اللَّهُ َّم فِ ْينَا‬، ‫ َوتَفَرُّ قَـَنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه تَفَرُّ قا ً َم ْعصُوْ ًما‬، ‫اَللَّهُ َّم اجْ َعلْ َج ْم َعنَا هَ َذا َج ْمعًا َمرْ حُوْ ًما‬
‫طرُوْ دًا َوالَ َمحْ رُوْ ًما‬ ْ ‫َوالَ َم َعنَا َوالَ َم ْن يَ ْتبَ ُعنَا َشقِيًّا َوالَ َم‬

‫ أتنا فى الدنيا حسنة وفى أالخرة حسنة وقنا عذاب النار وصلى هللا على سيدنا محمد وعلى‬ ‫ربنا‬
‫ والحمدهلل رب العالمين‬.‫أله وصحبه أجمعين‬

Anda mungkin juga menyukai