Anda di halaman 1dari 36

KPD 3016

PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN


PENTAKSIRAN 1
KULIAH 4:
TEORI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Pensyarah Kursus;
Dr. Che Ghani Haji Che Kob
Timbalan Dekan (HEPA)
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UPSI
Tel: 05-4806134 / 013-4286048
Email: cheghani@fptv.upsi.edu.my
Lakarkan apa yang anda fikir dibawah permukaan
air….
Pemikiran Biasa / Umum

• Pemikiran biasa – majoriti orang


berfikir begini dan anda adalah dalam
kategori pemikiran orang biasa.
Pemikiran Masalah

• Pemikiran masalah – anda seorang yang


suka fikirkan masalah apabila
menghadapi sesuatu perkara.
Pemikiran Konflik

• Pemikiran konflik – anda seorang yang


suka fikirkan secara konflik apabila
menghadapi sesuatu perkara.
Pemikiran Kreatif

• Pemikiran kritif – anda


seorang yang berfikiran
kreatif dan harmoni.
TEORI
PEMBELAJARAN
• Sebelum Abad ke-20
– Mental Discipline – proses pengajaran untuk melatih
minda
• Theistic Mental Discipline - ilmu yang berkaitan dengan
ketuhanan, kepercayaan, perkara baik dan buruk.
• Humanistic Mental Discipline – ilmu yang berkaitan dengan
kemanusiaan.
– Keupayaan Semulajadi (natural enfoldment) –
kebolehan atau keupayaan pelajar belajar atau melihat
dan menganalisa secara semulajadi.
• Proses pembelajaran bergantung kepada pelajar;
• Pembelajaran yang menyeronokkan;
• Bertentangan kaedah dengan Mental Discipline
TEORI
PEMBELAJARAN
• Selepas Abad ke-20
– Teori Behaviorism – setiap rangsangan menimbulkan gerak balas dan
berlaku pembelajaran apabila terdapat perkaitan antara rangsangan dan gerak
balas;
– Teori Kognitif – menumpukan kepada aspek pemikiran pelajar. Setiap
pelajar mempunyai kebolehan minda untuk mengelola, menyimpan dan
mengeluarkan semula segala pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan
masalah;
– Teori Constructivism – menekankan pembinaan konsep yang asas
sebelum konsep itu dibangunkan kemudian di aplikasi apabila diperlukan.
Aktiviti pembelajaran digabungkan dengan kognitif, afektif dan psikomotor.
– Teori Pembelajaran Sosial - menganggap manusia sebagai makhluk
yang aktif, berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses
perkembangan untuk memerihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan
orang lain.
– Teori Pembelajaran Humanistik - berpendapat bahawa pembelajaran
manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya.
TEORI PEMBELAJARAN
• Teori Pembelajaran Behaviorisme • Teori Pembelajaran Sosial
– Teori Pelaziman Parlov – Model Determinisme Timbal
– Teori Pelaziman Klasik Watson Balik
– Teori Pelaziman Thorndike – Teori Pembelajaran Peniruan
• Teori Pembelajaran Humanistik
– Teori Pelaziman Operan Skinner
– Teori Keperluan Maslow
• Teori Pembelajaran Kognitif
– Teori Pembelajaran Gestalt
– Teori Pembelajaran Gagne
– Teori Pembelajaran Ausebel
– Teori Pembelajaran Brunel
• Teori Pembelajaran Konstruktivisme
TEORI PEMBELAJARAN
1. Teori pembelajaran merupakan prinsip-
prinsip dan hukum-hukum pembelajaran
yang diterjemahkan daripada kajian-kajian
ahli psikologi pendidikan.
2. Teori-teori pembelajaran banyak
membincangkan tentang konsep
pembelajaran, faktor-faktor yang
mempengaruhi pembelajaran serta proses
dan sebab berlakunya sesuatu
pembelajaran.
3. Kebanyakan teori pembelajaran diterokai
melalui kajian soal selidik dan pemerhatian.
TEORI PEMBELAJARAN
BEHAVIORISME
1. Pembelajaran dikatakan berlaku apabila berlakunya
perubahan tingkah laku dalam diri seseorang individu
disebabkan pengalaman yang telah dilaluinya.
2. Proses pembelajaran ini dianggap bermula dari setiap insan
dilahirkan sehinggalah dia meningal dunia.
3. Pembelajaran behaviorisme menumpukan perhatian
terhadap tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan
diukur.
4. Ahli-ahli psikologi seperti Pavlov (1903), Watson (1913),
Thorndike (1905) dan Skinner (1936), berpendapat bahawa
sesuatu benda yang wujud adalah benda yang dapat kita
perhatikan perubahannya.
5. Kita tidak dapat melihat atau mengukur pemikiran, tetapi
kita dapat membuat pemerhatian terhadap perlakuan
manusia. Perubahan tingkahlaku ini dapat dijelaskan
apakah yang sedang difikirkan.
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME
Teori Pelaziman Klasik Pavlov

 Teori Pelaziman Klasik Pavlov


– Menurut Pavlov (1903), setiap rangsangan yang
diberi akan menimbulkan sesuatu gerak balas.
– Gerak balas ini adalah sebarang bentuk tingkahlaku
yang timbul akibat daripada ransangan tersebut.
– Parlov menyifatkan sesuatu pembelajaran akan
berlaku apabila wujudnya perkaitan antara ransangan
dan gerakbalas dan perkaitan ini dikenali sebagai Ivan Petrovich Pavlov
(1849 - 1936)
pelaziman klasik.
– Melalui eksperimen Pavlov terhadap seekor anjing,
tiga peringkat pelaziman telah dihasilkan iaitu
sebelum pelaziman, semasa pelaziman dan selepas
pelaziman.
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME
Teori Pelaziman Klasik Pavlov
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME
Teori Pelaziman Klasik Pavlov

• Beberapa konsep penting dalam


proses pengajaran dan pembelajaran
dihasil melalui teori pelaziman
klasik Pavlov iaitu
– Konsep generalisasi - bermaksud
ransangan yang sama akan
menghasilkan tindak balas yang sama.
– Konsep diskriminasi - berlaku
apabila inividu bertindakbalas
terhadap ransangan yang tertentu
sahaja dan tidak pada ransangan yang
lain.
– Konsep penghapusan - ransangan
yang terlazim yang tidak disertakan
dengan ransangan yang tidak terlazim.
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME
Teori Pelaziman Klasik Watson

• Teori Pelaziman Klasik Watson telah di perkenalkan oleh John B.


Watson (1913)
• Menerangkan perubahan tingkahlaku dalam proses pembelajaran.
• Beliau dalam kajiannya membuktikan bahawa emosi manusi juga
boleh dilazimkan secara klasik.
J.B. Watson • Kajian yang telah beliau jalan ke atas seekor tikus dan seorang
(1878-1958) kanak-kanak lelaki bernama Albert, yang berumur 11 bulan.
• Dalam kajiannya, beliau mengunakan seekor tikus beserta dengan
bunyian yang kuat untuk menakutkan kanak-kanak tersebut.
• Tindakan ini diulang-ulang sehingga benar-benar menimbulkan
rasa takut kanak-kanak pada tikus putih tersebut.
• Berdasarkan dapatan kajian ini, Watson menyarankan bahawa
pendidik boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar
dengan menentukan rangsangan yang didedahkan kepadanya dan
jenis gerak balas yang akan dihasilkan.
• Gabungan daripada beberapa rangsangan akan dapat menghasilkan
gerak balas tertentu di mana boleh dikaitkan dengan pelbagai
situasi.
Eksperimen yang jalankan dengan  seorang bayi
bernama 'Albert'. Watson memakai topeng untuk
menakutkan Albert.
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME
Teori Pelaziman Operan Thorndike

• E. L. Thorndike (1905) menjalankan kajiannya ke atas


beberapa ekor haiwan seperti kucing, ayam, anjing dan
monyet.
• Melalui kajiannya ke atas seekor kucing, yang dimasukkan
Edward Lee ke dalam sebuah sangkar dengan makanan diletakkan di
Thorndike luar sangkar, beliau mendapati kucing tersebut telah
(1874 - 1949) melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar.
• Pembelajaran ini dikenali sebagai pembelajaran “cuba
jaya”. Melalui pembelajaran cuba jaya ini, kucing tersebut
melakukan pelbagai reaksi; dan apabila terpijak selak pintu,
sangkar itu terbuka. Kucing tersebut akan keluar untuk
mendapatkan makanan.
• Apabila dimasukkan ke dalam sangkar itu semula, sekali
lagikucing tersebut akan melakukan beberapa percubaan
untuk keluar dari sangkar tersebut. Dengan kata lain kucing
tersebut belajar membuka pintu sangkar secara cuba jaya
dan pengulangan.
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME
Teori Pelaziman Operan Thorndike

• Melalui eksperimen ini, Thorndike berpendapat bahawa


pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara S-
R, iaitu stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas).
• Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia
dikawal oleh hukum tertentu, yang disebut sebagai
hukum pembelajaran. Hukum-hukum pembelajaran ini
dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu
– Hukum Kesediaan - apabila seseorang itu bersedia untuk
melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat
memberi kepuasan kepadanya.
– Hukum Latihan - perkaitan antara rangsangan dan gerak
balas (R-G) akan bertambah kukuh melalui latihan yang
diulang-ulang dan
– Hukum Kesan - jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu
perubahan persekitaran yang menyeronokkan,
kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan
sebaliknya. Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara
rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh, jika
terdapat kesan yang menyeronokkan.
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME
Teori Pelaziman Operan Skinner

• B.F. Skinner bersependapat dengan Pavlov, tetapi menyatakan


bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang
panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks daripada
perlakuan yang mudah.
• Skinner banyak menjalankan kajian dengan menggunakan
binatang seperti tikus dan burung merpati.
• Beliau telah menghasilkan “Skinner Box” di mana tingkah
laku binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan
gerakbalasnya boleh diperhatikan dan direkod/diukur.
• Kajian ini membawa beliau kepada penggunaan teori
pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah.
• Menurut Skinner (1953), dalam teori pelaziman operan gerak
balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak
diulangi), jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas
itu ditunjukkan.
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME
Teori Pelaziman Operan Skinner

• Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman


operan Skinner, iaitu:
– Peneguhan positif - memberikan sesuatu ganjaran
setelah perlakuan itu ditunjukkan
– Peneguhan negatif - rangsangan serta merta yang tidak
selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu
tingkah laku ditunjukkan
– Dendaan - proses atau tatacara untuk melemahkan atau
mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak
diingini
– Prinsip Premack - mengaitkan aktiviti yang kurang
diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk
mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang
diminati.
– Pelupusan - perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan
lupus dengan sendirinya.
TEORI PEMBELAJARAN
BEHAVIORISME

Rangsangan
(Dorongan ke atas
apa yang pelajar terima Pembelajaran
inginkan)

Pengetahuan Penilaian
Tidak
terima
Pemahaman Sintesis

Aplikasi Analisis
TEORI PEMBELAJARAN
KOGNITIF
1. Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa
pembelajaran adalah proses mental yang aktif
untuk mendapatkan, menyimpan, mengingat dan
menggunakan ilmu.
2. Fokus kajian ahli psikologi kognitif ialah terhadap
proses aktif minda individu untuk memahami
persekitarannya iaitu cara individu berfikir tentang
situasi, termasuk kepercayaannya, jangkaannya
dan perasaannya, mempengaruhi fakta yang
individu pelajari dan cara dia belajar.
3. Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa ilmu
pengetahuan yang diperoleh adalah hasil
pembelajaran dan kuasa ilmu yang mendorong
seseorang itu belajar (Woolfolk,1998).
4. Ahli psikologi kognitif kini berpendapat bahawa
pembelajaran melibatkan dua proses mental
penting, iaitu persepsi (pengamatan) dan
pembentukan konsep (penanggapan).
TEORI PEMBELAJARAN
KOGNITIF
• Woolfolk, 1998 – menyatakan bahawa manusia secara aktif
memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar, merenung
kembali dan membuat banyak keputusan tentang peristiwa-
peristiwa yang berlaku dalam persekitaran bagi mencapai
matlamat mereka.
• Begitu juga, Slavin (1997) menyatakan pembelajaran adalah
proses aktif minda yang berfokus kepada maklumat penting,
menapis maklumat tidak penting dan menggunakan maklumat
sedia ada untuk membuat pemilihan.
• Ahli psikologi kognitif terhadap pembelajaran juga dikenali
sebagai Teori Pembelajaran Gestalt (Banks & Thompson, 1995).
Ahli psikologi kognitif yang lain, seperti Edward Tolman,
memajukan konsep pembelajaran latent, iaitu pembelajaran
berlaku tanpa peneguhan, yang digunakan juga oleh Jean Piaget,
Jerome Bruner, David Ausubel dan Robert Gagne.
• Gagne melihat proses pembelajaran sebagai langkah-langkah
individu memproses maklumat. Ausubel pula telah
mengemukakan pembelajaran resepsi dan bermakna. Seterusnya,
Bruner mengemukakan pembentukan konsep dan pembelajaran
penemuan.
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Teori Pembelajaran Gestalt

• Fahaman psikologi gestalt telah menjadi asas kepada


perkembangan psikologi kognitif.
• Perkataan “gestalt” adalah perkataan dalam bahasa
Jerman yang bermaksud “pola” (pattern atau
configuration).
• Ahli-ahli gestalt berpendapat, dalam mengkaji subjek dari
aspek psikologikal daripada proses pemerhatian yang
mudah kepada personalitinya, kita perlu melihat polanya
sebagai satu keseluruhan (as a whole).
• Teori gestalt dirumuskan sebagai “the whole is greater
than the sum of its parts”.
• Kohler, salah seorang pengasas psikologi gestalt, melalui
kajiannya ke atas seekor cimpanzi telah mengemukakan
konsep ‘celik akal’ (insight) - bermaksud penyelesaian
masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba dan
lengkap. Bagaimanapun, individu memerlukan masa
untuk berfikir kerana dia perlu melihat unsur-unsur
berkaitan yang ada dalam persekitarannya dan
mengaitkannya dengan pengalaman lepas.
– Melihat pisang itu tinggi, masalah tak boleh selesai – perlu melihat
menyeluruh kepada penyelesaian.
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Model Pemprosesan Maklumat

• Pemprosesan maklumat melibatkan aktiviti mental atau minda manusia


berkaitan dengan menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya
semula untuk digunakan (Woolfolk, 1998).
• Model memproses maklumat adalah terdiri daripada
– Ingatan deria (sensory memory) - Ingatan deria merupakan ingatan jangka
pendek yang wujud pada deria manusia. Masa simpanan maklumat ialah antara 1
hingga 3 saat.
– Ingatan jangka pendek atau ingatan kerja (short-term/working memory) -
Kapasiti ingatan jangka pendek adalah kecil. Tempoh simpanan maklumat adalah
antara 5 hingga 20 saat. Maklumat diproses, ditapis, disusun atau disintesis untuk
dihantar ke stor ingatan jangka panjang untuk disimpan.
– Ingatan jangka panjang (long-term memory) - Ingatan jangka panjang
mempunyai kapasiti besar. Ia menyimpan
maklumat lebih lama, iaitu lebih daripada
beberapa minit hingga ke beberapa tahun.
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Teori Pembelajaran Gagne

• Robert M. Gagne telah dilahirkan pada tahun


1916 dan merupakan seorang ahli psikologi
eksperimental yang berpengalaman dalam
bidang penyelidikan pembelajaran serta telah
terlibat dalam latihan dan masalah-masalah
pendidikan yang lain.
• Gagne telah banyak menulis kertas kerja dan
buku tentang psikologi gunaan. Kebanyakan
idea Gagne tentang analisis tugas
menunjukkan pembelajaran berlaku secara
berperingkat (hierarchy), iaitu bergerak
daripada peringkat paling mudah kepada
peringkat paling kompleks.
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Teori Pembelajaran Gagne

• Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap


pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai
pembelajaran di peringkat yang lebih awal
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Teori Pembelajaran Ausubel

• David Ausubel (1963, 1977) mengemukakan


teori pembelajaran yang mengatakan manusia
memperoleh ilmu kebanyakannya dalam
bentuk pembelajaran resepsi dan bukan
daripada pembelajaran penemuan atau dikenali
sebagai Model Pembelajaran Ekspositori.
• Ausubel juga mengemukakan pembelajaran
lisan bermakna (meaningful verbal learning),
termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan
hubungan antara idea yang dikenali sebagai
Konsep Penyusunan Awal.
• Bagaimanapun, hafalan (rote memorization)
tidak dianggap sebagai pembelajaran
bermakna.
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Teori Pembelajaran Ausubel

• Model Pembelajaran Ekspositori


– Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel menekankan
penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan
dijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap.
– Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif
daripada am kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh (Woolfolk, 1998).

• Penyusunan Awal
– Penyusunan awal (advance organizer) telah diperkenalkan oleh Ausubel untuk
menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran
optimal berlaku.
– Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah
memulakan pembelajaran berpandukan kepada “penyusunan awal”. Ia merupakan
struktur yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang hendak
disampaikan pada hari tersebut.
– Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan pelajar tentang
perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran.
– Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah
dipelajari.
– Terdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu
• memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran,
• menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan
• menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitan yang
telah dipelajari.
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Teori Pembelajaran Bruner

• Jerome S. Bruner telah dilahirkan pada tahun 1915 dan merupakan


seorang ahli psikologi yang berpengaruh di Amerika Syarikat. Bruner telah
mengemukakan perkembangan mental manusia terbahagi kepada 3 tahap:

• Peringkat Enaktif - Pada peringkat ini (0-2 tahun), kanak-kanak akan bergerak
ke arah sesuatu yang menarik perhatiannya. Oleh itu, kanak-kanak banyak menggunakan
anggotanya untuk menyelesaikan masalah, kerana kanak-kanak pada masa ini masih
belum pandai berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa. Sesuatu objek itu akan
dipegang untuk memperoleh makna atau tafsiran bagi dirinya. Contohnya, kanak-kanak
cuba meletakkan sebatang kayu pada suatu sangga untuk melihat keseimbangannya.

• Peringkat Ikonik - Pada peringkat ini (2-4 tahun), kanak-kanak telah berupaya
menggambarkan sesuatu dalam fikirannya. Dia mampu menyimpan imej-imej tertentu.
Kanak-kanak juga berupaya menyebut objek yang tiada di hadapan matanya, iaitu telah
terbentuk “imej mental”. Contohnya, kanak-kanak tersebut boleh melukiskan kayu yang
seimbang di atas sangganya, walaupun objek tersebut tiada di hadapan matanya.

• Peringkat Simbolik - Pada peringkat ini (4-7 tahun) kanak-kanak telah boleh
menggunakan simbol, seperti perkataan dan bahasa untuk menghuraikan pengalamannya,
iaitu bermulanya penaakulan simbolik. Contohnya, kanak-kanak boleh menerangkan
bagaimana kayu yang diletakkan di atas sangga menjadi seimbang.
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Teori Pembelajaran Konstruktivisme

• Menurut Borich dan Tombari (1997), dalam bukunya


Educational Psychology. A Contemporary Approach
(ms. 177), pendekatan pembelajaran konstruktivisme
(constructivism) ialah adalah pendekatan pembelajaran
yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk
membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari
dengan mewujudkan jaringan atau hubungan (dalam
minda) antara idea dan fakta yang sedang dipelajari.
Oleh itu, konstuktivisme juga dikenali sebagai fahaman
“binaan”.
• Seterusnya, menurut Woolfolk (1998), dalam bukunya
Educational Psychology jelaslah bahawa mengikut teori
pembelajaran konsruktivisme, pelajar perlu memainkan
peranan aktif dalam memahami dan memberi makna
kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari.
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
• Teori pembelajaran sosial (social learning theory) telah
diasaskan oleh Albert Bandura (1986, 1977, 1998, 2000).
• Teori pembelajaran sosial menyatakan bahawa faktor-faktor
sosial, peranan penting dalam pembelajaran (Santrock, 2001).
• Teori pembelajaran sosial menganggap manusia sebagai
makhluk yang aktif, berupaya membuat pilihan dan
menggunakan proses-proses perkembangan untuk
memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang
lain.
• Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan
sejarah perkembangan seseorang atau bertindak pasif terhadap
pengaruh persekitaran.
• Dalam banyak hal, manusia adalah selektif dan bukan entiti
yang pasif, yang boleh dipengaruhi oleh keadaan persekitaran
mereka. Manusia saling memerlukan, pengaruh mempengaruhi
antara satu sama lain. Ahli-ahli psikologi sosial termasuklah
Albert Bandura, Walter Mischel, Julian Rotter, Martin Seligman
dan lain-lain.
• Albert Bandura telah mengemukakan “Model Determinisme
Timbal Balik” (reciprocal determinism model) dan “Teori
Pembelajaran Peniruan”.
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
• Model Determinisme Timbal Balik
– Bandura mengemukakan model determinisme timbal balik yang
mengandungi tiga faktor utama, iaitu perlakuan, individu (kognisi) dan
persekitaran.
– Faktor-faktor tersebut saling berinteraksi dan mempengaruhi
pembelajaran.
– Bandura berpendapat bahawa perlakuan seseorang adalah hasil interaksi
antara faktor dalam diri (kognisi) dan persekitaran.
• Teori Pembelajaran Peniruan
– Bandura telah menjalankan kajian bersama Walter (1963) ke atas kesan
perlakuan kanak-kanak apabila mereka menonton video tentang orang
dewasa memukul, mengetuk dengan tukul besi, menendang dan duduk
atas patung Bobo, menumbuk sambil menjerit-jerit ‘sockeroo’.
– Bandura telah menayangkan video tersebut kepada kanak-kanak tadika.
Kemudian mereka diarahkan pergi ke bilik permainan yang terdapat
patung seperti Bobo di situ.
– Apabila kanak-kanak tersebut nampak patung itu, mereka pun melakukan
aksi-aksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton dalam tayangan
tadi. Mengikut Bandura, apabila tingkah laku seseorang itu ditiru. Orang
yang ditiru itu secara spontan menjadi model kepada si peniru
TEORI PEMBELAJARAN
HUMANISTIK
• Teori pembelajaran humanistik berpendapat
bahawa pembelajaran manusia bergantung
kepada emosi dan perasaannya.
• Carl Rogers (1994) menyatakan bahawa setiap
individu itu mempunyai cara belajar yang
berbeza dengan individu yang lain.
• Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran hendaklah di
rancang dan disusun mengikut kehendak
perkembangan emosi pelajar itu.
• Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu
mempunyai potensi dan keinginan untuk
mencapai kecemerlangan kendiri.
• Ini bermakna pendidik hendaklah menjaga
kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya
potensi diri mereka dapat dikembangkan ke
tahap optimum.
TEORI PEMBELAJARAN HUMANISTIK
Teori Keperluan Maslow

• Maslow menganggap motivasi


sebagai sesuatu yang komplek, di
mana tingkah laku luaran yang
diperlihatkan oleh manusia.
• Beliau juga menganggap individu
yang terus bermotivasi oleh kerana
sesuatu matlamat.
• Matlamat ini berupa keperluan yang
perlu di penuhi oleh semua manusia
tanpa mengambil kira budaya,
persekitaran dan perbezaan tahap
generasi.
• Keperluan-keperluan tersebut adalah
berdasarkan kepada hierarki iaitu
mulai dari asas fisiologi sehingga
kepada kesempurnaan diri
TEORI
PEMBELAJARAN
• Perbezaan umum antara Teori Kognitif dan
Teori Behaviourisme
– Apa yang telah dipelajari?
• Kognitif menerangkan dalam bentuk maklumat, jangkaan,
prinsip dan gerak hati, manakala Behaviourisme
menerangkan dalam bentuk perkaitan rangsangan dan
tindakbalas kelakuan.
– Tujuan Peneguhan (reinforcement)
• Kognitif melihat peneguhan sebagai suatu insentif untuk
menterjemahkan apa yang dipelajari kepada perlakuan
manakala Behaviourisme melihat kepada penenguhan
sebagai suatu elemen penting dalam pembelajaran.
TEORI
PEMBELAJARAN
• Perbezaan umum antara Teori Kognitif dan
Teori Behaviourisme
– Penyelesaian masalah (solving problem)
• Kognitif melihat bagaimana pelajar memikirkan atau
mengkaji suatu masalah sehingga mampu
menyelesaikannya manakala Behaviourisme pelajar
mengunakan kaedah penyelesaian masalah yang dipelajari
terlebih dahulu untuk penyelesaian masalah baru;
– Andaian terhadap pelajar
• Kognitif percaya bahawa minda manusia bersifat aktif
semenjak dilahirkan manakala Behaviourisme percaya
bahawa manusia dilahirkan dengan minda yang kosong.

Anda mungkin juga menyukai