Anda di halaman 1dari 81

Teori Pembelajaran

Teori pembelajaran
memberi penekanan bahawa pembelajaran adalah berkaiatan dengan perubahan tingkahlaku yang dibentuk melalui unsur persekitaran berkait rapat dengan ransangan dan tindak balas ganjaran dan peneguhan sebagai dorongan pembentukan tingkahlaku

perubahan tingkahlaku dapat dikekalkan dengan motivasi yang sesuai

Teori Pembelajaran tokoh Behavoris: Prinsip Pavlov Prinsip Thorndike Prinsip Skinner Prinsip Bandura
pembelajaran berlaku melalui peniruan

tindal balas diulang-ulang akan menjadi kebiasaan dan amalan

mencuba berkali-kali akhirnya mencapai matlamat kejayaan yang diingini menerusi penerokaan dan pengulangan pada titik kejayaan yang dicapai

Teori Pembelajaran Behavoris


Pavlov, Ivan (1849-1936)
Classical Conditioning

Thorndike, E. L. (1874-1949)
Connectionism

Skinner, B.F. (1904-1990)


Operant Conditioning

Bandura (1925 -

Teori Pembelajaran Behavoris


Ahli psikologi berbansa Russia ini telah menemui salah satu jenis pembelajaran major, iaitu perlaziman klasiks, secara tidak sengaja semasa menjalani eksperimen terhadap penghadaman pada awal tahun 90-an. Sejak itu, beliau terus berusaha untuk menemui prinsip-prinsip teras perlaziman klasiks sepanjang SHAN / EDUCATIONALhayat beliau.
PSYCHOLOGY
5

Ivan Petrovich Pavlov

Classical Conditioning Classical conditioning is a type of learning in which an animals natural response to one object or sensory stimulus transfers to another stimulus. This illustration shows how a dog can learn to salivate to the sound of a tuning fork, an experiment first carried out in the early 1900s by Russian physiologist Ivan Pavlov. For conditioning to occur, the pairing of the food with the tuning fork (step 3 in the illustration) must be repeated many times, so that the dog eventually learns to associate the two items.

TEORI PELAZIMAN KLASIK


ASPEK EKSPERIMEN I.P PAVLOV (1849-1936) Eksperimen gerak balas seekor anjing terhadap makanan. (1972)

FOKUS-

Perkaitan antara rangsangan neutral dan rangsangan semula jadi yang menghasilkan rangsangan terlazim. Ransangan (R) Gerak balas (G). - Apabila wujud perkaitan tersebut, sesuatu organisma akan memberi gerak balas terlazim (hasil pengalaman yang dilalui)

KESIMPULAN TEORI PELAZIMAN KLASIK


Pelaziman klasik membuktikan bahawa perlakuan manusia, emosi dan sikap dapat dipupuk dan dibentuk melalui proses pengulangan dan latihan yang kerap. Contoh aktiviti: i) Banyakkan pengulangan dan latih tubi ii) Sediakan latihan yang banyak dan pelbagai.

Aplikasi pavlov dalam P & P


cikgu rabiah menyanyikan lagu Mari berkemas sebagai isyarat tamat tempoh sesuatu aktiviti......................... memberi penerangan pada peringkt awal setelah biasa, murid terus berkemas apabila mendengar

HASILNYA
guru: matlamat guru tercapai -murid mengamalkan tabiat berkemas secara spontan apabila mendengar lagu murid: perubahan tingkahlaku berlaku apabila mendengar lagu. bunyi lagu menjadi ransangan

Aplikasi Skinner dalam P & P


Di sudut komputer, seorang murid meneroka perisian matematik. terdapat beberapa ikon aktiviti matematik yang diterokai. akhirnya dia tertekan satu ikon yang sesuai dengan minatnya. dia menguasai satu aktiviti yang terdapat pada ikon tersebut.

perkara ini diulang setiap kali murid itu menggunakan komputer

Song 1: To get the children to sit down

Make a circle, make a circle Make it round, make it round Make it in a hurry, make it in a hurry Then sit down, then sit down.
(Note : Follow the tune of Are You Sleeping

Song 2: To get the children to sit down

Hush, ssh, quiet please, Let's all gather near. Find a friend and sit right down, Circle time is here.
(Note : Follow the tune of Row, Row, Row Your Boat

Edward L. Thorndike

Pada akhir abad ke-19, ahli psikologi berbangsa Amerika, Edward L. Thorndike melakukan antara beberapa eksperimen terhadap pembelajaran haiwan terawal Thorndike membentuk Hukum Kesan, yang menyatakan bahawa tingkahlaku yang diikuti dengan akibat menyenangkan lebih berkemungkinan diulangi pada masa depan.
SHAN / EDUCATIONAL PSYCHOLOGY

E.L THORNDIKE (1874-1949)

Eksperimen kotak ajaib seekor kucing berusaha keluar dari kurungan untuk mendapatkan makanan. (1906)

- Hubungan antara rangsangan dan gerak balas yang menyeronokkan akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkan. -Hukum pembelajaran Thorndike: i)Hukum Kesediaan: Individu perlu ada kesediaan untuk tindakan atau gerak balas berlaku.

ii) Hukum Latihan: Menegaskan bahawa manusia belajar melalui proses membuat dan lupaan berlaku apabila perkara yang dipelajari tidak dibuat lagi. iii) Hukum Kesan: Sesuatu gerak balas yang diikuti kesan yang menyeronokkan dan memuaskan akan memungkinkan gerak balas itu berulang.

Aplikasi Thorndike dalam P & P


Cikgu Halim sedang memerhatikan murid mencuba memadankan bentuk-bentuk untuk disesuaikan dengan ruang - main puzzle Akhirnya murid berjaya setelah mencuba berkali-kali. murid gembira dan mencuba lagi walaupun dengan membuat beberapa kesilapan perlakuan berulang murid menyenangkan mereka dan mereka mencubanya sehingga berjaya

HASILNYA
guru: dapat meningkatkan kemahiran murid dari mudah ke sukar murid: menunjukkan sikap inisiatif, tekun dan tidak putus asa

B. F. Skinner
Ahli psikologi berbangsa Amerika ini menjadi terkenal kerana kajian rintis beliau terhadap pembelajaran dan tingkah laku. Dalam 60 tahun kerjayanya, Skinner telah menemui prinsip-prinsip penting perlaziman operan, sejenis pembelajaran yang melibatkan peneguhan dan hukuman. Sebagai behavioris tulen, Skinner percaya bahaawa perlaziman operan boleh menjelaskan tingkah laku yang paling kompleks manusia.

SHAN / EDUCATIONAL PSYCHOLOGY

18

B.F SKINNER (1904-1990) Eksperimen Peti Skinner seekor tikus berusaha keluar dari kurungan untuk mendapatkan makanan. (nyalaan lampu- dapat makanan) -Hubungan ransangan yang positif ataupun negatif tetap akan menyebabkan gerak balas terhasil. -Jenis-jenis peneguhan : i) Peneguhan positif(peneguhan yang berlandaskan prinsip bahawa tingkah laku diteruskan berlaku apabila tingakh laku tersebut diikuti oleh rangsangan yang menyenangkan) : pujian, hadiah, ganjaran

ii) Peneguhan negatif (peneguhan yang berlandaskan prinsip bahawa kemungkinan tingkah laku akan diulangi apabila rangsangan yang tidak menyenangkan ditiadakan): Leteran, bebelan, teguran, amaran dan hukuman (hukuman beri: cubit, tampar dan hukuman tarik: menarik kembali ransangan yang selesa contoh tidak boleh bermain komputer jika tidak lulus dalam peperiksaan).

Pelaziman Operan - Dipelopori B. F. Skinner - merupakan proses pembentukan tingkah laku dengan penggunaan peneguhan dan hukuman. - Ilustrasi menunjukkan bagaimana tindakan seekor tikus mencari jalan keluar dari kotak bermasalah. - Tikus diberi makananan sebagai ganjaran apabila berjaya melepasi selekoh pertama (A). Setelah tingkah laku pertama tersebut telah disebatikan, tikus itu tidak akan diberikan sebarang ganjaran sehingga ia berjaya melepasi selekoh yang kedua (B). Setelah berkalikali melepasi selekoh-selekoh berkenaan, tikus itu perlu menemui penghujung kotak bermasalah itu untuk menerima ganjaran seterusnya (C). 20

HASILNYA
guru: berjaya melatih murid menggunakan perisian matematik murid: mahir menggunakan perisian menerusi penerokaan. Tumpuan diberi berdasarkan minatnya

KESIMPULAN TEORI PELAZIMAN OPERAN


Pelaziman operan menekankan hasil kesanakibat membawa kepada tingkah laku diteruskan atau ditinggalkan. Oleh itu, peneguhan dan hukuman akan mewujudkan tingkah laku baru atau sebaliknya. Contoh aktiviti:
i) Sediakan langkah pengajaran secara berperingkat ii) Aplikasikan teknik peneguhan yang sesuai.

PELOPOR DAN PRINSIP BANDURA

ALBERT BANDURA (1925-KINI)


Kajiannya mengenai cara bagaimana manusia belajar melalui pemerhatian. Mengkaji bagaimana persepsi individu terhadap ancaman boleh mempengaruhi rembesan neurotransmitter serta hormon yang berkaitan dengan tekanan ke dalam pengaliran darah. Mengutarakan konsep efikasi kendiri.

Hasilnya, beliau berjaya mengembangkan satu teori kognitif sosial mengenai bagaimana manusia berfungsi.

Menurut Bandura, manusia bukan organisme yang hanya bersifat reaktif terhadap faktor-faktor dalam persekitaran atau naluri impuls dalaman kita.

BANDURA DAN PEMBELAJARAN PEMERHATIAN

KAJIAN PATUNG BOBO


Kajian ini berfokuskan kepada pola tingkah laku berhubungkait dengan tingkah laku agresif.

Beliau menggunakan patung Bobo yang berbentuk telur. Patung ini mempunyai pemberat di bawahnya bagi membolehkannya naik semula setelah dipukul.

APA YANG TERJADI??


Mereka memukul patung Bobo sekuat hati, menumbuk sambil menjerit sockeroo!, menendang, duduk di atas patung dan memukul patung itu dengan tukul kecil. Mereka melakukannya seperti yang ditayangkan di dalam filem sebentar tadi.

KESIMPULAN DARIPADA KAJIAN TERSEBUT.

Bandura menamakan fenomena ini sebagai pembelajaran pemerhatian. Pembelajaran pemerhatian ini berpegang kepada proses modeling.

Aplikasi Bandura dalam P & P


guru memerhati murid melakonkan watak pesakit dan jururawat murid kelihatan riang semasa main peranan

HASILNYA
guru: menyedikan peralatan atau persekitarn sesuai dengan pengalaman murid murid: memerhati tingkahlaku orang dewasa sebagai model untuk dicontohi

NOTA TAMBAHAN

Prinsip-Prinsip Pelaziman Klasiks


(i) Pemerolehan (Acquisition)
Fasa pemerolehan merupakan pembelajaran permulaan tindakbalas yang telah dilazimkan. Contohnya, anjing yang belajar mengeluarkan air liurnya ketika loceng dibunyikan.

36

Prinsip-Prinsip Pelaziman Klasiks


(i) Pemerolehan (Acquisition)
Beberapa faktor boleh mempengaruhi kadar kelajuan perlaziman pada fasa ini. Faktor-faktor utama ialah tertib dan keketikaan rangsangan.
37

Prinsip-Prinsip Pelaziman Klasiks


(i)

Pemerolehan (Acquisition)

Perlaziman berlaku dengan kadar yang paling cepat ketika rangsangan yang telah dilazimkan(loceng) mendahului rangsangan yang tidak dilazimkan (makanan) lebih kurang 2 saat. Perlaziman mengambil masa yang lebih lama untuk berlaku dan lebih lemah jika terdapat pertangguhan yang lama antara persembahan rangsangan dilazimkan dengan yang tidak dilazimkan. Jika rangsangan yang dilazimkan mengikuti sebaik sahaja rangsangan tidak dilazimkan dipersembahkan, perlaziman jarang berlaku.
38

Prinsip-Prinsip Pelaziman Klasiks


(ii) Penghapusan (Extinction)
Sebaik dipelajari, tindakbalas yang dilazimkan tidak semestinya kekal. Penghapusan merujuk kepada eliminasi (pelupusan) tindakbalas dilazimkan dengan cara mempersembahkan tindakbalas dilazimkan itu tanpa rangsangan tak dilazimkan itu secara bertubi-tubi.

39

Prinsip-Prinsip Pelaziman Klasiks


(ii) Penghapusan (Extinction)
Jika anjing telah belajar mengeluarkan air liur ketika loceng dibunyikan, pengkaji dapat secara beransur-ansur menghapuskan tindakbalas itu dengan cara membunyikan loceng itu bertubi-tubi tanpa memberikan sebarang makanan selepasnya.

40

Prinsip-Prinsip Pelaziman Klasiks

(ii) Penghapusan (Extinction)


Penghapusan tidak bermakna bahawa anjing itu telah unlearn atau melupakan asosiasi antara loceng dengan makanan. Selepas penghapusan, jika pengkaji itu membunyikan loceng itu selepas beberapa jam kemudian, anjing itu pada kebiasaannya akan mengeluarkan air liurnya juga.

41

Prinsip-Prinsip Pelaziman Klasiks


(ii) Penghapusan (Extinction)
Kewujudan semula sesuatu tindakbalas yang telah dihapuskan selepas beberapa waktu dinamakan spontaneous recovery.
42

Generalisasi (Generalization)
Selepas haiwan belajar sesuatu tindakbalas terlazim terhadap sesuatu rangsangan, ia akan bertindakbalas terhadap rangsangan yang seakan-akan sama tanpa latihan lanjutan. Jika seorang kanak-kanak pernah digigit seekor anjing berwarna hitam yang besar, dia mungkin bukan sahaja takut akan anjing berkenaan, tetapi juga terhadap anjing-anjing besar yang.

43

Generalisasi (Generalization)
Fenomena ini dinamakan generalisasi. Semakin tidak sama rangsangan, semakin sedikit generalisasi dilakukan. Contohnya, kanak-kanak tersebut mungkin akan menunjukkan ketakutan yang sedikit sahaja terhadap anjing yang lebih kecil.

44

Diskriminasi (Discrimination)
Lawannya generalisasi ialah diskriminasi. Dalam proses ini, seseorang individu belajar membentukkan tindakbalas terlazim terhadap sesuatu rangsangan tetapi tidak terhadap rangsangan yang serupa. Contohnya, seorang kanak-kanak mungkin menunjukkan ketakutan terhadap anjing-anjing yang berkeliaran,tetapi mungkin tidak menunjukkan sebarang ketakutan apabila anjing itu diikat atau dikurungkan.

45

NOTA TAMBAHAN
THORNDIKE

Teori Pembelajaran Behavoris


Thorndike, E. L. (1874-1949) Connectionism
Pembelajaran merupakan satu proses stamping in, atau pembentukan hubungan/kaitan antara satu rangsangan dan tindakbalas

SHAN / EDUCATIONAL PSYCHOLOGY

47

Teori Pembelajaran Behavoris


Dua prinsip utama:
Hukum Kesan (The Law Of Effect):
When a modifiable connection is made between a situation and a response and is accompanied or followed by a satisfying state of affairs, the strength of that connection is increased. When an annoying state of affairs goes with or follows a connection, the strength of that connection is decreased.
SHAN / EDUCATIONAL PSYCHOLOGY 48

Teori Pembelajaran Behavoris


Hukum Latihan (The Law of Exercise):
The more a stimulus-response connection was practiced or used, the stronger it would become; the less it was used, the weaker it would become.

SHAN / EDUCATIONAL PSYCHOLOGY

49

Teori Pembelajaran Behavoris


Kaitan (Connections), hanya akan diperkuatkan dengan memberi latihan berganjaran Put together and exercise what should go together, and reward desirable connections Hukum Kesan membawa kepada penggunaan ganjaran konkrit seperti bintang yang diletakkan pada kertas kerja pelajar dan penekanan pada pujian lisan. Hukum Latihan membawa kepada pengulangan, latih tubi dan latihan dalam semua mata pelajaran
SHAN / EDUCATIONAL PSYCHOLOGY 50

NOTA TAMBAHAN SKINNER

B. F. Skinner
Ahli psikologi berbangsa Amerika ini menjadi terkenal kerana kajian rintis beliau terhadap pembelajaran dan tingkah laku. Dalam 60 tahun kerjayanya, Skinner telah menemui prinsip-prinsip penting perlaziman operan, sejenis pembelajaran yang melibatkan peneguhan dan hukuman. Sebagai behavioris tulen, Skinner percaya bahaawa perlaziman operan boleh menjelaskan tingkah laku yang paling kompleks manusia.

SHAN / EDUCATIONAL PSYCHOLOGY

52

Prinsip-Prinsip Utama Perlaziman Operan:

Peneguhan
Dalam perlaziman operan, peneguhan merujuk kepada sebarang proses yang dapat menguatkan sesuatu tingkahlaku, iaitu meningkatkan kadar tingkahlaku berkenaan diulangi. Terdapat 2 kategori peneguhan.peneguhan positif dan peneguhan negatif.
SHAN / EDUCATIONAL PSYCHOLOGY 53

Prinsip-Prinsip Utama Perlaziman Operan:

Peneguhan Peneguhan positif ialah satu keadah menguatkan tingkahlaku dengan pemberian satu rangsangan yang menyenangkan. Peneguh-peneguh positif termasuk item-item asas seperti makanan, minuman, seks, dan keselesaan fizikal amat berkesan untuk manusia. Peneguh-peneguh lain termasuk pemilikan bahan, duit, persahabatan, kasih sayang, pujian, perhatian, dan kejayaan dalam kerjaya seseorang.
SHAN / EDUCATIONAL PSYCHOLOGY 54

Prinsip-Prinsip Utama Perlaziman Operan:


Peneguhan Peneguhan negatif ialah kaedah pengukuhan sesuatu tingkahlaku dengan mengikuti tingkahlaku tersebut dengan merampas atau menghapuskan rangsangan yang tidak disenangi. Terdapat 2 jenis peneguhan negatif, pelarian (escape) dan pengelakan (avoidance).
SHAN / EDUCATIONAL PSYCHOLOGY 55

Prinsip-Prinsip Utama Perlaziman Operan:

Dalam pelarian, melakukan sesuatu tingkah laku membawa kepada penghapusan rangsangan yang tidak disenangi. Contohnya, jika seseorang itu sakit kepala cuba ubat baru dan dengan cepat sakit kepala itu hilang, dia kemungkinan besar akan mengambil ubat itu sekiranya sakit kepala lagi.
SHAN / EDUCATIONAL PSYCHOLOGY 56

Prinsip-Prinsip Utama Perlaziman Operan:


Dalam pengelakan pula, seseorang itu akan melakukan tingkahlaku untuk mengelak kesan yang tidak menyenangkan. Contohnya, pemandu akan memandu di lorong-lorong jalan untuk mengelak kesesakan lalu lintas, orang awam membayar cukai kerana takut didenda dan dikenakan penalti, serta pelajar menghabiskan kerja rumah masing-masing untuk mengelak dirinya ditahan kelas. SHAN / EDUCATIONAL 57
PSYCHOLOGY

Skedul Peneguhan
Dua jenis skedul, iaitu skedul peneguhan berterusan dan skedul peneguhan sebahagian. Skinner dan ahli-ahli psikologi lain mendapati bahawa skedul peneguhan sebahagian adalah lebih berkesan berbanding dengan skedul peneguhan berterusan sebab:
menghasilkan lebih banyak resppons, dan dengan kadar yang lebih cepat, tidak begitu cenderung kepada penghapusan tingkah laku itu akan bertahan untuk tempoh yang lebih lama sekiranya ganjaran berkenaan diberhentikan.
SHAN / EDUCATIONAL PSYCHOLOGY 58

Skedul Peneguhan

Sebab kenapa ini berlaku adalah kerana pembelajar berkenaan telah biasa dengan tindak balas yang tidak diberi ganjaran setiap kali tingkah laku/tindak balas yang diingini dilakukan.

SHAN / EDUCATIONAL PSYCHOLOGY

59

Skedul Peneguhan Terdapat 4 jenis skedul sebahagian, iaitu


(a) nisbah tetap (fixed-ratio) yang menghasilkan a stopand-go pattern of responding; (b) kadar-tetap (fixed-rate) Behaviors reinforced on these schedules tend to occur at a rapid, steady rate, with few pauses; (c) pemboleh tetap (fixed variable) Behavior on these schedules tends to be steady, but slower than on ratio schedules; dan (d) jeda-tetap (fixed-interval). On these schedules, animals usually do not respond at the beginning of the interval, but they respond faster and faster as the time for reinforcement approaches..
SHAN / EDUCATIONAL PSYCHOLOGY 60

Hukuman
Peneguhan mengukuhkan tingkahlaku manakala hukuman melemahkannya, iaitu mengurangkan kadar berlakunya tingkahlaku berkenaan. Terdapat dua jenis hukuman: (a) hukuman positif, dan (b) hukuman negatif

SHAN / EDUCATIONAL PSYCHOLOGY

61

Hukuman
Hukuman positif melibatkan pengurangan sesuatu tingkahlaku dengan pemberian rangsangan yang tidak menyenangkan sekiranya tingkahlaku itu dilakukan dan Hukuman negatif, juga dikenali sebagai omission, melibatkan pengurangan sesuatu tingkahlaku dengan menghapuskan rangsangan yang menyenangkan sekiranya tingkahlaku itu berlaku.
SHAN / EDUCATIONAL PSYCHOLOGY 62

Hukuman :

Soalan:

Adakah hukuman itu satu cara yang berkesan untuk menghapuskan tingkahlaku yang tidak diingini?

SHAN / EDUCATIONAL PSYCHOLOGY

63

Hukuman Eksperimen di makmal menunjukkan bahawa sekiranya hukuman digunakan dengan bijaksana, ia merupakan kaedah yang berkesan dan berkeupayaan tinggi untuk mengurangkan tingkahlaku. Kekurangan:
jika seseorang itu dihukum dengan keras, dia mungkin menjadi agresif, pemarah, atau mengalami emosi negatif yang lain: mungkin menyembunyikan bukti tingkah laku mereka, seperti kes-kes lari dari rumah. mungkin menghapuskan tingkahlaku yang diingini bersama-sama tingkahlaku yang tidak diingini itu.

Ahli psikologi mencadangkan bahawa hukuman hanya digunakan untuk mengawal tingkahlaku dalam keadaan tiada alternatif realistik lain yang boleh diambil lagi.
SHAN / EDUCATIONAL PSYCHOLOGY 64

Pembentukan (Shaping) Pembentukan merupakan satu teknik peneguhan yang digunakan untuk mengajar haiwan atau orang untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan mereka. Dalam kaedah ini, seseorang guru bermula dengan meneguhkan respons yang dapat dikuasai pelajarnya dengan mudah, yang semakin dipertingkatkan kesukarannya.

SHAN / EDUCATIONAL PSYCHOLOGY

65

Penghapusan (Extinction)
Seperti pelaziman klasikal, tindakbalas yang dipelajari dalam pelaziman operan juga tidak kekal. Dalam pelazminan operan, penghapusan ialah eliminasi sesuatu tingkahlaku yang telah dipelajari dengan cara memberhentikan peneguh tingkahlaku berkenaan. Dalam contoh tikus tadi, sekiranya tiada makanan diperolehnya setiap kali lever berjaya ditekankannya, perlakuan itu akan semakin lemah dan kemudiannya terhapus. Kanak-kanak yang terlalu dimanjakan
SHAN / EDUCATIONAL PSYCHOLOGY 66

Generalisasi dan Diskriminasi


Generalisasi dan diskriminasi yang berlaku dalam perlaziman operan adalah lebih kurang serupa dengan generalisasi dan diskriminasi yang berlaku dalam pelaziman klasiks. Dalam generalisasi seseorang akan bertingkahlaku sebagaimana yang dilakukannya dalam situasi yang serupa
Contohnya, seorang lelaki yang selepas berjenaka dalam satu majlis keramaian, dan mendapat sambutan yang hadir, akan berjenaka dalam majlismajlis yang serupa.
SHAN / EDUCATIONAL PSYCHOLOGY 67

Generalisasi dan Diskriminasi


Diskriminasi adalah pembelajaran bahawa tingkahlaku mungkin akan diperkukuhkan dalam sesuatu situasi, tetapi tidak demikian dalam situasi lain. Lelaki tadi mungkin belajar bahawa berjenaka di situasi lain atau majlis rasmi tidak akan mendapat sebarang sambutan. Rangsangan diskriminatif menandakan sesuatu tingkahlaku berkemungkinan besar akan diperkukuhkan. Lelaki itu mungkin belajar berjenaka sahaja di dalam majlis keramaian/keraian (rangsangan diskriminatif. Belajar bilakah sesuatu tingkahlaku akan diperkukuhkan atau tidak merupakan aspek penting dalam pelaziman operan.
SHAN / EDUCATIONAL PSYCHOLOGY 68

NOTA TAMBAHAN BANDURA

PROSES MODELING

PERHATIAN
Pembelajaran hanya akan berlaku jika ada tumpuan perhatian. Antara faktor yang mempengaruhi tumpuan individu ialah :
Ciri-ciri model Kegunaan & faedahnya Kemahiran pemerhati

PENGEKALAN / MENGINGAT
Pemerhati harus berupaya mengekalkan tingkah laku yang diperhatikan dalam ingatan. Hal ini berhubungkait dengan kebolehan kita untuk mengkod & menyimpan maklumat tersebut dalam bentuk imej mental/huraian verbal tertentu dalam ingatan kita.

PENGHASILAN SEMULA
Imej mental & huraian verbal itu tadi hendaklah dipindahkan dalam bentuk tingkahlaku sebenar. Kecekapan mengulangi tingkah laku orang lain bergantung kepada keupayaan fizikal & kemahiran tiruan motor pemerhati serta kemahiran mengingat dangan tepat. Kebolehan untuk berbuat demikian akan meningkat melalui amalan dan praktis.

MOTIVASI / PENEGUHAN
Kebiasaanya, meniru & melakukan semula tingkah laku yang diperhatikan sekiranya ia mendatangkan kepuasan, peneguhan positif/ganjaran. Pemerhati mungkin tidak akan lakukan semula tingkah laku sekiranya didenda / ditegur. Jenis-jenis peneguhan yang memeotivasi pelakuan mengikut tingkah laku yang ditiru ialah :
Peneguhan secara langsung Peneguhan secara tidak langsung Peneguhan diri

PROSES PENEGUHAN DIRI

PENEGUHAN DIRI MEMERLUKAN KEUPAYAAN KONSEP KENDIRI YANG POSITIF SERTA KEUPAYAAN MANIPULASI DIRI, IAITU SELFREGULATION.

TINGKAH LAKU YANG DIPELAJARI MELALUI MODELING


AGRESIF :
Kanak-kanak biasanya menjadi lebih agresif setelah mereka menyaksikan suatu perbuatan agresif atau ganas.

MORALITI :
Kebanyakan aspek berkaitan dengan pemikiran & tingkah laku moral dipengaruhi oleh pemerhatian & modeling.

PRINSIP-PRINSIP PELAKSANAAN TEORI


Menentukan & gunakan model yang sesuai dengan perbezaan individu dalam pembelajaran sosial. Memastikan proses pemerhatian dijalankan secara lain ikut prosedur seperti berikut:

Memupuk keupayaan mengawal & manipulasi diri dengan menggunakan pemikiran refleksi diri & maklum balas daripada model. Memupuk kecekapan meniru & reproduksi denganlatihan secara bersistematik, mudah kepada kompleks. Memupuk konsep kendiri positif dengan memberi galakan & pujian untuk membina sikap keyakinan diri pelajar.

CIRI-CIRI TEORI PERMODELAN BANDURA


Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian & peniruan. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, contoh & teladan. Tiru kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru & dapat menguasai kemahiran itu melalui kepuasan & peneguhan. Proses belajar melalui pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku / respon yang sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.

IMPLIKASI TEORI PERMODELAN BANDURA


Penyampaian guru hendaklah cekap & menarik agar jadi role model yang gemar dicontohi oleh pelajar. Demonstrasi guru jelas & menarik supaya murid boleh tiru dengan mudah dan tepat. Hasilan guru seperti kraf tangan, lukisan & lainlain yang ditunjukkan mestilah bermutu tinggi. Gunakan rakan sekelas sebagai role model untuk buat demonstrasi. Terapkan nilai murni & watak-watak bersejarah dengan gunakan teknik main peranan & simulasi.

Anda mungkin juga menyukai