Anda di halaman 1dari 4

SMK DATO’ MAHMUD PADUKA RAJA (1)

KERTAS CADANGAN
CADANGAN UNTUK MENGADAKAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR
TERTUTUP UNTUK PELAJAR TINGKATAN 6 ATAS
SMK DATO’ MAHMUD PADUKA RAJA (1)

ANJURAN
KELAB SUKAN DAN PERMAINAN BOLA TAMPAR TINGKATAN 6
SMK DATO’ MAHMUD PADUKA RAJA (1)
CADANGAN UNTUK MENGADAKAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR
TERTUTUP UNTUK PELAJAR TINGKATAN 6 ATAS SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ MAHMUD PADUKA RAJA (1)

1.0 Pengenalan
Bola Tampar merupakan suatu permainan yang berpotensi untuk dibangunkan
sebagai sukan teras negara. Namun, agak ketandusan bakat muda bagi sukan ini.
Menyedari hakikat ini, kelab sukan dan permainan Bola Tampar Tingkatan 6 SMK
Dato’ Mahmud Paduka Raja (1), telah mengambil inisiatif untuk mencungkil
bakat-bakat muda dengan menganjurkan pertandingan Bola Tampar Tertutup bagi
pelajar tingkatan 6 SMK Dato’Mahmud Paduka Raja (1). Kejohanan Bola Tampar
telah dirangka khas untuk para pelajar tingkatan 6 SMK Dato’ Mahmud Paduka
Raja (1). Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan murid yang seimbang dari
segi aspek Jasmani, Rohani, Emosi, Intelek dan Sosial (JERIS).

2.0 Objektif
Program ini mempunyai objektif seperti berikut, iaitu

2.1 Mewujudkan suasana gaya hidup sihat dikalangan pelajar tingkatan 6.

2.2 Mencungkil bakat-bakat baru dikalangan pelajar tingkatan 6.


2.3 Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh serta
memupuk budaya bersukan

3.0 Tarikh, Hari, Masa dan Tempat


4.1 Tarikh: 23/3/2019
4.2 Hari: Sabtu
4.3 Masa:8.00 pagi hingga 1 petang
4.4 Tempat: Dewan Terbuka SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja (1)

4.0 Kumpulan Sasaran


Pelajar Tingkatan 6 Atas SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja (1)
5.0 Aturcara Pertandingan
Hari: Sabtu
Tarikh: 23/3/2019
Masa Perkara
8.00 pagi - 8.30 pagi Pendaftaran peserta
8.30 pagi - 1.00 petang Pertandingan dimulakan (sistem kalah mati)
1.00 petang Bersurai

6.0 Kewangan
Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan
Pendapatan Jumlah
Pungutan yuran pendaftaran RM 110
RM 10 x 11 kumpulan
Sumbangan sekolah RM 65
Jumlah keseluruhan RM 175

Perbelanjaan Jumlah
Hamper RM 175
RM 35 x 3 (Johan)
RM 20 x 2 (Naib Johan)
RM 15 x 2 (Ketiga)
Jumlah keseluruhan RM 175

7.0 Jawatankuasa
Pengerusi : Che Ku Nur Salsyadila binti Che Ku Rahim
Naib Pengerusi :
Setiausaha:
Bendahari:
AJK Pelaksana:
Pendaftaran:
Peralatan:
Hadiah:
Pengadil:

Anda mungkin juga menyukai