Anda di halaman 1dari 2

Minggu Praktikum: 5

Tarikh: 6 Ogos 2021

Tajuk Jurnal: Tidak mempelbagaikan laman pengukuhan

1. Isu Yang Difokuskan

Saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bersama murid-murid 5 Ibnu Sina
pada 6 Ogos 2021. Apa yang dapat saya lihat ialah, maklum balas murid tidak begitu
memuaskan berbanding minggu sebelumnya di mana jumlah keseluruhan murid bagi 5 Ibnu
Sina adalah 28 orang dan murid yang memberi maklum balas hanya 10 orang berbanding
28 orang. Beberapa perkara tentang isu ini dapat saya kesan dengan sebaiknya dan akan
berusaha untuk memperbaikinya.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca Kesan Isu)

Saya mendapati dan dapat membuat kesimpulan mengapa murid tahun 5 Ibnu Sina yang
memberi maklum balas terhadap aktiviti pengukuhan yang saya berikan tidak begitu
memuaskan berbanding minggu sebelumnya adalah kerana laman pengukuhan atau aplikasi
yang saya gunakan adalah aplikasi yang sama dan ianya membuatkan mereka berasa
bosan dengan corak latihan yang sama.

3. Kajian Lampau Terhadap Isu (Pengalaman Atau Kajian Lepas)

Pengalaman yang saya prolehi sewaktu mengajar mereka pada minggu yang pertama
adalah memuaskan kerana pada ketika itu saya baru memperkenalkan aplikasi tersebut
kepada mereka dan mereka sangat terujua. Di sini membawa maksud bahawa murid-murid
sentiasa memerlukan sesuatu corak pengajaran yang baru supaya mereka lebih berminat
untuk mengikuti pembelajaran.

4. Cadangan Dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, antara langkah penyelesaian yang saya boleh cadangkan ialah :

I. Menyediakan slaid pengajaran yang lebih menarik.


II. Mencari aplikasi lain yang lebih menarik dan berunsurkan permainan sebagai laman
latihan atau pengukuhan yang baru untuk murid-murid supaya mereka dapat
menjawab soalan sambil berseronok.

5. Tempoh Masa Penyelesaian

1 Minggu

6. Tindakan Susulan

Saya akan mengambil tindakan susulan iaitu mempelbagaikan corak pengajaran saya
supaya lebih menarik dan berusaha mempelajari laman pengukuhan yang baru supaya
murid tidak berasa bosan dengan laman pengukuhan yang sama pada setiap minggu.

7. Rujukan

Ainon Mod & Abdullah Hassa (1999). Menyelesaikan Masalah Secara Kreatif, Kuala Lumpur, Utusan
Publiations & Distributors Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai