Anda di halaman 1dari 2

Menyangga

Definisi dan konsep:


Menyangga ialah kemahiran mengawal bola yang diterima. Kemahiran ini
jugabertujuan untuk menaikkan atau melambungkan bola ke udara.
Kemahiran menyangga penting agar anda dapat menguasai cara menghantar bola
ke pihak lawan. Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau
dig. Hantaran ini dilakukan pada aras bawahtangan yang menggunakan dua belah
tangan (atwo-handed underhand pass) dan merupakan jenis hantaran yang lazim
digunakan dalam permainan bola tampar. Ia digunakan untuk menerima servis dan
serangan-serangan daripada pihak lawan. Kemahiran menyangga juga digunakan apabila
bola berada terlalu dekat dengan lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang
baik untuk menggunakan hantaran atas kepala.

Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan, terutamanya untuk
menyelamatkan hantaran dan juga mengawal semula bola. Contohnya, apabilapihak
lawan merejam bola atau bola dimainkan ke satu posisi yang tidak membolehkan
penerima menggunakan hantaran atas kepala maka penerima hantaran akan
menggunakan dig untuk menyelamatkan pukulan tersebut.

Cara-cara menyangga
a.) Posisi/Kedudukan Tangan

b.) Posisi bersedia
Kaki dijarakkan dengan jarak seluas bahu.
Satu kaki berada di hadapan dan satu kaki lagi di belakang.
Lutut dibengkokkan sedikit.
Tubuh badan berada dalam keadaan tegak.
Lengan diluruskan.
Siku-siku memutar ke arah satu sama lain, dirapatkan ke badan dan terkunci
(lock elbow).
Letakkan bahagian belakang sebelah tangan di atas tapak tangan sebelah
tangan yang lain.
Kedua-dua ibu jari bertindih di atas satu sama lain di atas tapak tangan.
Pergelangan tangan terkunci ke bawah.
Kedua-dua lengan selari dengan paha.
Meletakkan berat badan pada bebola kaki tetapi masih dalam posisi yang
seimbang.




c.) Pergerakan
Bergerak ke arah bola.
Melangkah ke arah bola dengan lengan dan tangan di hulurkan.
Melangkah dengan kaki yang paling hampir dengan sasaran.
Melangkah ke sasaran dan menghulurkan lengan untuk menyambut bola
lambung yang lambat.
Menarik sedikit atau mengendurkan lengan untuk bola yang laju.
Melangkah ke sasaran dengan lutut, punggung dan bahu menuju ke arah bola
yang hendak dihantar.

d.) Sentuhan
Sentuh bola di hadapan badan dan di antara lutut.
Sentuh bola dengan bahagian lengan iaitu dua hingga enam inci ke atas dari
pergelangan tangan.
Mata sentiasa memandang bola sepanjang masa penghantaran di buat.

Teknik-teknik menyangga (dig)
Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.
Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain.
Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke
hadapan.
Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut
dibengkokkan untuk menerima hantaran.
Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran
sebelum bermain bola.
Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.
Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola.
Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.
Kendurkan bahagian atas tubuh.
Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan
baik oleh ahli pasukan yang lain.

Variasi Menyangga
1. Pemukul menyambut bola denganmenggunakan lengan pada waktu sentuhan
Lengan untuk menyambut hantaran boladan pukulan dig menggunakan sebelah
tangan
2. Jatuhan dibuat semasa mengambil ataumenyelamatkan hantaran bola
3. Jatuhan junam dan jatuhan dengan tapakterbuka dibuat untuk menghalang bola
daripada menyentuh lantai

Anda mungkin juga menyukai