Anda di halaman 1dari 3

Ekosistem merupakan satu sistem ekologi yang terbentuk oleh hubungan

saling bergantung antara hidupan dengan persekitarannya. Ekosistem tanah pula


dipengaruhi oleh faktor abiotik dan faktor biotik yang saling berinteraksi untuk
membentuk ekosistem yang seimbang dan stabil
Biota tanah adalah sekumpulan hidupan yang menjadikan tanah sebagai
lingkungan ekologi tempat untuknya hidup. Biota tanah dapat mengekalkan
proses-proses penting seperti kitaran nutrient dan penyimpanan karbon. Biota
tanah juga memainkan peranan dalam menambahkan kesuburan tanah, pemulihan
tanah dan penyerapan nutrient oleh tumbuhan dan proses biodegrasi, pengurangan
sisa berbahaya dan juga sebagai pengawal haiwan perosak melalui kaedah kawalan
biologi yang semulajadi. Selain itu, biota tanah juga meningkatkan produktiviti dan
penghasilan tanaman melalui kitar semula nutrien yang diperlukan.
Bagi mengkaji biota tanah dan jaringan makanan yang terdapat dalam tanah
tersebut, kami telah mengambil dua sampel tanah dari kawasan yang berbeza. Bagi
setiap lokasi kami mengambil dua lingkungan tanah iaitu lingkungan O dan
lingkungan A. Lingkungan O adalah sampel tanah dibawah litupan daun gugur
manakala lingkungan A adalah sampel tanah permukaan yang tidak melebihi
kedalaman 3 cm. Kemudian, kesemua sampel tanah dibawa ke makmal untuk
dikaji. pH tanah diukur menngunakan kemudian tanah tersebut ditapis
menggunakan corong tulgren agar makro fauna yang besar mudah dikenal pasti.
Manakala makrofauna yang kecil pula dilihat menggunakan kanta pembesar dan
mikroskop.

Lokasi 1 terletak di atas bukit berhampiran dengan kolej kediaman pelajar.


Lokasi tersebut terletak di bawah rimbunan pokok ubi kayu ataupun nama
saintifiknya Manihot Esculenta Crantz ,pokok pisang dan berumput tebal. Lokasi
ini lebih terdedah kepada cahaya matahari kerana kurangnya kawasan lindungan.
Tanah di lokasi ini lebih kering dan berbatu kecil jika dibandingkan dengan tanah
lokasi 2. Namun begitu, terdapat banyak dedaun yang gugur, pokok-pokok mati
dan ranting-ranting kecil yang menutupi lapisan tanah. Keadaan ini membekalkan
tanah dengan bahan-bahan organik yang diuraikan oleh pengurai. Disamping itu,
kami juga menjumpai banyak kulat-kulat pada tunggul kayu yang telah reput.

Antara makro fauna yang terdapat pada lokasi 1 ialah lipan, semut besar dan
semut kecil berwarma hitam, siput, labah-labah, kutu tanah, kupu-kupu, anai-anai
dan hama. Berdasarkan jadual 2, hama atau nama saintifiknya Acarina adalah
makrofauna yang paling banyak dijumpai. Hal ini kerana hama hidup dalam tanah
sebagai parasit pada tumbuhan yang telah mati. Ia juga lebih menggemari tempat
yang mengandungi bahan organik yang tinnggi seperti lokasi 1 kerana sifanya yang
sangat aktif mencampurkan bahan organik yang terdapat dalam tanah. Hama juga
memakan kulat atau disebut sebagai mold. Selain itu, semut atau nama saintifiknya
Hymenoptera juga banyak ditemui di kawasan ini. Semut merupakan omnivore
secara umumnya, terdapat semut yang makan serangga yang mati dan ada juga
yang makan plant sap dengan mengeluarkan cecair manis yang dipanggil honey
dew. Lipan juga boleh menghasilkan cecair yang sama hingga semut menganggap
lipan tersebut adalah larvaa dan membawanya kesarang semut. Hal ini
membolehkan lipan tersebut memakan semua larva semut. Anai-anai pula terdapat
pada tunggul kayu mati yang terdapat disekitar lokasi tersebut. Hal ini kerana anaianai merupakan pengurai kayu dan daun kering. Berdasarkan mikrofauna dan flora
yang terdapat pada lokasi tersebut rangkaian makanan dan siratan makanan yang
terbentuk adalah seperti berikut:
..

Tanah lokasi 2 diambil dari kawasan redup di bawah pokok hutan. Lokasi 2
juga dikelilingi oleh semak samun dan tumbuhan menjalar yang menutupi kawasan
tanah. Keadaan ini menyebabkan kawasan sekeliling lembap. Tanah yang diambil
dari lokasi 2 lembab dan padat. Lokasi 2 menyediakan habitat yang sesuai kepada
pelbagai jenis makrofauna dan mikrofauna. Antara makrofauna yang terdapat pada
lokasi 2 ialah kupu-kupu, pepatung, semut dan cacing, cengkerik, lipan, semut
besar dan semut kecil dan kutu tanah. Keadaan ini menunjukkan kepelbagaian
hidupan di lokasi 2 adalah lebih tinggi berbanding dengan kepelbagaian hidupan di
lokasi 1.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepelbagaian hidupan adalah berbeza bagi kedua-dua lokasi. Perbezaan ini


dapat diukur melalui bilangan makrofauna dan mikrofauna yang dijumpai untuk
setiap lokasi. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh jenis tumbuhan yang dijumpai,
jenis tanah, kelembapan tanah, kepadatan tanah dan tekstur tanah. Hidupan

Anda mungkin juga menyukai