Anda di halaman 1dari 1

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS


PENDIDIKAN TEKNIK,
BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN
2015

PERATURAN AM ACARA TARIK TALI


a) Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan maksimum sepuluh (10) orang
peserta dan hanya lapan (8) orang peserta yang akan dibenarkan untuk
mengambil bahagian .
b) Tiap-tiap pasukan dibenarkan SEORANG penyuara SAHAJA.
c) Penggantian dibenarkan di antara tarikan. Peserta yang diganti dibenarkan
masuk semula ke dalam pusingan yang berikutnya.
d) Hujungan atau orang yang dihujung, boleh menyepit tali itu melalui bawah
ketiak dan meletakkan hujung tali di atas sebelah bahu.
e) HANYA satu amaran sahaja akan diberi sebelum pasukan tersebut
dibatalkan.
f) Jika kedua-dua pasukan melepaskan tali sebelum pengadil meniup wisel,
tarikan semula akan dilakukan.
g) Pertandingan akan bermula dengan arahan Hakim/Pengadil seperti berikut :
Angkat Tali
Tegangkan Tali
Tiupan wisel (Menandakan permulaan pertandingan)
Tiupan wisel (Menandakan tarikan selesai)
Tiupan wisel dua kali (Menandakan pembatalan).
h) Sekiranya kedua-dua pasukan seri selepas 2 tarikan, masa rehat 5 minit akan
diberi. Tarikan ke 3 dimulakan selepas Hakim menentukan tempat dengan
cara undian.
i) Pemain yang jatuh hendaklah bangun dengan serta merta.
( Masa yang diberi ialah 10 saat ).
j) Semasa tarikan pemain tidak dibenarkan mengusik tanah dengan manamana bahagian badan mereka kecuali kaki sahaja.
k) Kelewatan
Hanya 15 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan
selepas itu pihak lawannya akan diberi kemenangan percuma

Anda mungkin juga menyukai