Anda di halaman 1dari 11

Tujuan pentaksiran di prasekolah adalah untuk :

menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama


membuat keputusan penempatan
membuat diagnosis masalah pengajaran dan pembelajaran
membantu membuat keputusan berkaitan pengajaran kurikulum
menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibu bapa
menolong kanak-kanak dalam menilai kemajuan dirinya sendiri.
Menurut Beaty (1992) pula, mengikut garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan,
salah satu tugas utama guru prasekolah adalah mengenal pasti tahap perkembangan
setiap kanak-kanak kerana ini membolehkan perancangan pembelajaran sewajarnya dapat
dilakukan. Ini adalah kerana, setiap perkembangan kanak-kanak adalah berbeza antara
satu sama lain dan kadang-kala memerlukan pendekatan yang berbeza mengikut keperluan
kanak-kanak berkenaan. Dengan ini, hasil dari penilaian mengenai tahap perkembangan
kanak-kanak dapat memberikan maklumat tentang minat, kehendak, serta keperluan
mereka untuk dijadikan sandaran dalam merancang objektif dan strategi pengajaran pada
masa akan datang. Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan penilaian
berbentuk ujian atau peperiksaan bertulis bukanlah satu kaedah yang sesuai ditahap
pendidikan prasekolah kanak-kanak. Sebaliknya, pendidik dan pentadbir pendidikan awal
kanak-kanak perlu mengubah perhatian mereka ke arah penggunaan penilaian autentik .

Tujuan Penggunaan Pentaksiran Autentik


Menurut Ratcliff (1995) dan Reynolds (1982), menyatakan bahawa lebih muda usia kanakkanak itu,maka lebih cenderung untuk mereka membuat kesilapan disebabkan kekeliruan
atau kegusaran akibat suasana ujian. Secara tidak langsung ini menjadikan keputusan
serta kebolehgunaan sesuatu penilaian itu diragui. Di samping itu, ramai pendidik
merasakan ujian bertulis tidak menepati garis panduan Amalan Bersesuaian
Perkembangan. Walaupun ujian bertulis didapati dapat meramalkan pencapaian kanakkanak di prasekolah dan di tahap awal pendidikan formal, penilaian seumpama ini
dirasakan tidak betul-betul memenuhi kehendak dan tujuan pentaksiran diadakan dalam
pendidikan awal kanak-kanak.

Pentaksiran autentik
-

bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh

kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari.


meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar,
pemahaman mendalam,penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap
persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.

suatu proses melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh


mereflek tahap pembelajaran pelajar,kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti

yang releven.
amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan

mereka sendiri.
melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan.

Kepentingan Pentaksiran Autentik


-

memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengaplikasikan pengetahuan dan


kemahiran yang ada pada mereka melalui cara yang berkaitan dengan kehidupan

mereka
tidak tertakluk kepada kemahiran dan pengetahuan di prasekolah sahaja.
Terdapat pelbagai kaedah atau teknik yang boleh digunakan untuk menjalankan
pentaksiran autentik ini contohnya melalui portfolio, pemerhatian, rekod anekdot

dan pelbagai lagi.


subset kepada alternatif proses pentaksiran yang mana ia menggunakan spektrum
yang lebih luas untuk melihat perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan

bukanhanya tertakluk kepada ujian semata-mata.


Spektrum yang luas ini merangkumi situasi pembelajaran yang sebenar meliputi

kehidupan seharian pelajar dan bermakna.


menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna
menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya,
penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir

secara kritis)
memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikkan
melalui pemikiran kritisdari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaan pada

masa hadapan
merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan

yang ada dalam dunia sebenar


mencungkil bakat yang ada pada kanak-kanak khususnya kerana jenis sifatnya

yang merentasi pelbagai kaedah pentaksiran.


Melalui laporan pentaksiran autentik, dapat membantu guru memperbaiki
penyediaan guru dalam proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak
untuk ke alam persekolahan yang lebih tinggi.

Ciri-ciri Pentaksiran Autentik


-

Menilai pemahaman melalui penarnpilan tugasan yang dilaksanakan


Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya
Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi
Subjek membina maksud yang tersirat
Berpusatkan kanak-kanak

Bagaimana saya dapat mengukuhkan kefahaman tentang penilaian dan penaksiran?

Melalui pembacaan. Pembacaan bahan rujukan seperti buku terbitan PTS banyak

mengeluarkan buku-buku Pendidikan Awal Kanak-kanak. Buku terbitan luar Negara juga
sangat banyak didapati serta mempunyai isi yang padat dan berguna. Saya berusaha
membaca banyak jurnal dan laman web dalam laman sesawang melalui internet. Sebagai
contoh laman web yang baik adalah www.scribd yang banyak menghimpunkan bahan-bahan
daripada pelbagai Negara.

Perbincangan dengan Guru Prasekolah amat penting bagi memberi peluang kepada

saya mendalami ilmu penaksiran dan penilaian. Daripada konsep, objektif dan prinsip ini,
saya akan bertanya dan berbincang pelbagai soalan mengenai penilaian. Saya juga akan
berbincang tentang keberkesanan penilaian berterusan terhadap kanak-kanak prasekolah.
Saya juga berbincang dengan rakan-rakan untuk mencambahkan lagi pemikiran.

Melalui praktikal atau amali. Setelah melakukan pembacaan dan perbincangan

dengan pelbagai pihak terutama sekali Guru Prasekolah dan Pensyarah, saya melakukan
amali(tugasan). Saya lebih memahami konsep,objektif dan prinsip kerana banyak masalah
yang timbul hasil proses penilaian ini. Implikasi serta cara penyelesaian masalah dapat
dilakukan melalui proses amali.

Melalui sesi kuliah saya juga dapat banyak input daripada pensyarah. Ilmu

pengetahuan yang diberikan pasti tepat dan sukar diperolehi daripada orang lain.

Melalui pemerhatian saya juga dapat berfikir secara mendalam. Melalui tingkahlaku

kanak-kanak saya dapat menilai kelemahan dan kekuatan pengajaran yang dilakukan.
Sebagai contoh,saya perlu memberikan pengajaran yang mengikut tahap murid supaya
semua murid dapat merasai pembelajaran yang berkesan.

Penilaian berterusan berlaku sepanjang masa dan tidak menunggu akhir proses untuk
menilai. Konsep membuat penilaian berterusan ialah penilaian yang dilakukan sepanjang
masa tidak kira masa tertentu. Ia bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap
murid dari satu peringkat ke peringkat. Ianya dilakukan pada setiap masa iaitu tidak kira
pada masa murid menjalankan pembelajaran, bermain, berbual dan apa sahaja aktiviti
murid akan dinilai. Penilaian bukanlah dilakukan pada masa tertentu seperti di akhir bulan
atau semester. Sebaliknya penilaian berlaku sepanjang masa. Guru juga hendaklah
membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semsa ke semasa. Penilaian
berterusan juga penilaian yang dibuat untuk memberi peluang kepada guru memperbaiki
kelemahan serta-merta supaya kelemahan tidak terkumpul banyak. Di
prasekolah,penilaian dijalankan secara berterusan dan tidak formal bagi memudahkan
guru mengambil tindakan susulan.

Teknik penaksiran dan penilaian secara berterusan.


Terdapat beberapa teknik merekod maklumat yang diperoleh secara sistematik berkaitan
perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid iaitu dengan menggunakan
Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan juga Rekod Berterusan.
Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan
murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang
disediakan adalah untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah laku atau ciri ada atau
dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan juga kekerapan sesuatu
tingkah laku itu berlaku.
Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian. Antara perkaraperkara yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak
adalah yang pertamanya ia perlu disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat.
Tingkah laku yang diperhatikan hanya perlu dinyatakan dengan ringkas dan jelas. Senarai
semak juga digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi. Hanya
kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut peningkatan
supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan.
Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat atau amalan
yang lebih tepat dan kekal.
Terdapat beberapa kebaikan yang dapat dikenal pasti dengan menggunakan Senarai
Semak iaitu penggunaannya mudah dan praktikal. Selain itu, orang yang tidak mahir dan
menilai juga dapat menggunakannya dengan mudah. Ianya dapat digunakan di hadapan
kanak-kanak ataupun semasa ketiadaannya dengan membuat flashback. Selain itu,
dengan menggunakan Senarai Semak guru dapat memberi fokus pemerhatian pada
beberapa tingkah laku pada satu masa. Penggunaan Senarai Semak adalah penting dalam
merancang kurikulum untuk kanak-kanak.
Kelemahan penggunaan Senarai adalah ianya mengandungi kurang informasi dan deskripsi
berkenaan kualiti dan masa semasa merekodkan tingkah laku atau kemahiran yang
dipamerkan kanak-kanak. Pemerhatian menggunakan instrumen Senarai Semak juga hanya
melihat pada tingkah laku tertentu sahaja dan bukan kesemuanya. Oleh itu, ada kalanya
guru akan terlepas pandang daripada melihat dan memehatikan tingkah laku yang lebih
signifikan. Selain itu juga, data atau maklumat yang direkodkan hanyalah pada tingkah
laku yang dipamerkan oleh kanak-kanak sahaja.

Rekod Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan
pencapaian sesuatu tingkah laku murid. Guru menilai kemahiran atau amalan murid
berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred.
Tahap pencapaian dapat ditentukan untuk sesuatu kemahiran dengan penggunaan

Skala Kadar. Penggunaan instrumen ini adalah spesifik untuk semua tunjang.

Rekod Anekdot satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah
laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod Anekdot
ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana sesuatu
peristiwa itu berlaku.
Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membuat rekod anekdot ialah
membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku, mengenal pasti peristiwa itu
penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid, merangkumi kelebihan dan
kekurangan, menulis maklumat selepas sesuatu peristiwa berlaku dan menulis apa yang
dilihat secara objektif.
Dalam Rekod Anekdot,maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang
menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan
kemahiran menyelesaikan masalah murid. Rekod Berterusan pula merupakan catatan
dalam bentuk cerita atau naratif yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid
semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid
akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan
dalam tempoh tiga hingga lapan minit dan ianya juga boleh berlangsung dalam tempoh
lebih lama iaitu sekitar dua puluh lima minit sehingga tiga puluh minit.
Prosedur prosedur untuk menyediakan Rekod Berterusan adalah pertamanya guru perlu
memfokus kepada murid yang ingin diperhatikan. Seterusnya, item yang akan difokuskan
semasa pemerhatian perlu dipastikan. Langkah ketiga adalah dengan merekodkan apa yang
dilakukan oleh murid secara terperinci. Rekod yang dicatat hendaklah tepat dan padat.
Prosedur terakhir perlu diambil perhatian adalah mencatatkan dengan jelas setiap
perlakuan mengikut urutan.

Antara kelebihan menggunakan Rekod Berterusan adalah ianya dapat memberi gambaran
sebenar dan terperinci mengenai situasi sebenar dalam tempoh yang ditetapkan. Yang
keduanya, Rekod Berterusan yang turut dikenali sebagai Running Record dapat
memperlihatkan pelbagai aspek perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam satu
rekod. Selain itu juga, kebaikan menggunakan Rekod Berterusan adalah instrumen ini
dapat digunakan dalam apa jua situasi dan tujuan. Rekod Berterusan ini juga membolehkan
guru membuat tindakan serta-merta kepada murid tanpa menunggu akhir proses tertentu
seperti peperiksaan. Kelemahan menggunakan Rekod Berterusan ini pula antaranya adalah
ia dapat menyebabkan kanak-kanak sedar mereka sedang diperhatikan. Selain itu
juga,penggunaan Rekod Berterusan adalah memenatkan kerana seseorang guru itu perlu
memberi lebih tumpuan pada proses perekodan. Agak sukar dilakukan untuk semua murid
secara spesifik untuk 25 orang murid. Selain itu guru haruslah teliti dan peka dengan

perubahan dan perkembangan murid agar rekod berterusan dapat dilakukan dengan
berkesan.

Tindakan Susulan
Tindakan susulan dijalankan setelah kelemahan dan kekuatan pembelajaran murid dikenal
pasti. Tindakan susulan ini bertujuan untuk memastikan kelemahan murid tidak terhimpun
sehingga terjejas pembelajaran seterusnya. Seterusnya dapat memperkukuh dan
mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikuasai. Tindakan susulan
boleh dilakukan melalui aktiviti pemulihan dan pengayaan (pengukuhan dan pengembangan).

Aktiviti Pemulihan
Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti yang dirancang untuk membantu murid yang belum
melepasi aras masteri. Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran
yang telah dikenal pasti. Pengajaran dan pembelajaran diubah suai dan dipelbagaikan
mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Contoh aktiviti pemulihan yang boleh
dijalankan adalah mengajar semula menggunakan kaedah atau bahan yang lain,
membetulkan perlakuan yang salah, mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat
semula, menggunakan bahan visual, mempermudah dan mempelbagaikan latihan,
menjalankan latih tubi, menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya memotivasikan
murid untuk belajar lebih bersungguh-sungguh, membimbing murid menyusun maklumat
dalam bentuk ringkas seperti rajah, carta atau peta minda dan melatih murid mengenal
pasti idea utama.

Aktiviti Pengayaan
Aktiviti pengayaan dijalankan untuk murid yang telah menguasai aras masteri. Aktiviti
pengayaan dirancang untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti
pembelajaran yang lebih mencabar dan menarik, memperluas pengalaman dan
memperkukuh kefahaman murid, menambahkan sifat ingin tahu dan meningkatkan
kemahiran berfikir dan meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran. Terdapat
dua aktiviti pengayaan iaitu, pengukuhan dan pengembangan.

Aktiviti Pengukuhan
Aktiviti pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang
telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajaran yang sama. Contoh aktiviti pengukuhan
yang boleh dijalankan adalah seperti memberi latihan yang lebih mencabar, memberi

banyak latihan dalam pelbagai bentuk, melatih murid menyampaikan maklumat dalam
pelbagai bentuk grafik seperti peta minda, carta organisasi dan rajah, melatih murid
membuat nota, menjalankan latih tubi, melatih murid mengenal pasti idea utama dan
mengakses maklumat dari laman web.

PENGAJARAN MUZIK, LAGU DAN NYANYIAN SERTA PANTUN DAN SAJAK KANAKKANAK
Muzik ialah satu cabang seni dan aspek yang penting dan berkesan dalam
perkembangan emosi, sosial, fizikal dan kognitif kanak-kanak. Muzik, lagu dan nyanyian
serta sajak dan pantun dapat mempertingkatkan kemahiran muzikal dan juga kreativiti
kanak-kanak. Setiap aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun kanak-kanak
memerlukan kanak-kanak berimaginasi dan berfikir secara kreatif dalam membuat
pergerakan dan menyampaikan mengikut mud.
Oleh itu, guru hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran lagu atau pantun
atau sajak untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk belajar. Guru juga hendaklah
memberi insentif kepada pelajar terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan supaya daya
kreativiti pelajar dipelihara dan dikekalkan.
Pengajaran lagu, pantun atau sajak boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah
seperti:
a. Kaedah pengajaran lagu, pantun atau sajak fasa demi fasa.
b. Kaedah pengajaran lagu, pantun atau sajak lengkap
c. Kaedah pengajaran lagu, pantun atau sajak daripada rakaman.

PENGAJARAN KRAFTANGAN KANAK-KANAK


Aktiviti kraftangan juga memberi peluang kepada kanak-kanak mengaplikasikan
teknik aktiviti menggambar, membuat corak dan rekaan serta bentuk binaan. Aktiviti
membuat corak dan rekaan untuk kanak-kanak adalah seperti ikatan dan celupan, capan,
titisan, renjisan, pericikan, lukisan, catan , cetakan, tiupan, resis, guntingan, pualaman,
lipatan dan kolaj. Aktiviti menggambar untuk kanak-kanak adalah seperti lukisan, kolaj,
stensilan, montaj, catan, resis, gosokan, cetakan, percikan, mozek, gurisan dan capan.
Aktiviti bentuk binaan kanak-kanak adalah seperti topeng, boneka, origamni, mobail,
stabil, model dan diorama.
Contohnya, kolaj adalah kraf 2D yang boleh dibuat dengan menggunakan perca
kain, kertas warna, keratin akhbar, kepingan besi, dan bahan-bahan alam seperti rempah
ratus, daun dan ranting. Kolaj mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso pada tahun 1912.
Membuat kolaj memerlukan kesabaran dan ketelitian serta memerlukan kreativiti yang
tinggi untuk menghasilkannya.
Boneka adalah objek-objek yang diukur untuk mewakili watak-watak cerita.
Aktiviti boneka boleh mempertingkatkan kemahiran intrapersonal, kreativiti, bahasa,
daya pemikiran dan kemahiran interpersonal kanak-kanak. Boneka boleh dibuat dalam

pelbagai cara dan kanak-kanak boleh melakonkan watak menggunakan hasil karya masingmasing.

AKTIVITI BERMAIN
Bermain ialah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Mereka
belajar dan meneroka melalui bermain kerana imaginasi mereka yang tinggi dan sejak
mereka bayi lagi mereka sudah cenderung untuk memanipulasikan anggota badan mereka
sendiri.
Bermain dapat membantu kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. kanak-kanak
dapat belajar pelbagai perkara dan isi dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. Melalui
bermain, kanak-kanak dapat memupuk rasa kegembiraan di yang boleh mempengaruhi
kanak-kanak terbabit untuk berimaginasi, berkongsi, bergaul, berfantasi, berkomunikasi,
bersosial dan berfikir di dalam pembelajaran.
Satu permainan yang menyeronok dapat memupuk kreativiti dan imaginasi kanakkanak ialah permainan lego. Untuk menyiapkan sesuatu model lego, kita amat memerlukan
daya pemikiran dan imaginasi yang maksima. Secara jelasnya, kanak-kanak akan cuba
mengimaginasi bentuk model dengan idea mereka sendiri sebelum membuatnya dengan
sempurna. Dalam proses menyiapkan model ini keupayaan kognitif yang digunakan oleh
kanak-kanak ini amat tinggi. Ini kerana, jika kepingan yang cuba dicantumkan atau
bongkah yang cuba dibina tidak seperti yang mereka mahu, mereka akan cuba lagi untuk
membuatnya banyak kali sehingga mereka selesai melengkapkan model tersebut dengan
betul. Jelasnya melalui permainan lego, kanak-kanak bukan sahaja dapat mencipta daya
kreatif mereka sendiri tetapi juga dapat memperkembangkan lagi kemahiran kognitif .

Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah seperti berikut:
a) Ulangan (repetition)
Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini
bukan disebabkan oleh masalah gagap.

b) Gantian (substitute)
Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca, misalnya ladang disebut
lalang. Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga
boleh mengubah maksud ayat.
c) Tambahan (insertion)
Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca, misalnya
buah disebut buwah. Manakala penambahan perkataan berlaku
seperti berikut;

Saya suka makan rojak. dibaca sebagai Saya sangat suka makan rojak.

d) Pembalikan (reversals)
Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang.
Contoh ;
Bala disebut laba, manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila
perkataan diubah kedudukannya, contoh: Dia makan nasi dibaca sebagai Dia nasi
makan, dan begitu juga dengan pembalikan frasa.
f) Tidak kenal huruf
Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanakkanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanakkanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka
sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan
makna.
g) Salah sebutan
Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau
tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan
tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan.

1. Kaedah Abjad/huruf
Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan
membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf
dari a z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, hurufhuruf konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada
peringkat ini. Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan
seterusnya perkataan.
Contoh: Memperkenalkan huruf - a - z
Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu
Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu batu
Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.
Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang
terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanakkanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini
memberi asas yang kukuh dalam membaca.

2. Kaedah Pandang dan sebut/Kaedah Seluruh Perkataan


Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun guru
boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah
ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight
words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan,
lari, main, emak, bapa dan sebagainya.
Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya.
Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid
belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama
sekali.
Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan
fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk
membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan rumah, guru
boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf r iaitu [ r ] dan kalau perlu
membunyikan suku kata [ ru ].

3. Kaedah Fonik/bunyi
Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. Kaedah ini
menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai
digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap
bunyinya.
Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti
dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam bidang
fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi hurufhuruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ]
dan seterusnya disebut sebagai [ bata ].
[ b ] + [ a ] = [ ba ]
[ t ] + [ a ] = [ ta ]
[ ba ] + [ta ] = [ bata ]

4. Kaedah Fernald
Kaedah ini diperkenalkan oleh Fernald G.M. dan Helen, B.K.(1943, 1988) untuk membantu
kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. Kaedah ini merupakan gabungan
pendekatan pengalaman bahasa dan pembelajaran berasaskan pendekatan pelbagai deria
(VAKT). Pendekatan ini dibentuk untuk pengajaran secara individu.
Terdapat empat peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald, iaitu:

i. Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satu perkataan yang diberi,
ii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi,
iii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam petikan, dan
iv. Belajar melalui perkataan asas (sight words) yang terdapat dalam teks.

Anda mungkin juga menyukai