Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pengenalan
Pada era globalisasi ini, permintaan terhadap bidang pendidikan semakin meningkat.
Bukan sahaja dalam aspek akademik dan kokurikulum malahan dalam bidang bimbingan
dan kaunseling. Guru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang amat penting
dalam sekolah. Mereka menyumbang terhadap perkembangan seimbang dan menyeluruh
murid-murid dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial (JERIS).
Bimbingan adalah satu tanggungjawab dan tugasan yang amat signifikan dalam
alam pendidikan. Para guru memainkan peranan yang amat penting dalam memberi
sumbangan dalam membimbing semua pelajar di bawah tanggungjawab mereka. Menurut
Mathewson (1962), bimbingan adalah proses professional yang sistematik bagi menolong
individu melalui prosedur pendidikan dan membuat interpretasi untuk memahami ciri-ciri dan
potensinya sendiri dengan lebih baik lagi serta untuk menghubungkan dirinya dengan lebih
baik lagi dengan keperluan dan peluang sosial mengikut nilai-nilai sosial dan moral.
Di samping itu, Belkin (1975), bimbingan mewakili pola perkhidmatan yang meliputi
orientasi, inventori individu, maklumat pendidikan dan pekerjaan, kaunseling, penempatan
dan perkhidmatan susulan. Bimbingan merangkumi semua aktiviti dan penggunaan
berbagai-bagai sumber seperti penasihatan, kaunseling, permberian bahan maklumat, ujian,
lawatan, ujian bakat, filem dan pebincangan di dalam bilik darjah yang akan menolong murid
membuat pilihan berhubung dengan perancangan dan objektif pendidikan.
Mengikut Ibid (2001), kaunseling meliputi perihal menolong pelajar mengembangkan
kebolehannya

dan

menyelesaikan

masalah-masalahnya

sendiri.

Cribbin

(1980),

mengatakan bahawa penyeliaan bertanggungjawab memberikan pucuk pimpinan untuk


memperbaiki pengajaran. Menurut Faiqah Fauzi al-fiqh (2013), Othman Mohamed (2000),
bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha
memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar
sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan
kebajikan dan perkembangan dirinya.
Tujuan utama bimbingan dalam pendidikan adalah untuk membantu pelajar-pelajar
yang menghadapi masalah dalam proses pembelajaran. Peranan guru bimbingan ialah
untuk merekomendasikan kelas pemulihan untuk pelajar-pelajar lemah yang membolehkan
mereka untuk meningkatkan pencapaian kendiri untuk tugasan-tugasan pembelajaran.
Perkhidmatan bimbingan dalam pendidikan juga boleh membantu murid-murid cemerlang,
yang pandai dan berbakat dan juga yang lembap dan yang cacat.

Fullmer dan Bernard (1969), bimbingan merupakan kegiatan yang bertujuan untuk
meningkatkan realisasi peribadi setiap individu. Pengertian yang dikemukakan oleh Bernard
dan Fullmer bahawa bimbingan dilakukan untuk meningkatkan konsep kendiri diri individu.
Ini dapat diperjelaskan bahawa bimbingan adalah untuk membantu individu untuk
mengaktualisasikan diri dengan lingkungannya. Menurut Mohammad Aziz Shah Mohamed
Arip etc (2009), Crow dan Crow (1983) menyatakan bahawa bimbingan, di bawah konteks
pendidikan merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada
pelajar yang berkenaan. Pelajar yang memerlukan bimbingan merujuk kepada pelajar yang
menghadapi masalah peribadi dari segi intelek, rohani, emosi ataupun sosial.
Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar biasanya boleh digolongkan dalam dua
kategori yang utama, iaitu masalah akademik dan masalah emosi-sosial. Di dalam proses
bimbingan, pelajar yang berkenaan akan diberi panduan atau nasihat yang boleh
membantunya menyelesaikan masalah tertentu. Manakala, kaunseling mengikut Shertzer
dan Stone (1968) dalam Buku Kemahiran Bimbingan & Kaunseling hasil karya Mohammad
Aziz Shah Mohamed Arip etc (2009) ialah proses interaksi yang membolehkan individu
memahami diri dan situasinya. Mengikut Kamus Dewan (1998), kaunseling merupakan
proses teratur yang melibatkan perbincangan yang rapi tentang masalah yang dihadapi oleh
seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat.
Menurut Mohamad Surya (1988), ada tiga pandangan mengenai hubungan antara
bimbingan

dan

kaunseling.

Pandangan

pertama

berpendapat

bahawa

bimbingan

bersamaan dengan kaunseling. Kedua dua istilah ini tidak mempunyai perbezaan yang
jauh. Pandangan kedua berpendapat bahawa bimbingan berbeza dengan kaunseling.
Menurut pandangan kedua, bimbingan merupakan pendidikan manakala kaunseling
merupakan psikoterapi iaitu usaha untuk menolong individu yang mengalami masalah
serius. Pandangan ketiga pula berpendapat bahawa bimbingan dan kaunseling merupakan
kegiatan yang terpadu, kedua-duanya tidak saling terpisah.
Berkaitan dengan pandangan ketiga ini, Downing (1998); Hansen, Stefic, dan
Warner (1977) dalam Prayitno (1978), menyatakan bahawa bimbingan adalah suatu
pelayanan khusus yang terorganisasi dan terintegrasi ke dalam program sekolah untuk
menunjang kegiatan perkembangan siswa secara optimal manakala kaunselingpula adalah
usaha pemberian bantuan kepada pelajar secara perseorangan dalam mempelajari caracara baru dalam

penyesuaian diri. Moser dan Moser (dalam Prayitno,1978:643)

menyatakan bahawa di dalam keseluruhan pelayanan bimbingan, kaunseling dianggap


sebagai inti dari proses pemberian bantuan. Mortesen dan Schmuller (1976:56) menyatakan

bahawa kaunseling adalah jantung hatinya program bimbingan. Mortensen (dalam Jones,
1987) memberikan pengertian kaunseling sebagai berikut:
Counseling may, therefore, be defined as aposento person process in which one person
is helped by another to increase in understanding and ability to meet his problems.
Kaunseling dapat didefinisikan sebagai suatu proses hubungan seseorang dengan
seseorang di mana yang seorang dibantu oleh yang lainya untuk menemukan
masalahnya.
Dengan ini boleh dilihat bahawa matlamat bimbingan dan kaunseling adalah
untuk

memberi bimbingan dan saranan penyelesaian supaya pelajar dapat

menggunakan nasihat dan hasil saranan perbincangan dengan kaunselornya untuk


menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapinya melaui
usaha diri sendiri.
Konsep Bimbingan dan Kaunseling kadangkala disalahertikan sebagai sesuatu sesi
digunakan untuk menganalisis dan mengkritik kesalahan pelajar, menentukan punca
kesalahan, memberi ajaran, ataupun memaksa pelajar yang berkenaan supaya menurut
cara penyelesaian yang dicadangkan kaunselor.
Secara kesimpulannya, konsep bimbingan dan kaunseling yang sebenar ialah
kaunselor hanya perlu mendengar dan memahami masalah yang dihadapi oleh kliennya,
dan membimbingnya memikir penyelesaian masalah dari pelbagai sudut, demi
membolehkannya memahami pelbagai cara yang boleh dipilh untuk menyelesaikan
masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapinya. Ringkas kata, matlamat
Bimbingan dan Kaunseling ialah memupuk kebolehan menyelesaikan masalah diri
sendiri, membantu kliennya menguasai pelbagai kemahiran asas untuk adaptasi dan
penyesuaian diri serta dapat menggunakan potensi dan pelbagai sumber yang sedia ada
untuk mencapai prestasi yang lebih baik dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai