Anda di halaman 1dari 14

Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu

jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan lain untuk memukul atau
menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan [1]. Setiap pasukan yang mempunyai enam
pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh
ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola
dengan betul.

Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemain
menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini. [2].

Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang. Ia dipopularkan
oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti Chi-Nan, Shanfhai, sebelum
berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_tampar

http://www.slideshare.net/hazim7697/bola-tampar-
menyangga

Sejarah:
Mula diperkenalkan pd 1985 di Gym YMCA d Holyoke d
Massachhusetts ,As oleh prof.william j.morgan (1870-1942)
merupakan pengarah .Pda awalnya ia adaalh permainan
rekreasi.
Bola tmpar adaa sej yang agak perlahan.Melalui pergerakan
YMCA,Kanada ialah negara luar yang pertama menerima
permainna ini sekitar 1900.Selepas itu,dperkenalkan kpd
negara 2 lain spt Cuba (1905 ) Puerto Rico -1909,Uruguay -1912
,China -1913,Jepun 1917.
Ketika berlakunya peperangan kali ke 2,tentera 2 As telah
memperkenalkan permainna ini kpd Asia dan Eropah.Secara
beransur –ansur permaianna ini telah bertukar drpd sukan
rekreasi kpd sukan yg dpertndingkan.
Kemahiran :
merejam,mengadang,servis,mengumpan,menyangga
http://www.mrsmkm.edu.my/kt/profil/images/voley.jpg

http://etempahan.kbs.gov.my/kbs%20perak/12.jpg
KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA TAMPAR

(i) Hantaran
(ii) Servis
(iii) Merejam
(iv) Mengadang

KEMAHIRAN ASAS

Hantaran bola

Hantaran boleh dilakukan sama ada melalui atas kepala (overhead) atau bawah tangan
(underarm). Posisi pemain, posisi bola dan kelajuannya akan menentukan jenis
hantaran yang akan dibuat.

Hantaran atas kepala (overhead)


Kemahiran ini digunakan untuk menhantar bola (in passing), mengumpan (insetting)
dan menghantar bola yang tinggi dan jauh (plying long high balls) ke belakang
gelaggang lawan. Kadangkala ia juga digunakan untuk menjatuhkan bola secara ringan
melintasi jaring. Hantaran atas kepala menggunakan dua belah tangan untuk
memastikan bola dalam posisinya supaya dapat mengumpan untuk serangan, atau
menghantar bola melintasi jaring.

Cara-cara hantaran atas kepala


1) Posisi bersedia
a. Kaki dijarakkan, satu kaki ke hadapan, luasnya adalah lebih luas sedikit pada bahu.
b. Bengkokkan sedikit lutut dan condong sedikit di hadapan.
c. Trisep hendaklah sejajar dengan lantai.
d. Tangan dihulurkan ke atas di hadapan bahagian dahi.
e. Tapak tangan menghadap keluar dengan jari-jari terbuka luas dan ibu jari terbuka ke
dalam.
f. Siku bengkok ke luar.
g. Ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan masing-masing berjarak dua inci dan
empat inci
untuk menbentuk satu segi tiga kecil.
h. Pergelangan tangan ditegakkan ke belakang.

2) Pergerakkan

a. Bergerak di bawah bola.


b. Mengambil posisi bersedia sebelum menyentuh bola.
c. Daripada posisi mendekam bagi menpercepatkan bola untuk menbuat kontak.
d. Menyelaraskan kelajuan ansur maju semua bahagian sendi.
e. Permindahan berat semasa kelajuan harus ke atas bola menuju ke sasaran.
f. Kaki, lutut dan punggung menghadap ke sasaran.
g.Bergerak dengan menyeret kaki atau secara bersilang dan berputar untuk sampai ke
bola.

3) Kontak

a. Kontak dilakukan di atas dahi.


b.Semua jari hendaklah menyentuh bola.
c. Ibu jari dan jari telunjuk menberi kuasa.
d. Jari telunjuk adalah penunjuk arah.
e. Bola dilihat melalui jari-jari telunjuk dan ibu-ibu jari.

Hantaran bawah tangan (dig atau menyangga)

Hantaran ini adalah hantaran bawah tangan yang menggunakan kedua belah tangan (a
two handed underhand pass). Ia digunakan terutamanya untuk menerima servis dan
serangan-serangan daripada pihak lawan. Kemahiran ini juga digunakan apabila bola
terlalu dekat lantai dan permain tidak sempat mengambil posisi yang baik. Kemhiran
ini juga digunakan sebagai teknik menahan bagi menyelamatkan hantaran dan juga
mengawal bola.
Cara-cara hantaran bawah tangan

1) Posisi bersedia
a) Kaki hendaklah dijarakkan seluas bahu.
b) Satu kaki di hadapan dan satu kaki di belakang.
c) Lutut dibengkokkan dan tubuh hendaklah sedikit tegak.
d) Lengan diluruskan.
e) Siku-siku diputarkan ke arah satu sama lain dan dikuncikan. Letakkan tangan di atas
tapak
tangan sebelah tangan yang lain serta ibuibu jari ke bawah dengan rata.
g) Pergelangan tangan terkunci ke bawah.
h) Lengan-lengan sejajar kepada paha.
i) Meletakkan berat badan di bebola kaki tetapi dalam posisi seimbang.

2) Pergerakkan
a) Bergerak ke arah bola.
b) Melangkah ke arah bola dengan lengan dihulurkan ke hadapan.
c) Melangkah dengan kaki yang terdekat dengan sasaran.
d) Melangkah ke sasaran dan menghulurkan lengan-lengan untuk bola yang lambat.
e) Menarik sedikit atau mengendur lengan-lengan untuk bola yang laju.
f) Melangkah ke sasaran dengan lutut. Punggung dan bahu menuju ke arah bola yang
hendak
dihantarkan.

3) Kontak
a. Kontak bola di hadapan badan dan di antara lutut-lutut.
b. Kontak bola dengan bahagian tangan yang berisi iaitu dua hingga enam inci ke atas
dari
pergelangan tangan.
c. Mata sentiasa memandang bola semasa penghantaran dibuat.

Kemahiran menyangga dari atas juga merupakan kemahiran mengumpan. Istilah


’mengumpan’ (setting) digunakan apabila hantaran dibuat supaya suatu smesy atau
rejaman dapat dilakukan oleh seorang pemain yang lain.

(ii) Servis
Adalah satu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan dengan bola dari
kawasan servis oleh seorang pemain iaitu peservis.

Servis bawah tangan (underhand)

Servis yang senang dilakukan dan adalah tepat, konsisten dan memerlukan hanya
sedikit keupayaan fizikal.

Cara-cara melakukan servis ini

1) Posisi bermula

a. Berdiri dengan kaki kangkang, jaraknya lebih kurang luas bahu.


b. Kaki kiri ke hadapan untuk peservis yang biasanya menggunakan tangan kanan (right
handed server).
c. Kaki depan menuju ke arah di mana servis akan ditujukan.
d. Bengkokkan sedikit lutut.
e. badan menghadap ke hadapan.
f. Letak bola di tangan kiri untuk peservis tangan kanan di depan dan sebelah kanan
badan.
g. Berdiri berjauhan di antara 2 hingga 10 kaki daripada garisan belakang.

2) Lambungan

a. Lutut dibengkokkan dan kaki ke belakang sedikit.


b. Pada masa yang sama bola dilambungkan terus ke atas di hadapan tangan sekaligus
tangan
akan memukul bola tersebut (striking hand).

3) Aksi tangan / kontak

a. Semasa bola dilambungkan tangan yang menbuat servis ditarik ke belakang mengikut
pergerakan buah bandul jam.
b. Apabila bola yang dilambungkan telah mencapai puncaknya, berat badan akan
dipindahkan
dan hayunan tangan ke hadapan dimulakan.
c. Kontak bola dimulakan tangan memukul (sama ada dengan bahagian bawah tangan,
tapak
tangan atau buku lima).
d. Bola dipukul di tengah atau di bawah sedikit dengan lengan yang lurus.
e. Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan.
f. Pergerakan tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola.
g. Memastikan mata sentiasa mengikut laluan bola.

Servis atas kepala (overhead)

Servis ini adalah senang untuk dikuasai dan ia lebih kuat (harder) serta berat(heavier)
berbanding dengan servis bawah tangan.

Cara-cara membuat servis atas kepala


1) Posisi bermula
a. Berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu.
b. Kaki kiri di hadapan bagi peservis yang menggunakan tangan kanan.
c. Pegang bola dalam tangan lambungan(tossing hand) lebih kurang satu kaki ke
sebelah kanan
muka peservis yang menggunakan tangan kanan.
d. Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand).

2) Lambungan / pemindahan beratan


a. Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan bahu
lengan yang
membuat servis.
b. Memindah berat badan dari belakang ke hadapan.

3) Aksi tangan kontak


a. Menghayun lengan yang menbuat servis seperti seperti aksi membaling bola.
b. Memukul bola dengan tapak tangan dan jari di keliling bola.
c. Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan putar depan.
d. Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan.
e. Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.

Servis gelombang (floata)

Servis ini dilakukan selepas memukul bola di tengahnya dengan tapak tangan yang
terbuka, tangan berhenti dengan serta-merta tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan
bola terapung atau meluncur tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan bola terapung
atau meluncur tanpa putaran langsung. Gelombang ini bergerak dengan laju melintasi
jaring dan tiba-tiba pecah atau mati (breaks or dies) jadi penerima mungkin terganggu
sementara imbangannya.

Cara-cara menbuat servis gelombang

1) Posisi bermula
a. Berdiri menghadap jaring, kaki berjarak seluas bahu.
b. Kaki kiri di hadapan untuk peservis yang menggunakan tangan kanan.
c. Kaki depan harus menuju dengan tepat ke tempat di mana bola yang diarahkan.
d. Lutut dibengkokkan sedikit.
e. Berdiri di antara 2 hingga 10 kaki jauh daripada garisan belakang.

2) Lambungan dan pemindahan berat badan


a. Berat badan tertumpu di kaki belakang semasa dalam posisi bersedia.
b. Lengan lambungan dengan bola diletakkan di tapak tangan harus direntang ke
hadapan.
c. Meletak tangan servis di atas bola menghadap ke bawah (untuk menolong kawalan
bola).
d.Bengkokkan lutut sedikit ke belakang, pada masa yang sama naikkan lengan
lambungan.
e. Tangan servis masih berkontak dengan bola selama yang boleh.
f. Lambungan diteruskan dengan lengan tangan bergerak ke atas secara berlanjutan dan
lutut
diluruskan.
g. Tidak ada pergerakan di pergelangan tangan yang membuat lambungan.
Melambungkan
bola terus ke atas, di hadapan bahu tangan servis tidak lebih daripada 18 inci tingginya.
i. Berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki depan apabila lambungan telah
mencapai kemuncaknya.

3) Aksi tangan dan kontak


a. Menghayun lengan memukul dengan mengunakan aksi membaling seperti dalam
perrmainan
besbol.
b. Memulakan hayunan lengan ke hadapan apabila berat badan dipindahkan dari kaki
belakang
ke kaki hadapan.
c. Memukul bola dengan bahagian bawah tapak tangan (heel of the hand).
d. Memastikan pergelangan tangan adalah tegar.
e. Kontak bola dengan meletakkan tangan di tengah atau sedikit di bawah bahagian
tengah bola
dengan lengan yang cukup lurus.
f. Mata memandang bola semasa servis dilakukan.

(iii) Merejam (Smesy)


Kemahiran ini digunakan untuk mendapat skor. Merejam adalah bola yang dihantar
dengan menbuat smesy ke bawah dalam gelanggang lawan. Perejam berdiri dekat
dengan jaring, menghadap arah daripada mana bola akan datang. Semasa bola mula
menurun, perejam melompat tinggi ke udara dan menghayunkan tangan kanan atau
kiri ke atas untuk memukul bola ke bawah ke dalam gelanggang pihak lawan.

Rejam berdiri

a. Tidak ada run-up


b. Melonjak dengan kedua-dua kaki bertolak dari setempat.
c. Bengkokkan lutut dan menolak ke atas dengan tangan dihayunkan ke belakang dan ke
atas.
d. Menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau di belakang bahu untuk
merejam bola.
e. Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan, tapak tangan terbuka atau
menadahkan tangan.
f. Pukulan boleh dibuat dengan buku lima tangan, tapak tangan terbuka atau
menadahkan
tangan.
g. Pergerakan pergelangan tangan penting untuk menbawa bola turun.

Rejam sambil berlari (running spike)

a) Perejam berdiri dua hingga tiga meter dari jaring.


i. Berlari (run up) tiga langkah.Langkah pertama adalah bermasa (a timing pace).
ii. Langkah kedua akan menbawa perejam di bawah bola dan kedua-dua belah kaki akan
hampir bersama.
iii. Memukul bola dengan buku lima, tapak tangan terbuka atau menadah tangan.

Cara-cara merejam.
1) Posisi bersedia
a) Berat badan diagihkan dengan seimbang.
b) Dalam posisi untuk melihat dengan apa yang berlaku.
c) Bengkokkan lutut.
d) Bahagian tubuh badan mengendur.
e) Bahu ke hadapan.
f) Jarak dari jaring di antara dua hingga tiga meter.

2) Pergerakkan
a) Bergerak ke arah bola.
b) Melangkah dengan kaki kiri untuk pemain yang menggunakan tangan kanan.
c) Bergerak sambil melihat kelajuan bola.
d) Lengan-lengan mula digerakkan ke belakang.
e) Turunkan badan secara beransur-ansur dalam persediaan untuk melakukan
lompatan.
f) Lengan-lengan ke belakang dan ke hadapan dengan seberapa yang boleh.
g) Melangkah dengan kaki kanan yang mengambil kebanyakan berat badan.
h) Menghayunkan lengan-lengan ke bawah di sisi badan.

3) Kontak
a) Kontak mestilah dilakukan diatas bahagian bola.
b) Kontak bola dengan hujung tangan.
c) Pergelangan tangan bengkok dengan serta-merta ke depan dengan tapak tangan dan
jari-jari
melindungi bola.
e) Mendepakan jari seluas-luas yang boleh untuk mengawal spike atau menadah tangan
untuk
mendapatkan kuasa.
f) Hayunan lengan megikut lajak sehingga ke pertengahan badan.

4) Daratan.
a) Mendarat di atas jari
b) Lutut dibengkok sedikit untuk menyerap tekanan.
c) Mendarat di tempat yang sama semasa tempat menbuat lonjakan.

(iv) Mengadang

Lazimnya tindakan mengadang diamalkan untuk menentang smesy oleh pihak lawan.
Hadangan (blocking) yang berkesan akan menyebabkan bola mati dalam gelanggang
pihak yang smesy. Menyentuh jaring semasa hadangan adalah satu kesalahan.

(a) Melonjak kedua-dua belah kaki, tangan dihulurkan lurus ke atas.


(b) Bahagian lengan dan tapak tangan condong ke sebelah pihak lawan.
Posted by Bola tampar at 12:41 AM
Labels: bola tampar bogel mat rempit melayu
0 comments:

Post a Comment

Newer Post Home


Subscribe to: Post Comments (Atom) Followers

About Me

Bola tampar
View my complete profile

POSTED BY MOHD NOR IZWAN SULAIMAN AT 8:58 PM

http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/07/bola-
tampar-mohd-abbas-mohd-amin.html

Anda mungkin juga menyukai