Anda di halaman 1dari 14

JAWAB LATIHAN DI BAWAH – (29.07.

2021)

1
JAWAB LATIHAN DI BAWAH – (05.08.2021)

2
1. Nyatakan 5 kemahiran dalam bola baling.
a. __________________________ b. __________________________ c. ____________________

d. ___________________________ e. __________________________.

2. Setiap pasukan bola baling terdiri daripada ______ orang pemain, iaitu ________orang pemain
gelanggang dan ________ orang penjaga gol.
3. Pemain dibenarkan memakai jersi nombor 1 hingga __________.
4. Tambahan masa akan diganti untuk masa-masa yang hilang dan ditentukan oleh _____________.
5. Balingan ___________________akan diberikan jika pemain gelanggang pertahanan dengan sengaja
memasuki kawasan gol.
6. Semua pertandingan akan dikelolakan oleh _________ orang pengadil dan dibantu oleh seorang penjaga
masa dan __________________.

Betul atau salah

7. Pemain dibenarkan menyimpan bola tidak melebihi 5 saat sebelum melakukan gerakan seterusnya. ( )
8. Penjaga gol dibenarkan keluar dan memasuki semula kawasan gol tanpa memegang bola. ( )
9. Balingan penalti akan diberikan jika kesalahan di mana peluang yang jelas untuk menjaringkan gol
dimusnahkan oleh pihak lawan.( )
10.Garisan Penalti digariskan dengan satu garisan putih sepanjang 100 cm dan sejarak 8 meter daripada
tengah gol. ( )

BACA DAN FAHAMI (12.08.2021)


NOTA HANTARAN DAN TANGKAPAN
Berikut adalah gambar kemahiran hantaran dalam permainan bola baling : -

3
Hantaran atas bahu Hantaran atas kepala Hantaran lob

Hantaran Paras Dada


Hantaran Sisi

Hantaran Lantun Sebelah Tangan Hantaran Lantun dua belah Tangan

TANGKAPAN ( Menangkap Bola )

4
Kedudukan Tangan dan Jari Semasa Menyambut Bola

Menyambut rendah
Menyambut Bola Aras Muka

Menyambut Bola dengan sebelah tangan

Menyambut Bola tinggi

MENGGELECEK MENGACAH DAN MENGAWAL BOLA

5
Menggelecek adalah satu kemahiran melantunkan bola di lantai dengan sebelah tangan sahaja
sambil membuat gerangan serangan.Kebolehan jari membuka luas akan dapat mengawal
pergerakan bola menuju ke pihak lawan.Semasa membuat lantunan bola hendaklah menolak bola
ke arah hadapan padang.

Menggelecek sambil menukar arah

Menggelecek sambil mengawal bola

Menggelecek sambil mengacah

Mengacah dua lawan satu

MENGHADANG
DAN MENGAWAL

6
Menghadang atau mengawal adalah bertjuan untuk menghalang serangan gol oleh pihak lawan.
Ia jugabertujaun untuk melambatkan serangan supaya rakan-rakan sempat melakukan pertahanan.
Dengan menghalang juga akan dapat mematahkan perancangan serangan pihak lawan. Selain itu,
halangan juga boleh memberikan ruang atau kesempatan pada rakan untuk membuat serangan
berterusan dan sentiasa berusaha merampas bola semula apabila bola dikawal pihak lawan.

TEKNIK MENJARING GOL

Jaringan gol merupakan kemuncak


permainan bola baling. Jaringan yang
cantik akan memberikan kepuasan dan
menjadi keseronokan pada penonton.
Perangkaan jaringan gol dal permainan ini
boleh mencecah ke puluhan gol. Terdapat
pelbagai teknik dalam kemahiran
menjaring gol. Antaranya adalah jaringan
atas kepala, balingan bawah lengan dan
balingan lonjatan seperti yang ditunjukan
dalam gambar storyboard ini.

KEMAHIRAN PENJAGA GOL

Dalam permainan bola baling, penjaga gol


merupakan barisan terakhir pertahanan pasukan.

7
Penjaga gol mmerupakan pemain yang penting yang bertugas menghalang setiap cubaan jaringan
pihak lawan dari 9 meter dan dianggap satu kelebihan jika dapat menyelamatkan percubaan jarak
dekat 6 meter. Penjaga gol haruslah mempunyai kelebihan dari segi kecergasan mental, fizikal
serta keseimbangan emosi yang tinggi agar dapat mengawal permainan sepanjang masa
perlawanan.

1.1 Penjelasan perincian kemahiran menjaring gol.


Bola baling ialah sukan yang berkisarkan tentang menjaringkan gol. Pemjaring yang berbakat
akan melakukan pelbagai cara penjaringan yang menarik. Pelbagai teknik dan kemahiran yang
digunakan dalam menghasilkan jaringan. Boleh menjapai 40 gol. Maka itulah yang dapat
menarik minat pemain dalam latihan menjaring gol.

Kekuatan, kelajuan, ketepatan dan masa adalah antara kualiti utama yang perlu ada pada seorang
penjaring. Penjaring juga perlu ada daya kreativiti. Pemikiran yang tangkas dan bertindak dengan
bijak akan membuahkan hasil gol yang kualiti.

Untuk menjadi seorang penjaring yang baik, prinsip-prinsip yang perlu ada ialah seperti
keyakinan diri yang tinggi, pengawalan imbangan dan tempo dalam permainan,tumpuan penuh
dalam semua pergerakan, berkebolehan mengikut lajak, pintar merancang dan mengarah untuk
menepati sasaran serta cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol.

Terdapat empat jenis cara menjaring yang popular iaitu: -


a. Jaringan bahu
b. Jaringan lompat
c. Jaringan menjunam dan
d. Jaringan rendah / bawah lengan

Berikut adalah storyboard dan penerangan pergerakan jenis-jenis kemahiran menjaring.

JARINGAN BAHU
i. Membawa bola antara paras bahu dan abdomen sambik bergerak ke arah gol.

8
ii. Perlakuan jaringan bermula
dengan kaki kiri ke hadapan dan
kaki kana bengkok ke belakang.
iii. Tangan kanan membawa bola
dibawa ke belakang dan siku
bengkok.
iv. Mengikut momentum, bola dibawa ke atas paras kepala.
v. Tangan dihayun lurus ke hadapan dalam aksi membaling bola dengan sekuat tenaga.
vi. Gabungan kekuatan otot bahu, dada, lengan dan jari perlu untuk balingan yang kuat.
vii. Ikut lajak setelah balingan dibuat.

JARINGAN LOMPAT

i. Bersedia tiga langkah ke belakang.


ii. Genggam bola lurus ke belakang.
iii. Mula berlangkah dan pada langkahan ketiga lompat setinggi
yang boleh.
iv. Semasa di kemuncak lompatan tujukan bola ke arah penjuru gol
yang kosong.
v. Variasi arah balingan boleh pelbagai.
vi. Haluan balingan boleh bertukar pada saat akhir untuk mengelirukan penjaga
gol.
vii. Balingan yang ditujukan ke lantai boleh menghasilkan lantunan yang
menghasilkan gol.
viii. Ikut lajak dan mendarat.

9
JARINGAN MENJUNAM
i. Bersedia di
luar kawasan
gol.
ii. Bergerak
secara pantas
dan agresif ke arah gol.
iii. Bergerak ke sisi lawan untuk mengelak daripada dihalang.
iv. Melonjak melemparkan diri ke arah ruang kosong untuk membuat balingan.
v. Bola dibaling apabila berada dekat dengan gol.
vi. Bola dilepaskan semasa di ruang udara sebelum bahagian badan menyentuh lantai
kawasan gol.
vii. Mendarat ikut lajak dan sokongan tangan untuk daratan yang lembut.

JARINGAN RENDAH / BAWAH LENGAN


i. Kaki di buka luas.
ii. Berat badan di atas kaki ( kanan), lutut bengkok. Kaki kiri lurus ke
arah balingan.
iii. Bola dibawa jauh ke belakang dan siku bengkok.
iv. Bahu kiri menghala ke arah gol.
v. Kilaskan badan supaya dada menghadap ke arah gol.
vi. Pada masa yang sama, tangan balingan dihayun ke arah gol dengan tangan lurus.
vii. Berat badan pindah ke kaki kiri.
viii.
Balingan bola lantun digunakan supaya lantunan dapat menghasilkan gol.

10
ix. Ikut lajak tangan balingan.

1.1 Cadangkan tiga latihan latih tubi bagi kemahiran menjaring.

Pemain perlu membuat latihan ansur maju menjaring secara terancang dan konsisten agar dapat
mengekalkan teknik dan gerak yang baik. Antara cadangan latihan ansur maju menjaring adalah
seperti berikut:-
a. Jaringan penjuru
b. Jaringan lompat
c. Jaringan setempat
d. Jaringan Motor.

JARINGAN PENJURU
Pemain perlu menjatuhkan skital yang di letakan di tepi penjuru tiang gol. Pemain juga boleh
berlatih membaling dinding yang telah ditanda bulatan. Balingan perlu mengena sasaran skital
setiap kali bola dilepaskan. Pemain juga digalakan mengambil tiga langkah sebelum membaling.
Latihan empat penjuru yang paling suka digunakan adalah dengan meletakan skital di bawah
penjuru tiang gol dan mengikat tali di sebelah atas kedua penjuru tiang gol. Selain skital, penjaga
gol aktif atau pasif juga boleh digunakan, ini adalah untuk menguji balingan dapat dilakukan ke
ruang kosong pintu gol.

Tiang Gol
Tali rafea
Gol

Skitel

11
JARINGAN LOMPAT

Aktiviti :-
i. Pemain perlu berlari dan melonjak sebelah kaki dan angkat tangan yang bertentangan
dengan kaki lonjakan ke atas.
ii. Berlonjak kaki kiri angkat tangan kanan.
iii. Berlari dan melonjak denga bahu kiri menghala ke arah gol. Tangan kanan dihayun ke
belakang bahu ke hadapan. – dengan bola / tanpa bola.
iv. Latihan pasanagan – berlari, melonjak dan membaling kepada kawan.
v. Berlari tiga langkah, melonjak dan membaling ke arah gol dengan penjaga gol pasif atau
aktif.
LATIHAN MENJARING SETEMPAT

Pemain beratur secara separuh bulatan di belakang garisan 6 meter.


Aktiviti :-
i. Latihan menjaring secara bergilir.
ii. Pemain akan berganjak ke kiri setiap balingan dilakukan. Ini adalah untuk membaling
pada posisi yang berbeza.
iii. LAtihan ini boleh berbagai variasi, jaringan bahu, jaringan lompat, jaringan junam,
jaringan rendah dan jaringan lantun.

12
2. BBM ( Tayangan video ) kemahiran menghadang bagi permainan bola baling.
( Tayangan video disertakan ).

13
Bibliografi

Tan; Helen, Haridas; M.P. (cetakan pertama, 2006).

Siri Sukan Popular: Bola baling . Fajar Bakti Sdn. Bhd. (2006)

Taverner; Claire Mitchell. (cetakan pertama, 2005).

Handball : Techniques & Tactics. (2005).

Human Kinetics Hawkins; Joyce M. (cetakan kelapan, 2006)

Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Edisi Keempat (2006). Oxford Fajar Sdn. Bhd.

14

Anda mungkin juga menyukai