Anda di halaman 1dari 2

Penulisan Jurnal Minggu 4

(21 Feb 25 Feb 2016)


1. Masalah
Pada minggu yang keempat, saya telah menghadapi dengan masalah murid tidak
berkemahiran dalam membaca ayat tunggal mudah. Masalah ini telah berlaku pada Hari
Selasa iaitu 23 Februari 2016. Masalah ini telah dikesan dalam slot pengajaran Tunjang
Komunikasi Bahasa Malaysia. Dalam slot ini, saya mengajar mengenai tajuk roti. Saya
telah menulis ayat-ayat pada papan tulis. Murid-murid boleh membaca dengan baik
mengikut saya namun apabila diminta untuk mencuba membaca sendiri, mereka
teragak-agak ingin membaca dan hanya menenung saya untuk bimbingan.
2. Analisis
Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, berikut merupakan hasil daripada
pemerhatian yang telah dilakukan:
a. Sesetengah murid mampu mengingati dan membaca ayat secara hafalan tetapi tidak
dapat mengenal ayat.
b. Terdapat segelintir murid masih tidak dapat menguasai kemahiran mengenal huruf
abjad secara sepenuhnya.
c. Ayat-ayat yang diperkenalkan terdiri daripada suku kata hasil gabungan huruf kvkvk.
d. Murid-murid masih belum diperkenalkan dengan pembacaan suku kata yang lebih
tinggi arasnya. Contohnya, perkataan daripada suku kata hasil gabungan huruf kvkvk
iaitu makan, sedap.
3. Cadangan Untuk Memperbaiki
Cadangan tindakan yang boleh dikemukakan untuk mengatasi masalah ini adalah
seperti berikut:
a. Menggunakan kad huruf abjad untuk membantu murid-murid yang masih lemah
mengukuhkan penguasaan kemahiran mengenal huruf.
b. Bagi murid yang sudah menguasai huruf, mereka akan diberikan kad suku kata
untuk membantu mereka menguasai kemahiran membunyikan dan membaca suku
kata dan seterusnya dapat membaca perkataan yang mudah.
c. Dalam pengajaran pembacaan ayat tunggal mudah yang seterusnya, saya akan
menggunakan perkataan yang terdiri daripada suku kata hasil gabungan huruf kvk
dan kvkv sahaja.
4. Tempoh Masa

Tempoh masa yang diambil bagi mengatasi masalah ini adalah sehingga selesainya
tempoh praktikum iaitu pada 28 April 2016.
5. Tindakan Susulan
Dalam tindakan susulan yang akan dijalankan, saya lebih memfokuskan kepada
kemahiran penguasaan huruf kecil. Bagi membantu murid-murid yang lebih lemah dan
lambat dalam pembelajaran mengenal huruf kecil, saya akan merancang latih tubi
menyebut huruf pada masa lapang setiap awal pagi. Aktiviti lain seperti puzzle huruf
kecil iaitu menampal dan membentuk huruf kecil juga akan dilakukan.
6. Kesimpulan
Secara generalisasinya, dengan mengaplikasikan cadangan-cadangan yang telah
diperolehi diharapkan agar murid-murid dapat menunjukkan peningkatan dalam
menguasai kemahiran mengenal huruf dan membunyikan suku kata.

Disediakan oleh

: Vivian Wong Ching Yee

Anda mungkin juga menyukai