Anda di halaman 1dari 3

ABSTRAK

Tinjauan ini dilakukan adalah untuk melihat setakat mana kaedah hafazan al-Quran dan

keberkesanannya dalam pengajaran tilawah al-Quran dalam bidang hafazan. Tinjauan ini

turut merangkumi sejarah dan perkembangan pembelajaran kaedah hafazan, hokum

mempelajarinya, kepentingan dan kebaikan menghafaz al-Quran berdasarkan sumber-sumber

dari ayat-ayat al-Quran dan hadist. Sehubungan itu, kaedah-kaedah hafazan baru serta kaedah

mengekalkan hafazan dan kaedah mengulang bacaan juga turut diberi perhatian. Tinjauan

juga menekankan akhlak dan adab semasa membaca dan menghafaz al-Quran. Analisis yang

dilakukan adalah berdasarkan latar belakang pelajar, pendapat guru-guru, faktor yang

mempengaruhi daya hafazan dan pengekalan hafazan serta kaedah yang paling berkesan

melaksanakan hafazan. Hasil tinjauan ini diharap dapat mengenalpasti kaedah-kaedah yang

berkesan dan efektif dalam hafazan dan pengekalan hafalan ayat-ayat al-Quran tersebut

secara sistematik. Modul yang bakal dihasilkan diharap juga mampu untuk menarik lebih

ramai pelajar berminat menghafaz al-Quran dan seterusnya melahirkan lebih ramai lagi hufaz

dalam golongan muda pada masa kini.


PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Yang Maha Esa, kerana hanya dengan limpah dan kurnia-Nya,

segala urusan dalam menghasilkan kertas cadangan ini telah dipermudahkan. Selawat dan

salam juga keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga Baginda, para

sahabat dan juga seluruh umat Islam.

Di kesempatan yang masih lagi dikurniakan oleh Allah s.w.t kali ini, saya ingin

mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada penyelia saya iaitu Ustaz Wan

Mohamad Roslan bin Wan Ishak diatas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan

selama ini. Dorongan dan sokongan dari beliau telah banyak membantu saya dalam

menyiapkan kertas cadangan ii dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada pensyarah Kajian

Dalam Penyelidikan saya iaitu Encik Law Sze Yung yang sudi memberi garis panduan dan

berkongsi ilmu serta pengalaman beliau dalam memperkemaskan lagi kertas cadangan ini.

Tidak lupa juga kepada guru besar Sekolah Kebangsaan Kg Bruit, Puan Yon@Jenet

yang memberi keizinan kepada saya untuk melakukan tinjauan di sekolah tersebut.

Kerjasama dan keizinan yang diberikan saya dahului dengan ucapan terima kasih dan itulah

yang meningkatkan lagi semangat saya dalam melakukan penyelidikan ini. Tidak lupa juga

kepada para guru, khususnya guru J-QAF kerana sudi membantu dan menyumbangkan idea-

idea tambahan dalam memurnikan lagi apa yang telah sedia ada.

Akhirrul kalam, penghargaan ini juga turut saya ucapkan kepada rakan-rakan

sepengajian SMP-OUM, murid-murid yang terlibat dan sesiapa saja yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung sepanjang proses tinjaun ini dilakukan. Semoga apa yang

saya dan anda semua usahakan ini akan mendapat keberkatan limpah rahmat serta ganjaran

pahala dari Allah s.w.t dan diharap juga usaha ini mampu mendatangkan manfaat dalam

hidup kita semua. Insya Allah.

Anda mungkin juga menyukai