0 PENGENALAN
Falsafah pendidikan sangat penting dalam menentukan nilai, hala tuju pendidikan
dan mengukuhkan sistem pendidikan. Dalam menekankan pembangunan
kemanusiaan, Falsafah Pendidikan Negara perlulah seiring dengan kemahuan
semasa. Pelajar pada masa kini amat terbuka dengan teknologi yang membolehkan
mereka mendapatkan maklumat di hujung jari. Jika dulu semua maklumat hanya
didapati di sekolah, tapi kini semua maklumat dapat diakses melalui internet.
Jesteru itu, pelaksanaan falsafah pendidikan hendaklah sejajar dengan kemahuan
semasa dan sejajar dengan teknologi yang bakal diterokai oleh para pelajar.
Falsafah Pendidikan Negara merupakan satu teras dalam menentukan hala tuju
pendidikan Negara kita. Pendidikan merupakan sesuatu yang sangat penting kerana
ilmu merupakan sesuatu yang berkuasa sekarang. Tanpa ilmu kita tidak akan dapat
melangkaui batasan yang digariskan dalam menjadikan kita seorang yang berjaya.
Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau
pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini
dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik
dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari serta membuktikan kebenaran dan
memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam
kehidupan.
Berdasarkan huraian di atas, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman,
arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan
pendidikan. Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal daripada
usaha berfikir yang rasional dan kritis berlandaskan daripada ideologi negara
sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan,
termasuk Rukun Negara. FPK ini akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan
hala kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau
di luar institusi pendidikan. Sehubungan ini, FPK adalah digubal secara rapi dan
teliti oleh pakar-pakar pendidikan yang mengambil kira seluruh aspek yang
berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan Negara.
Pada peringkat lebih teratur terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut
'sekolah pondok ' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang
terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang
di bina di sekelilingnya. Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di
Tanah melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ). Pada
peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan
diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang
konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan. Pentadbiran pendidikan di Tanah
melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu "pecah dan perintah "
serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan vernacular.
Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi
pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka
memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Dengan itu, Inggeris mula memberi
tumpuan besar kepada pelajaran Inggeris 1816. Walau bagaimanapun perhatian
kepada pelajar melayu hanya sekadar melepas ditangga sahaja, iaitu menunaikan
kewajipan kepada anak watan sesuai dengan perjanjian Inggeris dengan pembesar pembesar tempatan. Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan secara ad hoc
tanpa dibendung oleh satu garis panduan atau batasan-batasan yang konkrit.
Ini adalah kerana pemerintah Inggeris tidak menggangap pendidikan sebagai satu
pelaburan di 'periphery'nya untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan
rakyatnya bagi mencapai kemajuan.
Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan benevolen
(benovelent welfare policy). Oleh itu objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan
hendak mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan
keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien sahaja.Tegasnya,
pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenang-wenangnya tanpa satu
dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur kebangsaan di
kalangan rakyat.
Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural
educatin al system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk Terdapat
lima aliran bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu, Arab dan Tamil. Sistem pendidikan
plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat Kebangsaan dikalangan
penduduk yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan yang Sumbang ini telah
menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara
asal mereka.
Pendidikan Melayu
Pendidikan Cina
Dasar terbuka dan tidak campur tangan Inggeris dalam hal ehwal social kaum
pendatang menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah cina dan tamil. Sekolah-sekolah
ini dikendalikan oleh masyarakat masing.masing tanpa bantuan daripada lnggeris
hinggalah tahun 1920-an se1aras dengan tradisi mengutamakan pelajaran dan
mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa masyarakat Cina mula bergiat
menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke 19. Keadaan ini serupa di Sabah dan
Serawak. Dasar tidak campur tangan lnggeris dalam pendidikan vernakular
menyebabkan perkembangan politik dan ekonomi negeri Cina mempengaruhi
sistem pendidikan masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah Dan
Sarawak.
Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks serta guru-guru
juga dibawa masuk dari sana. Isi kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam
bidanrg 3M iaitu membaca, mengira dan menulis serta lukisan, Bahasa Inggeris,
Ilmu Alam, Sejarah, Kraftangan dan pengetahuan am. Pada tahun 1920-an
pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan Kerajaan Inggeris tentang bahaya
pertumbuhan sekolah Cina tanpa kawalan.
Oleh itu pentadbiran lnggeris mula memperkenalkan satu undang- undang pada
tahun 1920 iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan. Tujuannya untuk
mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta mengawal aktiviti sekolah ini.
Bermula tahun 1924, sebahagian sekolah-sekolah cina ini menerima bantuan
kewangan daripada kerajaan. Pada amnya, guru-ruru di sekolah ini tidak ada latihan
formal sehinggalah selepas perang Dunia Kedua apabila program latihan kelas
formal telah diadakan. Dasar pentadbiran Inggeris ini secara langsung atau tidak
langsung mewujudkan jurang pendidikan di antara anak-anak Melayu dan Cina.
Pendidikan Tamil
peruntukan telah dimasukkan ke dalam ordinan ini iaitu majikan ladang getah
diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja mereka.
Mubaligh kristian juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan
pendidikan Tamil. Kurikulum di sekolah-sekolah Tamil ini disesuaikan mengikut
negeri India, begitu juga kebanyakan guru serta buku -buku teks telah dibawa
masuk dari India.
Kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3 M membaca,
mengira,dan menulis karangan,ilmu alam dan kebersihan diri (personal hygiene)
sebelum perang dunia kedua, program latihan guru kelas normal, selama 3 tahun
telah dimulakan untuk guru-guru sekolah Tamil. Pendidikan di sekolah Tamil juga
terhad di peringkat rendah sahaja.
Dasar pemerintahan Inggeris terhadap perkembangan pembangunan sekolah Tamil
terus menambahkan lagi jurang pendidikan di antara tiga kaum utama di negara
kita iaitu Melayu, Cina,dan India
.
Pendidikan Inggeris
Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di tanah Melayu apabila penang Free School
ditubuhkan pada tahun 1816 . Pada pertengahan abad ke 19, mubaligh kristian
membantu menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris. Kebanyakan sekolah ini
ditubuhkan di kawasan - kawasan bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris.
Kurikulumnya bercorak Kurikulum ber grammar School of Great Britain dengan
tujuan mengeluarkan pegawai - pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan
kuasa, metropolitan British.
Pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan
menengah. Bagi memenuhi keperluan guru pelatih, program latihan guru kelas
normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan di Pulau Pinang pada
tahun I907. Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma kemudiannya ditawarkan di
Raffles College, Singapura. Manakala pembelajaran tinggi bermula dengan
penubuhan Medical School di Singapura pada tahun 1905, dan pada tahun 1912,
namanya telah ditukar menjadi King Edward VII Medical College. Raffles College
yang ditubuhkan pada tahun 1928, menawarkan kursus-kursus dalam bidang
Sastera dan Sains.
yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa
melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar.
Laporan Pendidikan
Dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957 ,batu asas bagi Dasar
Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas kepada pendidikan Kebangsaan
terkandung dalam ordinan 1957 yang lebih terkenal dengan Laporan Razak. Tiga
aspek dasar yang penting terkandung dalam laporan ini ialah pembentukan sistem
pendidikan Kebangsaan . Pengakuan matlamat akhir bahawa bahasa Malaysia
menjadi bahasa pengantar utama . Permulaan kurikulum yang berorientasikan
alam persekitaran Malaysia.
Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia.
Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksaan.
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada makna kepada dua perkataan ini, falsafah
dapat diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan.
E.D Miller pula mengatakan falasafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk
berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Oleh itu,
falsafah noleh diertikan sebgai satu usah untuk berfikir yang rasional dan kritis
terhadap..perkara..yang..penting..mengenai..pendidikan.
:...mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...
Faktor sosial merupakan salah satu faktor pembentukan FPK kerana dengan
lahirnya falsafah ini, negara kita akan dapat mencapai keharmonian dan
kemakmuran. Bagi mencapai kemakmuran ini, satu sistem pendidikan yang selaras
telah diperkenalkan dan telah menyeragamkan sukatan pelajaran yang
berlandaskan KBSR(Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) dan KBSM(Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah). Masyarakat Malaysia terdiri daripad berbilang
kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap
toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang
positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang
merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang
stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat
pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara, iaitu:
FPK juga dibentuk berlandaskan faktor individu. Dalam menjadikan seseorang itu
seorang yang seimbag dalam segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.
Satu sistem perlu diwujudkan dan memberi gambaran kasar kepada individu untuk
berjaya dalam sesuatu bidang. Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses
pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan
menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis
sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa
serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan
individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama
dalam..kandungan..Falsafah..Pendidikan..Negara.
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
3.2 MATLAMAT
Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna
dan memiliki serta menghayati ciri-ciri seperti berikut iaitu percaya dan patuh
kepada Tuhan. Selain itu, mereka akan berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.
Mereka juga akan berasa tanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan
Negara. Justeru itu, mereka akan memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu
dalam memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum ini.
Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK) maka
matlamatnya adalah untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari
pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial supaya menjadi
warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan kata lain matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna serta
menghayati cirri-ciri:
Percaya kepada tuhan.
Berakhlak mulia.
Berilmu pengetahuan.
Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.
Matlamat kedua ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta
cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif
serta sempurna. Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu
menaikkan taraf ekonomi negara. Matlamat yang ketiga ialah melahirkan rakyat
yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara. Taat setia kepada Raja adalah
penting kerana akan dapat mengelakkan dari berlakunya pembelotan dan Malaysia
tidak akan diceroboh kerana pengkhianatan rakyatnya.
membentuk negara Malaysia yang aman serta selamat. Rukun Negara mempunyai
5 prinsip yang menjadi teras kepada perpaduan Negara iaitu kepercayaan kepada
Tuhan, kepercayaan kepada Raja dan Negara, kepercayaan kepada perlembagaan,
kepercayaan kepada undang-undang dan terakhir sekali kesopanan dan kesusilaan.
Selain itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi
ekonomi sosial dan peluang di antara kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang
perbezaan yang besar antara kaum di Malaysia. Melayu duduk di kampung, cina
duduk di lombong dan India duduk di estet. Seperti yang kita lihat pada hari ini,
perbezaan yang amat ketara dalam pendidikan antara kaum Melayu, Cina dan India.
Kaum cina lebih maju berbanding kaum lain di Malaysia. Oleh itu sekolah amat
berperanan penting dalam merapatkan jurang antara kaum ini dalam menerapkan
nilai-nilai murni kepada murid-murid. Hal ini bertujuan murid-murid dapat bersamasama tolong menolong dan bertoleransi antara satu sama lain agar keharmonian
dan..kemakmuran.
Dalam melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan
prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan dalam melahirkan
rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada Negara, rakyat yang
memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap
toleransi dalam mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum serta
mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahan
asas.
Kesimpulannya, FPK ini digubal adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
mempunyai seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial. FPK perlu dilaksanakan di sekolah kerana untuk memupuk semangat
perpaduan sejak dari awal lagi untuk mengelakkan permusuhan antara kaum pada
dewasa kelak. Selain itu FPK ini untuk melahirkan insan-insan yang berakhlak mulia
dan mempunyai nilai moral yang tinggi berpandukan agama yang benar. Oleh itu,
guru memainkan peranan yang amat penting sebagai agen penyebar dalam
menerapkan nilai-nilai murni ini kepada murid agar wawasan dan hasrat Negara
tercapai.
4.1.1..PERANAN..FPK.DI..SEKOLAH
Selain itu, pihak sekolah juga perlu memastikan aspek-aspek seperti budaya
sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan juga disiplin murid diberi
penekanan dan perhatian yang sewajarnya supaya hasrat FPK dapat direalisasikan.
Perkembangan semasa memperlihatkan peningkatan peranan guru besar sebagai
peneraju utama di sekolah-sekolah. Penyelidikan oleh Morrisson (2005) mendapati
bahawa perubahan peranan pentadbir sekolah perlu berlaku dalam aspek-aspek
tertentu seperti kepemimpinan, tuntutan kerja, orientasi perniagaan,
tanggungjawab, pengurusan sumber manusia, membuat keputusan, komunikasi,
kuasa, dan perancangan. Peranan guru besar merupakan antara faktor utama yang
akan menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Guru besar yang
berkesan mampu mengubah keadaan sesebuah sekolah menjadi cemerlang.
Menurut kata Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan kegagalan
murid terletak kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru. Kepemimpinan guru
besar pula dikenal pasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali, yang
mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil sekolah walaupun proses dalaman dan
persekitaran sosial (iklim), atau budaya sekolah juga merupakan pemboleh ubah
yang mempengaruhi dan menyebabkan perbezaan dalam pencapaian akademik
murid..(Rutter..et..al,1979).
Aspek kedua yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah. Budaya
sekolah, kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek
yang penting dalam merealisasikan FPK. Iklim sekolah yang terbuka menggalakkan
murid bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru serta
bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja
dalam keadaan yang mesra, berasa tenteram serta melaksanakan
tugas..dengan..adil,..dedikasi,..gembira..dan..sempurna.
Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah yang
demokratik dan iklim ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya
seperti membentuk murid lebih berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela
bekerjasama, lebih ramah dan mesra, lebih spontan dan berkreativiti serta lebih
tinggi motivasinya.
Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek utama iaitu
aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan
bahasa. Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti kebersihan kawasan
sekolah, keselamatan anggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah
yang lengkap, keselesaan yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dan
Aspek keempat pula ialah ko-kurikulum. Untuk merealisasikan FPK, sekolah juga
perlu memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan gerak kerja kokurikulum. Gerak kerja ko-kurikulum merupakan gerak kerja bercorak pendidikan
yang dijalankan di dalam dan di luar waktu sekolah. Gerak kerja merupakan aktivitiaktiviti kumpulan secara informal. Gerak kerja ko-kurikulum berasaskan
pembelajaran di bilik darjah adalah kesinambungan kurikulum yang dilaksanakan di
sekolah. Walaupun aktiviti-aktiviti ko-kurikulum lebih bercorak informal, tetapi gerak
kerja..yang..dijalankan..adalah..terancang.
Dari aspek sosialisasi, gerak kerja ko-kurikulum ini dilihat mampu melahir dan
membentuk murid-murid yang mempunyai semangat kekitaan dan
kewarganegaraan serta mempunyai rasa dan tanggungjawab berkhidmat untuk
masyarakat. Secara keseluruhannya, pihak sekolah perlu mempertingkatkan kualiti
pengurusan ko-kurikulum dan sukan dengan usaha memperkembangkan lagi
potensi individu, membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa bermasyarakat,
Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting dalam
merealisasikan FPK termasuklah FPG yang digubal untuk guru. Guru
bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan
bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di sekolah
juga bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar,
pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai
inovator, iaitu..orang..yang..mendatangkan..pembaharuan. Seseorang guru
menjalankan seperti menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid.
Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid seharusnya ditimbulkan
terlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Proses pembelajaran
berlaku dengan lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai
minat..terhadap..pelajaran..itu.
Oleh itu, adalah penting bagi guru menggerakkan muridnya dengan berbagaibagai cara seperti menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar, mengadakan
main peranan (role playing), mengadakan simulasi dan sebagainya.
Selain itu, guru juga mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam
sesebuah bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama,
langkah kedua, langkah ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran
haruslah diatur supaya murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti
pembelajaran.
Gurulah yang menjalankan tugas mengatur setiap langkah pembelajaran. Dalam
mengatur langkah-langkah pembelajaran, guru akan merancang terlebih dahulu.
Apabila membuat sesuatu rancangan, keperluan-keperluan murid, objektif-objektif
pelajaran, bahan-bahan dan alat-alat mengajar seharusnya dipertimbangkan.
Pengajaran yang dirancangkan dengan baik akan membawa
faedah..yang..besar..kepada..murid-murid.
Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang diajar.
Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalaman-pengalaman
murid untuk membolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan lebih mudah
lagi. Perkataan-perkataan yang digunakan oleh guru sepatutnya mudah difahami
dan penerangannya padat serta jelas. Penggunaan alat bantu mengajar seperti
carta, gambar, perbandingan dan graf dapat menjelaskan lagi sesuatu konsep yang
disampaikan. Guru juga menolong murid-murid mengatur fakta-fakta supaya
menjadi konsep yang konkrit dan bermakna. Idea yang abstrak boleh dijadikan
konkrit dengan menggunakan carta dan alat bantu mengajar lain.
Ringkasnya, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan
berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat
kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa
hadapan.
Aspek yang terakhir ialah disiplin. Sekolah sebagai agen sosialisasi utama
bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat akar
umbi. Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi
merangsang perkembangan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
sejajar..dengan..kemahuan..FPK..
dan mempunyai semangat tolong-menolong dan membaiki keadaan yang sedia ada
menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat untuk masyarakat.
Disiplin juga ada kaitannya dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan dan akhlak.
Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan institusi yang penting dalam
membentuk disiplin murid-murid. Masalah disiplin murid akan menjejaskan
tumpuan mereka terhadap pelajaran. Masalah disiplin ini seharusnya dikawal
dengan kerjasama warga sekolah iaitu guru besar, guru disiplin, guru, pengawal
keselamatan, masyarakat sekitar sekolah dan ibu bapa. Hal ini penting bagi
memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh menubuhkan
sebuah jawatan kuasa menangani gejala disiplin murid peringkat sekolah dengan
melantik beberapa ahli terdiri daripada kalangan mereka yang tinggal berhampiran
dengan sekolah bagi memantau disiplin murid. Pihak sekolah juga hendaklah
memantau kawasan sekolah yang terdapat masalah disiplin.
Apa yang lebih penting, murid lemah dan berdisiplin memerlukan perhatian khas
daripada pihak sekolah. Semua ini perlu dilakukan dengan bijak supaya tidak
berlaku pengasingan dan perbezaan di antara mereka dengan murid lain di sekolah.
Peranan guru bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk dan membina
semula sahsiah dan disiplin murid yang bermasalah. Antara tugas utama guru
bimbingan dan kaunseling ialah menjalankan bimbingan dan kaunseling dengan
murid-murid yang mempunyai masalah disiplin dengan tujuan mewujudkan tingkah
laku yang diingini. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga berfungsi untuk
membina perhubungan dengan ibu bapa/ penjaga murid-murid yang mempunyai
masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis.
Disiplin yang baik membawa beberapa faedah kepada guru dan murid. Faedahfaedah tersebut adalah seperti berikut:
5.0 KESIMPULAN
6.0 REFLEKSI
Berdasarkan tugasan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang telah saya kaji,
saya telah memahami konsep-konsep yang ingin dilaksanakan oleh FPK dalam
system pendidikan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi penanda
aras kepada perkembangan sistem pendidikan di Malaysia ini. FPK sangat berguna
bagi semua pihak terutama saya yang akan berkecimpung di dalam bidang
pendidikan tidak lama lagi.
Dalam sukatan pelajaran, FPK telah menetapkan bahawa penggabungjalinan
amat penting bagi memudahkan murid memahami isi yang ingin disampaikan oleh
guru pada setiap mata pelajaran. Hal ini menyedarkan saya bahawa perkembangan
pendidikan di Malaysia bermula dari satu Rukun Negara yang diterapkan dalam jiwa
murid pada masa kini.
Saya juga telah mengetahui proses pembentukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan elemen-elemen serta implikasinya terhadap sistem pendidikan di
Malaysia. Saya mengharapkan sistem ini akan digunakan berterusan dan tidak
disalahgunakan oleh mana-mana pihak dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Saya sebagai bakal pendidik akan menerapkan konsep falsafah ini dalam diri
saya supaya saya dapat menggunakannya di masa akan dating. Walaupun sistem
pelajaran akan berubah namun konsep dan elemen yang terdapat dalam falsafah
pendidikan tidak akan digubal sewenang-wenangnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing
Encik Nordin Bin Tahir kerana memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya
sehingga saya mampu mendalami makna sebenar FPK dalam sistem pendidikan
Negara ini.