Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENGENALAN
1.1 Rasional
Pengajaran mikro diaplikasikan sepenuhnya dalam menghasilkan guru permulaan yang berkesan.
Memandangkan betapa penting dan berfaedahnya pendekatan pengajaran mikro dalam konteks
Praktikum, Bahagian Pendidikan Guru telah menekankan agar diaplikasikan teknik pengajaran
mikro ini dalam kurikulum dimaktab/institut perguruan di Malaysia.
1.2 Tujuan

Menghasilkan pelajar meminati profesyen perguruan, dan merangsang keinginan untuk


membaiki diri sendiri.

Membolehkan

guru

pelatih

menguasai

kemahiran

mengajar

dengan

cepat

dan

menyeronokkan.

Membentuk pelajar membaiki kelemahan praktikum dengan cepat dan berkesan melalui
proses yang boleh memberikan maklumbalas segera dan meyakinkan serta latihan ulangan
pembetulan selanjutnya.

Agar pelajar dapat menghasilkan pengajaran yang lebih menarik dan berkesan.

Mengurangkan ketegangan yang dialami oleh guru pelatih apabila menghadapi kelas sebenar
semasa praktikum nanti.

1.3 Pendahuluan
Guru dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk membolehkan murid
melakukan proses pembelajaran.

Aktiviti pembelajaran seperti

set

induksi, penerangan,

penyoalan, tunjukcara, variasi rangsangan, peneguhan, penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat,


sikap(gesture) dan perlakuan bukan lisan seperti senyum , anggukan kepala dan gerakan tangan
dan sebagainya akan menentukan keberkesan guru.
Guru yang berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan umur dan kebolehan
murid serta objektif pelajaran, juga perlu memikirkan organisasi dan disiplin bilik darjah.
Pengajaran mikro membolehkan guru pelatih melatih diri dengan satu kemahiran pada satu masa,
dan apabila satu kemahiran itu telah dikuasai, barulah dapat digabungjalinkan kemahiran-kemahiran
yang diperlukan dalam pengajaran mereka. Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan latihan
perguruan dan kesedaran terhadap teknik pengajaran.

2.0 Pengajaran Mikro


Mengikut Micheel J. Wallace Pengajaran mikro adalah penemuan pengajaran yang
dimudahkan.

Pengertian itu membawa makna iaitu satu situasi pengajaran yang telah

dikurangkan skopnya, iaitu tugas guru dipermudahkan, mata pelajaran dipendekkan dan bilangan
murid dikecilkan.
2.1 Pengajaran Mikro diaplikasikan
Tidak banyak penulis tentang pengajaran mikro mengusulkannya sebagai ganti Praktikum di
sekolah, malah kebanyakan daripada mereka berpendapat, pengajaran mikro sebagai tambahan
kepada teknik-teknik latihan perguruan yang ada,alasan yang diberikan adalah kerana,
1.

Membolehkan pelajar menumpukan perhatian kepada tugasan mengajar tanpa gangguan


masalah pengurusan bilik darjah, yang biasa terdapat dalam praktikum disekolah.

2.

Pelajar dapat menumpukan perhatian kepada satu kemahiran mengajar pada satu masa.

3.

Membolehkan pelajar meneliti pengajarannya dengan cara yang sistematik, dan mendapat
maklumbalas dengan segera dan kemudiannya membuat perubahan untuk membaikinya di mana
yang difikirkan perlu.

4.

Dengan menekankan penganalisaan pengajaran kepada kemahiran-kemahiran komponennya,


pengajaran mikro meletakkan asas bagi pendekatan saintifik yang sebenarnya dalam latihan
perguruan.

5.

Pendekatan pengajaran mikro adalah mudahubah dan boleh digunakan dalam berbagai situasi
seperti persediaan untuk praktikum di sekolah, langkah diagnosis semasa atau selepas praktikum,
dan kajian keatas proses pengajaran dan pembelajaran.

2.2 Bagaimana Mengendalikan Pengajaran Mikro


Pengajaran mikro sebagai sampingan praktikum di sekolah, langkah persediaan sebelum praktikum,
langkah diagnosis semasa atau selepas praktikum atau langkah peneguhan pengajaran mata pelajaran
di sekolah. Perinsip asas pengendalian pengajaran mikro ialah;
1.

Pelajar mengajar satu pelajaran yang pendek antara 5 hingga 10 minit sahaja.

2.

Mengajar pelajaran itu kepada satu kumpulan murid atau rakannya antara 4 hingga 6 orang
sahaja.

3.

Apabila pelajaran itu tamat, murid atau rakannya keluar, dan ia membincangkan
pengajarannya itu dengan penyelianya.

4.

Selepas membuat perubahan di mana yang diperlukan ke atas pendekatannya yang lalu, ia
mengajar pelajaran itu kepada satu set murid atau rakannya yang lain.

2.3 Perkara yang penting dalam pengajaran mikro


1.

Pelajar yang telah menguasai kemahiran pengajaran tidak perlu ulang latihan pengajarannya.

2.

Pelajar yang belum menguasai kemahiran pengajarannya perlu mengulangi pengajarn


mikronya.

3.

Jika penggunaan perakam video panduan penilaian dan penaksiran tidak perlu digunakan.

4.

Pengajaran mikro boleh dibuat di maktab/intitut dengan murid-murid sekolah dibawa ke


maktab/institut, atau dijalankan di sekolah dengan pelajar dan penyelianya pergi ke sekolah.

5.

Maklumbalas yang segera dan tepat membolehkan pelajar mengubah perlakuannya.

6.

Perkembangan kemahiran pengajaran mikro tidak boleh dibuat berasingan dengan isi
pelajaran.

7.

Perakam vedeo mempunyai kelebihan, mengandungi unsur komunikasi lisan dan bukan lisan.

8.

Walaupun panduan penilaian dan penaksiran tidak perlu jika penggunaan perakam video,
tetapi ia boleh digunakan bersama kerana ia dapat menambahkan keberkesanan latihan dari segi
panduan pemerhatian dan maklumbalas yang bertulis.

2.4 Kemahiran Pengajaran Mikro


Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar dalam profesyen
perguruannya.

Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-kemahiran yang digunakan oleh guru dalam

perhubungan persemukaan di bilik darjah. Dengan itu, kemahiran pengajaran mikro adalah
perlakuan bilik darjah yang tertentu, boleh dilihat, ditakrifkan, ditunjukkan perkaitan dengan
pembelajaran murid.
Pengajaran mikro adalah melatih diri sendiri, pelajar dilatih pengajarannya dari segi kemahiran
mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal, membantu pelajar bersiap sedia untuk
membuat latihan pengajaran mikro dengan berkesan.

Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid dalam bidang pengajaran dan
pengajaran seperti kemahiran:

Set induksi

Tunjuk cara

Variasi rangsangan

Peneguhan

Penyoalan

Mengilustrasi dengan menggunakan contoh

Penerangan

Aprisiasi

Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran

Penutup

2.5 KEMAHIRAN SET INDUKSI


Kemahiran ini ada kaitan dengan cara guru memperkenal atau memulakan sesuatu pelajaran atau
satu unit tertentu sesuatu pelajaran. Pada setiap epesod pengajaran, guru hendaklah menegaskan
kepada muridnya tugasan yang akan dibuat.

Guru perlu mengekalkan dan menarik perhatian

muridnya serta menggerakkan mereka untuk membuat aktiviti, berfikir dan belajar.

Memandu

muridnya kearah manakah tujuannya, membina perkaitan yang jelas dengan pengalaman lalu/sedia
ada.
1. Menarik perhatian
Guru boleh menggunakan suara, gerakgeri dan pandangan mata untuk menarik perhatian murid
kearah pelajaran yang diajar. Ia juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar atau alat bantu
mengajar dan pelbagai intraksi yang lain.
2. Menimbulkan pergerakan
Guru boleh menggerakkan muridnya dengan menunjukkan kemesraan dan menunjukkan semangat
serta kesungguhan perkara yang diajarnya.

Guru boleh juga menggerakkan muridnya dengan

merangsang naluri ingin tahu atau menarik minat murid dengan bercerita atau memulakan
aktiviti.

3. Struktur
Guru menentukan hal bagi tugasan yang diberikan kepada muridnya, seperti Tengah hari ini kita
akan melihat beberapa keping gambar dan kemudian kita akan bincangkannya.
perbincangan itu kamu akan menulis ceritanya.

Selepas

Guru menolong muridnya dengan mencandangkan

beberapa cara menulis cerita itu.


4. Membuat perkaitan
Guru boleh membuat perbandingan dan perbezaan, seperti membandingkan papan tanda berlampu
yang terdapat di Semenanjung Malaysia dengan yang terdapat di Sabah atau Sarawak.

Guru

merujuk kepada situasi semasa untuk menarik perhatian.


Set induksi yang berkesan ialah,
1.

Set induksi hendaklah bermakna kepada murid dari segi umur, kebolehan dan minat.

2.

Set induksi hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan objektif pelajaran.

3.

Pelajaran baru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, belajar daripada
yang telah diketahui kepada yang akan diketuhui.

2.6 KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN


Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mempelbagaikan kaedah
dan teknik penyampaian. Latihan dalam kemahiran ini dapat menolong pelajar mengajar dengan
berkesan dan menarik minat murid kepada pelajaran yang diajarnya.
1.

Pergerakan

Pergerakan guru dalam kelas seperti beberapa langkah di sepenjang bahagian hadapan atau di antara
barisan-barisan murid boleh menolong murid sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian kepada
pelajaran.

Elakkan pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang resah akan mengganggu

tumpuan murid kepada pelajaran.


2. Gerakgeri semulajadi guru (gesture)
Penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk menguatkan perkataan yang
dituturkan dapat menarik perhatian murid. Sebaliknya pergerakan tubuh badan semulajadi yang

tidak bermakna seperti mengejepkan mata atau mengelengkan kepala atau melambungkan sesuatu
akan menghalang tumpuan kepada pelajaran.
3. Mengubah nada pertuturan
Mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal minat murid terhadap
pelajaran.

Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan,

sebaliknya suara yang mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan
terhadap pelajaran.
4. Penglibatan murid secara lisan
Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk melahirkan pendapat
menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan dalam pelajaran.

Ini akan memberikan rasa

seronok kepada murid.


5. Penggunaan Pancaindera
Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera seperti penggunaan gambar atau
model, dapat menambah tarikan dan minat murid kepada pelajaran, juga menambah kesan
penyampaian maklumat kepada muridnya.
5. Aktiviti Fizikal
Guru yang memberi peluang kepada murid membuat aktivi yang pelbagai akan menyeronokkan
murid semasa mereka belajar.
Variasi Rangsangan yang berkesan ialah:1.

Matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahan-perubahan dalam aktiviti yang
digunakan dan ada perkaitan dengan isi pelajaran.

2.

Guru hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar tidak mengganggu
perjalanan pelajaran.

3.

Guru hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan bahan bantu mengajar
dan alat bantu mengajar.

4.

Guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi rangsangan kepada tindak balas
murid.

2.7 KEMAHIRAN PENEGUHAN


Melibatkan satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam beberapa cara yang
positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman, angguk kepala, memuji murid kerana
memberi jawapan yang baik, menggalakkan murid yang lambat belajar supaya terus tekun belajar,
atau menulis syabas dalam buku murid kerana kerja yang telah disempurnakan.

Peneguhan

seperti ini akan membawa kepada perulangan perlakuan yang baik dan seterusnya akan membina
sikap yang positif .

Peneguhan ini boleh diberikan kepada individu, kumpulan atau seluruh kelas.

Bidang utama dalam peneguhan ialah;-

1.

Peneguhan lisan

Guru boleh menggalakkan murid belajar dengan menggunakan perkataan seperti

baik, ia,

betul, itu jawapan yang tepat, bijak, pandai, bagus, kerja kamu sempurna, itu adalah
cadangan yang baik, dan lain-lain peneguahn yang positif.
2. Peneguhan gerakgeri
Guru boleh memberi peneguhan dengan menunjukkan perasaan pada mukanya seperti senyuman,
ketawa yang menyukakan, atau menggunakan gerakgeri tubuh badan sebagai isyarat persetujuan,
seperti menganggukkkan kepala, mengangkat tangan, angkat bahu, menepuk tangan dan sebagainya.
3. Peneguhan dampingan
Guru boleh menunjukkan minat atas prestasi muridnya dengan mendekatinya, berdiri di sebelahnya
dan duduk di sisi muridnya.
4. Peneguhan sentuhan
Guru boleh menunjukkan persetujuan dengan menepuk bahu atau belakang muridnya (sama jantina).
5. Peneguhan aktiviti
Guru melakukan aktiviti yang boleh menyukakan muridnya kerana murid menghasilkan kerja yang
baik.
6. Peneguhan ganjaran

Guru menulis kata pujian atau memberi markah yang tinggi dalam buku kerja murid kerana telah
menghasilkan kerja yang baik.

Bagi murid sekolah kebangsaan guru boleh memberi hadiah seperti

pensil, gula-gula dan sebagainya untuk menggalakkan murid maju dalam pelajaranya.
Peneguhan yang berkesan ialah:1. Kemesraan dan semangat
Kemesraan, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru terhadap perlakuan dan
pencapaian murid adalah aspek penting dalam kemahiran peneguhan.
2. Mempelbagaikan penggunaan peneguhan
Guru hendaklah mempelbagaikan peneguhan, peneguhan perkataan atau gerak-geri yang selalu
diulang akan hilang maknanya.
3. Peneguhan positif
Kajian telah menunjukkan bahawa peneguhan positif seperti pujian untuk jawapan yang belum
selesai adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif seperti itu salah atau jawapan kamu
tidak tepat.
4. Kefahaman murid tentang peneguhan
Peneguhan yang berkesan, murid hendaklah mengetahui perkaitan antara peneguhan dengan
perlakuan dan pencapaian mereka.

Guru hendaklah memikirkan faktor umur, jantina dan

kumpulan sosial murid.


2.8 KEMAHIRAN PENYOALAN
Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding dengan kemahiran yang
lain.

Kemahiran ini tidak diberi penilaian dan tempat yang sewajarnya oleh guru semasa ia

mengajar. Ada bukti yang menunjukkkan kemahiran ini tidak digunakan dengan sepenuhnya dan
soalan-soalan yang ditanya adalah dari jenis soalan aras rendah yang tidak memerlukan poemikiran
yang kritis dan membina aras kognatif aras tinggi.

Penggunaan kemahiran penyoalan dapat

meningkat tahap pencapaian murid dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran sosial yang
berkesan.
Penyoalan yang mudah atau asas

Pembentukan soalan - Guru hendaklah membuat soalan bentuk pendek, padat dan

menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh murid.


Fokus - Guru hendaklah menyoal soalan yang umum supaya dapat melibatkan ramai murid ,
hendaklah difokuskan kepada satu tugasan sahaja, sementara maklumat yang diperlukan

mula mendapat idea, guru bolehlah menyoal soalan yang lebih khusus.
Arah Guru mengemukan soalan kepada semua murid dalam kelas, selepas berhenti
sejenak, tujukan soalan itu kepada murid tertentu dengan memanggil nama murid itu, atau

menunjuk dengan tangan atau menganggukkkan kepala kearah murid yang hendak disoal.
Penyebaran - Guru hendaklah menyebarkan soalannya secara rawak supaya dapat menyoal

semua kumpulan dalam kelasnya.


Pemberitahuan - Guru hendaklah

membuat

tanda

dalam

menunjujkkan skop atau jenis jawapan yang ia perlukan.

soalannya

yang

boleh

Tanda itu mungkin juga boleh

membawa kepada jawapan kepada soalan itu.

Penyoalan yang kompleks


PERTAMA
Mempelbagaikan peringkat soalan
Guru menyoal soalan yang berbeza aras kesukarannya, dan meminta aras pemikiran
yang berbeza.
Ingat semula
Penyoalan yang memerlukan murid mengingat semula maklumat-maklumat yang
mereka telah pelajari, kemudian guru bolehlah menyoal soalan yang lebih kompleks.
Kefahaman
Soalan yang menguji kefahaman murid mengenai sesuatu perkara.
Aplikasi
Soalan yang memberi peluang kepada murid agar dapat menggunakan pengetahuan
yang lalu.
Analisis
Guru menyoal murid yang membolehkan murid memeriksa bukti-bukti

dan

kemudian membuat rumusan yang membolehkan mereka mengurus dan melahirkan


pemikiran mereka.
Sintisis
Guru melibatkan seorang murid atau beberapa orang murid dalam aktiviti kreatif
mengenai sesuatu situasi atau kejadian yang memerlukan penyatuan beberapa idea.
Penilaian
Guru menyoal murid soalan yang memerlukan mereka membuat anggapan mengenai
idea-idea atau nilai-nilai, dan kemudiannya memberi sebab-sebab untuk menyokong
anggapan itu.

KEDUA
Penyungkilan
Guru menyoal murid soalan yang membolehkan murid memikirkan jawapan yang
lebih baik daripada jawapan yang sebelumnya.
Soalan penjelasan
Guru meminta jawapan yang lebih jelas dan padat.
Soalan Penyokongan
Guru bertanyakan sebab mengapa jawapan tertentu itu diberikan oleh muridnya.
Soalan Persetujuan
Guru menanya muridnya adakah mereka setuju atau tidak dengan jawapan yang telah
diberikan sebentar tadi.
Soalan Contoh
Guru mengarahkan muridnya memberi contoh-contoh yang menunjukkan maksud
jawapan yang lalu.
Kemahiran penyoalan dalan Pengajaran mikro
1.

Sebagai peraturan am, soalan dikemukakan kepada seluruh kelas dengan peruntukan masa
diberi kepada murid untuk berfikir.

2.

Guru hendaklah sesuaikan soalan dengan umur dan kebolehan yang berbeza dalam
kumpulan kelas itu.

3.

Guru perlu merancang soalan utama sebelum pengajaran itu dimulakan.

4.

Guru hendaklah berhati-hati mengemukakan soalan dan teliti jawapan murid.

2.9 KEMAHIRAN MENGILUSTRASI DENGAN CONTOH


Kemahiran ini memudahkan guru menyampaikan idea dan konsep yang abstrak. Guru meminta
contoh daripada murid dan menyemak idea dan konsep itu telah difahami atau tidak.
yang baik dalam kemahiran ini ialah contoh yang biasa kepada murid.

Contoh

Dengan mengaitkan contoh

dan idea atau konsep, guru telah mengajar daripada perkara yang diketahui kepada perkara yang
akan diketahui.

Dengan menggunakan contoh dalam kehidupan seharian, guru boleh menarik

perhatian dan menimbulkan minat terhadap pelajarannya.


Pendekatan induktif dan deduktif dalam penggunaan contoh-contoh

Dua jenis pendekatan boleh digunakan dalam latihan kemahiran ini, iaitu pendekatan induktif :
contoh diikuti dengan peraturan, dan pendekatan deduktif: peraturan diikuti dengan contoh, soalan
digunakan untuk mendapatkan contoh;
1)

2)
3)
4)
5)

Contoh mudah
Guru menggunakan contoh mudah, dinyatakan dengan jelas dan boleh dikaitkan
dengan pengetahuan yang lalu.
Contoh yang berkait dengan peraturan atau konsep
Menggunakan contoh di mana peraturan atau konsep boleh digunakan.
Contoh ingin tahu
Menggunakan contoh yang boleh membangkitkan naluri ingin tahu dan minat murid.
Media yang sesuai
Menggunakan media yang sesuai dengan kebolehan , umur dan pelajaran yang diajar.
Pendekatan
Memilih pendekatan yang sesuai dengan peringkat umur dan kebolehan murid dan

pelajaran yang diajar.


6) Penglibatan murid
Murid dilibatkan secara lisan, seperti menjawab atau menyoal, atau bukan lisan,
seperti menulis di papan hitam atau menunjukcara dengan menggunakan contoh atau
model
3.0 KEMAHIRAN PENERANGAN
Penerangan ialah satu proses memberi kefahaman kepada orang lain, dan kemahirannya ialah
menentukan yang penerangan itu difahami.

Kemahiran memberi penerangan dengan tepat dan

berkesan salah satu kemahiran yang mesti ada pada guru.

Oleh itu ada banyak peringkat dan

bentuk kefahaman, juga banyak peringkat penerangan,


a.

Pentarifan

menjelaskan sesuatu isu

b.

Penerangan

menerangkan proses, struktur dan langkah-langkah.

c.

Sebab

pemberian alasan

Penerangan berstruktur
(a)

Penggunaan keutamaan - guru nyatakan dengan jelas, tepat dan padat fakta utama yang

terlibat.
(b)

Penggunaan contoh - perkara yang dititik beratkan ialah mudah, berkait, penggunaan media

yang sesuai dan menimbulkan minat.

(c)

Penyimpulan - guru menyatakan perkara utama dalam penerangannya.

Dr. G.A. Brown,

Penerangan ringkas sangat penting untuk penerangan yang berkesan.


Penerangan Penyampaian
(a)

Penggunaan penyampaian yang jelas - guru menerangkan sesuatu aspek pada satu masa,

dan memfokuskan semula dengan menggunakan ringkasan atau ilastrasi.

Ia hendaklah

menggunakan bahasa yang sesuai dan berhenti sejenak sebelum sesuatu aspek penting diterangkan.
(b)

Penggunaan penekanan variasi rangsangan - guru hendaklah menggunakan peringkat, nada

dan intonasi suara yang boleh menyampaikan kepentingan yang berkaitan dengan sesuatu.

Gerak

geri dan pergerakan hendaklah digunakan dengan sewajarnya.


(c)

Penggunaan penekanan petunjuk dan perkaitan dan keutamaan - menggunakan perkataan

atau rangkai kata yang boleh membawa kepada sesuatu yang penting dalam penerangannya contoh:
Petunjuk

Tiga bidang utama.

Perkaitan

Ini membawa kepada

Keutamaan

Dengan ini.

(d)

Jauhkan kekaburan - ini ada kaitan dengan penerangan yang jelas.

Elakkan menggunakan

perkataan .. dan lain-lain, . dan sebagainya.. dan yang sama sepertinya.


(e)

Sekuens - guru boleh menggunakn pendekatan induktif atau deduktif, pelbagai rangsangan dan

kaitan untuk menunjukkkan penerangan ke arah yang betul.


(f)

Maklumat balas - penerangan guru janganlah panjang lebar, beri peluang murid menjelaskan

kefahaman, sikap dan minat dan memberi peluang mendapat maklum balas. Guru hendaklah
mengawal penyampaian, kelancaran, bahasa dan bilangan contoh yang digunakan.
3.1 KEMAHIRAN PENUTUP
Kaitkan penutup dengan minat, pengalaman dan reaksi murid;1.

Menegaskan semula perkara-perkara penting.

2.

Penilaian, peneguhan pembelajaran murid (Melibatkan kognetif).

3.

Kaitan pelajaran dengan kehidupan sosial.

4.

Cadangan aktiviti
i.

Menegaskan semula
Menegaskan perkara utama, fakta penting, ingat semula dan kajI
Semula ( boleh melibatkan murid )
(a)

Menegaskan semula melalui ringkasan

- teguran

akhir, ringkasan perkara

penting dan mengaitkan semula aktiviti yang telah dijalankan.


(b)

Menegaskan semula sebagai satu aspek kemahiran variasi

Rangsangan -

Guru merumus isi pelajaran hasil maklumat murid.

ii. Penilaian

Penilaian dalam aktiviti mengesan pencapaian objektif pembelajaran, adakah murid


telah memahami isi pelajaran hari ini,

rumusan kognetif.

1.Kaitan kehidupan social

Mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian murid.

2. Cadangan aktiviti
(a) Kaitkan dengan kognitif
(b) Perkaitan sosial

Membuat latihan,membuat projek baru dan menjalankan kajian.

Menimbulkan perasaan kejayaan dengan peneguhan dan menyatakan

peringkat kejayaan murid, menggalakkan murid mencuba kejayaan yang lebih tinggi.
(c) Galakan motivasi

Kemesraan dan semangat untuk mengekalkan minat.

Penutup yang berkesan ialah;1.

Penutup hendaklah bermakna dari segi umur, kebolehan dan minat murid.

2.

Penutup hendaklah berkait dengan isi dan objektif pelajaran.

3.

Membina perkaitan perkara yang diketahui dan perkara yang dialami.

4.

Mengaitkan aspek penting sesuatu topik yang dibicarakan.

5.

Mengukur pembelajaran murid.

6.

Mencadangkan aktiviti berkaitan.

RUJUKAN
http://eprints.utm.my/10460
http://www.slideshare.net/artventure/pengajaran-mikro
PengenalanPedagogi
Pengarang: Esah Sulaiman

Anda mungkin juga menyukai