Anda di halaman 1dari 3

N.

THEVAMALAR 4263201001 BOCT7

1. Jelaskan apakah ciri-ciri dan tujuan liberalisme dan bagaimanakah liberalisme dapat
digunakan sebagai alat pemikiran politik yang pintar dalam masyarakat moden progresif
(10markah)

Liberalisme bermula di Eropah dan secara umumnya dikaitkan dengan falsafah


libertarianisme (liberty) di Amerika Syarikat dan kedua-duanya membawa isu
perjuangan kebebasan manusia. Liberalisme dapat juga diartikan sebagai paham dan
tradisi politik yang terfokus pada kebebasan dan persamaan ha bagi setiap individu di
dalam masyarakat. Oleh karena itu, suatu negara dan pemerintahnya dapat
menghormati dan melindungi kebebasan setiap warga negara di berbagai bidang
kehidupan. Orang-orang yang menganut paham ini disebut dengan leberalis. Ideologi
liberalisme ini pada umumnya muncul di dalam sistem demokrasi karena keduanya
sama-sama mengusung konsep kebebasan. Kebebasan tanpa batas namun terdapat
keteraturan dan harus bisa dipertanggungjawabkan. Perbincangan ini akan menjelaskan
ciri-ciri dan tujuan liberalisme dan bagaimanakah liberalisme dapat digunakan sebagai
alat pemikiran politik yang pintar dalam masyarakat moden progresif.

Salah satu ciri liberalisme adalah setiap individu memiliki kesempatan sama.
Manusia mempunyai kesempatan yang sama dalam segala bidang kehidupan baik
politik, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Tetapi bukan setiap orang dapat memberikan
hasil yang sama. Sedangkan hasil yang akan diperoleh setiap individu, berdasarkan
pada banyak faktor misalnya keterampilan, kerja keras, dan sumber daya. Sebagai
contoh, manusia perlulah diberi peluang untuk bersuara agar dapat memberikan
pendapat masing-masing. Bukan itu sahaja, persamaan kesempatan adalah suatu nilai
yang mutlak daripada demokrasi.

Selain itu, perlakuan yang sama juga merupakan ciri liberalisme. Di mana,
setiap orang mempunyai hak yang sama untuk mengemukakan pendapatnya, maka
dalam setiap penyelesaian masalah yang dihadapi baik dalam kehidupan politik, sosial,
ekonomi, kebudayaan dan kenegaraan dilakukan secara diskusi dan dilaksanakan
dengan persetujuan orang ramai. Hal ni sangat penting untuk menghilangkan egoism di
antara setiap individu. Di dalam masyarakat moden, mereka yang liberal menggemari
sistem pengundian yang adil dan terbuka di dalam sistem demokrasi liberal di mana

1
N.THEVAMALAR 4263201001 BOCT7

semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang dan
peluang yang saksama untuk berjaya.

Tujuan utama kepada ideologi liberalisme ialah penghormatan terhadap


kebebasan individu. Golongan liberalis berpegang dengan konsep pandangan, pendapat
dan kepercayaan seseorang individu tanpa sebarang paksaan. Bagi mereka, tidak boleh
memaksakan tujuan hidup, aturan moral dan kepercayaan yang datang dari orang lain
termasuklah dari agama. Contohnya, konsep liberalisme ingin masyarakat perlu bebas
bersuara.

Seterusnya, liberalisme bertujuan untuk mendapatkan masyarakat dengan


kebebasan berfikir bagi setiap orang dengan menolak adanya pembatasan bagi setiap
pemerintah dan agama, hal tersebut merupakan faham dari liberalisme. Sebagai contoh,
setiap rakyat perlu bersuara jika ada kesilapan dan mereka juga boleh mengemukakan
pendapat mereka terhadap isu semasa. Tujuan liberalisme ialah untuk rakyat berfikir
secara logik demi melahirkan masyarakat yang intelektual pada masa akan datang.

Tujuan liberalisme adalah untuk mengalakkan manusia untuk berfikiran luas.


Hal ini demikian kerana masyarakat yang ada pemikiran luas dapat idea yang efektif
dan kreatif untuk membuat sesuatu. Perkara ini akan mendorong dalam sistem politik,
ekonomi dan juga aspek sosial. Contohnya, kefahaman konsep liberalisme yang ada
pada masyarakat dapat meluahkan pendapat mereka terhadap isu-isu politik, sosial dan
ekonomi. Pada masa yang sama mereka menerima pendapat orang lain. Bagi
menyelesaikan konflik politik, konsep liberalisme perlu ada pada setiap individu.

Liberalisme memperjuangkan pelbagai kebebasan yang dijamin dalam dasar


undang-undang, antaranya kebebasan agama, kebebasan berkumpul dan menyatakan
pendapat. Kebebasan yang diperjuangkan itu hanya terjamin dalam negara undang-
undang yang mengindahkan teras politik.

Terdapat dua macam Liberalisme, yaitu Liberalisme Klasik dan Modern.


Liberalisme Klasik muncul pada awal abad ke 16. Sedangkan Liberalisme Modern
terbentuk sejak abad ke-20. Selain di Eropa, ternyata paham Liberalisme juga
berkembang di Indonesia pada masa sekitar tahun 1870 dan 1900. Liberalisme dalam
politik dapat berkembang apabila ada keterlibatan masyarakat moden progresif.

2
N.THEVAMALAR 4263201001 BOCT7

Masyarakat moden progresif digelar sebagai golongan liberal. Golongan liberal


bertentang dengan golongan konservatif yang meletakkan kepentingan masyarakat
melebihi kepentingan peribadi. Golongan konservatif menganggap kebebasan individu
dan pilihan peribadinya boleh mengancam kepercayaan dan aturan masyarakat.
Sebaliknya, konsep liberal memajukan setiap individu dan menjadikan mereka sebagai
seorang yang bersifat pemikiran logik dan rasional.

Salah satu cara bagaimana pemikiran politik yang liberal dalam masyarakat
moden progresif ialah melalui media sosial. Konsep liberal dipakai guna dalam media
sosial, sebagai contoh masyarakat moden progresif meluahkan pendapat mereka dalam
media sosial mereka. Kerana media sosial dianggap sebagai salah satu media yang
cukup baik dan bijak untuk pemindahan maklumat. Lahirnya, demokrasi dengan diikuti
lahirnya media sosial sebagai ruang awam terbuka memberikan pelbagai kemudahan.

Pemikiran liberal juga mendorong masyarakat moden untuk berpidato atau


wacana. Dengan ini orang ramai dapat tahu apa itu konsep liberalisme dan ada peluang
untuk melahirkan golongan liberal pada masa hadapan. Contohnya, dalam pidato atau
wacana golongan liberal boleh membincangkan isu politik dan kaedah penyelesaian
konflik dalam sistem politik. Cara ini akan membantu masyarakat moden progresif
untuk memahami konsep liberalisme.

Kesimpulannya, golongan liberal mahu membebaskan diri dari sikap


konservatif adat, budaya dan agama, seterusnya mengikut selera, kehendak dan
keinginan. Liberalisme merupakan falsafah besar yang mempunyai cabang pelbagai
bidang termasuklah agama, ekonomi, budaya, politik dan sosial. Liberalisme pada masa
kini dilihat sebagai satu kejahatan dan masyarakat negara ini sering dimomokkan
dengan liberalisme yang boleh merosakkan akidah akibat ketaksuban kepada kebebasan
yang melampau dalam agama. Sekiranya kita mendukung tema liberal ia akan lebih
menguntungkan dalam usaha mencapai matlamat yang lebih besar iaitu kemajuan untuk
semua kaum dan negara yang berdaya saing.

Anda mungkin juga menyukai