Anda di halaman 1dari 14

SYAMSIDARM

ELM3101

1.0 Pengenalan Keghairahan dalam mengharungi kehidupan moden yang lebih

berprinsipkan kepada pertimbangan materialistik ada kalanya kita terlupa bahawa ada manusia lain yang hidup di sekeliling kita. Manusia menjadi begitu rakus hingga pertimbangan nafsu lebih menguasai akal dalam segala keputusan yang dibuat. Akibatnya, manusia lebih mementingkan diri sendiri melupakan tanggungjawab dan kewajipan untuk hidup bermasyarakat, berkeluarga dan beragama, hingga tidak segan silu lagi untuk menidakkan hak-hak orang lain semata-mata bagi kepentingan dirinya sendiri. Justeru itu, masyarakat jadi porak poranda, nilai-nilai murni diketepikan dan nilai moral atau akhlak dianggap semata-mata sebagai soal peribadi. Setiap tindakan atau perlakuan mesti dapat diberikan rasionalnya yang munasabah. Sebenarnya, kebolehan manusia untuk berfikiran secara rasional itu adalah sesuatu yang semula jadi dan ada pada diri setiap manusia. 2.0 Menjelaskan Konsep Asas Moral dan Konsep Asas Nilai 2.1 Konsep Asas Moral dan Nilai Dimensi moral merujuk kepada penaakulan, perlakuan dan emosi seseorang individu. Ia akan membenarkan individu sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga supaya setiap yang dilakukannya adalah mengikut kehendak normatif di mana individu itu berada. Terdapat banyak takrifan mengenai moral yang dijelaskan oleh banyak ahli falsafah yang terkemuka. Di sini, marilah kita lihat terlebih dahulu mengenai pengertian perkataan moral iaitu berasal dari perkataan Latin moralis yang membawa maksud hubungan antara manusia. Pada asasnya, moral adalah sesuatu yang boleh membezakan manusia dengan haiwan. Manusia mempunyai keupayaan berfikiran secara rasional. Akan tetapi, jika ilmu yang dimiliki tanpa adanya nilai moral maka ia akan memberikan kesan negatif. Konsep moral yang lebih mudah untuk difahami adalah sesorang dapat membezakan sesuatu yang baik dan buruk, Mohd. Janib (1994).
1

SYAMSIDARM

ELM3101

Bagi terma nilai pula, marilah kita kenali definisinya terlebih dahulu. Nilai adalah standard dan prinsip dalam mempertimbangkan sesuatu perkara. Dalam hal ini, setiap individu mempunyai pandagangan yang berbeza dalam menilai sesuatu perkara. Untuk melihat dengan lebih jelas, saya akan simpulkan konsep asas nilai yang telah diterangkan oleh ahli falsafah yang masyhur. Antaranya, nilai merupakan satu kriteria yang terdapat dalam diri manusia yang membolehkan manusia mengukur sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian. Setelah mengetahui mengenai konsep asas ini, saya akan menjelaskan mengenai hasil analisis teori-teori moral yang telah saya kaji iaitu Teori Perkembangan Sosial Bandura dan Durkheim.

3.0 Menganalisis Teori-Teori Etika dan Mengaplikasikanya Dalam Profesion Perguruan. 3.1 Teori Sosial Albert Bandura Teori pembelajaran sosial(social learning theory) dikembangkan oleh Albert Bandura seorang psikologi kelahiran Mundare, Kanada, 4 Desember 1925. Teori-teori Albert Bandura banyak diaplikasikan dalam pendidikan terutama pada pembelajaran sosial(social learning theory). Teori pembelajaran sosial ini pada awalnya dinamakan sebagai Teori Kognitif Sosial oleh Bandura sendiri(Moore:2002). Teori pembelajaran sosial menyatakan bahwa faktor-faktor sosial, kognitif dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam

pembelajaran(Santrock:2001). Faktor kognitif akan mempengaruhi wawasan pelajar tentang pemahaman manakala faktor sosial, termasuk perhatian pelajar tentang tingkah laku dan imitasi ibu bapanya, akan mempengaruhi tingkah laku pelajar tersebut. Ciri-ciri teori permodelan Bandura ialah unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan, tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, teladan, nilai dan lain-lain, pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model, pelajar memperoleh kemahiran jika
2

SYAMSIDARM

ELM3101

memperoleh

kepuasan

dan

peneguhan

yang

berpatutan,

dan

proses

pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai diakhiri dengan peneguhan positif. Prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas sebenarnya merupakan asas kepada teori pembelajaran sosialis. Albert Bandura memperkenalkan prinsipnya yang pertama iaitu setiap individu dapat belajar melalui pemerhatian tingkah laku orang lain atau secara ringkasnya ialah konsep permodelan. Dalam prinsip ini, individu yang memerhati merupakan individu yang sedang mengalami proses pembelajaran manakala individu yang diperhatikan merupakan model. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dalam institusi pendidikan, individu yang memerhati merupakan para pelajar manakala individu yang menjadi model adalah guru yang mengajar. Para pelajar akan meniru aksi, kelakuan, tingkah laku dan juga sikap yang akan dipamerkan oleh guru yang mengajar. Oleh itu, adalah amat penting bagi seseorang guru untuk menyediakan informasi yang betul dan pengendalian penyampaian maklumat yang efektif agar para pelajar dapat meniru atau mempelajari bidang ilmu yang diajar. Satu pendekatan pembelajaran sosial yang memberi pengaruh besar terhadap perkembangan moral. Albert Bandura telah mengkritik teori

perkembangan moral yang dilopor oleh Piaget dan Kohlberg. Sebaliknya, beliau telah menerangkan perkembangan moral adalah berdasarkan perubahan dalam situasi sosial. Beliau berpendapat bahawa tingkah laku kanak-kanak pada peringkat awal dikawal oleh ibu bapa melalui pelbagai cara. Ibu bapa menggunakan teknik penaakulan moral ke atas kanak-kanak yang sedang membesar. Selain itu, mereka juga menghormati undang-undang yang berkaitan dengan salah laku remaja. Remaja terdedah kepada sumber-sumber pentafsiran moral yang lain. Orang dewasa, rakan sebaya dan program televisyen juga mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak yang lebih lanjut umurnya. Pembangunan manusia berlaku hasil daripada pemerhatian terhadap orang lain. Terdapat tiga jenis peniruan iaitu peniruan secara langsung, peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan dan akhir sekali, peniruan melalui
3

SYAMSIDARM

ELM3101

elisitasi. Dalam peniruan secara langsung contohnya, guru mendemontrasikan cara membuat melakukan promosi ketika mengajar mata pelajaran Perdagangan Tingkatan 4, di mana memerlukan pergerakan sebagai watak penjual yang sedang mempromosikan produk dengan menggunakan iklan secara jualan langsung dan pelajar meniru secara langsung. Dalam proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan, contohnya, kanak-kanak meniru perlakuan bersorak di padang, jadi perlakuan bersorak adalah taksekatlakuan di padang. Tetapi jika kanak-kanak tersebut bersorak dalam kelas semasa guru sedang mengajar, sudah tentulah guru akan memarahinya dan diberitahu perlakuan yang ditirunya tidak dibenarkan dalam keadaan tersebut. Jadi perlakuan tersebut menjadi sekatlakuan dalam situasi tersebut. Seterusnya, dalam proses tiruan melalui elisitasi pula timbul apabila kita melihat rakan-rakan sebaya yang pergi ke pusat tuisyen, lalu timbul keinginan dalam diri untuk membuat perlakuan yang sama. Maka keinginannya untuk meniru timbul setelah melihat rakan-rakannya melakukan perlakuan tersebut.

3.2 Teori Sosial Emile Durkheim Durkheim bertujuan agar sosiologi memiliki dasar positivisme yang kuat, sebagai ilmu di antara ilmu yang lain. Beliau berpendapat bahawa setiap ilmu tertentu harus memiliki sesuatu hujah atau pandangan yang unik dan berbeza dengan ilmu lain. Durkheim mengemukakan tiga karakteristik fakta sosial yang berbeza. Pertama, gejala sosial bersifat luaran terhadap individu. Durkheim menegaskan bahawa teori sosiologi ini merupakan cara bertindak, berfikir, dan berperasaan yang memperlihatkan sifat yang sesuai sebagai sesuatu yang berada di luar kesedaran individu dan berpendapat bahawa fakta sosial itu juga memaksa individu. Jelas bagi Durkheim bahawa individu dipaksa, dibimbing, diyakinkan, didorong, atau dengan cara tertentu dipengaruhi oleh pelbagai jenis fakta sosial dalam lingkungan sosialnya. Durkheim juga berkata bahawa jenisjenis perilaku atau berfikir ini mempunyai kekuatan memaksa yang mendorong

SYAMSIDARM

ELM3101

mereka memaksa individu melangkah keluar daripada sempadan diri individu itu sendiri. Seterusnya, fakta itu bersifat umum atau tersebar secara meluas dalam satu masyarakat. Dengan kata lain, fakta sosial itu merupakan milik bersama dan bukannya bersifat individu perseorangan. .Fakta sosial benar-benar bersifat kolektif, dan pengaruhnya terhadap individu merupakan hasil dari sifat kolektifnya ini. Durkheim ingin menegakkan pentingnya tingkat sosial daripada menarik kenyataan sosial dari karakteristik individu. Dalam buku Rules of Sociological Method, Durkheim berkata, fakta sosial adalah setiap cara bertindak, baik tetap mahupun tidak, yang boleh menjadi pengaruh atau hambatan eksternal bagi seorang individu. Dalam sudut pandangan Durkheim, sosiologi sederhananya adalah ilmu dari fakta sosial. Oleh itu, tugas dari para ahli sosiologi adalah mencari hubungan antara fakta-fakta sosial. Konsep solidariti sosial merupakan konsep utama Emile Durkheim(18581917) dalam mengembangkan teori sosiologi. Durkheim menyatakan bahawa solidariti sosial merupakan suatu keadaan hubungan antara individu atau kelompok berdasarkan kepada perasaan moral dan kepercayaan dan diteguhkan oleh pengalaman emosional bersama. Solidariti menekankan pada keadaan hubungan antara individu dan kelompok kehidupan dengan didukung nilai-nilai moral dan kepercayaan yang hidup dalam masyarakat. Wujud nyata dari hubungan bersama akan melahirkan pengalaman emosional, sehingga

memperkuat hubungan antara mereka. Menurut Emile Durkheim moral adalah untuk diri dan juga masyarakat. Contohnya, masyarakat sebagai organisma yang menentukan tindakan moral individu. Altruisme sebagai punca organisma kerana setiap orang berfungsi menggerakkan masyarakat. Menurut beliau, fungsi pendidikan adalah pertama untuk meningkatkan soladiriti sosial dengan tidak melanggar peraturan. Kedua adalah untuk mengekalkan peranan iaitu dengan mengikut peraturan yang terdapat dalam sekolah dan yang terakhir adalah untuk mengekalkan pembahagian kerja atau tugas.

SYAMSIDARM

ELM3101

Emile Durkheim dalam Saleh Faghirzadeh(2008), membezakan dua jenis integrasi sosial yang berlainan iaitu perpaduan mekanikal dan perpaduan organik. Perpaduan mekanikal ialah integrasi sosial yang mencirikan masyarakat tradisional. Ia juga didasarkan kepada norma, nilai dan kepercayaan yang dikongsi bersama. Perpaduan organik ciri masyarakat moden yang mempunyai tahap pengkhususan tenaga yang tinggi. Orang yang melaksanakan tugas yang berlainan melihat dunia secara berlainan. Secara kesimpulannya, beliau berpendapat bahawa penyelewengan atau jenayah meningkat dengan

bertambahnya pembahagian tugas, dan kesepaduan adalah suatu kuasa yang menentukan kadar bunuh diri. Bagi beliau, hukuman dalam perpaduan organik mencerminkan undang-undang restitutif. Durkheim berpandangan apabila masyarakat bertambah besar dari segi fizikal, ia cenderung untuk

mengembangkan lebih banyak pembahagian tugas, lebih pengkhususan, lebih kompleks, dan perpaduan organik menyusuli pembahagian tugas, dan kerja bukan sahaja berbeza tetapi juga tidak sama rata. Kesimpulannya, sekiranya integrasi sosial rendah, maka kawalan sosial juga rendah. Sekiranya integrasi sosial tinggi, maka kawalan sosial juga tinggi.

3.3 Aplikasi Teori Sosial Bandura dan Durkheim dalam Profesion Perguruan Bidang perguruan agak mudah jika dilihat dengan mata kasar, namun hakikatnya sangat mencabar bagi sesorang insan yang bergelar guru. Oleh hal yang demikian, pelbagai teori pembelajaran telah diajar kepada guru sejak di Institut Pendidikan Guru lagi. Perkara ini bagi memastikan kemajuan dan kefahaman murid dalam sesi pengajaran dan peembelajaran serta menjamin keadaan kelas yang kondusif dan selesa untuk murid belajar. Ini kerana, sikap dan nilai murid juga dipengaruhi oleh sistem sekolah, latar belakang pelajar, pengelolaan aktiviti sekolah, guru, hubungan guru-murid dan peraturan sekolah(ganjaran dan hukuman). Durkheim(1961) menegaskan bahawa bidang moral bermula dalam bidang sosial.
6

SYAMSIDARM

ELM3101

Dalam hal ini, saya akan menjelaskan serba sedikit mengenai aplikasi teori sosial Bandura yang dijelaskan oleh Hartup(1983) iaitu kanak-kanak akan cenderung untuk mematuhi undang-undang atau peraturan. Dalam hal ini, guru boleh menjalankan ekonomi token di dalam kelas yang mana dapat memastikan murid dapat mempertingkatkan lagi proses pembelajaran murid di dalam kelas. CONTOH CARTA PERATURAN (EKONOMI TOKEN) PERATURAN Membantu guru dan rakan-rakan. Fokus dan belajar bersungguh-sungguh. Bertutur dengan sopan. Tidur atau mengganggu rakan di dalam kelas. Mengejek dan tidak menghormati orang lain. Membuat bising di dalam kelas. TOKEN Dapat 5 token Dapat 4 token Dapat 3 token Tolak 5 token Tolak 4 token Tolak 3 token

Dalam pelaksanaan ekonomi token ini, carta peraturan seperti di atas akan ditampal di hadapan kelas supaya murid sentiasa dapat mengingat dan menjaga kelakuan mereka. Murid yang berkelakuan baik akan diberi token dan mendapat ganjaran pada hujung bulan manakala bagi murid yang nakal adalah sebaliknya. Kaedah pengawalan kelas menggunakan ekonomi token ini sangat sesuai dijalankan di kelas dan telah terbukti keberkesananya. Perkara ini juga menepati apa yang diperkatakan oleh Albert Bandura iaitu kanak-kanak akan cenderung mengikut sesuatu peraturan yang ditetapkan. Bagi teori sosial Emile Durkheim pula, beliau menitikberatkan integrasi sosial dalam membentuk nilai moral yang tinggi dalam diri. Bandura dan Walters(1963) menyatakan bahawa integrasi sosial yang tinggi dapat

mempertingkatkan lagi kawalan sosial. Hal ini membawa maksud sekiranya pergaulan atau hubungan antara individu semakin meningkat, pengawalan sosial seperti sikap, nilai, moral dan etika akan lebih mudah diurus dan dapat dibentuk dengan baik.
7

SYAMSIDARM

ELM3101

Bagi profesion perguruan, sememangnya teori Durkheim ini sering dititikberatkan tanpa kita sedari terutama di negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik. Pengaplikasian teori ini boleh dijalankan dalam kalangan murid sekolah mahupun guru sesama guru. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dijalankan untuk memastikan integrasi sosial adalah dengan mengadakan perkhemahan bagi murid-murid sekolah. Semasa perkhemahan ini, nilai moral dapat diterapkan kerana murid yang berbilang kaum perlu bekerjasama dalam menjalankan aktiviti yang diberi. Makan, mandi, dan tidur di dalam khemah yang sama dapat membantu murid menghayati nilai moral yang diterapkan oleh kaum lain. Selain itu, sesi motivasi yang dijalankan oleh guru perlu menerapkan nilai-nilai moral yang baik. Dalam perkara ini, murid akan dapat menyerap nilai murni yang telah mereka pelajari dan alami dengan lebih mudah sesuai dengan apa yang dijelaskan oleh Durkheim.

4.0 Membezakan Teori-Teori Perkembangan Moral dan Menghubungkaitkan Teori Perkembangan Moral dengan Pembentukkan Insan Bermoral. 4.1 Pembentukan Insan Bermoral Berasaskan Teori Perkembangan Sosial Dalam era Pasca Modenisme, generasi muda perlu diberikan perhatian khusus kerana mereka merupakan golongan paling dominan untuk diletakkan pelbagai harapan dan hala tuju agama, bangsa dan negara. Golongan ini merupakan pewaris kepada kepimpinan dan kehidupan akan datang. Justeru itu, keperibadian mereka harus dilentur sedaya mungkin agar keseimbangan rohani, intelek, emosi dan jasmani terbina dengan suburnya. Ciri-ciri insan bermoral dan cemerlang mengikut kajian sarjana Islam dan Barat cuba diketengahkan untuk dijadikan ukuran dalam menentukan hala tuju generasi muda dewasa kini. Ciriciri insan bermoral yang dikemukakan ini merupakan pilihan daripada banyak teori lain. Kemahiran-kemahiran yang menjadikan seseorang itu bermoral termasuklah dari aspek kerohanian, pengurusan diri, bersosial, berorganisasi,
8

SYAMSIDARM

ELM3101

kepimpinan, berkomunikasi dan berdakwah. Kemahiran ini perlu dikuasai bagi memastikan ia mempunyai persediaan yang mapan untuk melayari bahtera kehidupan sebagai insan bermoral. Pasca moden merupakan satu pemikiran baru di Barat. Ia muncul sekitar tahun 1960-an dengan kemunculan beberapa pemikir Barat seperti JeanFrancois, Michel Foucault, Jacques Derrida, Habermers, Nancy Scheper-Hughes dan Jean Baudrillard. Pemikiran ini telah meresap masuk dalam kesenian, kebudayaan, kesusasteraan dan kemasyarakatan. Pemikiran ini lebih bersifat negatif dan pesimis terhadap pemikiran moden, ia menolak premis tentang kehebatan dan keagungan akal dan kebolehan manusia seterusnya boleh membawa kepada keraguan terhadap wahyu dan kebenaran. Setiap lapisan masyarakat perlu memainkan peranan untuk memberi kesedaran terhadap golonngan yang terdapat dalam sosialisasi negara Malaysia. Mari kita lihat statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia(PDRM) berkaitan kes buang bayi di negara Malaysia sejak 2005 hingga 2011. Salah satu masalah sosial yang terdapat dalam negara kita seperti yang telah dinyatakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman iaitu Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd Zinin telah mendedahkan bahawa sebanyak 517 kes buang bayi direkodkan dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini dan belum

menampakkan penurunan. Pendedahan statistik daripada PDRM ini membawa kepada persoalan yang memerlukan perhatian semua pihak. Apakah punca yang membawa kepada berlakunya gejala ini? Tepuk dada, tanyalah selera. Kes berat seperti ini telah mengembalikan ingatan dan tumpuan saya terhadap Zaman Jahiliyah di mana bayi perempuan ditanam hidup-hidup. Ternyata ketika umat akhir zaman lebih teruk daripada yang dijangkakan apabila segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab membuang bayi tanpa mengkembumikan anak yang tidak berdosa atas perbuatan sosial yang mengundang kepada keburukan dan keruntuhan akhlak. Rakan biasanya terdiri daripada ahli yang sama jantina, berlainan jantina dan akhirnya boleh menghasilkan satu biasan jenis aktiviti sosial yang baru(Dunphy:1963). Oleh itu, kita harus menjaga batas pergaulan
9

SYAMSIDARM

ELM3101

yang menunjukkan nilai moral yang tinggi untuk membentuk insan yang bermoral. Berdasarkan teori sosial yang telah dikaji dan dihayati, dalam

pembentukan insan bermoral ini memerlukan aspek perkembangan sosial yang baik. Perkataan sosial itu sendiri telah menunjukkan kekuatan yang abstrak. Melaporkan bahawa orang yang membuat sesuatu yang tidak bermoral, tidak semestinya lebih bodoh atau lebih pandai berbanding dengan orang yang biasa. Bagaimanapun, individu yang tidak bermoral ini sentiasa tidak sensitif terhadap kesengsaraan mangsanya kerana kesukaran untuknya memperoleh perasaan moral (Kupperman:1983). Apabila seseorang individu dapat menaakul secara rasional dan bebas, perlakuan individu dalam bentuk tingkah laku dan tindakan akan terhasil. Perlakuan ini akan dipengaruhi oleh emosi dan perasaan individu tersebut. Pada masa yang sama, perlakuan ini adalah bersifat moral, bukan hanya mengikut perintah atau arahan daripada penaakulannya serta yakin penaakulan ini mudah dikawal oleh autoriti luaran. Sebaliknya penaakulan tanpa rasional dan tidak bebas, serta tidak disertai oleh emosi atau perasaan moral, akan menghasilkan perlakuan individu yang tidak berautonomi dan mungkin tidak bermoral. Ini menyebabkan tindakan atau tingkah lakunya bertentangan dengan keluhuran hatinya. Dalam aspek membentuk insaniah dalam diri individu dan masyarakat, kita tidak akan lari daripada empat aspek tentang kemoralan iaitu, agama, alam, individu dan sosial. Kemoralan sosial merujuk kepada hubungan manusia dengan manusia yang lain. Insan bermoral merupakan individu yang melakukan kebaikan. Insan bermoral merujuk kepada individu yang mempunyai tingkah laku baik yang diterima oleh sesebuah masyarakat. Sebagai contoh, seseorang itu tidak dianggap bermoral sekiranya membantu seseorang yang dalam telah

kesempitan mencuri untuk mendapatkan wang. Walaupun membantu seseorang yang dalam kesusahan merupakan amalan yang baik, akan tetapi mencuri adalah tingkah laku yang tidak bermoral.

10

SYAMSIDARM

ELM3101

Teori perkembangan sosial dalam moral penting kerana ia membentuk satu jati diri yang mantap apabila menggunakan sosial dengan sebaiknya dan berkembang dengan baik untuk membentuk insan bermoral. Pembentukan hubungan awal kanak-kanak membantu membentuk personaliti mereka

sehingga hubungan itu membawa mereka ke alam remaja dan dewasa(Harry Stack Sullivan(1953). Ini kerana berdasarkan teori Bandura yang telah saya kaji, jelas menunjukkan bahawa perwatakan orang yang lebih dewasa akan menjadikan ikutan orang yang lebih muda. Jadi sebagai orang dewasa iaitu role model, maka, orang yang lebih dewasa haruslah menjadi orang yang baik untuk dipertontonkan perwatakannya dan jelas sekali menyokong Anomie Emile Durkheim iaitu dengan berkata bahawa fakta sosial adalah setiap cara bertindak, baik tetap mahupun tidak, yang boleh menjadi pengaruh atau hambatan eksternal bagi seorang individu. Oleh itu, perkembangan sosial boleh dibentuk dengan baik jika diberikan teladan yang baik dalam melahirkan insan yang bermoral.

5.0 Menghayati dan Mengamalkan Nilai Murni Agama Dalam Kehidupan Harian Satu hal yang sangat sukar dilakukan ialah untuk menerangkan mengapa kita patut berbuat baik dan sebaliknya mengelakkan perbuatan buruk. Memang kita akui bahawa adalah baik untuk berbuat baik, tetapi apakah kebaikan yang akan diperolehi hasil daripada berbuat baik itu? Keadaan menjadi bertambah sukar apabila sesuatu kebaikan yang dilakukan itu memerlukan banyak pengorbanan dan kesusahan sedangkan sepatutnya yang menanti adalah ganjaran. Akan tetapi, jika kita menghayati dan mengamalkan nilai murni agama dalam kehidupan seharian secara konsisten, maka kita akan membuat keputusan berlandaskan syariat yang betul dengan yakin bahawa agama itu membawa kita ke jalan yang lurus. Ini merujuk kepada hubungan manusia dengan Tuhan atau Kuasa Luar Biasa. Manusia adalah sebaik-baik makhluk yang dijadikan Tuhan di muka bumi ini. Oleh itu, sudah sepatutnya manusia
11

SYAMSIDARM

ELM3101

mengabdikan dirinya kepadaTuhan dengan melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang. Jadi, keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan adalah asas utama kehidupan bermoral manusia. Semua tindakan, perbuatan dan amalan mestilah kerana Tuhan. Asas moral agama ini dapat menjamin manusia untuk terus hidup dalam keadaan yang aman, damai dan sejahtera. Masalah pertama yang harus diselesaikan adalah kedudukan manusia dan status dalam alam semesta ini. Masalah ini harus diberikan keutamaan daripada soal-soal lain kerana tidak ada ertinya untuk membangunkan satu sistem moral tanpa menentukan terlebih dahulu kedudukan manusia yang sebetulnya. Pertanyaan mengenai tingkah laku yang standard tidak akan dapat diselesaikan jika status dan kedudukan manusia tidak dinyatakan dengan betul. Status manusia di muka bumi ini adalah sebagai hamba Tuhan yang menjadi wakil atau khalifah Allah S.W.T. Manusia diamanahkan untuk mengurus dan mentadbir alam ini dengan sebaiknya(Maududi:1971). Asas kepada penghayatan ini adalah kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan. Dengan keimanan yang kuat, seseorang itu akan sentiasa sedar siapa dirinya yang sebenar. Kesedaran tentang manusia itu adalah hamba Tuhan dan menikmati pelbagai nikmat yang diberikan oleh Tuhan telah mendorong untuk selalu berbuat kebaikan dan mengelakkan daripada melakukan kemungkaran. Kesedaran ini secara automatik menjadikan manusia akan terus bertindak sedemikian rupa tidak mengira masa dan tempat atau sama ada dilihat atau tidak oleh orang lain. Ini boleh terjadi kerana keimanan itu sentiasa menyedarkan manusia bahawa setiap detik, gerak-geri dan tingkah lakunya adalah sentiasa diawasi dan diperhatikan oleh Tuhan. Tegasnya, fitrah semula jadi manusia adalah cinta kepada kebaikan, kesempurnaan, ketulusan, kesucian dan pengabdian diri kepada Allah S.W.T. Perkembangan moral remaja kini sering dikaitkan dengan gejala negatif adalah disebabkan pengaruh pendidikan awal di dalam keluarga yang menekankan kefahaman, pengamalan dan penghayatan agama. Faktor ini
12

SYAMSIDARM

ELM3101

diperkukuhkan lagi dengan keadaan persekitaran yang memberi sumbangan ke atas pembentukkan budaya positif, nilai-nilai murni, ketaqwaan dengan segala kebaikan. Peranan media massa sama ada berbentuk cetakan atau elektronik juga banyak membentuk persepsi, minda seterusnya mengundang pemuda ke arah kemungkaran, kemaksiatan, ketelanjuran dan gejala-gejala yang tidak bermoral. Apabila berlaku sesuatu perkara yang negatif dalam masyarakat seperti budaya merokok, memukul, mencuri, melepak, merosakkan harta awam, lumba haram dan penyakit moral yang lain, masyarakat akan mengatakan itulah lumrah masyarakat kini. Sebenarnya Islam memandang sebaliknya. Penyakitpenyakit tersebut bukan lumrah bagi muslim. Muslim sentiasa dipenuhi dengan keinginan yang positif, menyuburkan minda dan rohani ke arah kecemerlangan dan ketaqwaan. Tanggapan inilah yang merupakan asas utama perlu diperbetulkan dalam kalangan masyarakat. Sekiranya masyarakat mempunyai interpretasi yang betul terhadap peranan yang perlu dilaksanakan maka penyusunan semula dalam membentuk insan bermoral akan mudah dan lancar.

6.0 Kesimpulan Nilai kemoralan khusus terdapat dalam diri manusia itu sendiri. Sesuatu itu akan berlaku dan menjadi nilai dan dikelaskan kepada nilai baik atau buruk dan benar atau salah jika ada kesedaran dan memberikan nilai kepadanya. Dengan perkataan lain kalau tidak ada manusia tidak akan ada nilai-nilai tersebut. Sebenarnya, kemoralan itu wujud akibat daripada satu interaksi yang kompleks antara kesedaran manusia itu sendiri dengan kebendaan, mental atau emosi dalam konteks tertentu. Ia hasil daripada satu interaksi yang kompleks antara kesedaran manusia itu sendiri dengan kebendaan, mental atau emosi dalam konteks tertentu. Ia hasil daripada kehendak dan keinginan manusia yang berdasarkan emosi dan sebab-musabab. Sementara petunjuk dan prinsip-prinsip kemoralan dari kuasa tertinggi(Tuhan) menjadi sebagai satu penggerak supaya manusia terus mengamalkan nilai-nilai yang baik dan sebaliknya menghindari yang buruk secara lebih berkesan lagi. Tanpa peraturan sosial(moral), akan
13

SYAMSIDARM

ELM3101

wujud satu keadaan konflik yang tidak berkesudahan dan persengkataan yang mengakibatkan kehidupan manusia menjadi jahat, bersifat buas dan

angkuh(Thomas Hobbes:1972) Untuk memastikan bahawa kesedaran moral itu bersifat perasaan atau pernyataan, kita hendaklah meneliti kesedaran moral itu sendiri dan melihat, adakah kesedaran itu bersifat umum? Apakah dapat dibenarkan atau disangkal atau diterima sahaja sebagai perasaan orang itu sahaja? Oleh itu, ternyata bahawa kesedaran moral dapat diterima oleh semua. Setiap kesedaran moral disertai dengan kesedaran bahawa setiap orang dalam situasi yang sama mempunyai kewajipan yang sama. Juga kesedaran bahawa perkara betul atau salah dapat diterima oleh semua orang.

14

Anda mungkin juga menyukai