Anda di halaman 1dari 6

KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN KEHADIRAN AWAL MURID KE SEKOLAH


MELALUI PROGRAM ”CUP” SAYA DULU.

Oleh :
Pn. Nazifah Hj Abdul Latif ( Pengetua Cemerlang )
Pn. Nabira Mohd Shah ( Guru Kaunseling )
Pn Kang Kooi Li ( Guru Kaunseling )
SMK Cochrane Kuala Lumpur.

Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat faktor dan keberkesanan tindakan disiplin terhadap pelajar
yang hadir lewat ke sekolah. Responden kajian melibatkan 20 orang pelajar yang sering hadir lewat terdiri
daripada pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 di SMK Cochrane dan 2 orang Guru kaunseling dengan
menggunakan soal selidik sebagai alat pengukur. Tinjauan awal telah dilakukan iaitu melalui pemerhatian
dilakukan, di dapati jumlah yang datang lewat adalah sangat tinggi Pengumpulan maklumat pelajar yang
datang lewat ke sekolah diperolehi dari unit disiplin dengan kerjasama guru disiplin serta pengawas.
Tindakan yang diambil ke atas pelajar yang lewat lebih 3 kali adalah dengan menghantar Surat Amaran
Pertama. Hasil kajian mendapati terdapat perubahan pada bilangan kehadiran pelajar yang lewat setelah di
ambil tindakan terhadap mereka.

1.0 REFLEKSI YANG LALU


Kehadiran lewat ke sekolah adalah salah satu salahlaku biasa bagi segelintir pelajar sekolah harian.
Pelajar-pelajar yang sering hadir lewat ke sekolah kebanyakannya pelajar yang sama. Namun begitu, ibu
bapa dan para pelajar sendiri tidak menganggap masalah ini sebagai salahlaku disiplin. Sesetengah ibu
bapa atau penjaga mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang dianggap sebagai perkara yang remeh.

.Dalam sesebuah institusi persekolahan, disiplin memainkan peranan penting ke arah


pembentukan sahsiah para pelajar. Disiplin adalah teras dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah. Oleh
itu, sekolah ini juga tidak terlepas dengan isu yang berkaitan dengan disiplin seperti ponteng, bergaduh,
memeras ugut, datang lewat dan sebagainya.
Namun isu yang paling membimbangkan saya sebagai pihak pentadbir adalah permasalahan
kelewatan pelajar ke sekolah yang semakin meruncing. Sebagai pentadbir, saya perlu bertindak bagi
mengurangkan masalah pelajar yang lewat ini dengan menjalankan kajian tindakan bersama Unit
Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin SMK Cochrane. Oleh itu, saya telah
menjalankan kajian tindakan untuk meningkatkan kehadiran awal murid ke sekolah melalui program
“Cup Saya Dulu”.

2.0 FOKUS KAJIAN


Kajian tindakan ini dibuat adalah untuk menangani permasalahan pelajar yang datang lewat ke sekolah.
Matlamat utama kajian ini adalah bertujuan supaya pelajar mempunyai kesedaran yang tinggi untuk
datang awal ke sekolah dan mempunyai sikap untuk menghargai dan menepati masa. Secara tidak
langsung, para pelajar ini akan mempunyai sikap disiplin yang tinggi untuk mengikuti peraturan sekolah
dan tidak akan ketinggalan waktu pengajaran dan pengajaran di dalam kelas..
Manakala, ibu bapa pula memandang remeh isu kedatangan pelajar lewat ke sekolah. Mereka
tidak menunjukkan reaksi yang positif apabila isu ini diketengahkan kepada mereka. Mereka menganggap
ini merupakan perkara yang biasa berlaku kepada pelajar-pelajar. Namun begitu, terdapat juga segelintir
pelajar yang tidak mengendahkan kesalahan mereka walupun diambil tindakan secara serta merta.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


3.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kehadiran awal pelajar ke sekolah supaya menghargai masa dan
tidak melanggar salahlaku disiplin iaitu lewat hadir ke sekolah.

3.2 Objektif Khusus


i) Memastikan jumlah pelajar datang lewat ke sekolah berkurangan
ii) Meningkatkan motivasi pelajar untuk menghargai dan menepati masa
iii) Meningkatkan kehadiran awal pelajar sekolah melalui program ”Cup Saya Dulu” iatu 100 % datang awal.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kajian Tindakan yang dijalankan ini adalah melibatkan 20 orang pelajar yang kerap hadir lewat ke
sekolah selama 3 bulan berturut-turut. Responden kajian ini terdiri daripada 20 orang pelajar lelaki yang
terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dan Tingkatan 4. Responden ini juga, terdiri daripada pelbagai bangsa
iaitu Melayu, Cina dan India.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN


5.1 Tinjauan Masalah
Pihak sekolah telah membuat tinjauan masalah berdasarkan pemerhatian dan soal selidik. Data-data
pelajar yang datang lewat ke sekolah sejak awal tahun di ambil dari Buku Rekod Datang Lewat. Setiap
pelajar yang datang lewat akan menulis nama mereka dalam Buku rekod tersebut dan mengisi Borang slip
Datang Lewat untuk ditunjukkan kepada Guru Tingkatan. Pelajar telah memberikan pelbagai alasan untuk
menjelaskan tentang kelewatan mereka hadir ke sekolah. Alasan tersebut dapat dirujuk melalui Buku
Rekod Datang Lewat dan juga melalui Soal Selidik.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


Pelbagai kesimpulan dapat dibuat, berdasarkan pemerhatian dan temubual dengan pelajar, maklumat
daripada ibu bapa yang hadir ke sekolah dan juga soal selidik. Soal selidik yang telah dibuat ke atas 20
orang responden didapati pelajar datang lewat ke sekolah kerana majoritinya tidur lewat dan bangun lewat
untuk ke sekolah.
Selain itu, terdapat juga yang bangun lewat kerana tidur semula setelah ibu bapa keluar bekerja.
Berdasarkan soal selidik dan temubual ada juga yang bangun datang lewat ke sekolah kerana menaiki
kenderaan awam dan juga kenderaaan awam tersebut lewat akibat kesesakkan jalan.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan


Tindakan yang dijalankan dalam melancarkan kajian ini adalah dengan mengambil langkah yang pertama
dengan mengumpul data pelajar yang paling kerap datang lewat. Guru Disiplin mengambil tindakan
segera dengan bertanya sebab-sebab pelajar datang lewat dan terus merekodkan nama pelajar pada Buku
Rekod Datang Lewat.

5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Hasilnya (Pemerhatian dan Penilaian)


5.4.1 Tindakan Pertama
Pelajar yang datang lewat selepas dicatat nama, diberi nasihat dan diminta datang lebih awal untuk
mengelakkan tindakan disiplin oleh Guru Disiplin yang bertugas. Pelajar yang datang lewat juga
diasingkan supaya tidak memasuki barisan kelas semasa beratur di tapak perhimpunan.

5.4.2 Tindakan Kedua


Unit Disiplin dan Unit Hal Ehwal Murid telah menghantar surat Amaran 1 keapada pelajar-pelajar yang
datang lewat lebih 3 kali dan direkodkan dalam fail disiplin sebagai Rekod salah laku. Manakala pelajar
yang tidak dihantar Surat Amaran menerima tindakan rotan 1 kali.

5.4.3 Tindakan Ketiga


Pihak sekolah juga mengambil tindakan dengan membuat panggilan telefon kepada Ibu bapa pelajar yang
hadir lewat. Dengan ini, pihak ibu bapa akan mengetahui perkara sebenar mengenai anak-anak mereka.

5.4.4 Tindakan Keempat


Selain itu, para pelajar yang paling kerap datang lewat ke sekolah akan dihantar untuk sesi kaunseling
kepada Guru Kaunseling.

5.4.5 Tindakan Kelima


Sekiranya perlu, lawatan ke rumah akan dijalankan bagi mendapatkan persetujuan ibubapa berkaitan
tindakan yang akan dikenakan serta membuat kunjung mesra melihat kehidupan sebenar pelajar.

5.5 Refleksi kajian


Ting Waktu Bilangan murid Peratus Bilangan murid Peratus
lewat (sebelum lewat (selepas
kajian) kajian)
3 7.21 ke atas 10 100 3 30

4 7.21 ke atas 10 100 4 40

Statistik pelajar yang lewat sepanjang bulan September telah semakin berkurangan. Ini bermakna
’Belaian Psikologi’ berjaya mencapai objektif kajian. Kaedah ini telah menyedarkan pelajar tentang
tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar dan menimbulkan kesedaran kepada diri pelajar untuk
datang awal ke sekolah.

6.0 PENILAIAN
Bagi menilai keberkesanan program ini data kehadiran kumpulan murid-murid sasaran telah dibuat
rumusan. Seramai 13 orang atau 65 % telah menunjukkan perubahan dan masuk ke sekolah sebelum jam
7.20 pagi sementara 7 orang atau masih mengekalkan tabiat lama iaitu masuk lewat.
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan kekerapan lewat ke sekolah sebelum dan selepas kajian.
Graf

Berdasarkan pemerhatian dan temubual dengan murid-murid tersebut, dapat dibuat kesimpulan bahawa
mereka sebenarnya telah menginsafi kesalahan mereka.
Kami mendapati bahawa murid-murid tersebut mempunyai rasa bersalah, menginsafi kesalahan mereka
dan mempunyai kesedaran tentang kepentingan datang awal ke sekolah. Merea berhasrat mengubah sikap
negatif namun kurang mendapat sokongan keluarga persekiran dan rakan sebaya. Berdasarkan objektif
kajian ini iaitu memstikan 100 % pelajar datang awal nampaknya tidak berjaya kerana hanya 35 % yang
berjaya dibantu dan dibimbing.

7.0 REFLEKSI
Setelah kajian ini selesai di jalankan, kami masih tidak berpuashati kerana masih tidak dapat mencapai
objektif kajian. Kami telah memilih kumpulan sasaran yang kecil namun masih belum berjaya untuk
membantu mereka. Langkah-langkah penambahbaikkan perlu diberi penekanan agar kajian ini lebih
memperlihatkan keberhasilannnya.

Namun Banyak pengaran yang dapat diperolehi dalam mempertingkatkan usaha ini iaitu
1. Usaha berterusan dan bersungguh-sungguh tanpa kenal erti jemu amat penting dalam
membendung masalah disiplin ini.
2. Kebanyakan masalah lewat ini menyebabkan banyak masalah disiplin yang lain
dihubungkaitkan. Oleh itu lewat boleh menjadi punca gejala yang tidak naik berlaku di sekolah.
3. Murid-murid di ibukota ini perlu perhatian dan pengiktirafan dalam membentuk jati diri
mereka dan membimbing mereka ke arah sahsiah terpuji.

6.0 Cadangan Kajian Seterusnya


Hasil daripada kajian yang telah diperolehi, beberapa cadangan yang boleh diberikan bagi membantu
pihak sekolah yang berminat untuk mengurangkan pelajar yang datang lewat. Diharapkan cadangan yang
diberikan dapat membantu dalam memperolehi maklumat yang berguna dalam menangani masalah
pelajar yang hadir lewat.

1) Mengguna pakai Teknik ”Belaian Psikologi’ untuk memastikan pelajar datang awal ke sekolah dan
mempunyai semangat tinggi untuk belajar. Ini termasuklah di kalangan guru-guru.
2) Mewujudkan program-program yang lebih meningkatkan kesedaran pelajar seperti Motivasi
Pembangunan Diri dan Kursus Peningkatan Disiplin Diri Pelajar.
3) Menyediakan hadiah untuk kelas yang merekodkan semua pelajar datang awal.
4) Mewujudkan kerjasama yang erat antara Pengawas dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dalam
memainkan peranan yang penting untuk membentuk peribadi pelajar yang lain.
5) Mengeratkan hubungan PIBG dengan pihak sekolah untuk sama-sama memantau disiplin pelajar.

Bibliografi

Abdullah Sani Yahaya (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Dato’ Noh Hj. Omar. ”Tangani Masalah Disiplin Pelajar”. Pendidik. Ogos 2006

Omardin Ashaari (2002). Pengurusan Sekolah. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai