Anda di halaman 1dari 3

1

SI BUDAK PENJUAL KUIH


Assalamualaikum dan selamat petang. Salam 1Malaysia , Salam Perak Aman
Jaya buat semua. Apa khabar kawan-kawan? Sudah minum petang? Apa juadah
minum petang kawan-kawan? Mmm...tentunya hidangan kuih-muih yang sedapsedapkan!
Bercerita bab kuih-muih ini, saya ada suatu kisah menarik mengenainya! Apa?
Ohh..bukan cara-cara membuat kuih macam Chef Wan tu! Tapi...Si Budak
Penjual Kuih. Haa.. itulah tajuk cerita saya!
Begini kisahnya kawan-kawan. Ada seorang pemuda yang kacak bernama
Abang Ghifari. Abang Ghifari bekerja sebagai seorang arkitek di sebuah firma
seni bina yang terkenal di Kuala Lumpur. Abang Ghifari anak orang kaya!
Ayahnya ahli perniagaan. Ibunya pula, pengusaha butik yang berjaya di ibu kota.
Walaupun hidup dalam kemewahan, Abang Ghifari tidak sombong. Orangnya
baik hati dan berbudi bahasa. Kebetulan pula, jiran Abang Ghifari baik-baik
belaka.Semangat bekerjasama sentiasa mereka amalkan. Sikap inilah yang
patut kita amalkan. Jiran sepakat membawa berkat.
Jika ada kelapangan waktu, Abang Ghifari akan balik ke kampung menziarahi
datuk dan neneknya di Kuala Kangsar. Abang Ghifari tidak lupa akan asalusulnya walaupun dia kaya-raya. Itulah contoh sikap terpuji yang perlu kita
ikuti. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit! Ingat tu kawan-kawan!
Abang Ghifari mempunyai dua orang sahabat baik iaitu Ravi dan Steven Chua,
Persahabatan mereka bertiga bermula sejak di bangku sekolah lagi. Di mana
ada Abang Ghifari, di situlah ada Ravi dan Steven Chua. Persahabatan mereka
yang erat ibarat isi dengan kuku! Benarlah sudah, mereka telahpun
menyahut seruan Perdana Menteri kita, Dasar Perpaduan 1Malaysia!
Sambung cerita... Hari itu, selepas seminggu beraya sakan di kampung, Abang
Ghifari dan dua sahabatnya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan lebuhraya
PLUS sibuk, mereka mengambil keputusan menyusuri laluan lama. Pekan
pertama yang mereka lintas ialah Teluk Intan. Abang Ghifari yang memandu
kereta BMW 5 Sirinya. Terasa mengantuk pula...Ravi mencadangkan mereka
berehat sebentar. Kalau diteruskan juga, boleh mengundang bahaya!

2
Mereka pun singgah sebentar di sebuah restoran di pekan itu. Sebaik memesan
makanan, muncul seorang budak lelaki.
Abang nak beli kuih? katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak
daun pisang penutup bakul kuihnya. Namun, mereka menolak permintaan
budak itu dengan ringkas.
Sebaik pesanan tiba, mereka terus makan. Abang Ghifari nampak budak penjual
kuih tadi menghampiri pelanggan lain. Mereka juga enggan membeli kuihnya.
Sampai di kaki lima kedai, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap
yang lalu ditanya, Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak, mak cik?
Molek benar budi bahasanya budak ini! Mamak restoran itu pun tidak
menghalang dia keluar masuk ke premisnya untuk bertemu pelanggan. Sambil
memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati Abang Ghifari
melihatkan betapa gigihnya budak itu berusaha. Tidak nampak langsung
tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya
enggan membeli kuihnya!
Selepas membayar harga makanan dan minuman, Abang Ghifari dan dua
sahabatnya itu terus beredar ke kereta. Belum sempat dia menghidupkan enjin,
budak lelaki tadi berdiri di tepi kereta sambil tersenyum. Abang Ghifari pun
menurunkan cermin, membalas senyumannya.
Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik
abang, ibu atau ayah abang. petah sekali dia berkata sambil tersenyum. Sekali
lagi dia mempamerkan kuih di dalam bakulnya
Abang Ghifari merenung budak itu. Wajahnya bersih dan bersahaja. Terpantul
rasa kasihan di dalam hati. Lantas, dia menghulurkan RM10 kepada budak
lelaki itu. Gembiranya Abang Ghafiri kerana dapat membantu budak itu.
Namun kawan-kawan, ketika Abang Ghafiri mengundurkan keretanya, alangkah
terperanjatnya dia dan dua sahabatnya. Mereka melihat budak penjual kuih itu
menghulurkan RM10 pemberiannya tadi kepada seorang pengemis yang buta
kedua-dua matanya! Lantas, keretanya diberhentikan. Dia memanggil semula
budak itu.
Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Abang Ghifari. Kawan-kawan tahu apa
jawapan budak itu? Saya tidak boleh ambil duit itu. Mak marah kalau dapat

3
tahu saya mengemis! Kata mak, kita mesti bekerja mencari nafkah kerana
Allah berikan tulang empat kerat pada saya.Kalau dia tahu saya bawa duit
sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah.
Kata mak, mengemis kerja orang tak berupaya, saya masih kuat bang!
Abang Ghifari sebak. Sekaligus kagum dengan pegangan hidup budak penjual
kuih itu. Tanpa berfikir panjang, dia terus menanyakan harga semua kuih di
dalam bakul itu. Hanya RM25 sahaja jumlahnya.
Kawan-kawan, sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, Abang Ghifari,
Ravi dan Steven Chua hanya mendiamkan diri. Mereka amat kagum dengan
sikap budak lelaki itu. Tambah-tambah lagilah Abang Ghifari. Dia membeli kuih
budak itu bukan atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan
sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan!
Begitulah kisah menarik Si Budak Penjual Kuih. Satu perjalanan seorang
kanak-kanak yang begitu taat kepada perintah Allah s.w.t
Semoga menjadi renungan kita /bersama.
Sekian, terima kasih. Jumpa lagi kawan-kawan.

Anda mungkin juga menyukai