Anda di halaman 1dari 17

TEKS

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2015


SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG EMPAT

Mengumumkan ketibaan,
Yang Berusaha En Mat Salim bin Hussin Penolong PPD Unit
Pembangunan Profesional Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak
mewakili Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak masuk
kedalam Dewan sekaseh SK Simpang Empat.

Majlis kita pada petang ini, dimulakan dengan nyanyian Lagu


NEGARAKU. Hadirin dan warga dewan diminta berdiri
bagiMENYANYIKAN menghormati lagu tersebut

Terima kasih dan warga dewan dipersilakan duduk.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari pulau Mutiara
Pemanis Kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Mencari timba si anak dara


Dibawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang buat semua

******salutasi

Yang Berusaha
1.Yang Berusaha En Mat Salim bin Hussin, Penolong PPD Unit
Pembangunan Profesional Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak

2. Yang berusaha Pn Hajjah Rosmah binti Che Ros, Guru Besar


Sekolah Kebangsaan Simpang Empat

3. yang berusaha Encik Mohd Haris bin Ekhsan, YDP PIBG SK


Simpang Empat

4.yang dihormati En Zubaidi bin Mahmud Penolong Kanan


Pentadbiran SK Simpang Empat

5.. Pn Siti Zaiton binti Hashim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK
Simpang Empat

6.. Pn Norizan binti Ahmad Penolong Kanan Kokurikulum SK


Simpang Empat

7. Guru-guru SK Simpang Empat

8. Murid-murid yang diraikan dan seterusnya

9. ibubapa dan hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KE PADA SEMUA HADIRIN DAN


WARGA DEWAN Ke MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK
DAN GRADUASI PRASEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG
EMPAT BAGI TAHUN 2015.

Saya Nor Samsiah binti Omar dan Ustaz Rosfaizi bin Hassan
mengendalikan majlis kita pada petang ini sehingga ke
penghujungnya.

akan

Sarung ketupat berisi inti


Di bawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga majlis bertambah seri

Bagi meneruskan lagi majlis kita pada petang inimarilah kita


bersama-sama menadah tanganmemohon inayah dan rahmat
illahisemoga majlis yang dianjurkan pada petang ini mendapat
keredhaan-Nya Dengan ini dijemput Al-Fadhil Ustaz Tn Hj Noor
Azaman bin Ahmad untuk memimpin bacaan doadipersilakan

***Bacaan doa***
Aamiin aamiin ya robbal alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada alfathil ustaz atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya
kita dapat bersama-sama berkumpul di dalam Dewan SeKASEH ini
dalam MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN
GRADUSI PRASEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG EMPAT
BAGI SESI 2015

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur kerana dengan


limpah dan kurniaNya kita dapat berkumpul di Dewan SEKASEH ini
untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang akademik.
Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih kepada hadirin
sekalian ke Majlis ini terutamanya Yang Berusaha En Mat Salim bin
Hussain Penolong PPD Pembangunan Profesional Pejabat Pelajaran
Daerah Hilir Perak kerana kesudian meluangkan masa dan memilih
untuk menghadirkan diri ke majlis kami walaupun banyak urusan
rasmi lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadiran beliau.

Hadiri dan warga dewan yang dihormati,

Saban tahun Sekolah kebangsaan Simpang Empat dengan


kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru mengadakan Majlis
seumpama ini Saban tahun juga kita dapat menyaksikan anakanak kita memperolehi anugerah atas usaha-usaha terpuji
mereka untuk Berjaya dalam bidang akademik dan ko-kurikulum
lebih dari itu Majlis ini dapat menjelaskan kepada kita akan
kekuatan kerjasama dan tautan erat di antara pihak pentakbir
Sekolah Kebangsaan Simpang Empat bersama Persatuan Ibubapa
dan Guru dibawah pimpinan Encik Mohd Haris bin Ekhsan

Hubungan erat dan mesra ini membolehkan kami guru-guru Sekolah


Kebangsaan simpang empat sentiasa berusaha menabur bakti
mendidik anak-anak dengan harapan ianya akan menjadi
sumbangan bermaknabiar pun kecil nilainya
Sehubungan itumajlis dengan sukacitanya mempersilakan En
Mohd Haris bin ekhsanYang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Simpang Empatuntuk menyampaikan
ucapan

***ucapan YDP PIBG***

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih daun keladi,


Sekalung budi ucapan penghargaan,
PIBG di hati SKSE,
Bagaikan cahaya memberikan sinaran

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang dihormati En


Haris YDP PIBG SK Simpang Empat atas ucapan itu tadi.

Hadirin yang dihormati


Sekolah tidak hanya merupakan tempat untuk anak-anak belajar
semata-matapelbagai aktiviti yang merangkumi pelbagai
motivasiuntuk menjadi pendamping anak-anak didik agar sentiasa
mempunyai cita-cita dan usaha untuk terus maju kehadapan

Matlamat Dasar Pendidikan Negara yang memfokuskan


kecemerlangan dari aspek jasmani, Emosi, Rohani dan intelek
berpanjangan akan cuba diimplimentasikan oleh kami warga
pendidik Sekolah Kebangsaan simpang Empat
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Puan Hajjah Rosmah binti
Che Ros Guru Besar SK Simpang Empat untuk menyampaikan
ucapan.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih kepada Puan Guru Besar SK Simpang Empat atas


ucapan sebentar tadi.

Duduk sekawan gadis jelita


Buat santapan untuk pahlawan
Tampillah tuan kami meminta
Kata aluan pemanis kalam

Majlis kita diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha


En Mat Salim bin Hussin..mewakili tuan PPD daerah Hilir Perak utk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majklis
Anugerah Kecemerlangan Akademik SK Simpang Empat bagi sesi
2015.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***ucapan PPD***

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima


kasih kepada Yang Berusaha En Mat Salim bin Hussin.atas ucapan
dan perasmian itu tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian


Sebagai pembuka tirai majlis pada petang ini, marilah kita saksikan
dahulu persembahan qalam Jamaie dari anak-anak comel SK
Simpang Empat sebagai pembukaan majlis kita pada petang ini.
Dipersilakan

Demikian lah tadi persembahan qalam jamai yang bertajuk fungsi


Anggota Badan dibawah bimbingan Pn Umma salmah bin
Mahadumsa dan rakan-rakan. Persembahan itu tadi telah menjadi
johan pertandingan Qalam Jamaie di peringkat daerah dan mewakili
sekolah dan daerah ke peringkat negeri.Terima kasih diucapkan.

Sidang hadirin yang dihormati,

Sedarkah kita bahawa


Seperti semalam baru bermulasesi persekolahan
Hari ini sesinya hamper ke penghujung
Anak kita di tahun 1.rupanya mengintai alam tahun 2
Yang pasti lebih mendalamkan mereka dengan ilmu yang diberi
Walaupun mungkin ada guru bersilih gantibertukar pergi
Bait-bait azam kami pendidik di sini
Insyaallah Masih segar dalam teruji
Masih kukuhkekal dengan janji kami
Sekali berbaktiselamanya berbakti
Usaha murni tak minta dipujiusaha yang baik pohon diberkati
Usaha mendidik pohon dirahmati
Usaha selamanyakami hajatimurid Berjaya kami hargai

Hadirin yang dihormati


Majlis Anugerah Cemerlang ini diadakan utk memberi pengiktirafan
kpd semua murid yg telah berjaya mencapai prestasi akademik dan
cemerlang dalam peperiksaan Akhir Tahun 2015.
Kecemerlangan yg dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang
berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti akan
membuahkan kejayaan dan kecemerlangan.
Oleh itu murid-murid yang berjaya akan diberikan penghargaan dan
semoga ianya akan menjadi pencetus semangat untuk mereka
terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

Maka dengan itu acara penyampaianhadiah kita mulakan dengan


penyampaian sijil penghargaan kepada murid prasekolah bagi sesi
2015.

Bagi menyempurnakan majlis dijemput pn hajah Rosmah binti Che


Ros mengiringi En Mohd Haris bin Ekhsan YDP PIBG SK Simpang
Empat untuk menyampaikan Sijil Penghargaan. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Sijil penghargaan Prasekolah


Penghargaan Ketua dan Penolong Ketua Kelas
Penghargaan Pengawas Sekolah
Penghargaan pengawas Pusat Sumber Sekolah
Penghargaan Kehadiran Terbaik 2015
Penghargaan keceriaan kelas 5 bintang

Majlis merakamkan ucapan penghargaan kepada En Mohd Haris bin


ehsan YDP PIBG SK simpang empat atas kesudiaan menyampaikan
sijil penghargaan kepada penerima.

Hadirin yang dihormati sekalian


Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah
Kecemerlangan Akademik.

Bagi menyempurnakan majlis dijemput Zubaidi bin Mahmud


mengiringi Pn Hajah Rosmah binti Che Ros Guru Besar SK Simpang
Empat untuk menyampaikan Anugerah kepada penerima. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

1.
2.
3.
4.

Hadiah
Hadiah
Hadiah
Hadiah

murid cemerlang
murid berpotensi
Murid Galakan LINUS
Pencapaian Mata Pelajaran

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada


Pn Hajah Rosmah binti Che Ros SK simpang empat atas kesudian
menyampaikan anugerahkepada penerima.

Majlis kita akan berhenti rehat sebentar dengan menyaksikan


persembahan daripada anak-anak prasekolah.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Begitulah hebatnya gelagat dan persembahan anak-anak prasekolah


sebentar tadi
Terima kasih diucapkan dan persembahan itu tadi adalah dibawah
bimbingan Ym Tengku Nazrin Hisham bin Engku Azman dan Pn Nor
Rafidah binti Mohd Basaruddin.

Hadiah diatur Nampak kemas


Tuan pegawai senyum sekilas
Tampillah tuan ke atas pentas
Menyempurnakan penyampaian Anugerah khas

Saban tahun sekolah menyediakan pelbagai anugerah khas untuk


menjadi galakan sekaligus teladan kepada murid-murid lain. Ini
bukan sahaja dapat membantu mereka untuk menjadi lebih
berdisiplin malah ini akan menjadi tunggak untuk mereka lebih
berjaya pada masa akan datang.

Dengan penuh takzim majlis mempersilakan yang berusaha en mat


salim bin hussin, penolong ppd pembagunan professional sekali lagi
naik ke pentas diiringi oleh pn Hajah Rosmah binti Che Ros untuk
menyampaikan anugerah kemuncak kita pada hari ini.
****penyampaian Anugerah Khas****

1. Anugerah tertinggi kecemerlangan Kokurikulum


2.Penyampaian Anugerah khas Muid
-anugerah khas tokoh murid cemerlang j-Qaf
-anugerah khas cemerlang UPSR 2014
-anugerah Khas cemerlang UPSR 2015
-Tokoh Akademik 2015
-Tokoh Kepimpinan 2015
-Tokoh Kokurikulum 2015
-Tokoh Murid 2015

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih.Sebagai tanda


penghargaan pihak sekolah kepada En Mat Salim kerana kesudian
beliau menghadirkan diri dan menyempurnakan Majlis Anugerah
Kecemerlangan Akademik SK Simpang Empat.Dijemput Pn hjh
Rosmah binti Che Ros untuk menyempurnakan agenda
ini.Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan.

Warga dewan yang dihormati sekalian

Majlis kita akan diteruskan lagi dengan persembahan dari Persatuan


Bahasa Cina SK Simpang Empat yang bertajuk LET IT GO dalam 3
versi
Majlis dengan bangganya mempersilakan.
Persembahan itu tadi dibawah bimbingan En Adam Ng Chee Keong
tahniah dan syabas diucapkan.

Hadirin sekalian
Dengan berakhirnya acara kemuncak itu tadi maka tibalah masanya
untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundur diri. Saya
bagi pihak majlis menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami
mengendalikan majlis ini.

Kerjasama tuan-tuan dan puan-puan sangat dihargai


Terima kasih sekalung budi
Kenangan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati maaf dipinta

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt dan


kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kamu sebagai
makhluk Allah bernama insan.

Juga tidak lupa setinggi-tinggi penghargaan tidak terhingga


diucapkan kepada semua tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SK Simpang Empat
sesi 2015, ibubapa dan individu yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Dengan penuh takzim pihak majlis mempersilakan Puan Guiru Besar


SK Simpang Empat mengiringi Yang Berusaha Encik Mat Salim bin
Hussin untuk menikmati jamuan ringan di kantin SK Simpang
Empat. Semua jemputan dan penerima juga dijemput sama.

Sekian terima kasih


Wabillahi taufik walhidayah
Assamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Majlis kita pada petang ini diteruskan dengan penyampaian


Anugerah Tertinggi Kecemerlangan Kokurikulum

Bagi menyempurnakan majlis dijemput Zubaidi bin Mahmud


mengiringi Pn Hajah Rosmah binti Che Ros Guru Besar SK Simpang
Empat untuk menyampaikan Anugerah kepada penerima. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Kita teruskan majlis kita pada pagi dengan persembahan yang ke


dua oleh murid-murid tahun tigakumpulan ini akan menyampai
koir yang bertajuk MELATI BANGSA.Majlis dengan ini
mempersilakan

Terima kasih dan tahniah diucapkan

Tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin


Majlis kita pada pagi ini lebih bermakna lagi dengan kehadiran Encik
hHashim Bin SarimanMantan Yang Dipertua Persatuan Ibubapa
dan GuruKesudian beliau hadir ibarat kecil tapak tangan Nyiru
kami tadahkan

Sekarang tibalah masanya kita mendengar ucapan dari Encik


Hashim Bin Shariman dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah
Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Tanjong Bayan bagin Tahun
2008Majlis menjemput dengan segala hormatnya

Dengan berakhirnya ucapan perasmian oleh Encik Hashim Bin


Shariman dan Paluan kompang dari pasukan kompang sekolah
kebangsaan Tanjong Bayan itu tadi maka rasmilah sudah majlis kita
pada pagi ini Ribuan penghargaan diucapkan

Terima kasih diucapkan kepada pasukan kompang sekolah dibawah


pimpinan Puan Aminah Ahmad

Dan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kita kepada


mantan Yang dipertua Persatuan Ibubapa dabn Guru, majlis
berbesar hati mempersilakan Puan Radin Siti Badariah Binti Radin
Jawadi untuk menyampaikan cenderahati kepada Encik Hashim Bin
SharimanDi persilakan

Majlis merakamkan ucapan penghargaan di atas kesudian Puan


radin Siti Badariah menyampaikan cenderahati tersebut

Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi anak-anak kita di tahun


6 bersama berada di Sekolah Kebangsaan Tanjong Bayan ini.
Bersama keputusan UPSR yang bakal diterima esoktanpa mengira
cemerlang, sederhana atau masih perlukan bimbinganmereka
akan memasuki alam remaja melalui pendidikan sekolah menengah
pada tahun hadapan

Untuk itupada pagi ini kita tampilkan persembahan khas mereka


melalui persembahan Dikir barat yang bertajuk HARI ANUGERAH
TERIMA KASIH GURU
Majlis dengan bangganya mempersilakan

Itulah tadi hasil gabungan pelajaran dan mengalaman selama 6


tahun meniti SKTB yang dipersembahkan dalam bentuk hiburan
Dikir Barat. Persembahan itu tadi menempilkan seramai 54 orang
murid tahun 6 dibawah pimpinan Puan Zuriati, Puan zaharah dan
Encik Ishaari..Terima kasih diucapkan

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Kecemerlangan


Akademik sekolah bagi tahun 2008
Dengan ini saya bagi pihak majlis
menjeemput untuk menyampaikan
anugerah kepada para penerima.Dipersilakan
Bagi kategori
1.
Anugerah Cemerlang Akademik bagi tahun

Tempat pertamaadik
Cemerlang bagi matapelajaran

2.

Peningkatan Prestasi Akademik bagi Tahun

Tempat pertama.adik.

3.

Anugerah cemerlang mata pelajaran terbaik..tahun.

Dijemput adikcemerlang dalam


matapelajaran..

Rujuk lampiran senarai penerima


Majlis merakamkan jutaan terima kasih
kepadaatas kesudian beliau menyampaikan
anugerah kepada penerima

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Sinar


HarapanDengan ini dijemput..untuk
menyampaikan anugerah kepada penerima.dipersilakan

Rujuk lampiran senarai penerima


Seterusnya kategori Anugerah Cemerlang Pendidikan Islam Tahun
6

Dijemput adik

Rujuk Lampiran senarai penerima

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah


pada hari inibagi yang tidak Berjayamasih ada masa lagi di
tahun hadapanberusahalah dengan lebih gigih lagi

Bersamalah kita berserah kepada Allahmudah-mudahan kita akan


dipertemukan lagi pada majlis-majlis rasmi sekolah pada masa-masa
akan datangUcapan penghargaan khas dari pihak SKTB hulurkan
buat Encik Hashim Bin Shariman. AJK PIBG, ibubapa penjaga
sekalian

Bunga mawar bunga kemboja


Disunting oleh dara Pak Ali
Berakhir sudah pertemuan kita
Panjang umur berjumpa lagi

Sekiranya terdapat salah dan silap, kekurangan dan kelemahan


sepanjang saya mengendalikan majlis anugerah kecemerlangan ini
saya pohonkan kemaafan kerana sesungguhnya yang baik itu
datangnya dari Allahdan yang buruk itu adalah kelemahan kita
sesame makhhluknya

Semoga bertemu lagi dilain kesempatan.

Wabillahi taufiq wal hidayah.Assalamualaikum warah matullahi


wabarokatuh

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai