Anda di halaman 1dari 8

Kaedah dan Strategi Pdp

Sains : Demontrasi
NUR MAZNIE BT MOHAMED PITO AMBILAN JUN 2020
SUBJEK PKBKP2033
Demonstrasi (tunjuk cara) adalah suatu
jenis teknik pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan
kemahiran guru mendemonstrasi cara
atau langkah melakukan sesuatu aktiviti
dihadapan murid
PRINSIP-PRINSIP TUNJUK CARA
• Sebelum : Guru hendaklah menentukan topik, objektif dan kandungan tunjuk cara terlebih
dahulu
i. Alatan dan radas disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah demonstrasi yang
ditentukan
ii. Tempat demonstrasi hendaklah disediakan untuk memastikan semua murid dapat
menyaksikan dengan jelas
iii. Pastikan keselamatan sebelum menggunakan alat, radas dan bahan yang mungkin boleh
mengakibatkan kemalangan.
iv. Sebelum mula demonstrasi, guru perlu memberitahu murid tujuan demonstrasi dan
aktivitinya supaya mereka dapat mencontohinya tanpa melakukan kesilapan
PRINSIP-PRINSIP TUNJUK CARA
• Semasa :
i. Guru harus memandang kearah murid semasa memberi penerangan tentang aktiviti
demonstrasi yang dijalankan.
ii. Sekiranya murid menunjukkan keraguan, guru hendaklah menerangkan langkah itusekali
lagi.
iii. Guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid.
iv. Pastikan semua murid dapat melihat dengan jelas demonstrasi serta mendengar
penerangan guru dengan jelas.
v. Jika masa mengizinkan, guru boleh meminta seorang murid membuat demonstrasi sekali
lagi untuk memperkukuhkan pemahaman tentang cara-cara melaksanakannya
PRINSIP-PRINSIP TUNJUK CARA
• Selepas:
i. Bincangkan dengan murid tentang bahagian demonstrasi yang penting. Ini akan
memastikan bahawa murid-murid telah memerhatikan langkah-langkah yang telah
ditunjukkan dengan betul.
ii. Bincangkan dengan murid tujuan demonstrasi supaya mereka boleh
membuatrumusan dengan tepat.
iii. Aktiviti pengukuhan harus dijalankan selepas demonstrasi. Ia boleh dilakukan
melalui aktiviti demonstrasi murid dengan mencontohi guru atau mencatat
langkah-langkah demonstrasi dalam buku nota.
Jenis-jenis Tunjuk Cara
Model Hidup Model Simbolik Model Persepsi

• hidup Merujuk kepada • Merujuk kepada tunjuk • Merujuk kepada


model yang sebenar cara yang dilakukan penggunaan video yang
yang digunakan untuk berdasarkan langkah- menayangkan sesuatu
melaksanakan langkah secara demonstrasi. Biasanya
demonstrasi.Termasuk bertulis,bergambar atau suatu aktiviti
demonstrasi guru dan arahan guru. kemahiran yang
murid yang telah spesifik akan
menguasai kemahiran ditunjukkan, manakala
untukmendemonstrasi tingkah laku yanglain
aktiviti yang berkenaan tidak ingin diketepikan.
Demontrasi

3 Fasa 3 Model

Sebelum Model Hidup

Semasa Model simbolik

Selepas Model Persepsi


KESIMPULAN
Demonstrasi melibatkan menunjukkan oleh sebab atau bukti, menerangkan
atau membuat jelas oleh penggunaan contoh. Dengan kata lain, demonstrasi
bermakna untuk menunjukkan dengan jelas. Dalam aktiviti yang dijalankan
dalam pengajaran dan pembelajaran, sebelum murid menjalankan sesuatu, guru
hendaklah menjalankan demonstrasi dan penerangan supaya murid mudah
menerima dan lebih memahami.Dengan ini, murid dapat mengurangkan
kesilapan semasa menjalankan aktiviti. Bukan sekadar mendengar, murid juga
melakukan pemerhatian dalam strategi ini. Dengan ini murid dapat
mengukuhkan lagi teori yang dipelajari dengan kefahaman yang kukuh.

Anda mungkin juga menyukai