Anda di halaman 1dari 4

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN UJIBAKAT NAZIM 2011

Peraturan Am :

1. Penyertaan - terbuka kepada semua kanak – kanak yang tinggal di Melaka berusia antara
7 hingga 12 tahun.
2. Masa –
- Masa Persembahan yang diberikan kepada peserta adalah 5 minit sahaja. 
- Loceng akan dibunyikan sekali satu minit sebelum masa tamat dan 2 kali bila masa
tamat.
- Setelah loceng dibunyikan, apa yang disampaikan oleh peserta tiadak akan
diadili/diberi markah oleh hakim.
- Masa pergerakan masuk dan keluar tidak diambil kira

3. Peserta yang membaca nota-nota atau teks-teks mereka semasa persembahan akan
dipotong markah.
4. Kritikan terhadap isu-isu sensitif yang berkaitan dengan politik, agama, bangsa dan
kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang.
5. Bahasa - Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. Peserta
dimestikan berbahasa baku.
6. Hakim berhak menegur peserta yang melanggar peraturan-peraturan di atas.
7. Pakaian
- Pakaian peserta mestilah menutup aurat dan mematuhi syariat.
- Hiasan dan solekan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan.
- Pakaian, hiasan dan solekan boleh mempengaruhi pemarkahan .
8. Penentuan tajuk persembahan / lagu : bebas asalkan tidak menyentuh isu-isu sensitif
mengenai agama, ras atau keturunan mana-mana kaum di negara ini
9. Hakim
- Pemilihan hakim terdiri daripada hakim yang berkecuali.
- 2 orang hakim dilantik untuk menghakimi pertandingan ini. Salah seorang daripadanya
sebagai ketua.
- Keputusan panel hakim adalah muktamad, segala bentuk bantahan sama ada lisan dan
tulisan tidak akan dilayan.
Peraturan Khusus bagi setiap kategori

Bercerita

1. Pemilihan cerita – bebas, tetapi mempunyai unsur-unsur pengajaran dan mesej cerita
hendaklah sesuai dengan tahap peserta.
2. Tatacara persembahan
- Markah penyampaian akan lebih berfokus kepada kelancaran berbahasa.
3. Peraturan Pemarkahan bercerita dinilai dari segi
- Bahasa dan Gaya – 20%
- Sebutan Jelas dan Tatabahasa yang betul – 20%
- Pengajaran dari cerita yang disampaikan. – 10%
- Petah atau Kelancaran – 15%
- Variasi dan Kreativiti – 10%
- Intonasi Suara – 10%
- Penghayatan. – 10%
- Kostum – 5%

Pidato

1. Peraturan Pemarkahan Pidato

- Pembahagian markah :
 
i. Isi (25 markah)
 
Pemidato akan diadili dari segi pengutaran isi-isi yang bernas, data-data
dan bahan-bahan yang tepat serta logik termasuk penghuraiannya.
 

 
ii. Bahasa (20 markah)
 
Pemidato akan diadili dari segi penguasaan bahasa yang baik, jelas dan
tepat (struktur dan sebutan) serta gaya bahasa yang berkesan iaitu tepat
kepada maksud yang hendak disampaikan.
 
 
iii. Penyampaian (45 markah)
 
Pemidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada
serta persembahan yang menyakinkan penonton. Perlu menunjukkan gaya
yang menarik dan susunan ide tertib.
 
iv. Adab (5 markah)
 
Kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti agama, bangsa kebudayaan dan
peribadi serta perlakuan atau tuturkata yang kurang sopan akan
menyebabkan kehilangan markah tersebut.
 
v. Markah bonus (5 markah)
 
Pemidato akan diadili dari segi keseluruhan persembahan dan
perawakannya.
 

Hafazan

1. Dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2.

- Tahap 1 ( 7- 9 tahun) : Surah An – Naas sehingga Ad – Dhuha


- Tahap 2 (10 – 12 tahun) : Surah Al – Mulk, Insaan & Yaasin
- Hakim akan meminta peserta membacakan mana2 surah atau petikan
secara undian.

2. Pemarkahan dinilai dari sudut :


 Tajwid/fasohah – 40%
 Hafaz (kelancaran) – 50%
 Gaya/suara : - 10%

Nasyid

1. Pergerakan kecil yang bersesuaian dengan lagu yang disampaikan dan tidak
keterlaluan dibenarkan. Markah akan dipotong bagi pergerakan yang keterlaluan

2. Setiap persembahan hanya boleh diiringi dengan alat perkusi muzik tradisional nasyid
seperti kompang, bongo, conga, darbuka, turkish tomolo, shaker, tamborine, djembe,
cabasa, gendang, maracas, rebana dan chime sahaja.

3. Iringan muzik hendaklah dipersembahkan secara langsung (live).

4. Iringan muzik boleh mempengaruhi pemarkahan.

5. Lirik boleh disampaikan dalam bahasa Melayu, Arab atau Inggeris atau gabungan
bahasa-bahasa tersebut.

6. Lirik hendaklah berunsur nilai-nilai murni selaras dengan konsep Islam yang bertujuan
untuk memupuk semangat dakwah Islamiah, semangat patriotik dan kehidupan
sejahtera, membenteras gejala-gejala sosial, meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan
sejagat dan seumpamanya.

7. Peserta tidak boleh mengubah lirik asal sekiranya membuat persembahan


menggunakan lagu yang telah dirakamkan oleh mana-mana pihak sebelum ini dan
penggunaan lirik dan lagu sendiri adalah dibenarkan.

8. Pemarkahan dinilai dari segi ;

- Lirik – 15%
- Lagu – 20%
- Persembahan – 20%
- Suara – 30%
- Muzik – 5%
- Kreativiti – 5%
- Bonus – 5%

Pendaftaran bagi menyertai ujibakat ini boleh dibuat dengan menghantarkan borang penyertaan
yang diberikan atau menghubungi urusetia berikut :
Email: marjan_lulu@yahoo.com

Syarat-syarat dan peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan yang akan dibuat dari masa ke
semasa berdasarkan kepada keperluan demi mempertingkatkan mutu penganjuran dan
memberikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat.

Anda mungkin juga menyukai