Anda di halaman 1dari 5

Contoh aktiviti untuk mata pelajaran Sains

i. Aktiviti meneroka Dalam bahagian ini, pelajar akan meneroka dunia


haiwan domestik. Pelajar boleh meneroka corak pemakanan, habitat dan bunyi
haiwan tersebut. Semasa proses penerokaan, pelajar boleh mengenali bunyi
haiwan dan memerhati pergerakan haiwan tersebut. Pelajar dikehendaki
mempersembahkan bentuk pergerakan haiwan tersebut dan mengeluarkan
bunyinya melalui kreativiti masing-masing.
ii. Aktiviti memperoleh pengalaman - Bahagian ini, pelajar mendapat
pengalaman melalui dokumentasi visual, pengalaman sebenar dan melayari
internet. Pelajar juga akan memperolehi pengalaman melalui pancaindera.
Kemudian, pelajar akan mencari bahan dan mengumpul maklumat dalam
bentuk portfolio dan laporan.
iii Mengekspresi melalui seni Dalam bahagian ini, pelajar akan
mengekpresikan diri tentang rupa, bentuk haiwan, warna melalui seni visual,
seni muzik dan seni pergerakan.
Seni muzik Meneroka dengan suara dan perkusi badan untuk menghasilkan
bunyi-bunyi haiwan Mencipta corak irama bunyi haiwan dalam kumpulan
untuk menunjukkan haiwan yang diwakili secara kolaboratif Mencipta lirik
untuk lagu tentang corak pemakanan dan habitat haiwan. Memainkan alat
perkusi tidak berpic seperti loceng, kerincing, kastenet dan marakas untuk
mengiringi lagu yang dicipta.
Seni Pergerakan Mempersembahkan pergerakan haiwan semasa mencari
makanan di halaman rumah di kampung. Pergerakan ini boleh dipersembahkan
dalam bentuk lakonan, main peranan yang
melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor serta mengaplikasikan aras
pergerakan serta konsep irama dan ton warna.
Seni visual Menggambarkan suasana kehidupan haiwan domestik di
kampung dengan mengaplikasikan teknik membentuk, melukis dan mewarna
rupa topeng haiwan. Aktiviti ini boleh digabungkan dengan kemahiran membuat
kolaj.

Anda mungkin juga menyukai