Anda di halaman 1dari 66

Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah,

lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Definisi sebenar muzik juga berbeza iaitu bunyi
yang dikira sedap oleh pendengarnya ataupun sebarang bunyi yang dihasilkan secara
sengaja oleh seseorang atau kumpulan.Walaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi,
untuk mencipta, memperbaiki dan mempersembahkannya adalah suatu seni. Mendengar
muzik pula adalah sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis
bidang atau disiplin. Muzik adalah sebuah fenomena yang sangat unik dan boleh dibunyikan
dengan beberapa gabungan alat muzik.
Pendidikan Muzik di peringkat sekolah rendah bertujuan melahirkan murid yang
mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran
minimum dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat
menghargai dan menikmati estetika muzik dan dapat mengamalkan nilai murni. Asas muzik
iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian.
Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi respon secara spontan
dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan
baik, memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak.
Kerja kursus ini bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan pembelajaran muzik buat
bakal guru sebagai bekalan ilmu bagi menghadapi profesion keguruan yang bakal ditempuhi
pada masa akan dating.

SEJARAH MUZIK
Muzik bermula hampir seusia dengan kehadiran manusia moden homo-sapien 180,000
hingga 100,000 tahun dahulu. Tiada siapa tahu bila manusia mula mengenal seni dan
muzik. Dari penemuan arkeologi di lokasi-lokasi seperti benua Afrika sekitar 180,000 tahun
hingga 100,000 tahun dahulu telah menunjukkan kepada perubahan evolusi pemikiran otak
manusia. Dengan otak manusia yang lebih pintar dari haiwan, mereka membuat pemburuan
yang lebih terancang sehingga boleh menumpaskan haiwan yang besar. Dengan
keupayaan otak ini, mereka berfikir lebih jauh hingga ke sebalik reality mencapai imaginasi
dan spiritual.
Bahasa untuk perhubungan mula terbentuk diantara mereka. Dari bahasa & perkataan
ringkas untuk amaran bahaya & nama-nama haiwan buas, perlahan-lahan beberapa
perkataan muncul untuk menamakan benda dan nama panggilan untuk sesorang.. Entah,
sama ada mereka sudah pandai berasa bosan atau sesuatu didalam fikiran mereka yang
membuatkan mereka mula mengumpul manik-manik dari cengkerang siput laut sebagai
perhiasan untuk rantai leher. Mereka mula mengores garisan diatas kayu dan batuan
dengan corak-corak menggambarkan pemikiran mereka. Dinding-dinding gua tempat
mereka berlindung dilukis dengan warna-warna dari tumbuh-tumbuhan.
Dalam kehidupan nomad mereka yang berpindah-randah mereka mungkin telah melihat
banyak kejadian alam seperti panahan petir yang memulakan kebakaran hutan. Daging
binatang yang terbakar api kebakaran.mempunyai rasa berbeza dan lebih lazat. Kemudian
terlintas difikiran mereka bagaimana cara hendak menghidupkan api untuk memasak,
memanaskan badan dan menjauhi haiwan buas mengguna api. Selepas makan malam
memakan hasil buruan mereka pada siang hari, mereka berbual dan bercerita mengenai
kisah silam mereka. Bentuk pendidikan dan hiburan terawal manusia. Sama seperti sekolah
& TV manusia di zaman moden. Seorang dari mereka mungkin mendapat idea mengambil
tulang kaki kering haiwan buruan yang menjadi makanan mereka dan mula meniup ke
rongga mengeluarkan bunyi.

Ada juga yang mendapat inspirasi dari pemerhatian kepada alam semulajadi bila angin
menghembus kedalam rongga kayu atau bambu yang mengeluarkan bunyi. Kayu dikorek
lubang ditiup menjadi flute purba. Manusia meluahkan perasaan mereka takut & gembira
menggunakan suara mereka. Bermain-main dengan suara mereka menjadi chant, hymn
atau syair nyanyian kecil daripada inspirasi kicauan burung. Kayu-kayu dan batuan keras
dipukul mengeluarkan bunyi irama yang mengasyikkan. Mungkin secara tidak sengaja
mereka telah mengetuk kayu pokok yang berongga didalamnya dengan batang kayu yang
mengeluarkan bunyi kuat. Kulit binatang yang mereka guna sebagai pakaian diletak pula
untuk menutup rongga kayu besar menjadi gendang, di palu menjadi irama-irama purba.

MUZIK MODEN
Muzik moden ialah muzik masa kini yang terbit hasil daripada perjalanan dan
perkembangan sejarah itu sendiri dari pada kemunculan tamadun terawal sehinggalah
pertembungan budaya akibat dari perdagangan dan penaklukan telah membawa dan
menyebarkan muzik juga budaya dari tamadun - tamadun tersebut ke seluruh dunia.
Contohnya jalan sutera yang menghubungkan timur dan barat, peluasan empayar seperti
Greek dan Rom, peperangan antara tamadun Eropah dan Islam dalam perang salib dan
perpindahan manusia ke tanah atau benua baru seperti benua Amerika utara dan selatan.
Penguasaan ekonomi barat ke atas pasaran dunia serta inovasi teknologi barat membantu
menyebarkan muzik Amerika dan Eropah.
Penciptaan dan invovasi yang terbit dari hasrat manusia untuk merakam bunyi
persekitarannya telah menyebabkan terciptanya alat perakam bunyi seperti phonograph dan
gramophone pada akhir abad ke 19. Dengan terciptanya radio serta televisyen, muzik boleh
dicapai manusia sehingga ke seluruh dunia. Amerika dan Eropah yang menguasai pasaran
LP piring hitam dan segala bentuk pengedaran muzik telah menyebabkan muzik dari keduadua benua itu menjadi popular keseluruh dunia.

Konsep Muzik
3

Dalam konteks Pendidikan Muzik KBSR, bahasa Muzik adalah perkara-perkara yang
berkaitan dengan pengetahuan dan kefahaman tentang elemen muzik, konsep-konsep
berhubung dengan elemen muzik, kosa kata dan istilah muzik, dan konvensi penulisan
muzik. Pengetahuan dan kefahaman tentang perkara tersebut seterusnya membawa
kepada kemahiran membaca, menulis, menganalisis dan menilai karya muzik. Terdapat 7
konsep muzik yang wajib dikuasai oleh seseorang pelajar menjelang tamatnya pesekolahan
mereka di sekolah rendah.
Pendidikan Muzik di sekolah bertujuan melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan
dan kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam
penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan
menikmati estetika muzik dan dapat mengamalkan nilai murni.
Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan
pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi
respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila
dikendalikan dengan baik, memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan
diri kanak-kanak. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya
menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, di samping memupuk
nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, murid mendapat pengetahuan dan kefahaman konsep
muzik yang asas.
Bagi murid Tahap 1 khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantu
pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu mereka memahami
konsep muzik yang abstrak. Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain
alat muzik secara berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi
dengan mengamalkan nilai-nilai murni.
Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya masyarakat Malaysia
yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa. Pengetahuan dan pengalaman
mengenai pelbagai unsur budaya dalam muzik dapat membantu memupuk elemen jati diri
dan patriotisme pada diri murid.

BAB 1
BAHASA MUZIK

Irama

Melodi

Ekspresi

Tujuh
Konsep
Muzik
Warna Ton

Teksur

Harmoni

Bentuk

1. Irama
Irama diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam muzik.
a. Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil.
b. Setiap beat dan rehat mempunyai nilai sama ada panjang atau pendek.
c. Kumpulan beat membentuk tanda masa atau meter.
d. Beat-beat mempunyai tekanan.
e. Gabungan not atau beat membentuk corak irama yang berlainan dan berulang-ulang.
Simbol Verbal :
Irama detik

not dan tanda rehat meter tekanan

corak irama, ostinato, rentak.

2. Melodi
Merupakan susunan pic secara melintang.
a. Terdapat pic tinggi,rendah dan sederhana.
b. Pic dalam melodi boleh bergerak menuju ke arah tinggi,rendah dan mendatar.
c. Pic dalam melodi bergerak secara bertangga atau melompat.
d. Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain membentuk satu
kumpulan atau rangkaian pic.
e. Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu.
f. Pic boleh disusun secara berurutan.
g. Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah melodi lagu.
Simbol Verbal :
Melodi

skel (major,minor,pentatonik) frasa lagu / melodi

sekuens

nada

3. Warna Ton
Bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
6

Sesuatu bunyi-bunyian itu mempunyai mutu yang berlainan dan memberi satu gambaran
atau idea yang tersendiri. Hasil dan mutu sesuatu bunyi itu adalah disebabkan oleh alat itu
sendiri dibuat daripada bahan-bahan tertentu dibuat,cara dibuat dan dibunyikan.
Simbol Verbal:
Alat suara - manusia, binatang, kenderaan, alam semula jadi dll.
ton - gelap , cerah , padat , garau, kasar

perkataan deskriptif

suara - soprano ,alto ,tenor dan bes

Keluarga alat muzik - membranofon, aerofon , kordofon dan idiofon.


4. Bentuk
Satu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic/ton.
a. Gabungan siri-siri pic menghasilkan satu idea.
b. Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu idea muzik yang lebih
besar.
c.Segmen muzik (motif, frasa, seksyen) boleh diulang dan dipelbagaikan.
d. Segmen muzik seperti intro dan yang akhir boleh diadakan.
Simbol Verbal :
Motif

frasa

seksyen, koras, rangkap

ABA , berulang, kontras

intro, koda

5. Harmoni.
Hasil gabungan 2 pic atau lebih disusun secara menengak dan dinyanyikan/dimainkan
serentak.
a. Dua pic boleh dibunyikan serentak.
b. Gabungan 3 atau lebih pic dimainkan secara serentak.
c. Dua atau lebih rangkaian melodi boleh digabungkan dan dibunyikan serentak.
d. Iringan kord pada melodi boleh menghasilkan bunyi harmoni.
Simbol Verbal :
Harmoni

jeda

triad tonik/kord

round, polifoni, deskan,kaunter melodi

kord iringan

homofoni.

6. Tekstur / Jalinan
7

Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi yang didengar.
a. Sesuatu bunyi yang didengar boleh memberi bunyi yang nipis atau satu / teba atau
banyak.
b. Tekstur ditentukan oleh pembentukan harmoni.
Simbol Verbal
Solo duet trio quartet

orkestra

monofoni

homofoni

polifoni

7. Ekspresi
Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo,dinamik yang mengandungi satu
ekspresi idea muzik.
a. Sesuatu bunyi itu boleh menjadi kuat atau lembut.
b. Satu sekuen/siri bunyi boleh dikuatkan atau dilembutkan secara beransur-ansur.
c. Sesuatu bunyi itu boleh dilanjutkan, dilicinkan dan dipendekkan atau dilembutkan secara
beransur-ansur.
d. Sesuatu siri/sekuen bunyi boleh dicepatkan atau dilambatkan.
e. Sesebuah lagu/muzik mempunyai ciri-ciri tersendiri - mud.
Simbol Verbal :
Dinamik

Volume

cerscendo diminuendo

susutain, legato, staccato

cepat, lambat

mud - riang, tenang, cemas, cergas.

BAB 2
ASAS TEORI MUZIK
8

Secara umumnya sebelum mengenal dan mempelajari tentang jeda, triad dan juga kod
dalam kibod, pengetahuan yang paling asas perlu ada pada setiap pelajar yang ingin
mempelajari atau mendalami ilmu dalam bidang muzik ini. Perkara paling asas yang perlu
difahami adalah dengan jenis-jenis not, nilai atau value setiap not tersebut, tanda rehat,
baluk, garis bar, jenis-jenis klef dan juga hubungan antara klef trebel dengan klef bass dan
kibod.

1. Carta Nama Not, Jenis-jenis Not, Simbol Not dan Nilai Not.

10

2. Huraian persamaan nilai not.

3. Tanda-tanda Rehat (Rest).

11

4. Meter / Tandamasa dan Garis Bar.

5. Baluk.
Baluk terdiri dari lima garis selari dan empat ruang yang digunakan untuk menulis not-not
muzik.

Garisan-garisan dan ruang dikira dari bawah ke atas. Garisan paling bawah dipanggil
garisan pertama, begitu juga dengan ruang yang paling bawah disebut sebagai ruang yang
pertama.

Not-not

muzik

ditulis

pada

garis

dan

ruang.

12

6. Pic
Pic-pic muzik adalah besar atau kecilnya sesuatu bunyi. Semakin nyaring bunyi maka
semakin tinggi picnya. Kadar ketegangan vocal cords mempengaruhi ketinggian pic.
Semakin tegang vocal cords, maka semakin tinggi pic suara yang dihasilkan. Penyanyi yang
mempunyai

suara

yang

tinggi

mempunyai vocal

cords yang

kuat.

Kekuatan bunyi (volume) ditentukan oleh kuatnya tekanan udara dari paru-paru. Dalam
muzik kekuatan bunyi disebut sebagai dinamik. Istilah kuat atau lembut menunjukkan tahap
dinamik pada muzik. Julat pic ialah jarak antara pic paling rendah dengan pic paling tinggi
dapat dihasilkan oleh seseorang. Penyanyi yang baik mempunyai julat pic yang besar.

7. Klef
Klef ialah satu tanda muzik yang ditulis pada awal setiap baluk. Klef menentukan not-not
pada baluk mempunyai nama (A,B,C,D,E,F,G).
Klef Treble

Klef ditulis pada awal baluk.


Notasi Pada Baluk Dalam Klef Trebel

Not-not pada Ruang.

Not-not pada Garisan

13

Not-not pada Ruang dan Garisan


Klef Bes (Bass)

Klef ditulis pada awal baluk.


Klef bass menetapkan garis ke 2 dari atas sebagai garis F
Notasi Pada baluk Dalam Klef Bass

Not-not pada Ruang.

Not-not pada Garisan.

Not-not pada Ruang dan Garisan

14

Garisan Leger. ( Garisan Bayangan @ Tambahan )


Merupakan mana-mana not yang terdapat di luar garis baluk disebut sebagai garis leger.

Garisan leger bagi klef treble

Garisan leger bagi klef bass

15

Tanda Kromat

1 ton = 2 semiton

ton = 1 semiton

16

SkelMajor
Skel
Skel ialah susunan lapan not yang dimainkan berturutan secara menaik dan menurun
seperti dari not C ke not C yang lebih tinggi atau dari not C ke not C yang lebih rendah.
Dalam skel major, jarak antara not 3 4 serta 7 8 adalah ton atau 1 semiton dan jarak
antara not-not yang lain dalam skelnya ialah 1 ton .

Skel C major menaik

Skel C major menaik dan menurun ditulis pada baluk.

17

Susunan Nama Notasi Dalam Setiap Skel


SKEL/NOT

C MAJOR

D MAJOR

F#

C#

G MAJOR

F#

F MAJOR

Bb

Bb

Eb

Bb

Bb MAJOR

Setiap skel mempunyai tanda kromat tertentu (# dan b) kecuali skel C major. Tanda kromat
yang wujud dalam skel ini di panggil TANDANADA.

Skel Minor Harmonik (Konsep)


Dalam skel Minor Harmonik, jarak antara not 2 3, 5 6, dan 7 8 adalah ton atau satu
semiton. Jarak antara not 6 7 adalah 1 ton atau 3 semiton. Jarak antara not-not lain
adalah satu ton.

Skel Am, Em, Bm, Dm dan Gm . (huruf m singkatan untuk minor)

18

Skel A minor harmonik menaik

Skel minor harmonik ditulis pada baluk.

Skel A minor menaik

Skel A minor menurun.

Skel E minor menaik tanpa tandanada

Skel E minor menaik dengan tandanada

Skel E minor menurun tanpa tandanada

19

Skel E minor menurun dengan tandanada

Skel dan Tandanada.

Skel dan Tandanada Pada Baluk

Skel G major menaik tanpa tandanada.

20

Skel G major menaik dengan tandanada.

Skel G major menurun tanpa tandanada.

Skel G major menurun dengan tandanada .

Skel D major menaik tanpa tandanada.

Skel D major menaik dengan tandanada.

Skel D major menurun tanpa tandanada.

21

Skel D major menurun dengan tandanada.

Skel F major menaik tanpa tandanada.

Skel F major menaik dengan tandanada.

Skel F major menurun tanpa tandanada.

Skel F major menurun dengan tandanada.


22

Skel Bb major menaik tanpa tandanada.

Skel Bb major menaik dengan tandanada.

Skel Bb major menurun tanpa tandanada.

Skel Bb major menurun dengan tandanada.

23

BAB 3
VOKAL
Konsep Vokal
Vokal ialah bunyi bahasa yang arus udaranya tidak mengalami rintangan dan kualitinya
ditentukan oleh tiga faktor:

tinggi-rendahnya tempat lidah (tinggi, sedang, rendah)

bahagian lidah yang dinaikkan (depan, tengah, belakang)

bentuk bibir pada pembentukan vokal itu (sederhana, bundar, lebar/terentang)

Teknik Latihan
Postur
Dalam nyanyian, tubuh badan manusia sama seperti alat muzik. Semasa menyanyi postur
adalah amat penting. Postur mempengaruhi cara pernafasan, mutu pengeluaran suara dan
keseluruhan nyanyian seseorang.
Postur Semasa Nyanyian Secara Berdiri
Berdiri tegak, kaki direnggang sedikit. Imbang badan di kedua-dua belah kaki dan
keseluruhan anggota dalam keadaan selesa.
1. Tangan di sisi badan.
2. Dada ke hadapan, bahu ke belakang dan elakkan dari mengangkat bahu.
3. Kepala ditegakkan dan pandangan lurus ke hadapan.

24

Postur Semasa Nyanyian Secara Duduk


1. Duduk tegak, kaki direnggang sedikit, kedua-dua tapak kaki di lantai dan dalam keadaan
selesa.
2. Tangan di atas peha.
3. Duduk di separuh bahagian hadapan kerusi dan jangan bersandar.
4. Dada ke hadapan, bahu ke belakang dan elakkan dari mengangkat bahu.
5. Kepala ditegakkan dan pandangan lurus ke hadapan.
Pernafasan
Pernafasan yang terkawal adalah asas kepada nyanyian yang baik. Dalam nyanyian mulut
dan kerongkong perlu dibuka luas untuk memberi laluan udara yang banyak bagi
menghasilkan ton yang lebih resonan.
Sebutan dan Ton
Dalam menyanyi, sebutan bunyi vokal dan konsonan haruslah jelas. Bagi menghasilkan
sebutan yang jelas, ciri-ciri berikut memainkan peranan yang penting. Ciri-ciri ton nyanyian
meliputi:

Tenaga

Pembentukan alat vokal ( bibir dan lidah )

Kekuatan bunyi

Harkat (panjang dan pendek)

Pernafasan dan bentuk mulut yang betul menghasilkan sebutan yang baik, kualiti ton dan
intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada permulaan dan akhir suatu perkataan perlu
ditekankan semasa latihan.
25

Jenis Jenis Suara (range suara)


Dalam nyanyian, terdapat 3 jenis suara iaitu:
Suara kepala
Suara tengah
Suara dada
Suara kepala ialah istilah yang digunakan bagi menerangkan suara yang dirasai dikeluarkan
dari ruang di kepala. Untuk mendapat suara kepala yang bermutu, kawalan pernafasan
yang betul adalah penting. Suara kepala akan membantu pelajar lelaki semasa mengalami
perubahan suara. Ia juga memberi persediaan dalam penggunaan nyanyian falsetto.
Suara Tengah ialah istilah yang digunakan bagi menerangkan perletakan suara yang di
rasai dikeluarkan dari paras hidung ke kerongkong.
Suara dada adalah istilah yang digunakan bagi menerangkan suara yang dirasai
dikeluarkan dari ruang dada. Untuk merasai suara ini, nyanyi pic rendah dengan meletakkan
tangan di dada. Getaran dada akan dirasai pada tangan.
Nyanyian Pelbagai Suara
Menyanyi dalam dua suara tidak semestinya menyanyi dalam harmoni semata-mata. Dua
suara juga boleh dibuat dengan cara-cara berikut:
(a) Melodi dan talun (echo singing);
(b) Melodi dan melodi kaunter ( melody and counter melody);
(c) Melodi dan pusingan (round song);
(d) Melodi soal dan jawab (question and answer);
(e) Melodi dan drones (melody with drones); dan
26

(f) Melodi dan harmoni.


(b) Melodi dan melodi kaunter (melody and counter melody)
Cara kedua yang anda boleh cuba lakukan dalam nyanyian dua suara ialah sama seperti
teknik di atas, tetapi melodi yang ditalun (echo) berubah dan tidak seperti melodi asal.
Teknik ini boleh disebut seperti kaunter melodi. Penyanyi dalam kumpulan Suara 2 akan
menyanyikan semula frasa yang dinyanyikan oleh Suara 1 tetapi dalam melodi yang ada
sedikt perubahan. Nyanyian sebegini biasa dipraktikkan oleh kumpulan-kumpulan koir atau
kumpulan-kumpulan nasyid yang belum berkemampuan menggubah nyanyian dalam suara
berharmoni. Contoh: Lagu Wau Bulan
(c) Melodi dan Pusingan (round song)
Cara ketiga ialah dengan mencuba teknik nyanyian pusingan (round song). Teknik ini agak
mudah kerana kumpulan dua hanya menyanyikan semula melodi yang dinyanyikan oleh
kumpulan satu. Teknik ini mungkin sesuai bagi kanak-kanak tahap satu atau nyanyian
beramai-ramai dalam dua kumpulan. Ia tidak sama dengan menyanyikan dalam echosinging dimana kumpulan suara 2 mengikut frasa demi frasa. Dalam menyanyi
teknik round-song, penyanyi kumpulan Suara 2 perlu tunggu kumpulan Suara 1
menyanyikan sehingga selesai sesuatu rangkap atau verse.
Contoh: Lagu Kalau Rasa Gembira
Kumpulan 1
Kalau rasa gembira tepuk tangan
Kalau rasa gembira tepuk tangan
Kalau rasa gembira beginilah caranya
Kalau rasa gembira tepuk tangan
Kumpulan 2
Kalau rasa gembira petik jari
Kalau rasa gembira petik jari
Kalau rasa gembira beginilah caranya
Kalau rasa gembira petik jari
Nyanyian ini akan berulang-ulang di mana setiap kumpulan mesti menunggu kumpulan
sebelumnya selesai menyanyi seluruh verse.
27

(d) Melodi Soal dan Jawab (question and answer)


Anda juga boleh mencuba nyanyian dengan gubahan soal dan jawab (question and
answer). Nyanyian begini sesuai dalam dua kumpulan yang masih baru. Anda tidak perlu
lagi mencuba teknik lapisan suara tetapi hanya dengan satu kumpulan membuat frasa
soalan dan kumpulan kedua membuat frasa jawab. Nyanyian begini kadangkala boleh
disebut seperti nyanyian call and response. Terdapat beberapa buah lagu yang popular
yang biasa kita nyanyikan dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum semasa di sekolah dahulu yang
dinyanyikan dalam teknik soal-jawab.
Contoh: Lagu: Goreng Pisang.
Kumpulan 1
Goreng pisang, goreng pisang
Goreng pisang sekarang
Pisang apa, pisang apa
Pisang apa, sekarang.
Kumpulan 2
Pisang Tanduk, Pisang Tanduk
Pisang Tanduk sekarang
Tanduk apa, tanduk apa
Tanduk apa, sekarang.
(e) Melodi dan Drone (melody with drones)
Membuat gubahan melodi dan diiringi suara kedua dalam bentuk drone tidaklah begitu
sukar asalkan kita memahami konsep drones dalam muzik. Teknik drones kebiasaannya
terdapat dalam muzik-muzik klasik India atau irama dari alat muzik sape dari Sarawak.
Drones menyanyikan atau memainkan not tonik atau perdu dari nada sesebuah lagu. Teknik
ini boleh dipraktikkan dalam nyanyian lagu-lagu yang sesuai. Namun begitu jika teknik ini
dinyanyikan sepanjang lagu akan menimbulkan kebosanan pada penyanyi ataupun
pendengar. Anda boleh mencuba teknik nyanyian begini pada contoh lagu berikut.
28

Contoh: Lagu, Wau Bulan

Jika anda meneliti melodi pada Suara 2, anda akan dapat melihat not-notnya tidak berubah,
iaitu hanya membunyikan pic tonic sahaja. Lagu di atas dalam nada C Major, maka
dronesnya hanya dalam pic C sahaja iaitu not tonik pada skel C Major.
(e) Melodi dan Harmoni
Untuk mencipta melodi dan suara kedua dalam bentuk harmoni, anda perlu memahami
teori-teori asas gubahan dan penciptaan. Pembelajaran teori dan harmoni dalam dua
hingga

empat

suara

yang

biasa

dipanggil

suara

SATB

iaitu

singkatan

kepada Soprano, Alto, Tenor dan Bass akan membantu anda memahami langkah-langkah
mencipta gubahan dalam beberapa lapisan suara. Adalah agak sukar bagi kita untuk
membuat ciptaan atau gubahan lagu dua suara tanpa pengetahuan yang cukup dalam teori
harmoni. Namun sebagai asas panduan kepada anda, anda mungkin boleh mencuba teknik
menggunakan not ketiga atau kelima dalam triad sesuatu kord.

29

BAB 4
KEMAHIRAN INSTRUMENTAL

Apa itu Kibod?


Kibod merupakan sejenis alat muzik berpic serupa organ dan piano tetapi menggunakan
kuasa elektrik untuk memainkannya. Keyboard atau kibod dicipta dan diubahsuai semula
dengan perkakasan elektronik. Konsep asal alat muzik organ menggunakan tenaga salur
paip angin dimainkan di gereja-gereja di benua Eropah pada zaman Barok lagi pada awal
abad ke 15.

30

GAMBAR 1
Alat

muzik

organ

berpaip

telah

wujud

di

zaman

Renaissance

dan

di

awal

Zaman

Barok

Sistem alat muzik kibod Organ berfungsi dengan menggunakan tenaga udara yang
disalurkan melalui silinder paip yang tersusun mengikut tiap bilah papan nadanya. Kibod
memerlukan sumber tenaga secara terus atau menggunakan bateri biasanya bateri kering
bagi memainkannya. Kibod juga mempunyai susunan papan nada atau keys yang tertentu
bilangan oktafnya mengikut jenis dan model ciptanyanya sama seperti piano atau organ.
Ada pelbagai jenis dan jenama kibod dari model yang lama hingga kepada yang baru
mengikut

perubahan

dan

keperluan

semasa..

31

GAMBAR 2
Sistem alat muzik kibod Organ berfungsi dengan menggunakan tenaga udara yang disalurkan melalui silinder
paip yang tersusun mengikut tiap bilah papan nadanya.

Jenis-JenisKibod
Pihak pengeluar kibod berjenama sentiasa berlumba untuk menghasilkan kibod yang
terbaik atau dengan lebih tepatnya alat-alat muzik yang terbaik. Dengan ini terhasillah
berbagai jenis kibod dari yang sederhana kepada yang agak canggih ciptaannya. Setiap
pengeluar mengeluarkan berbagai-bagai model mengikut kemampuan pengguna dan juga
keupayaan pengguna itu sendiri. Kualiti sesebuah kibod pula bergantung kepada berapa
banyak keupayaannya berfungsi serta beroperasi dengan mudah semasa memainkannya.
Jenis kibod yang ringkas dan agak sederhana buatannya hanya mampu menyediakan
32

bilangan ton atau bunyi alat muzik serta beberapa jenis rentak (Style & Rhythm). Selain
daripada itu kemampuannya terhad untuk diprogramkan atau dibuat rakaman main semula.
Cara kibod beroperasi berbeza di antara jenis-jenis model ciptaannya. Jenama kibod yang
biasa digunakan serta terkenal ialah seperti YAMAHA, CASIO RHODES, TECHNICS dan
KORG. Ada beberapa lagi jenama kibod yang harganya tidaklah mahal sekadar menyebut
sebilangannya mampu dimiliki oleh seseorang yang ada minat dalam bidang muzik.
Mengikut klasifikasi, alat-alat muzik keyboard terbahagi kepada tiga jenis iaitu kordofon,
aerofon dan elektrofon. Antara alat-alat muzik keyboard ialah piano, organ, piano akordian
dan synthesizer. Terdapat juga kibod yang memerlukan alat pembesar suara (speaker)
untuk dimainkan dan ada jenis model yang sudah dibina pembesar suara (speaker) di
dalam

kibod

itu

sendiri.

Piano
Antara alat muzik keyboard yang paling popular ialah piano. Piano pertama telah dibuat di
Florence, Itali pada tahun 1700 oleh Bartolommeo Cristofori. Beliau mendapat ilham untuk
mencipta piano dengan mengambil contoh alat harpsikord yang begitu popular pada masa
itu. Walau bagaimanapun, piano mengambil masa seratus tahun untuk mengatasi populariti
harpsikord. Terdapat dua jenis piano yang sering dimainkan iaitu grand piano dan piano
tegak. Untuk persembahan muzik profesional, grand piano menjadi pilihan kerana bunyinya
yang lebih besar. Piano tegak selalunya digunakan sebagai alat muzik yang dimainkan di
rumah.

Piano moden mempunyai papan jejari dalam lingkungan tujuh oktaf yang membolehkan
pemain piano memainkan muzik seperti sebuah orkestra. Dalam apa-apa muzik sekalipun
sama ada jaz, pop rock mahupun klasikal, piano tetap menpunyai kedudukan sebagai alat
muzik terpenting kerana kemampuannya menjadi alat melodi dan juga iringan.
Organ
Organ terbahagi kepada dua klasifikasi. Organ jenis aerofon ialah organ berpaip yang
biasanya digunakan di gereja. Ia menggunakan kuasa angin yang dipam melalui paip-paip
khas. Jenis yang kedua ialah organ eletrofon atau moden yang menggunakan kuasa elektrik
33

untuk meghasilkan bunyi. Organ ini lebih ringan, mudah alih dan jauh lebih murah
berbanding dengan organ aerofon. Ini menjadikannya alat muzik yang sesuai untuk
persembahan konsert serta digunakan di gereja kerana kemampuannya meniru bunyi yang
hampir sama dengan organ paip.
Pada sekitar tahun 1930 an di Amerika Syarikat, organ elektrik yang paling popular ialah
organ harmonium. Ketika era muzik rock dan blues pada tahun 1960 an, muncul pula organ
elektronik. Organ elektronik meggunakan kaedah litar elektronik yang lebih mudah untuk
menghasilkan bunyi. Hasilnya, organ ini lebih kecil saiznya serta mudah alih selain
harganya yang murah. Organ jenis ini menjadi alat muzik kegemaran pemuzik-pemuzik
kontemporari.

Kelebihan Kibod
Kelebihan utama kibod ialah keupayaannya berfungsi sebagai alat muzik All in One dan
menjadi begitu canggih serta menakjubkan dunia muzik hari ini. Semua kibod adalah
kromatik dan dilengkapi dengan pelbagai warna ton serta renj pic yang baik. Melodi dan
harmoni boleh dimainkan secara serentak diiringi dengan automatik bassnya.

34

Rekoder atau seruling adalah salah satu instrumen muzik dari keluarga yang dikenali
sebagai seruling fipple atau instrumen saluran dalaman seperti yang meliputi peluit timah
dan Ocarina. Rekoder adalah alat muzik yang ditiup dari mulut yang dikenali sebagai
sebuah blok atau fipple. Hal ini dibezakan dari ahli keluarga yang lain dengan lubang yang
mempunyai tujuh jari (yang lebih rendah satu atau dua sering dua kali ganda untuk
memudahkan pengeluaran semitone) dan satu untuk ibu jari tangan paling atas. Ini
dikenakan dari rekoder yang meruncing sedikit, yang terluas di hujung mulut dan sempit di
bahagian atas.
Rekorder ini popular pada abad pertengahan melalui era barok,tetapi menurun pada
abad ke-18 yang menyokong alat-alat muzik orkestra, seperti flute, Oboe, dan klarinet.
Rekorder dihidupkan semula pada abad ke-20, dalam mengejar prestasi bersejarah
maklumat muzik awal, tetapi juga kerana kesesuaian sebagai instrumen sederhana untuk
mengajar muzik dan daya tariknya untuk pemain amatur. Pada masa ini, rekorder sering
dianggaps ebagai alat seorang kanak-kanak, tetapi ada juga pemain profesional yang
menunjukkan kepakaran mereka bermain rekorder pelbagai rentak dan lagu.

Teknik Meniup Rekoder


Bagi teknik meniup rekoder, terdapat lima teknik atau aspek yang perlu diamalkan supaya
dapat menghasilkan peniupan kualiti ton yang baik. Lima teknik tersebut ialah:
35

1. Postur
2. Embouchure
3. Penglidahan
4. Pernafasan
5. Penjarian
Semua teknik di atas sangat membantu dalam menghasilkan peniupan kualiti ton yang baik.

TEKNIK PERTAMA POSTUR

36

Berdiri selesa, regangkan sedikit tangan

Condong 45

Postur memainkan peranan semasa meniup rekoder. Postur yang baik membantu
untuk menghasilkan kualiti ton yang baik. Postur semasa meniup rekoder ialah badan perlu
tegak dan berada dalam keadaan selesa. Rekoder dipegang dengan kecondongan 45
37

darjah dari badan. Ini untuk memudahkan pergerakan tangan semasa penjarian. Setelah
itu, tangan diregangkan sedikit agar tidak mengganggu pernafasan. Rekoder dipegang
dengan jari tangan kiri di bahagian atas dan jari tangan kanan di bahagian bawah. Cara ini
adalah praktikal untuk permainan rekoder. Rekoder diimbangkan dengan diletak pada bibir
bawah dan ibu jari tangan kanan. Gunakan music stand untuk meletakkan skor muzik dan
ini

juga

dapat

mengekalkan

postur

badan

yang

tegak.

TEKNIK KEDUA EMBOUCHURE

38

Embouchure ialah penggunaan otot muka dan pembentukan bibir yang mengikut bentuk
pipit (mouthpiece). Masukkan bahagian pemipit di antara bibir. Setelah itu bibir dirapatkan
dan jangan gigit rekoder. Bibir juga jangan ditegangkan dan pastikan bibir dalam keadaan
selesa.

TEKNIK KETIGA PENGLIDAHAN

39

Penglidahan penting untuk penghasilan not rendah dan not tinggi. Pergerakan lidah
membantu

pengeluaran

udara

dengan

kadar

yang

sesuai

dengan

kualiti

ton.

Untuk not tengah, bunyikan du dengan lidah. Manakala not rendah menggunakan bunyi
lu. Bagi not tinggi, bunyikan tu semasa meniup. Bunyi du-ku digunakan semasa double
tongueing. Semasa memainkan not kaitan, hanya pada not pertama berlaku penglidahan.
Bagi

permainan

secara staccato,

bunyikan

tut untuk

penghasilan

not

pendek.

TEKNIK KEEMPAT PERNAFASAN


Untuk meniup not rendah, tekanan udara dari ruang diafragma dilepaskan perlahan-lahan
serta terkawal. Tekanan udara yang lebih serta dilepaskan secara laju adalah untuk meniup
not

tinggi.

Bagi

satu

frasa,

hanya

satu

pernafasan

yang

digunakan.

TEKNIK KELIMA PENJARIAN

40

Bagi tangan kiri, ibu jari bernombor 0 menutup lubang rekoder di bahagian belakang
rekoder. Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama. Jari hantu bernombor
2 menutup lubang rekoder kedua. Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.
Untuk tangan kanan, jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat. Jari hantu
bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima. Lubang rekoder keenam ditutup dengan jari
manis yang bernombor 6. Lubang rekoder ketujuh ditutup dengan jari bernombor tujuh iaitu
jari kelingking.Terdapat dua pembukaan kecil pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7.
Tujuan lubang kecil ini adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flat.

BAB 5
41

KAEDAH PEMBELAJARAN MUZIK

Kaedah Kodaly Dalam Pembelajaran Muzik


Kaedah Kodaly (1882-1967) adalah satu paradigma pendidikan muzik yang menggunakan
aktiviti nyanyian dan keupayaan pendengaran dalaman oleh kanak-kanak. Kodaly
menyarankan penggunaan lagu-lagu rakyat / tempatan
menggunakan

bahasa

ibunda

dalam

aktiviti

latihan

nyanyiannya. Beliau tidak menggunakan sistem gred seperti


yang sering digunakan dalam kaedah pengajaran piano atau
alat muzik lain.
Sasaran kaedah Kodaly ialah untuk membantu kanakkanak dalam literasi muzik. Ini dilakukan dengan penggunaan
beberapa pendekatan yang berpusatkan kanak-kanak itu
sendiri, iaitu penggunaan latihan irama, latihan nyanyian solfa, latihan bacaan semerta,
latihan mendengar, menulis, membuat persembahan dan mencipta muzik. Kemahiran
literasi muzikal turut dibina melalui pengalaman latihan aural dan pengalaman ingatan
visual. Pembinaan pemahaman asas adalah penting dan ianya diikuti dengan pengetahuan
bagaimana membuat persembahan, mendengar dan membuat analisis muzik klasikal yang
mudah. Seterusnya kemahiran ditingkatkan secara berperingkat sehingga mereka berupaya
untuk mencipta muzik mereka sendiri.
Kodaly berpendapat, setiap kanak-kanak yang boleh bercakap juga boleh menghasilkan
muzik. Kemahiran muzik juga dibina melalui asas-asas kefahaman kemahiran berbahasa.
Menurut Kodaly, terdapat tiga turutan konsep dalam pembelajaran literasi bahasa, iaitu:
(1) Peringkat AURAL : kanak-kanak mula belajar menghasilkan bunyi dan ton semasa
mereka bercakap (dalam kemahiran berbahasa).

(2) Peringkat MENULIS : Setiap kali satu perkataan difahami, perkataan dan pic boleh
ditranskripsikan melalui penulisan atau perlambangan.
42

(3) Peringkat MEMBACA : Kanak-kanak membina keupayaan membaca.


Ketiga-tiga peringkat ini juga turut digunakan dalam kaedah Kodaly. Dalam kaedah Kodaly,
pembelajaran nyanyian dan teknik pendengaran menggunakan simbol irama dan sukukata.
Pada masa yang sama, isyarat tangan akan mewakili perkaitan antara pic-pic. Penggunaan
isyarat tangan membantu kanak-kanak melihat pic samada ianya menaik atau menurun.

John Curwen (1816-1880) lahir


di Yorkshire England pengasas
isyarat tangan Tonik Solfa 2.

Dalam nyanyian, Kodaly sentiasa memulakannya dengan lagu-lagu rakyat atau lagu-lagu
tempatan yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Secara berperingkat,
lagulagu dari budaya lain mula diperkenalkan sedikit demi sedikit. Kanak-kanak perlu dilatih
menyanyi dengan tepat menggunakan pola melodi yang paling asas. Misalnya Do-Re, DoRe-Mi dan sebagainya. Bermula diperingkat ini juga, mereka diajar menyebut irama
menggunakan perkataan sambil bertepuk tangan mengikut detik muzik.

Kunci asas dalam kaedah Kodaly ialah penggunaan ekspresi tubuh dalam muzik.
Seterusnya, tambahan kepada nyanyian dan detik ialah dengan menggunakan hujung kaki
43

(step) untuk menandakan detik muzik. Mereka juga diajar bagaimana untuk menepuk irama
daripada sukukata, dan berfikir (membayangkan) sukukata semasa menepuk irama.

Seterusnya, Kodaly menyarankan pengenalan alat muzik iaitu zailofon (yang


ditanggalkan bar tertentu) dan rekoder. Tetapi sebagai permulaan, beliau menyarankan
penggunaan bahasa ibunda sebagai asas mempelajari muzik. Falsafah yang paling penting
dalam pendekatan Kodaly ialah Muzik adalah untuk semua orang. Pedagogi Kodaly
menekankan perkembangan kemahiran pengalaman muzikal secara menyeluruh dan
berurutan. Kodaly percaya bahawa semua kanak-kanak mempunyai potensi untuk menjadi
celik muzik. Mereka hanya perlu diberi peluang untuk memperkembangkan skil
persembahan, skil pendengaran dan skil-skil muzik yang lain untuk menjadi celik muzik.
Kodaly juga percaya bahawa suara adalah alat muzik yang paling utama kerana ia
adalah alat muzik alat yang semulajadi. Tujuan nyanyian dijadikan fokus adalah kerana
kemahiran nyanyian merupakan asas kemahiran bagi semua kemahiran muzik yang lain.
Menurut Kodaly, setiap kanak-kanak selalu mempelajari bahasa ibunda mereka terlebih
dahulu sebelum mempelajari bahasa yang lain. Maka dalam pengajaran muzik, kanakkanak harus diajar lagu-lagu rakyat bahasa ibunda mereka sebelum mempelajari lagu-lagu
dari bahasa asing.

44

Pendedahan Kaedah Kodaly Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik


Kaedah Kodaly adalah satu kaedah yang berterusan dan sentiasa berkembang. Banyak
perubahan telah berlaku sejak kaedah ini bermula dan sedang dalam proses perubahan
untuk mencari cara yang lebih baik lagi untuk memupuk rasa cinta kepada muzik. Kaedah
Kodaly menjadi tunjang dan nadi kepada kurikulum muzik di sekolah mahu pun di institut
pendidikan guru.Terdapat 3 jenis teknik atau komponen di dalam pengajaran dan
pembelajaran kaedah Kodaly iaitu:
i. Tonik Solfa
ii. Isyarat Tangan
iii. Simbol, Notasi dan Sebutan Irama
a. Kaedah Kodaly secara berurutan
Kaedah berurutan ini berfokus kepada isi kandungan yang disusun dengan sistematik
mengikut kebolehan kanak-kanak pada tahap perkembangannya.
i. Konsep Irama
Salah satu unsur muzik yang ketara yang boleh dijadikan contoh di sini ialah irama. Irama
yang asas didalam kaedah ini ialah irama bersamaan dengan pergerakan kanak-kanak
seperti berjalan (krocet mempunyai nilai 1 kiraan) dan berlari (kuaver mempunyai nilai
kiraan). Elemen-elemen muzik yang lain seperti bentuk (form), harmoni, tempo, dinamik
boleh diatur atau disusun secara berurutan dalam kaedah ini.
ii. Konsep melodi
Selain konsep irama, konsep melodi juga perlu diperkenalkan secara berurutan.Mengikut
perkembangan muzikal kanak-kanak, mereka hanya dapat menyanyikan 5 atau 6 ton dan
tidak dapat menghasilkan semiton dalam pic yang tepat. Oleh demikian konsep melodi perlu
diperkenalkan dengan 2 pic dahulu, so dan mi yang mempunyai jeda minor ke-3.
Mengikut kebiasaan corak jeda ini memang terdapat di dalam kehidupan harian mereka.

Contohnya seperti sebutan perkataan berpic:


45

Didalam kajian konsep melodi, jeda minor ke-3 dan major ke-2 merupakan jeda-jeda yang
sama dan lazim digunakan di negara Jepun, Amerika Syarikat dan juga Hungary.
b. Nyanyian
Suara merupakan satu alat muzik yang semulajadi yang berkesan dan dimiliki oleh semua
orang. Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat untuk melahirkan perasaan gembira,
sayang, sedih, takut atau seronok. Cara yang baik bagi kanak-kanak menggunakannya
untuk menimba pengalaman muzikal ialah kegiatan nyanyian. Oleh itu nyanyian merupakan
aktiviti yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dan asas yang terbaik
dalam perkembangan dan kemahiran muzik.
c. Pendengaran Dalaman
Teknik ini dikenali sebagai inner hearing dan inner singing yang dapat menguji kesemua
elemen muzik kanak-kanak. Pendengaran dalaman memainkan peranan yang penting
dalam kemahiran muzik seperti nyanyian, permainan alat dan lain-lain bidang muzik. Berikut
adalah beberapa aktiviti kemahiran pendengaran dalaman yang boleh digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran muzik:
Contoh 1
Gunakan lagu yang mudah seperti Lompat Si Katak Lompat, Bangun Pagi Gosok Pagi,
Jong-jong Inai dan sebagainya. Pelajar harus faham bahawa tujuan latihan ini adalah untuk
menguji tempo, melodi dan elemen-elemen muzikal lain yang telah mereka pelajari.
Terangkan kepada pelajar bahawa untuk lagu yang dinyanyikan, mereka dikehendaki untuk
menyanyi frasa pertama dan kedua dengan kuat dan nyanyikan frasa ketiga dalam kepala.
Dengan erti kata lain pelajar - pelajar dikehendaki untuk terus menyanyi dengan senyap.
Kemudian frasa yang terakhir perlu dinyanyikan kuat semula.

Contoh 2
46

Meneka lagu. Guru menggunakan isyarat tangan solfa kepada sesuatu melodi dan meminta
murid-murid menyanyikan dengan senyap di dalam kepala. Setelah guru memberi masa
untuk murid-murid merasai melodi itu, guru akan meminta murid menyanyikan keratan
melodi tersebut secara kuat.
d. Penghafalan
Kanak-kanak biasanya merasa seronok apabila mempelajari sesuatu lagu itu dengan cara
menghafal atau learning by heart. Namun ada cara yang lebih menarik dalam
memperkembangkan aspek ini. Ia boleh dilakukan melalui teknik permainan.
Contoh 1.
Guru membuat isyarat tangan dan murid menghafalnya sambil berfikir melodi tersebut.
Murid membuat isyarat tangan serta menyanyikan melodi itu kepada solfa. Proses diulang
dengan motif-motif yang pendek. (Setelah latihan dijalankan beberapa kalai murid diberi
latihan dengan menggunakan motif yang lebih panjang)
Contoh 2
Guru menggunakan skel pentatonik sebagai bahan penghafalan. Murid diberi sehelai kertas
dimana dibahagian kiri telah diisi dengan not-not pada baluk. Dibahagian kanan pula
dikosongkan. Murid mendengar guru memainkan 2 atau 3 not di kibod berulang-ulang.
Murid digalakan berfikir dahulu sebelum menulis balik pada baluk disebelah kanan. Setelah
selesai menulis, murid menyanyi not-not yang ditulis dibaluk tadi. (Aktiviti ini boleh
menggunakan symbol atau notasi lidi dengan nama solfa).
e. Improvisasi
Aspek ini diperkenalkan sebagai satu cara untuk menentukan samada murid dapat
memahami konsep muzik yang dipelajari serta memberi keyakinan kepada mereka.

Contoh : Permainan Baling Tepuk

47

Guru akan membaling bola sakti kepada murid bertuah. Guru akan bertepuk atau
menggerakkan anggota badannya pada detik sambil murid mendengar. Murid tersebut
digalakkan respon melalui bertepuk atau menggerakkan anggota badan pada satu corak
yang lain.

48

BAB 6 LAGU PATRIOTIK


6.1 Istilah Patriotik
Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air'
oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') itu mungkin
suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini bermaksud bangsa dan/atau negara.
Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa,
kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahliahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini
digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Sebenarnya, nasionalisme ialah
sejenis ideologi - namun nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap
yang sewajarnya.
Patriotisme mengandungi konotasi etika: adalah dibayangkan bahawa 'tanah air' ini
sendirinya adalah satu taraf moral atau niali moral. Patriotisme juga membayangkan
bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri
dan kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Gugur
dalam pertempuran merupakan contoh yang lazim bagi patriotisme melampau.

6.2 Ciri-ciri Lagu Patriotik


Setiap lagu yang dicipta oleh komposer lagu mempunyai makna tersendiri. Pemikiran
dan hasrat si penulis lagu dipersembahkan dalam bentuk gubahan lagu. Sama halnya
dengan lagu patriotik yang mana setiap lagu mengandungi mesej yang ingin disampaikan.
Antara ciri lagu patriotik adalah berunsur kenegaraan, mesej yang ingin disampaikan adalah
jelas, susunan kata yang teratur dan mudah difahami. Selain itu, melodi dan senikata lagu
patriotik melahirkan semangat sayang dan cinta akan Negara.

49

6.3 Koleksi Lagu Patriotik

31 Ogos

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara


Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

50

Bahtera Merdeka

Bonda senyum riang


Menerima bahtera Merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang

Fajar telah tiba


Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Pusaka Bangsa

Jiwa dan raga


Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman Merdeka

Duhai ibu pertiwi


Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji

51

Kemegahan Negaraku

Selamatlah Malaysia jaya


Negaraku yang kucintai
Seumurnya maha perkasa
Kedaulatan ibu pertiwi

Malaysiaku maha berjaya


Negaraku indah murni
Selamatlah Malaysia jaya
Negaraku ibu pertiwi

52

Malaysia Baru

Andai hidup tak punya cinta


Pada bangsa maupun wanita
Hidup tak punya ertinya
Kenikmatan tidak dirasa

Cinta bangsa rasa mulia


Cinta wanita rasa bahagia
Menjadi kita penuh daya
Mencipta hidup sempurna

Andai kita lalai sertalah lupa


Masa akan lari sia-sia
Jiwa kosong tak berharga
Dunia bukan syurga

Oleh itu mari kawanku


Berpimpin tangan berganding bahu
Segera capai cita yang satu
Di alam Malaysia baru

53

Malaysia Tanah Airku

Malaysia oh tanah air ku


Tanah tempat tumpah darah ku
Negeri elok amat ku cinta
Yang ku puja sepanjang masa

Sawah mu terbentang meluas


Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukit mu lurusnya terbentang
Tak jemu mata ku memandang

Sungguh indah di Malaysia


Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeri ku Malaysia


Pusaka tinggalan moyang ku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia tanah air ku

54

Malaysia Tercinta

Tanah air tercinta


Ibu Pertiwi warisan bangsa
Negaraku Malaysia bebas merdeka
Lambang keamanan dan kemakmuran

Bertekap dan berbakti


Semangat waja gigih berusaha
Sehati dan sejiwa
Rakyat berbilang bangsa
Menuju ke arah satu cita

Keluhan resah
Tiada bermain di jiwa
Semuanya bergantikan ceria
Zaman gerhana jauh sudah
Ditinggalkan

Malaysia tanah tercinta


Budimu tinggi nilainya
Kami menerima jasamu
Tak terbalas walau bergalang nyawa
Demi mu tetapku relakan

55

Malaysia tercinta
Tanah bertuah
Jasa dan budi
Tetapku sanjung tinggi
Tetapku sanjung tinggi

Negaraku

Negaraku
Tanah Tumpahnya Darahku
Rakyat Hidup
Bersatu Dan Maju

Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan
Raja Kita
Selamat Bertakhta

56

Pahlawanku

Pahlawanku
Pergilah berjuang untuk bangsa
Jangan ragu
Namamu tetap dipuja

Biar mati
Sebagai pahlawan yang sejati
Jangan undur
Jasamu kelak bertabur

Selamat kau pergi


Selamat kembali
Dengan hati suci
Dan tak takut mati

Pahlawanku
Menuju ruang ke medan perang
Jangan takut
Sebagai askar berjuang

57

Perwira
Perwira...
Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi

Perwira...
Janganlah kekanda bimbang
Untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur
Jasamu dikenang

Dengarlah lagu kucipta


Gubahan mesra nan manja
Sebagai ganti diri
Bersama kau berbakti
Untuk ibu pertiwi

Kekanda di medan perang


Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati

58

Majulah kekanda maju jangan undur


Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Perwiraku

PUNCAK JAYA
Nyalakan azam membumbung
Padukan tekad dan waja
Songsongi ombak bergulung
Menuju ke pulau cita

Setitis jadikan laut


Sekepal jadikan gunung
Namamu kelak disebut
Jasamu kelak disanjung

Nyalakan tekad di hujung cita


Sama muafakat ke puncak jaya
Sembah setia sepenuh jiwa
Untuk nusa dan negara

Kan megah langit dijunjung


Rela bumi nan dipijak
Kan megah ibu mengandung
Putera puterinya berjasa

59

Tanah Pusaka

Sungguh gemilang negeriku


Yang kupuja oh tanah Malaysia
Dimerata dunia
Harum semerbak namamu oh Malaysia

Aman makmur kaya-raya


Selama-lama hidup maju jaya
Oh tanah pusaka
Negaraku yang berdaulat dan merdeka

Tanah pusaka bertuah


Berbagai bangsa didalamnya
Hidup aman dan bersama
Bertekun kerja untuk Malaysia

Musuh melanggarku gempur


Sungguh rela kugugur kerana
Kau tanah pusaka
Biar putih tulang jangan putih mata

60

Lafaz syukur saya panjatkan kepada Allah SWT dengan izin-Nya akhirnya tugasan
Kerja Kursus Pendidikan Muzik ini dapat saya siapkan mengikut waktu yang ditetapkan.
Melalui tugasan ini telah banyak pengetahuan dipelajari dan saya perolehi berkaitan muzik
itu sendiri.
Encik Albert Mark Maguring merupakan pensyarah yang banyak memberikan tunjuk
ajar dan bimbingan kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan serta sering berkongsi
pengalaman khususnya yang berkaitan dengan profesion keguruan. Bimbingan dan nasihat
beliau akan sentiasa diingati dan menjadi inspirasi buat kami untuk terus berusaha demi
kejayaan.
Sepanjang proses pembelajaran di semester ini telah banyak input berguna telah saya
dapatkan. Serba sedikit pengetahuan tentang muzik telah saya ketahui seperti not-not
muzik dan nilainya, jeda, pic, sel, klef dan sebagainya yang berkaitan dengan asas teori
muzik. Selain itu, saya dapat mempelajari tentang notasi muzik bagaimana menterjemahkan
not-not muzik pada garis baluk. Walaupun bab notasi muzik ini merupakan satu bab yang
sukar bagi saya, tapi saya cuba memahaminya dengan teliti agar saya dapat
mengadaptasikan ilmu yang dipelajari ini suatu hari nanti.
Dalam proses menyiapkan tugasan ini, terdapat sedikit kesukaran mencari maklumat
disebabkan oleh jaringan internet yang kurang berfungsi dengan baik. Namun begitu, ia
tidak mematahkan semangat saya dan rakan sekuliah untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Prasarana yang sedia ada saya gunakan dengan sebaiknya. Melalui perpustakaan,
pelbagai bahan yang boleh saya dapatkan termasuklah buku rujukan. Sebagai seorang
guru pelatih seharusnya saya tidak menjadikan sesuatu masalah itu sebagai alasan untuk
tidak menyiapkan tugasan.

61

Sesungguhnya kerja kursus ini telah banyak memberi pengalaman baru dalam diari
hidup saya sebagai seorang pelatih GSTT. Kembali menjadi seorang pelajar walaupun
mempunyai umur yang jauh lebih tua dari pelatih senior di IPG ini tidak menjadi penghalang
untuk saya cekal berusaha bagi melakukan yang terbaik. Dugaan dan cabaran, pujian
mahupun kritikan yang diterima sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini adalah lumrah
kehidupan pelajar dan saya berusaha untuk sentiasa bersikap positif dan menerima dengan
hati yang lapang.
Kerjasama dan komitmen semua pihak terutamanya pihak pensyarah dan rakan-rakan
sekuliah amatlah saya hargai. Semoga kerja kursus ini bermanfaat bukan sahaja kepada
diri saya sendiri bahkan juga kepada orang lain. Kemungkinan dalam tugasan ini wujudnya
berbagai kepincangan, semoga pada tugasan berikutnya saya akan dapat memperbaiki
kelemahan dari segenap aspek dan dapat meningkatkan lagi potensi kerja saya. Amatlah
besar harapan saya semoga hasil tugasan ini dapat diterima baik oleh pihak pensyarah.
Sekian,dan terima kasih.

NUR ZAKIRAH BINTI MOHD


PPISMP GSTT (BM2)DIS. 2012

62

Penglibatan secara aktif murid dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya
menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, di samping memupuk
nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, murid mendapat pengetahuan dan kefahaman konsep
muzik yang asas. Bagi murid Tahap 1 khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja
membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu mereka
memahami konsep muzik yang abstrak. Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak
dan bermain alat muzik secara berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi
dan berinteraksi dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Di samping itu, terdapat pelbagai
bentuk muzik dalam budaya masyarakat Malaysia yang harus dikenali murid sebagai
warisan bangsa.Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalam
muzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada diri murid.

63

http://koleksi-lagu-patriotik.blogspot.com
http://ms.wikipedia.org/wiki/Patriotisme
http://www.ppk.smkdpk.com/sp/sp_muzik_f123.pdf
http://www.utusan.com.my/
http://www.iksep.gov.my/pdf/patriotisme_semakin_terhakis.pdf

64

65

Kembalikan rentak asal lagu Negaraku


Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Kerajaan diminta mengembalikan semula penggunaan rentak asal lagu Negaraku bagi
mengelakkan sebarang kekeliruan yang boleh merosakkan kesenian dan keagungan lagu kebangsaan itu.
Pelbagai pihak termasuk pencipta lagu tanah air menegaskan, selain sifat muzikal lagu asalNegaraku yang sudah sebati
dengan sebilangan besar rakyat Malaysia, ia juga memiliki `semangat' tersendiri yang mampu membangkitkan rasa megah
dan hormat rakyat pada negara.
Komposer veteran, Datuk Ahmad Nawab berkata, rentak asal lagu Negaraku perlu dikembalikan semula memandangkan
ia mempunyai ciri-ciri lagu patriotik yang asli dan memiliki kekuatan tersendiri bagi membangkitkan kecintaan kepada
negara.
``Saya sudah cipta lagu bertahun-tahun lamanya, saya dapat rasakan `semangat' sesebuah lagu itu, bagi saya rentak asal
lagu kebangsaan kita ada kekuatan tersendiri hingga ada kalanya meremang bulu roma bila menyanyikannya.
``Iramanya yang perlahan itulah yang membawa semangat itu, kita akan rasa gentar. Kalau (irama) dipercepatkan,
`semangat' tadi akan hilang, kita pula hilang penghayatan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan seorang Ahli Parlimen, Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang mendakwa penyanyi
Hattan menghina lagu Negaraku kerana tidak menyanyikan lagu itu dengan versi betul pada perlawanan akhir Piala
Malaysia Sabtu lalu.
Lagu Negaraku yang dijadikan lagu Kebangsaan pada 1956 pada asalnya berentak moderato sama seperti kebanyakan
negara-negara beraja lain di dunia.
Bagaimanapun, pada 30 Ogos 1993 iaitu sempena menyambut Hari Kebangsaan, kerajaan mengubah rentaknya kepada
rentak march iaitu lebih cepat sebelum sekali lagi mengubah tempo lagu kebangsaan itu pada 2003.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata: ``Saya sudah pernah bercakap mengenai hal ini, sebab itulah kita perlu kekalkan irama
asalnya supaya tidak timbul mana satu rentak betul dan mana satu rentak tidak betul.''
Bekas pemimpin orkestra RTM, Datuk Johari Salleh pula berkata, tindakan kerajaan mengubah rentak lagu kebangsaan itu
sebelum ini tidak mendatangkan kesan yang diharapkan, sebaliknya mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat.
``Dulu kita cepatkan, lepas itu kita perlahankan semula, kita sedar tujuan kerajaan (mengubah lagu) itu baik, tapi ia
nampaknya tidak menjadi.
``Lagu asal negaraku digubah oleh orang dahulu dengan perasaan kenegaraan dinamik sehingga kalau kita
menyelaminya dengan baik ia boleh membuat kita megah dan bangga, itulah yang dikatakan sebagai lagu patriotik,''
tegasnya.
Sementara itu, bekas Ketua Pengarah Istana Budaya, Dr. Hatta Azad Khan berkata, kontroversi yang sering timbul
mengenai nyanyian lagu Negaraku diakibatkan perubahan demi perubahan yang dibuat pada tempo lagu itu.
``Jadi ini tidak baiklah, kita bercakap mengenai lagu kebangsaan, lagu kebanggaan dan lagu yang mencerminkan identiti
serta harapan rakyat. Tidak enaklah kalau terus diubah, kita bimbang ia akan mengakibatkan kekeliruan,'' jelasnya.
ARKIB DALAM NEGERI : 06/10/2005. Utusan Malaysia.

66

Anda mungkin juga menyukai