Anda di halaman 1dari 24

Bab 8

KOMPUTER
DALAM
PENDIDIKAN
DAN LAMAN
SOSIAL

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat:
1.

Memahami konsep penggunaan Komputer Dalam Pendidikan.

2.

Menggunakan kemudahan perkakasan dan perisisan komputer


bagi menghasilkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah.

3.

Melaksanakan kaedah pengajaran berasaskan bahan


pembelajaran yang dihasilkan melalui aplikasi komputer.

4.

Menggunakan aplikasi laman sosial di laman web untuk tujuan


pengajaran dan pembelajaran.

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Muka surat |2

8.1 PENGENALAN
Mengikut Galbraith (1967) technology is the systematic application of
scientific or other organised knowledge to practical tasks. Systematic
application bermaksud teknik yang digunakan harus ada kerangka reka
bentuk untuk menghasilkan satu total system pengajaran-pembelajaran.
Application of scientific knowledge bermaksud teknik harus menggunakan
idea (teori) yang telah diuji dan didapati berjaya dan aplikasinya telah
disahkan melalui ujian. Kerangka atau templat yang dihasilkan melalui
ujian perlu distruktur supaya guru dapat mengggunakan pola instruksional
berulang kali.
Selain pandangan di atas, teknologi mengikut Finn (1960) Heinich,
Molenda dan Russell (1989) dan Romizowski (1988) membawa dua
maksud:

Teknologi sebagai proses: Penggunaan pengetahuan sains dan


lain-lain

cabang

ilmu

untuk

menghasilkan

tugasan-tugasan

pembelajaran yang praktikal. Suatu proses ke arah penyelesaian


kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah,
reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji.

Teknologi sebagai produk atau bahan: Penghasilan perkakasan


dan perisian hasil dari proses-proses teknologi itu sendiri.
Contohnya, projektor (perkakasan) dan film, (perisian) adalah hasil
teknologi.

Penjelasan teknologi sebagai proses dan produk ini sama seperti yang
dimaksudkan oleh Saettler (1968, 1990) iaitu teknologi bukan bererti
penggunan mesin sahaja, tetapi meliputi teknik penggunaan pengetahuan

Page |3

saintifik. Bagi Saettler (1990), teknik lebih penting daripada produk kerana
untuk menghasilkan sesuatu memerlukan proses. Proses pula perlu dilihat
dalam konteks menggunakan kaedah atau teknik untuk meningkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran.

8.2 PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM


PENDIDIKAN

8.2.1 Apakah itu komputer


Definisi umum komputer ialah sejenis peralatan elektronik yang
dihubungkan dengan elektrik yang berfungsi untuk membantu sistem kerja

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Muka surat |4
manusia supaya lebih mudah, cepat dan tepat. Komputer juga merupakan
alat informasi dan komunikasi yang boleh mengolah dan menyimpan data.
Secara umumnya kelengkapan komputer pada masa kini adalah
seperti berikut :
- Mainframe
- Personal Computer (PC)
- Computer for Server (Server)
- Personal Data Assistant (PDA)
- Mobile Computer (Notebook, Laptops, Desknote)
- Global Positioning System (GPS)
- Kalkulator
- Translator (contoh : Alfa Link)
- PC Tablet
- Organizer
Walaupun terdapat pelbagai jenis alat yang boleh di kategorikan
sebagai komputer, lazimnya, fokus utama kita ialah personal komputer
(PC). Justeru itu, saya hanya akan membincangkan PC mengikut garis
sempadannya.

Page |5

Secara umumnya, kaedah kerja komputer adalah seperti berikut :

Terdapat tiga bahagian peringkat komputer iaitu :


1. Hardware (perkakasan)
2. Software (perisian)
3. Brainware (pengguna)
- Operator, iaitu sebagai pengguna komputer sahaja.
- Programmer, iaitu sebagai pembuat software atau program.
- Sistem analisis, iaitu yang menghubungkan antara komputer,
manusia dan program.

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Muka surat |6

8.2.2 Perkakasan Komputer

Pencetak Canon i320

Page |7

Komputer peribadi atau PC

Papan Kekunci
Tetikus

Kayu ria

Pembesar suara

Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang


membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali
sebagai peranti (device).
Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan
peralatan fizikal pada sebuah komputer, manakala perisian (software)

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Muka surat |8
menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja
komputer. Kadangkala perbezaan perkakasan (hardware) dengan perisian
agak kabur, terutama apabila merujuk kepada perisian tegar (firmware).
Perisian tegar ialah perisian yang dipasang ke dalam perkakasan, ia amat
jarang perlu diubah dan oleh itu biasanya disimpan dalam ingatan baca
sahaja (ROM).
Kebanyakan

perkakasan

komputer tidak

dapat dilihat oleh

pengguna biasa. Ia merupakan sebahagian dari sistem terbenam yang


digunakan

dalam

kenderaan,

ketuhar

gelombang

mikro,

mesin

elektrokardiograf, pemain cakera padat dan banyak lagi. Komputer


peribadi, perkakas yang paling biasa pada kebanyakan orang, merupakan
cuma sebahagian kecil perkakasan komputer (kira-kira 0.2% dari semua
komputer baru pada 2003).
8.2.3 Sejarah perkembangan komputer
Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik
yang menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik
(pengiraan) dan logic (membuat keputusan) ke atas data dan kemudian
mengeluarkan keputusan ( maklumat ). Komputer memproses data secara
automatik (tanpa pertolongan manusia) di bawah arahan program yang
tersimpan dalam unit storan utama. Program (atau aturcara) mengandungi
jujukan arahan- arahan yang mengarahkan komputer mengatasi sesuatu
masalah dengan menggunakan unit-unit yang ada padanya.
Perkembangan komputer bertambah rancak setelah memasuki
dekad 40an. Beribu-ribu komputer telah dibina dan perkembangan
komputer telah menghasilkan mesin yang tinggi kelajuan, storan dan
ingatan. Zaman ini menandakan permulaan generasi komputer. Terdapat

Page |9

lima generasi komput kesemuanya dan setiap generasi mempunyai


cirinya tersendiri.
8.2.4 Generasi Pertama ( 1942 - 1959 )
Ciri-ciri :

1.

Menggunakan teknologi tiub hampagas.

2.

Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat; lebih pantas


daripada pergerakan alat mekanik.

3.

Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.

4.

Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah gelanggelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan kuasa
magnet melalui satu dari dua arah.

Contoh :
a. ABC - komputer digital elektronik pertama ( 1937 - 1942 )
oleh John V. Atanasoff dan dibantu oleh Clifford Benry.
b. ENIAC - diusahakan oleh John W.Mauchly dan J.Presper
Eskert. Dibina tahun 1945 - 1946, permulaan era cemerlang.
c. EDVAC, EDSAC dan UNIVAC 1, IBM 709 - John Von
Neumann, Mauchly dan Eskert ( 1951 )
d. IBM 701 ( 1953 )

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

M u k a s u r a t | 10
e. IBM 650 ( 1959 )

8.2.5 Generasi Kedua ( 1959 - 1964 )


Ciri-ciri :

Menggunakan transistor menggantikan tiub hampagas. Tiub


hampagas adalah besar dan memerlukan penggunaan kuasa
elektrik yang banyak dan dengan itu mengeluarkan haba serta
cepat rosak.

Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer


perlu diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain.

Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses


secara jujukan sahaja.

Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik.

Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan.

Bahasa pengaturcaraan peringkat tingi seperti FORTRAN dan


COBOL.

Contoh :

a. IBM 1400 - Pencipta John Bardeen, William Shockley dan


Walter Brattain.
b. UNIVAC M460, IBM 7090, NCR 315 dan BURROUGHS
5000.
8.2.6 Generasi Ketiga ( 1964 - 1970 )
Ciri-ciri :

P a g e | 11

1. Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada


beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon.
2. Atur cara lebih serasi.
3. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna
berkongsi mesin. Istilah baru perkongsian masa.
4. Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera
magnet.
5. Lebih kuat, utuh dan padat.
6. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal.
Contoh :
a. IBM 360 ( 1964 )
b. Bermulanya era minikomputer - PDP-8 ( 1965 )
c. ICL 1900 ( International Computer Limited ) dan VAC 9000
8.2.7 Generasi Keempat ( 1971 -1999 )
Ciri-ciri :
1. Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan
ialah Penyepaduan Skala-Besar ( Large-Scale Intergration ataupun
LSI ).
2. Penggunaan mikropemprosesan pada satu serpihan.
3. Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa
kali saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan.
4. Pengenalan kepada cakera pada ingatan baca sahaja ( Compact
Disc Read Only Memory ( CD ROM ) ).

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

M u k a s u r a t | 12
5. Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar.
Contoh :
a.

IBM 370 ( 1970 )

b.

PDP-11 ( 1970 )

c.

bermulanya era mikrokomputer. Mikrokomputer pertama


ialah MITS ( Altair 8800 ) 1975. Selepas itu, Apple I dicipta
oleh Steve Mozniak dan Steve
Jobs, Apple II ( 1977 ),
Commodore PET.

d.

VisiCalc ( Visible Calculator ) sebuah pukal hamparan elektronik oleh Dan Brickland.

e.

Super komputer yang popular ialah CRAY I.

8.2.8 Generasi Kelima ( 2000 sehingga kini )

Ciri-ciri :
1. Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada
yang sedia ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap',
dan 'berfikir' seperti manusia.
2. Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat
komputer itu cerdik.
3. Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya
sekarang dan membolehkan tugas diselesaikan serentak.

P a g e | 13

4. Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar


dan membuat kesimpulan.

Contoh :

a.

Pentium III

b.

Pentium III Xeon

c.

Pentium IV

8.3 PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER


(COMPUTER ASSISTED INSTRUCTION, CAI)
Antara aspek-aspek mustahak dalam CAI ialah pembangunan bahan
kursus, mengintegrasi bahan CAI dengan aktiviti bilik darjah, untuk
mendapat sistem komputer, untuk mengedar bahan kursus CAI dan untuk
menentukan keberkesanan CAI dalam bilik darjah.
Bagi setiap topik / tajuk dalam CAI
telah direka beberapa unit seperti verbal,
latih tubi, tutorial, simulasi dan pertanyaan
bergantung

kepada

kumpulan

pelajar

sasaran. Sebagai tenaga pengajar yang


akan menggunakan komputer sebagai

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

M u k a s u r a t | 14
medium pengajaran dengan berkesan, seseorang patut tahu tentang
kelebihan dan kelemahan sebuah komputer.

8.4 PENGAJARAN DIURUSKAN KOMPUTER


(COMPUTER MANAGED INSTRUCTION, CMI )
Pengajaran Diuruskan Komputer ( CMI ) berperanan membantuproses
pengurusan dalam bilik darjah.Ia melibatkan interaksi antara pelajar, guru,
komputer dan bahan-bahan sumber pendidikanyang lain.CMI digunakan
dalam membimbing pelajar dalam kurikulum melalui satu haluan
pembelajaran yang ditetapkan oleh guru, menyimpan rekod-rekod
kemajuan pelajar untuk digunakan dalam proses penilaian kelak serta
untuk menilai keberkesanan sumber-sumber pendidikan.Terdapat tiga
bidang utama CMI iaitu pengurusan rekod pelajar, pengurusan komunikasi
dan pengurusan proses pembelajaran.
Dalam CMI, pelajar biasanya berinteraksi secara terus dengan bahan
yang sedia ada dan hanya sebahagian daripada masanya pula mereka
berinteraksi dengan komputer,Selain itu,beberapa bahan lain turut
digunakan

seperti

teks

terancang,

alat

pandang

dengar,

bahan

kursus,buku dan risalah.CMI mempunyai kelebihan dimana ia boleh direka


untuk menyoal pelajar dalam bentuk kuiz dan ujian objektif dalam menilai
penguasaan pelajar terhadap subjek.Diantara bahagan yang agak rumit
dalam pembangunan CMI ialah merekabentuk dan menyenggara sistem
CMI.Walaupun tugas ini sukar dan memakan masa, ia boleh dilaksanakan
menggunakan perisian pemprosesan kata, hamparan elektronik dan

P a g e | 15

pangkalan data.

8.5 KOMUNIKASI MEDIASI KOMPUTER


(COMPUTER MEDIATED COMMUNICATION, CMC )
Komunikasi

mediasi

komputer

melibatkan

pengajaran

dan

pembelajaran secara rangkaian atau hubungan rangkaian. Contohnya


guru atau pelajar menggunakan jalur internet untuk berhubung semasa
proses pembelajaran berlaku.

8.6 MULTIMEDIA BERASASKAN KOMPUTER


(COMPUTER BASED MULTIMEDIA, CBM)
Sistem-sistem multimedia untuk pendidikan dapat menyampaikan
pengajaran secara langsung kepada para pelajar melalui cara berinteraksi
dengan

mata

pelajaran

yang

telah

diprogramkan

menggunakan

multimedia ke dalam komputer.


Multimedia boleh dijadikan salah satu alat bantuan mengajar (ABM)
kerana ia membolehkan guru mengurus aktiviti pengajarannya secara
teratur dan menarik dengan cara memberi persembahan yang pelbagai
menggunakan program-program multimedia yang senang didapati.
Contohnya, persembahan pengajaran yang menarik boleh dilakukan
menggunakan aplikasi multimedia seperti Authoware, Freehand, Page

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

M u k a s u r a t | 16
Maker dan sebagainya kerana ia mengandungi grafik yang menarik yang
boleh diaudiokan, divideo, dan dianimasikan secara bijaksana.

8.6.1 Kelebihan Penggunaan Komputer dalam P&P

Menyokong pembelajaran kendiri dengan maklum balas dan


peneguhan yang cepat.

Pengintegrasian multi media daripada sumber yang pelbagai.

Keinteraktifan yang membolehkan pembelajaran dapat dijalankan


dengan luwes dengan kawalan kendiri.

Memperluaskan capaian dengan pautan kepada sumber yang


pelbagai.

Cara kerja baru dalam komputer akan membangkitkan motivasi


kepada pelajar dalam pembelajaran.

Warna, muzik dan grafik animasi dapat menambahkan kesan


realistik dan memerlukan latihan, kegiatan amali, simulasi dan
sebagainya.

Tindak balas peribadi yang cepat dalam kegiatan pembelajaran


pelajar akan menghasilkan penguatan yang tinggi.

Pengawasan pengajaran daripada guru dapat diperluaskan kerana


maklumat senang didapati dan mudah diatur dan ia membantu
pengawasan yang lebih terhadap pelajar.

8.6.2 Kelemahan Penggunaan Komputer dalam P&P

Kos yang tinggi

P a g e | 17

Teknologi yang cepat berubah

Literasi komputer masih meluas

Perlu cekap dan bermotivasi untuk berjaya

Pengeluaran komputer untuk tujuan pendidikan masih dibelakang


jika dibandingkan dengan pengeluaran komputer untuk bidang lain
contohnya untuk analisis data.

Program pengajaran pendidikan yang bermutu yang menggunakan


kecanggihan komputer masih kurang, terutama yang menggunakan
mikrokomputer.

Beban pengajaran guru bertambah kerana terpaksa memahami


penggunaan komputer secara terperinci.

Kreativiti mungkin hanya akan difokuskan kepada pengajaran yang


dikomputerkan sahaja. Ini akan mengabaikan sikap semulajadi
pelajar

yang

kreatif

kerana

semua

pembelajaran

adalah

menggunakan program komputer.


Bahan-bahan rujukan tambahan Komputer dalam Pendidikan:Laman web yang berkaitan dengan penggunaan komputer dalam
pendidikan:

Argument about computer in education


http://southerncrossreview.org/4/review.html

History of Computer in Education


http://www.csulb.edu/~murdock/histofcs.html

Komputer dalam matematik http://josie653.tripod.com/kdp.htm

Komputer dalam pendidikan


http://www.ctl.utm.my/publications/manuals/mm/MIEducation.pdf

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

M u k a s u r a t | 18

Kajian tentang komputer dalam pendidikan


http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/ZULAIHAAP
000640D2004TTT%20PERSOALAN%20KAJIAN.pdf

P a g e | 19

8.8 PENGGUNAAN LAMAN WEB SOSIAL DALAM


PENDIDIKAN
8.8.1 Pengenalan
Dewasa ini, istilah Komputer, teknologi maklumat dan jaringan internet
tidak lagi asing bagi masyarakat negara ini. Malah, setiap hari kita
mendengar

pelbagai

maklumat

tentang

perkembangan

teknologi

perkomputeran di seluruh dunia. Penggunaan komputer dalam bidang


pendidikan bukanlah sesuatu yang baru dalam sejarah perkembangan
computer. Kemajuan pendidikan semakin hari semakin jelas dipengaruhi
oleh elemen seperti teknologi maklumat khususnya computer dan
telekomunikasi. Menurut Norhashim et al.(1996) penggunaan komputer
dalam bidang pendidikan memberi kesan yang besar dan bermakna
terhadap kualiti pembelajaran iaitu:
i. memudahkan penghasilan bahan-bahan pengajaran secara lebih
efisien.
ii. membenarkan pendidik menyediakan pendekatan pengajaran baru
yang lebih efektif.
iii. memudahkan

penggunaan

pelbagai

teknik

pengajaran

dan

pembelajaran seperti multimedia, simulasi dan aktiviti kumpulan


menerusi aplikasi sistem rangkaiannya.
Menurut

Buyong

(2002),

cabaran

dunia

pendidikan

dalam

meneroka dan mengaplikasikan ICT melalui pendekatan-pendekatan yang


berkesan telah membawa para pengajar dan pelajar mengenali dan
seterusnya mempraktikkannya mengikut kesesuaian bidang yang diingini.

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

M u k a s u r a t | 20
Menurut Norhashim et al. (1996) pada perkembangan awal pembelajaran
berasaskan komputer semua proses persembahan adalah berbentuk
linear

dan

laluan

modul

pengajaran

telah

ditetapkan.

Dengan

menggunakan teknik multimedia pembelajaran boleh berlaku secara


interaktif. Pelajar dapat berinteraksi dengan media pengajaran tanpa
kehadiran guru. Mohd Zaliman et al. (2001) menyatakan teknologi
multimedia kian diiktiraf sebagai alat bantuan pengajaran yang sesuai
dalam membantu para pendidik untuk mendalami dan mendasari cabaran
dunia pendidikan era baru.

Contoh Laman tweeter

P a g e | 21

Contoh Laman Facebook

Penggunaan Laman Social Network yang berasaskan elemen


hipermedia dan multimedia banyak membantu pelajar mengadaptasi
bahan-bahan yang terdapat melalui laman yang disediakan. Brown et al.
(1994) pula menyatakan bahawa aplikasi pembelajaran berasaskan
multimedia berupaya untuk memberikan berbagai contoh yang sebenar
kepada pelajar dengan gabungan teks, muzik, imej, video dan animasi.
Pembelajaran berasaskan komputer dalam bentuk multimedia telah
berkembang dengan begitu pesat. Menurut Merill (1992) pembangunan
media pengajaran multimedia untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
telah menjadi lebih mudah diubahsuai dan individulistik. Pendidikan yang

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

M u k a s u r a t | 22
melibatkan bantuan media seperti komputer dapat menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna. Pengajaran dan
pembelajaran berasaskan komputer dapat meningkatkan prestasi pelajar .
8.8.2 Penggunaan laman sosial

Contoh-contoh laman sosial yang boleh digunakan bagi memudahkan


pelajar berhubung diantara satu sama lain. Menurut Halimah (1999)
teknologi multimedia telah mempunyai kemampuan untuk penyampaian
teks, video bergerak, suara, animasi yang canggih dan grafik yang
beresolusi tinggi. Gabungan unsur unsur ini akan membentuk satu
persembahan yang menarik dan menjadikan proses penyampaian
maklumat lebih berkesan.

Menurut Smellie et al. (1997) media

pengajaran yang menggunakan teknologi multimedia berupaya untuk


menarik perhatian pelajar, memahami idea dan mendapatkan maklumat

P a g e | 23

yang kompleks dari hanya jika dibuat dengan penjelasan lisan dan
membantu mengatasi kesuntukan masa, saiz dan ruang.

8.9 Aktiviti perbincangan

Bincangkan bagaimana laman sosial boleh digunakan sebagai


medium pendidikan?

Pilih mana-mana satu laman sosial yang terdapat di internet dan


bincangkan tentang perkara-perkara berikut:

Apakah peranan pelajar?

Apakah peranan guru?

Apa kekangan yang dihadapi

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

M u k a s u r a t | 24

Apakah kebaikan dan keburukan menggunakan laman sosial


sebagai medium perhubungan?

Rancangkan satu strategi tentang penggunaan laman sosial dalam


mata pelajaran Kemahiran Hidup/Sains/matematik.

Link yang berguna untuk dibaca:

Sejarah laman sosial


http://jcmc.indiana.edu/vol13/issue1/boyd.ellison.html

Statistik dalam konteks malaysia dalam menggunakan laman sosial


http://www.greyreview.com/2009/07/28/snapshot-of-socialnetworking-in-malaysia/

Social Network for Education


http://prezi.com/go6sgsm3sxqp/social-networking-for-education/

Future work for Social Network


http://blog.socialcast.com/education-2-0-social-networking-andeducation/

********************* The End *****************

To be continue for the next version.........................