Anda di halaman 1dari 3

Bahasa Malaysia Tahun 4 Kertas 2 (Bahagian A) Konteks : Unit 8 Hargailah Kesihatan

Konstruk : 8.2 Aras 1(i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk Aras : Rendah

Soalan 1 Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. alat muzik alat pengangkutan kegunaan protein berkhasiat

1. Lembu merupakan haiwan peliharaan yang banyak __________________ dan manfaatnya. 2. Kulit lembu boleh digunakan untuk membuat __________________ seperti kompang dan rebana. 3. Pada zaman dahulu, kereta lembu digunakan sebagai _______________________. 4. Daging lembu pula boleh dimakan dan mengandungi __________________. 5. Susu lembu boleh diminum dan sangat ______________________.

Skema pemarkahan: 1. kegunaan 2. alat muzik 3. alat pengangkutan 4. protein 5. berkhasiat

Bahasa Malaysia Tahun 4 Kertas 2 (Bahagian B) Konteks : Unit 8 Hargailah Kesihatan

Konstruk : 8.1 Aras 1(i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan. Aras : Rendah

Arahan : Isi tempat kosong dengan perkataan yang diberikan. mandi berkhasiat seimbang badan memakai menjaga penyakit bersenam

Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri Kesihatan sangat penting kepada kita. Oleh itu, kita haruslah 1. _______________ kesihatan kita. Untuk menjaga kesihatan kita haruslah mengambil makanan yang 2._________________ dan 3.__________________. Contohnya makan sayur, nasi, ikan, daging dan buah-buahan. Setiap hari, kita juga perlu 4.___________________. Kita boleh bersenam dengan melompat tali, bermain bole, berenang, berjoging dan sebagainya. Selain itu, kita hendaklah 5.______________ sekurang-kurangnya tiga kali setiap hari. Dengan berbuat demikian, 6.________________ kita akan sentiasa bersih dan berasa segar. Setelah mandi, kita juga hendaklah 7.________________ pakaian yang bersih. Akhirnya, kita tidak akan mudah dijangkiti 8._____________________ jika badan kita sihat.

Skema Pemarkahan 5. mandi 2. berkhasiat 3. seimbang 6. badan 7. memakai 1. menjaga 8. penyakit 4. bersenam

Bahasa Malaysia Tahun 4 Kertas 2 (Bahagian C) Konteks : Unit 8 Hargailah Kesihatan

Konstruk : 8.2 Aras 2(i) Membina perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk. Soalan :

Ah Deng gemar melastik burung. Pada suatu hari, dia pergi melastik burung di hutan. Ibu bapanya melarang tetapi Ah Deng degil. Ah Deng menanti di bawah sebatang pokok, tempat burung bertenggek. Tidak lama kemudian, dia terdengar bunyi burung. Dia segera meletakkan batu pada lastiknya. Tanpa berlengah, tali lastik ditarik. Batu itu tidak terkena burung, tetapi terkena sarang tebuan. Tebuan-tebuan itu mengejar Ah Deng lalu menyengat dahi, tangan dan kakinya. Ah Deng berlari kesakitan. Dia dibawa ke hospital oleh ayahnya. Dia berasa menyesal atas perbuatannya itu.

Aras

: Rendah

Arahan : Perenggan di bawah mengandungi empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan. Isikan tempat-tempat kosong dengan pilihan jawapan yang diberi. menyayangi haiwan kecil mendengar nasihat ibu bapa menjaga keselamatan diri mengakui kesalahan

Nilai murni yang boleh saya peroleh daripada petikan ialah kita haruslah __________________________ kerana membuli haiwan kecil ialah perbuatan yang salah. Selain itu, kita patut __________________________ agar tidak ditimpa kemalangan. Seterusnya, kita patutlah ______________________________ untuk kebaikan diri sendiri. Akhirnya, kita haruslah berani ________________________ sekiranya kita telah melakukan kesalahan.

Skema Pemarkahan: 1. menyayangi haiwan kecil 3. mendengar nasihat ibu bapa 2. menjaga keselamatan diri 4. mengakui kesalahan

Anda mungkin juga menyukai