Anda di halaman 1dari 37

CAKNA MINDA

MEMBINA AYAT

JELAJAH KATA/
JALAN-JALAN CARI KATA/
HENTIAN GERABAK SKOP
SINOPSIS UMUM
GERABAK SKOP
Membina ayat merupakan asas penting bagi murid-murid
menguasai penulisan ulasan dan karangan UPSR. Murid perlu
mempelajari ayat mudah kepada ayat yang lebih kompleks
atau bermula daripada Ayat Tunggal kepada Ayat Majmuk.
Ilham mengetengahkan konsep SKOP diharap dapat
membantu proses pembelajaran murid berkembang dari
semasa ke semasa. Dalam konteks menjawab soalan UPSR,
murid digalakkan menggunakan ayat kompleks agar murid
dapat mengaitkan kehidupan seharian dan
menggabungjalinkan dengan ilmu lain.
GERABAK
SKOP
S K O P
SUBJEK KATA OBJEK PELUASAN
AYAT
CARTA ALIR PEMBINAAN
GERABAK SKOP
MEMBUAT KERANGKA GERABAK SKOP
DRAF GERABAK SKOP
MEMBINA KEPALA DAN
GERABAK KERETA API
* MEMBUAT POKET DI BELAKANG KEPALA GERABAK
KERETA API UNTUK MEMASUKKAN BAHAN GRAFIK

* MELABEL SKOP PADA GERABAK


PENGHASILAN GERABAK SKOP
CARA PENGGUNAAN
GERABAK SKOP

Gerabak SKOP 1 : Teknik Jelajah Kata


Gerabak SKOP 2 : Teknik Jalan-Jalan
Cari Kata (JJCK)
Gerabak SKOP 3 : Teknik Hentian
Gerabak SKOP
KIT PEMBELAJARAN SOKONGAN KURIKULUM
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

MANUAL PENGGUNAAN GERABAK SKOP


(MEMBINA AYAT)

GERABAK SKOP 1
NAMA ALAT
JELAJAH KATA
NAMA TEKNIK
30 MINIT
MASA

SINOPSIS Kit Gerabak SKOP 1 melalui Teknik Jelajah Kata


dibangunkan adalah untuk mempertingkatkan
kemahiran membina ayat yang gramatis dengan
pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif.
STANDARD Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat yang betul
KANDUNGAN

OBJEKTIF Murid dapat membina dan menulis jawapan secara kritis


dan kreatif dengan betul menerusi aktiviti Jelajah Kata.

1. Saya dapat mencatat maklumat berdasarkan gambar


grafik.
KRITERIA 2. Saya dapat meluaskan subjek dan predikat dalam binaan
KEJAYAAN ayat.
3. Saya dapat membina ayat gramatis berdasarkan bahan
rangsangan menggunakan Gerabak SKOP.
INSTRUMEN/ 1. Gerabak SKOP
BAHAN 2. Manual Penggunaan Gerabak SKOP
3. Jadual SKOP
4. Dua keping kad gambar saiz A4
5. Kad kata
6. Kad kata berpelekat
7. Pen penanda

FOKUS - Baca dan fahami soalan


KEMAHIRAN - Menaakul gambar/ bahan grafik
- Melengkapkan jadual SKOP
- Menulis ayat tunggal
- Membina peluasan ayat (Subjek atau Predikat)
PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN

TEKNIK JELAJAH KATA


i. Setiap kumpulan dibekalkan dengan satu gerabak
SKOP, dua keping gambar bersaiz A4 dan lima keping
jadual SKOP (mengikut bilangan ahli kumpulan).
ii. Setiap kumpulan diberi masa untuk menentukan
PROSEDUR fokus SKOP pada gambar rangsangan.
PELAKSANAAN iii.Setiap ahli kumpulan melengkapkan Jadual SKOP
secara individu mengikut gambar yang ditentukan.
iv.Perbincangan dalam kumpulan akan dilakukan setiap
kali selesai membina ayat secara individu.
v. Hasil perbincangan akan ditulis pada gerabak SKOP
dan ditampal di dalam kelas.
vi.Setiap murid akan menilai ayat yang telah dihasilkan
oleh kumpulan Jelajah Minda (Gallery Walk)
- Guru menerangkan cara menggunakan Gerabak
SKOP
- Murid mengecam kata mengikut subjek dan predikat
PRINSIP ayat
PELAKSANAAN
- Guru membimbing murid yang berprestasi rendah
cara membina ayat dengan menggunakan jadual
SKOP
- Ahli kumpulan (kumpulan asal) bekerjasama
membina ayat gramatis dan hasil kerja kumpulan
dicatat pada gerabak SKOP
- Murid dapat menilai dan mengedit hasil kerja
kumpulan yang dihasilkan oleh kumpulan lain.
CARTA ALIR PENGGUNAAN
GERABAK SKOP 1
(TEKNIK JELAJAH KATA)
1. Setiap kumpulan dibekalkan dengan
satu gerabak SKOP, sekeping gambar
dan lima keping jadual SKOP
(mengikut bilangan ahli kumpulan).
2. Setiap kumpulan diberi
masa untuk menentukan
fokus SKOP pada gambar
rangsangan.

3.Setiap ahli kumpulan


melengkapkan Jadual
SKOP secara individu
mengikut gambar yang
ditentukan.
4. Perbincangan dalam
kumpulan akan dilakukan 5. Hasil perbincangan akan
setiap kali selesai ditulis pada gerabak SKOP dan
membina ayat secara dipamerkan.
individu.

6. Setiap murid akan


menilai ayat yang telah
dihasilkan oleh kumpulan
Jelajah Minda (Gallery
Walk)
KIT PEMBELAJARAN SOKONGAN KURIKULUM
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

MANUAL PENGGUNAAN GERABAK SKOP


(MEMBINA AYAT)

NAMA ALAT GERABAK SKOP 2

NAMA TEKNIK JALAN-JALAN CARI KATA (JJCK)


TEKNIK
30 minit
MASA
Kit bahan Gerabak SKOP 2 melalui Teknik Jalan-jalan
Cari Kata dibangunkan adalah untuk menjana idea
murid mengikut kata yang tepat dalam penghasilan
SINOPSIS
ayat yang gramatis.
STANDARD Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang
KANDUNGAN sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang
santun

Murid dapat membina ayat majmuk dengan


OBJEKTIF
menggunakan bahasa yang santun.

1. Saya dapat mencatat kata yang tepat daripada bahan


KRITERIA rangsangan.
KEJAYAAN 2. Saya dapat menggunakan pelbagai jenis kata
mengikut konteks yang bertepatan dengan bahan
rangsangan.
3. Saya dapat membina ayat tunggal dan ayat majmuk
dengan gramatis.
1. Gerabak SKOP
2. Manual Penggunaan Gerabak SKOP
INSTRUMEN/ 3. Label Stesen S, Stesen K dan Stesen O
BAHAN 4. Kad gambar
5. Kertas berpelekat
6. Kad tanda nama pencatat
7. Loceng/siren kereta api

FOKUS - Baca dan fahami soalan


KEMAHIRAN - Menaakul gambar/ bahan grafik
- Mengenal pasti jenis kata ikut teknik SKOP
- Menulis ayat tunggal
- Membina peluasan ayat
PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN

TEKNIK JALAN-JALAN CARI KATA (JJCK)

i. Gambar ditampal pada setiap stesen S, K dan O.


ii. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan
bergerak ke stesen S, K dan O dengan arahan guru.
PROSEDUR iii.Setiap kumpulan melantik seorang pencatat bagi setiap
PELAKSANAAN stesen untuk mencatatkan hasil dapatan kumpulan
dalam sehelai kertas A4.
iv.Pergerakan dari satu stesen ke satu stesen yang lain
dikawal oleh bunyi siren kereta api.
PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN

TEKNIK JALAN-JALAN CARI KATA (JJCK)

v. Di stesen tersebut, murid dikehendaki menyenaraikan


tugasan mengikut teknik S, K dan O dengan menampal
jawapan pada kertas berpelekat.
PROSEDUR vi. Murid akan pulang ke stesen P (kumpulan asal).
PELAKSANAAN vii. Mereka akan berbincang dengan membina peluasan
ayat.
viii. Enam Gerabak SKOP yang telah lengkap digantung
pada sudut kelas dan dibentangkan oleh wakil
kumpulan manakala ahli kumpulan lain menilai hasil
pembentangan tersebut.
- Guru menerangkan cara menggunakan Gerabak SKOP.
PRINSIP
- Murid mengecam kata mengikut stesen S, K, dan O.
PELAKSANAAN
- Murid dapat membina peluasan ayat dalam kumpulan
asal (stesen P).
CARTA ALIR PENGGUNAAN GERABAK SKOP 2
(TEKNIK JALAN-JALAN CARI KATA - JJCK)

1. Gambar ditampal pada


setiap stesen S, K dan O.

2. Murid dibahagikan kepada


beberapa kumpulan dan
bergerak ke stesen S, K dan
O dengan arahan guru.

3. Setiap kumpulan melantik


seorang pencatat bagi setiap
stesen untuk mencatatkan
hasil dapatan kumpulan
dalam sehelai kertas A4.
4. Pergerakan dari satu
stesen ke satu stesen yang
lain dikawal oleh bunyi siren
kereta api.

5. Di stesen tersebut, murid


dikehendaki menyenaraikan
tugasan mengikut teknik S, K
dan O dengan menampal
jawapan pada kertas
berpelekat.

6. Murid akan pulang ke


stesen P (kumpulan asal)
7. Mereka akan berbincang
dengan membina peluasan ayat.

8. Enam Gerabak SKOP yang


telah lengkap digantung pada
sudut kelas dan dibentangkan
oleh wakil kumpulan manakala
ahli kumpulan lain menilai
hasil pembentangan tersebut.
KIT PEMBELAJARAN SOKONGAN KURIKULUM
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

MANUAL PENGGUNAAN GERABAK SKOP


(MEMBINA AYAT)
GERABAK SKOP 3
NAMA ALAT
Hentian Gerabak SKOP
NAMA TEKNIK
30 minit
MASA

Kit bahan Gerabak SKOP 3 melalui Teknik Hentian


Gerabak SKOP dibangunkan adalah untuk
mempertingkatkan kemahiran membina ayat yang
SINOPSIS
gramatis secara perkongsian idea dan menjana peluasan
subjek dan predikat ayat.
STANDARD Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu
KANDUNGAN perkara daripada pelbagai sumber.

OBJEKTIF Murid dapat mencatat maklumat daripada pelbagai


sumber dalam bentuk grafik.

1. Saya dapat mencatat maklumat dengan betul


KRITERIA daripada bahan grafik.
KEJAYAAN 2. Saya dapat membina ayat gramatis berdasarkan
bahan rangsangan menggunakan Teknik SKOP.
3. Saya dapat meluaskan binaan subjek dan
predikat dalam binaan ayat.
1. Gerabak SKOP
2. Manual Penggunaan Gerabak SKOP
INSTRUMEN/
3. Label Hentian 1 hingga Hentian 6
BAHAN
4. Tiga keping kad gambar
5. Kertas undian
6. Pelekat berwarna

- Baca dan fahami soalan


FOKUS KEMAHIRAN - Menaakul gambar/ bahan grafik
- Mengenal pasti jenis kata ikut teknik SKOP
- Menulis ayat tunggal
- Membina peluasan ayat
PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN

TEKNIK HENTIAN GERABAK SKOP


i. Murid dibahagi kepada enam kumpulan kecil. Setiap
kumpulan berada di setiap hentian yang telah
ditetapkan dengan cabutan undi bagi penetapan
PROSEDUR hentian.
PELAKSANAAN ii. Pada setiap hentian telah ditampal gambar.
iii.Murid secara individu akan meneliti bahan rangsangan
di hentian berkenaan.
iv.Mereka akan berbincang dengan membina peluasan
ayat berdasarkan bahan rangsangan dan dapatan
secara individu tadi.
v. Murid berkongsi pendapat dan merekodkan komen dan
maklumat yang diperoleh.
PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN

TEKNIK HENTIAN GERABAK SKOP


vi. Membina ayat yang lengkap berdasarkan bahan
rangsangan pada Gerabak SKOP.
vii. Misi merungkai minda. Sebahagian ahli kumpulan akan
bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan lain untuk
PROSEDUR mendengarkan ayat yang telah dibina oleh kumpulan
PELAKSANAAN lain. Sebahagian lagi tunggu dalam kumpulan sendiri
untuk menerangkan ayat mereka kepada kumpulan
yang berkunjung (Stay and Stray)
viii. Setiap wakil kumpulan yang mengunjungi kumpulan
lain dibekalkan pelekat berwarna. Sekiranya mereka
berpuas hati dengan hasil ayat yang telah dibina,
mereka boleh melekat pelekat berwarna pada hujung
ayat tersebut.
- Guru menerangkan cara guna Gerabak SKOP
- Murid mencatat kata daripada perspektif masing-
PRINSIP
masing.
PELAKSANAAN
- Murid berbincang dalam kumpulan masing-masing bagi
melengkapkan misi merungkai kata.
- Proses percambahan idea dalam aktiviti ‘Stay and
Stray’.
CARTA ALIR PENGGUNAAN GERABAK SKOP 3
(TEKNIK HENTIAN GERABAK SKOP)

1. Murid dibahagi kepada enam


kumpulan kecil. Setiap kumpulan
berada di setiap hentian yang
telah ditetapkan dengan cabutan
undi bagi penetapan hentian.

2. Pada setiap hentian telah


ditampal gambar.

3. Murid secara individu akan


meneliti bahan rangsangan di
hentian berkenaan.
4. Mereka akan berbincang
dengan membina peluasan ayat
berdasarkan bahan rangsangan
dan dapatan secara individu tadi.

5. Murid berkongsi pendapat dan


merekodkan komen dan maklumat
yang diperoleh.

6. Membina ayat yang lengkap


berdasarkan bahan rangsangan
pada Gerabak SKOP.
7. Misi merungkai minda. Sebahagian ahli
kumpulan akan bergerak dari satu
kumpulan ke kumpulan lain untuk
mendengarkan ayat yang telah dibina oleh
kumpulan lain. Sebahagian lagi tunggu
dalam kumpulan sendiri untuk
menerangkan ayat mereka kepada
kumpulan yang berkunjung (Stay and Stray)

8. Setiap wakil kumpulan yang


mengunjungi kumpulan lain dibekalkan
pelekat berwarna. Sekiranya mereka
berpuas hati dengan hasil ayat yang telah
dibina, mereka boleh melekat pelekat
berwarna pada hujung ayat tersebut.
Sebahagian lagi tunggu dalam kumpulan
sendiri untuk menerangkan ayat mereka
kepada kumpulan yang berkunjung.

Anda mungkin juga menyukai