Anda di halaman 1dari 3

TEKS MC

PROGRAM
SEINDAH
SENTUHAN
RAMADHAN

A Para Hadirin sekalian, Majlis akan dimulakan sebentar lagi,


sukacita sekiranya para hadirin dapat mengambil tempat duduk
masing-masing.

B Majlis memohon kerjasama dari tuan2 puan2 serta hadirin


sekalian dapat mematikan telefon bimbit atau tukarkan ke mod
senyap sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu
majlis. Kejasama kalian amatlah kami hargai. Terima kasih.

A Sirih berlipat, sirih pinang, sirih dr pulau mutiara,


B Pemanis Kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara

B Yang Dihormati Barisan Panel Hakim Yang Arif lagi bijaksana,


Barisan Ahli Jawatankuasa Program Seindah Sentuhanmu
Ramdhan, Yang Diraikan Para peserta seterusnya Hadhirin
Hadhirat sekalian…
Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh

A Alhamdulillah, setinggi – tinggi ucapan kesyukuran kita panjatkan


ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan izin serta
kasihNya, pada malam yang penuh barokah ini kita dapat
melaksanakan Majlis yang penuh bermanfaat iaitu Majlis
Pertandingan Tilawah Al-Quran dalam program Seindah
Sentuhanmu Ramadhan yang telah dianjurkan oleh Maklis Kolej
Kediaman Unisza 2013. Bagi pihak jawatankuasa pengelola,
Majlis mengalu-alukan kehadiran para Juri, peserta dan hadirin –
hadirat sekalian.

Bagi memula dan memuliakan Majlis, marilah sama2 kita


menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala
urusan kita mendapat rahmat… Oleh itu, sama2lah kita
membaca umul furqan al fatihah.
B Hadirin hadirat sekalian.. Bak kata pepatah melayu..Tak kenal
maka x cinta.. sudah kenal!.. kata juri… tolonglah jangan tergila-
gila.. oleh itu molek kiranya kami memperkenalkan Juri Kita Yang
pertama Yang akan mengadili bahagian Tarannum iaitu
orangnya datang dari setiu Terengganu, sudah merangkul
banyak kejuaraan di pentas al quran di usia muda…termasuklah
Johan MTQ skolah pd tahun 2006 n 2008, Johan MTQ Negeri
Peringkat Dewasa2010 n 2011, juga merupakan Johan MTQ
peringkat IPT Asean pd tahun 2011, Muncul Johan MTQ
peringkat IPT terbuka 2012, dan yang terbaru Muncul Johan
MTQ Peladang Peringkat Negeri Terengganu 2013..
Beliau Ialah Saudari Nor Hidayah binti abd Rahman yang juga
merupakan pelajar tahun 2 fakulty Reka Bentuk dan
perindustrian Unisza.

A Juri kita yang kedua pula ialah.. Beliau Seorang Hafizah yang
dilahirkan di ITQAN , negeri 9 cawangan Darul Quran dalam
jurusan DIplomA Tahfiz Al-Quraan wal Qiraat.. berasal dari
negeri Nun jauh di hujung sana iaitu Negeri Sembilan Darul
Khusus dan sekarang tengah Menyambung Ijazah Sarjana Muda
Dakwah di Unisza..

B Hadirin Hadirat Yang dihormati

Tak Molek, jika ada Alu tiada lesungnya..


Tak berguna jika ada Dayung, Tiada Perahunya…
Tak lengkaplah Majlis kita jika hanya ada pengacara…
Tapi tiada pesertanya..

Oleh itu bagi memeriahkan majlis kita …majlis dengan segala


hormatnya menjemput peserta pertama iaitu…

Bila peserta habis Terima kasih diucapkan kepada saudari


baca ………………………………………………….. atas bacaannya
sebentar tadi.. seterusnya majlis menjemput peserta yang ke-
……………………………….

Selepas tamat semua peserta ,, bagi ruang dan peluang untuk


Juri memberi komentar
B Kini , tibalah kita ke acara yang dinanti nantikan iaitu
pengumuman keputusan dan penyampaian hadiah kepada para
pemenang. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan
Yang Berusaha
…………………………………………………………………………..
diiringi oleh ……………………………………………………………
untuk menyampaikan amanah kepada para pemenang..

(umum pemenang)

A Seterusnya dijemput kepada Juri kita Yang pertama Cik Nor


Hidayah Abdul Rahman untuk menerima sedikit cendrahati dari
pihak penganjur..

Seterusnya dipersilakan pula Cik Nurul Hidayah Abdul Rahman


untuk menerima cendrahati kenang-kenangan dari pengajur..

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para juri kita..

Seterusnya..
b Dengan berakhirnya upacara penyampain hadiah sebentar tadi,
maka majlis kita sudah sampai ke penghujungnya. Tahniah dan
Syabas diucapkan kepada Para Pemenang dan Peserta yang
bertanding… Yang menang diharapkan terus
berpanjangan..yang masih belum menang..jangan risau masih
banyak peluang dan ruang untuk anda semua di luar sana..

A Hadhirin Hadhirat sekalian

Pantun : Gugur menguning buah Kuini,


Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap mohon dilupakan saja,..

B Sambung : Segala Kelemahan harap dimaafi,


Segala kerjasama sangat dihargai,
Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi…
Kami bagi pihak Ahli Jawatankuasa Program merakamkan
ucapan Terima Kasih kepada semua pihak yang memberikan
kerjasama dalam menjayakan program ini. Akhir kata daripada
kami.. Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum
warohmatullahi wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai