Anda di halaman 1dari 14

NO.

KUMPULAN: GROUP UPSI07 (A132PJJ)


NAMA PENSYARAH: AZALI BIN RAHMAT


KERJA KURSUS
CMP2011 PENGURUSAN KOKURIKULUM


TUGASAN 3
LAPORAN AKHIR DAN REFLEKSI AKTIVITI


HERIMAH BINTI NASIP
NO. ID : D20121061769




PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.






LAPORAN
PERKHEMAHAN
KEPIMPINAN
2014










SK SERI KEPONG
JALAN LANG PERUT PUTIH 9,
TAMAN KEPONG BARU TAMBAHAN,
52100 KEPONG,
KUALA LUMPUR.
LAPORAN PERKHEMAHAN KEPIMPINAN 2014
1.0 PENDAHULUAN
Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah
yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial.
Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan
kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan
suatu persekitaran baharu.
Pada tahun ini, buat julung kalinya SK Seri Kepong telah merancang Kem Perkhemahan
Kepimpinan yang dikelolakan oleh unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama unit
Kokurikulum SK Seri Kepong. Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program
ini akan mencapai objektifnya.
Tambahan lagi, pihak penganjur mengharapkan agar perkhemahan ini dapat
memberikan peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri serta sikap seorang
pemimpin. Di samping menimba pengalaman, perkhemahan ini turut mengeratkan tali
persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru.
2.0 ULASAN TENTANG PERLAKSANAAN KESELURUHAN PROGAM
2.1 Analisa SWOT
Pada 18 dan 19 April 2014 Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit
Kokurikulum SK Seri Kepong telah mengadakan perkhemahan kepimpinan bertempat di SK
Seri Kepong. Perkhemahan ini melibatkan semua murid tahun 3, 4, 5, 6 dan 5 orang murid
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Buat julung kalinya SK Seri Kepong mengadakan perkhemahan yang melibatkan murid-
murid serta guru-guru bermalam di sekolah. Namun begitu, alhamdulillah segala perancangan
sebelum perkhemahan dapat dijalankan walaupun ada sedikit masalah.
Murid-murid mula mendaftarkan diri pada jam 3.00 petang di dewan terbuka. Waktu
pendaftaran adalah di antara jam 3.00 4.00 petang. Walaupun begitu masih ada beberapa
orang murid yang lewat mendaftarkan diri. Ada juga murid yang menangis-nangis apabila
dihantar oleh ibu bapa kerana tidak mahu mengikuti perkhemahan dan ada juga beberapa
orang murid yang tidak menghadirkan diri.
Kekuatan yang didapati sepanjang perkhemahan dijalankan adalah kerjasama serta
komitmen yang diberikan oleh setiap guru bagi menjayakan perkhemahan ini. Guru-guru tidak
kenal erti penat sepanjang perkhemahan ini berlangsung. Murid-murid juga kelihatan seronok
dan teruja sepanjang perkhemahan. Tambahan lagi, murid-murid lelaki diberi peluang tidur di
dalam khemah dan ini menimbulkan perasaan sebenar ketika berkhemah.
Selain itu, murid-murid diberi peluang untuk hidup berdikari sepanjang tempoh
perkhemahan. Walaupun umur mereka masih muda namun dengan pendedahan awal sejak di
bangku sekolah ini dapat mendidik mereka serta membiasakan mereka.
Namun begitu, terdapat juga kelemahan sepanjang tempoh perkhemahan ini. Sudah
menjadi perkara yang biasa bahawa apa yang dirancang tidak semestinya mudah untuk
dilaksanakan. Kelemahan pertama yang didapati adalah penceramah bagi Slot 2 iaitu
Eksplorasi Potensi yang tiba-tiba tidak dapat menghadirkan diri kerana masalah peribadi.
Namun, alhamdulillah slot tetap dapat dijalankan kerana ada pengganti bagi menggantikan
beliau.
Seterusnya, kelemahan kedua yang dikenal pasti adalah agihan guru bertugas
sepanjang perkhemahan tidak dirancang daripada awal. Makna kata di sini adalah setiap guru
mempunyai jadual berada bersama dengan murid-murid sepanjang perkhemahan. Guru-guru
juga mempunyai masa rehat yang sama serta murid-murid juga tidak terabai. Lantaran,
penambahbaikan yang perlu dilaksanakan selepas ini adalah jadual bertugas guru bersama-
sama dengan murid sepanjang tempoh perkhemahan perlu diwujudkan agar guru-guru tahu
waktu bertugas mereka.
Di samping itu, jawatankuasa makanan juga kurang sepanjang tempoh perkhemahan
ini. Justeru, jawatankuasa makanan tidak boleh mengambil giliran bertugas kerana bilangan
mereka yang hanya 4 orang menghadkan mereka untuk membuat giliran memasak. Selepas
ini, seandainya perkhemahan ini dijalankan lagi maka jawatankuasa makan perlu ditamba
bilangan mereka agar mereka boleh membuat giliran bertugas.
Selanjutnya, fasilitator juga tidak diberi penerangan awal serta tidak tahu tugas mereka
yang sebenar. Sewajarnya, sebelum perkhemahan, fasilitator wajib tahu tugas serta aktiviti
yang akan dijalankan. Sebuah modul sebaiknya dibekalkan kepada mereka agar mereka jelas
dengan tugas mereka.
Pertandingan menghias khemah yang tiba-tiba dijalankan pada hari perkhemahan
merupakan salah satu kelehaman. Ini kerana jawatankuasa yang ditugaskan untuk
menyediakan borang perkhemahan tidak tahu bahawa pertandingan ini dipertandingkan.
Namun begitu, alhamdulillah masalah ini dapat diatasi kerana juri yang mengadili pertandingan
ini juri yang kreatif dan sudah biasa dengan tugas ini.
Di sebalik kelamahan ini sebenarnya terbitlah peluang yang tersembunyi. Antaranya
adalah, murid-murid sendiri berpeluang menimba banyak ilmu sepanjang tempoh perkhemahan
khusunya sepanjang slot Eksplorasi Potensi serta Super Leader. Penceramah yang dijemput
juga merupakan penceramah yang hebat.
Tambahan lagi, peluang yang murid-murid dapati sepanjang perkhemahan ini adalah
ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin. Walaupun murid-murid yang hadir ini bukan
semuanya pemimpin sekolah, namun mereka merupakan seorang murid serta anak dan
tanggungjawab mereka juga adalah sebagai pemimpin.
Selain daripada itu, hubungan antara guru dan guru menjadi semakin erat serta hungan
murid dengan guru serta murid dengan murid juga makin erat. Semangat tolong-menolong
antara ahli kumpulan juga dapat dilihat sepanjang tempoh perkhemahan ini.
Akhir sekali terdapat beberapa cabaran yang terpaksa diiahrungi oleh guru-guru
khususnya sepanjang perkhemahan ini. Antaranya adalah membentuk disiplin murid agar
menepati masa, mengikut arahan, berani bercakap di hadapan ramai orang serta mengurus diri.
Semua cabaran ini perlu diahadapi oleh guru-guru dengan slot serta aktiviti yang telah
dirancang.
Ibu bapa yang terlalu risaukan anak-anak juga menjadi cabaran kepada guru-guru. Ini
kerana ibu-bapa yang terlalu risaukan anak mereka sanggup datang pada waktu malam
sewaktu slot sedang dijalankan dan menghantar bantal, comforter serta anak patung kepada
anak-anak mereka. Sebaiknya, ibu bapa ini tidak boleh terlalu memanjakan anak-anak mereka
dan mereka seharusnya memberi peluang kepada anak-anak mereka untuk berdikari dengan
apa yang ada di sekelilig mereka. Ini penting bagi menjamin kehidupan mereka pada masa
akan datang.



2.2 Pencapaian
2.2.1 MATLAMAT
Untuk melahirkan para pemimpin yang berketrampilan di samping mempunyai sifat
berkeyakinan yang tinggi di sekolah pada masa-masa akan datang.

Melahirkan pemimpin yang berwibawa dan generasi yang berkaliber dan
bertanggungjawab, serta berupaya memupuk semangat berpasukan.

2.2.2 OBJEKTIF
Membentuk serta memupuk semangat kerjasama dan berpasukan.

Untuk melatih para pemimpin dalam kemahiran dan mengenali kemampuan,
kebolehan dan keyakinan diri.

Menjanakan aspirasi dan sikap positif para pemimpin dalam tugasan dan
tanggungjawab.

Secara keseluruhan, objektif perkhemahan ini tercapai kerana murid-murid berjaya dididik
menjadi seorang pemimpin kecil. Murid-murid dapat menpati masa, mendengar arahan serta
berani mengutarakan pendapat. Melalui perkhemahan kepimpinan ini diharapkan murid-murid
akan lebih bersemangat untuk belajar serta mengaplikasikan seberapa banyak ilmu yang
diperolehi.
Tambahan lagi, perkhemahan ini juga berjaya mencungkil bakat peserta lelaki serta
perempuan yang terbaik. Peserta lelaki yang terbaik ialah adik Harith Fitry dan peserta
perempuan terbaik ialah adik Musyiah . Kedua-dua peserta ini di luar jangkaan murid-murid
namun mereka ini mempunyai ciri-ciri kepimpinan di dalam diri mereka.




2.3 Sasaran
Program perkhemahan ini mensasarkan 91 orang peserta dalam kalangan murid-murid
yang akan mengikuti namun disebabkan masalah tertentu terdapat 10 orang murid yang tidak
dapat menghadirkan diri. 40 orang guru serta 2 orang staf turut mengikuti perkhemahan ini.
Antara murid-murid yang tidak dapat hadir perkhemahan ini ialah Wardatul Ummah binti
Moh Suhdi (3 Arif), Muhammad Danish b Muhd Afandi (4 Arif), Siti Aisyah bt Ahmad Hairulniza
(4 Arif), Muhammad Adam Iman b Radzuan (5 Arif), Thevadhini a/p Karthingasu (5 Arif),
Yuubadhini a/p Pragash Kumar (5 Arif) dan Muhammad Nasron (6 Arif).


















3.0 KEWANGAN
3.1 Sumber Kewangan

Pendapatan

Perbelanjaan

BIL PERKARA JUMLAH (RM)
1. Makan dan minum
Minum (4 kali x RM 2.00 x 90) 720.00
Makan (2 kali x Rm 4.00 x 90) 720.00
Sarapan (1 kali x RM 3.00 x 90) 270.00
BIL PERKARA JUMLAH (RM)
1. 90 orang murid X RM 15.00 1350.00
2. PIBG 500.00
3. Sumbangan perseorangan 200.00
4. PCG Kokurikulum 180.00
5. PCG Bimbingan Kaunseling 180.00
JUMLAH 2410.00
Jumlah makan dan minum 1710.00
2. Penceramah (2 x RM 150) 300.00
3. Hadiah dan Hamper
3 x RM 20.00 60.00
3 x RM 15.00 45.00
4 x RM 12.00 48.00
Jumlah Hadiah dan Hamper 153.00
4. Lain-lain (Barang Runcit) 200.00
JUMLAH 2363.000














4.0 Surat penghargaan dan terima kasih

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KEPONG
JALAN LANG PERUT PUTIH 9
TAMAN KEPONG BARU TAMBAHAN
52100 KUALA LUMPUR

TEL:03-62726224
FAKS :03-62722543
Ruj. Kami : SKSK 800/10/004/3(2)
Tarikh : 23 April 2014


Kepada;

Ibu bapa
________________________________
________________________________
________________________________

Tuan/Puan,

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA SEMPENA PERKHEMAHAN
KEPIMPINAN SK SERI KEPONG 2014

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Pihak Jawatankuasa Pengelola Perkhemahan Kepimpinan Sk Seri Kepong 2014, ingin mengucapkan ribuan
terima kasih di atas kerjasama yang diberikan sepanjang perkhemahan kepimpinan ini.
3. Semoga sokongan dan kerjasama dari pihak tuan/puan akan diberkati dan harapan kami semoga kerjasama
ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan tugas,

______________________________________
(PN. WAN NOR AZIDA BT. WAN ZAINAL)
GURU BESAR
SK Seri Kepong,
Kuala Lumpur.



SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KEPONG
JALAN LANG PERUT PUTIH 9
TAMAN KEPONG BARU TAMBAHAN
52100 KUALA LUMPUR

TEL :03-62726224
FAKS :03-62722543
Ruj. Kami : SKSK 800/10/004/3(2)
Tarikh : 23 April 2014


Kepada;

En cik Mohd Saad Bin Yaacob
SMK Taman Maluri,
Jalan Wirawati 6
551000 Cheras, Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA SEMPENA PERKHEMAHAN
KEPIMPINAN SK SERI KEPONG 2014

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Pihak Jawatankuasa Pengelola Perkhemahan Kepimpinan Sk Seri Kepong 2014, ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan dengan memberikan Ceramah
Eksplorasi Potensi sebagai salah satu sesi perkhemahan kepimpinan ini.
3. Semoga sokongan dan kerjasama dari pihak tuan/puan akan diberkati dan harapan kami semoga kerjasama
ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan tugas,

______________________________________
(PN. WAN NOR AZIDA BT. WAN ZAINAL)
GURU BESAR
SK Seri Kepong,
Kuala Lumpur.


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KEPONG
JALAN LANG PERUT PUTIH 9
TAMAN KEPONG BARU TAMBAHAN
52100 KUALA LUMPUR

TEL :03-62726224
FAKS :03-62722543
Ruj. Kami : SKSK 800/10/004/3(2)
Tarikh : 23 April 2014


Kepada;

Tuan Rodzlan Bin Othman,
Ketua Balai Bomba Sri Hartamas,
Balai Bomba DanPenyelamat Sri Hartamas,
Jalan 23/70A, Desa Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur.


Tuan/Puan,

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA SEMPENA PERKHEMAHAN
KEPIMPINAN SK SERI KEPONG 2014

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Pihak Jawatankuasa Pengelola Perkhemahan Kepimpinan Sk Seri Kepong 2014, ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan dengan memberikan Ceramah
Super Leader sebagai salah satu sesi perkhemahan kepimpinan ini. Pihak kami amat berbesar hati dengan
penglibatan tuan dalam program sekolah ini.
3. Semoga sokongan dan kerjasama dari pihak tuan/puan akan diberkati dan harapan kami semoga kerjasama
ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan tugas,

______________________________________
(PN. WAN NOR AZIDA BT. WAN ZAINAL)
GURU BESAR
SK Seri Kepong,
Kuala Lumpur.


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KEPONG
JALAN LANG PERUT PUTIH 9
TAMAN KEPONG BARU TAMBAHAN
52100 KUALA LUMPUR

TEL :03-62726224
FAKS :03-62722543
Ruj. Kami : SKSK 800/10/004/3(2)
Tarikh : 23 April 2014


Kepada;

Persatuan IbuBapa Dan Guru (PIBG)
Sk Seri Kepong.


Tuan/Puan,

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH DI ATAS SUMBANGAN UNTUK PERKHEMAHAN
KEPIMPINAN SK SERI KEPONG 2014

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Pihak Jawatankuasa Pengelola Perkhemahan Kepimpinan Sk Seri Kepong 2014, ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih di atas sumbangan sebanyak RM500 yang diberikan bagi
menjayakan lagi perkhemahan kepimpinan ini. Pihak kami amat berbesar hati dengan penglibatan PIBG dalam
program sekolah ini.
3. Semoga sokongan dan kerjasama dari pihak tuan/puan akan diberkati dan harapan kami semoga kerjasama
ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan tugas,

______________________________________
(PN. WAN NOR AZIDA BT. WAN ZAINAL)
GURU BESAR
SK Seri Kepong,
Kuala Lumpur.




RUJUKAN



1. Pn Wan Nor Azida Binti Wan Zainal. Guru Besar Sk Seri Kepong. 2014

2. Pn Sharon A/P Kunju. Guru Penolong Kanan KoKurikulum Sk Seri Kepong. 2014

3. En Mohd Mizam bin Mat Ail. Setiausaha Unit KoKurikulum Sk Seri Kepong. 2014

4. Cik Nor Syazyeana Binti Samsuddin. Unit Bimbingan Dan Kaunseling Sk Seri Kepong 2014.

5. http://nikuzair.blogspot.com/2013/07/laporan-perkhemahan-pengakap.html

6. http://www.slideshare.net/norlelabtabdrahman/laporan-aktiviti-perkhemahan-bina-insan-guru-
2012aaaa

7. http://www.scribd.com/doc/112621209/LAPORAN-AKTIVITI-PERKHEMAHAN-GERKO

Anda mungkin juga menyukai