Anda di halaman 1dari 5

SJKT TAMAN PERMATA, DENGKIL

LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH


2019

1. NAMA PROGRAM : Merentas Desa 2019


2. TARIKH : 11 Jan 2019
3. HARI / MASA : Jumaat / 07.30 Pagi
4. TEMPAT : SJK Tamil Taman Permata, Dengkil
5. OBJEKTIF :
Kejohanan Merentas Desa ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama,
antaranya adalah untuk :
i. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa sebagai acara tahunan.
ii. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang
cergas.
iii. Memupuk semangat kerjasama di kalangan warga SJKT Taman Permata, Dengkil
dalam mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menjayakannya.
iv. Menambah ilmu pengetahuan murid dan warga SJKT Taman Permata, Dengkil tentang alam sekitar
v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang dalam kalangan murid-
murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah-rumah sukan .
vi. Memilih wakil sekolah untuk ke pertandingan di peringkat daerah.

6. SASARAN :
Pertandingan ini telah dijalankan kepada semua murid daripada tahun 3 sehingga murid tahun
6 SJKT Taman Permata, Dengkil kecuali bagi murid-murid yang mendapat kebenaran pengecualian
daripada Guru Besar atau murid-murid yang mendapat pengesahan sakit atau tidak boleh menyertai
pertandingan ini daripada doktor.
7. BUTIRAN AKTIVITI :

7.1 Strategi Pelaksanaan:

Merentas desa merupakan suatu aktiviti yang dijalankan di SJKT Taman Permata, Dengkil pada

setiap tahun. Kami semua guru sekolah ini bersama dengan GPK Kokurikulum, iaitu Pn.P.Nallammal

bercadang untuk menjalankan aktiviti pada 11 Jan 2019.

Pada 09 Jan 2019 kami semua guru bersama pentadbir mengadakan mesyuarat Kejohanan

Merentas Desa di perpustakaan pada pukul 01.30 petang. Hasil dapatan daripada mesyuarat, kami

semua telah sepakat dan bersetuju dengan tarikh cadangan iaitu 11 Jan 2019.

Guru besar juga mencadangkan agar semua murid yang terlibat dalam larian merentas desa

dipakaikan nombor badan dan juga membuat lorong penamat setiap kategori.

7.1.1 Fasa Sebelum Pelaksanaan

Setelah mendapatkan kebenaran dari guru besar, kami semua guru menetapkan suatu hari untuk

memerhatikan trek merentas desa. Pada petang 09 Jan 2019, kami memerhatikan keadaan trek merentas

desa. Kami memastikan keadaan trek itu berada dalam keadaan yang baik dan selamat demi

keselamatan murid. Selepas itu kami menetapkan guru pada setiap ‘check point’ dan sebanyak sepuluh

‘check point’ telah ditetapkan.

Pada 10 Jan 2019, telah diadakan latihan merentas desa. Tujuan latihan merentas desa ini diadakan

adalah untuk memberi pendedahan kepada murid baru dan juga murid lain tentang trek merentas desa.

7.1.2 Fasa Semasa Pelakasanaan

Pada hari Jumaat pada pukul 7.30 pagi guru dan murid berkumpul di padang. Murid

dan murid membuat aktiviti senamrobik dan aktiviti pemanasan badan.

Guru yang bertugas di check point bergerak ke check point masing-masing. Murid

berkumpul mengikut kategori masing - masing dan dilepaskan berperingkat-peringkat

mengikut kategori masing-masing.


7.1.3 Fasa Selepas Pelaksanaan

Aktiviti merentas desa berjaya diadakan seperti yang dirancang oleh semua guru

sekolah. Kami mengambil sepuluh 10 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan

yang terpantas dari setiap sebagai pemenang.

8. PENILAIAN PROGRAM

8.1 Kekuatan Program

 Mendapat sokongan sepenuhnya daripada murid, guru dan ibu bapa

serta warga SJKT Taman Permata, Dengkil.

 Laluan merentas desa dilakukan diluar kawasan SJKT Taman Permata,

Dengkil dan sebarang risiko kemalangan adalah sangat rendah.

8.2 Kelemahan Program

 Jarak laluan merentas desa terhad. (3.5km sahaja).

8.3 Cadangan Penambahbaikan

 Menambah jarak laluan merentas desa

 Menambah kategori baru iaitu kategori ibu dan kategori bapa.


9. DOKUMENTASI BERGAMBAR
Konklusinya, aktiviti merentas desa 2019 ini telah berjalan seperti yang dirancang oleh

kami. Ia memberikan pelbagai ilmu dan pengalaman kepada kami. Selain itu, saya ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar, para guru, kakitangan sekolah dan juga

ahli PIBG & ahli LPS yang berjaya menjayakan projek kami.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

…………………… ……………………. ………………….


(Y.JEYAH MARY)
Setiausaha

Anda mungkin juga menyukai