Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SJKT TAMAN PERMATA DENGKIL Kod Sekolah: BBD9457

1. Nama Guru Jeyah Mary A/P Yagabaram


MULTIMEDIA DI DALAM DARJAH
2. Tajuk 3. Bahasa : Bahasa Melayu

Terjemahan Dari Karya Lachs


4. Penulis 5. Bil. Muka Surat : 337ms
MUHAMAD ASYRAF MUSTAFFA
7. Sinopsis

Buku ini merupakan sebuah buku yang menerangkan tentang penggunaan multimedia
seperti mutimedia berkomputer contohnya gabungan teks, gambar, bunyi, animasi dan
video. BBM disediakan dan tugas adalah mendapatkan maklumat itu, mencari jawapan
kepada soalan yang diajukan dan mungkin juga mentakrifkan semula struktur maklumat
itu dan bagaimana setiap maklumat dikaitkan tetapi bukan membinanya.

Buku ini adalah panduan kepda guru yang memberi gambaran menyeluruh mengenai
elemen yang diperlukan bagi mengajar para pelajar pada semua peringkat umur
mengenai cara menghasilkan multimedia di dalam kelas. Kebanyakan bab terbahagi
kepada dua bahagian. Bahagian pertama mengandungi sedikit maklumat mengenai
latar belakang dan memberi pandangan secara teori mengenai bab itu. Kemudian
bebrapa contoh aktiviti mengarang multimedia di dalam kelas yang diberikan dan
melibatkan komen daripada pelajar kepada guru.

Bahagian akhir mengandungi ideia dan cadangan yang praktikal bagi menjayakan
projek. Format buku ini membolehkan pembaca membacanya sebagai suatu tinjauan
dari awal hingga akhir ataupun menyemak pada sesetengah bahagian yang diperlukan
kemudian memilih dan mengambil idea yang dapat digunakan kemudian
mengembangkan idea yang boleh diaplkikasikan dalam kelas apabila pengalaman
pembaca semakin bertambah. Sebagai contoh Bab 6 menyentuh mengenai hal
rekabentuk manakala Bab 9 pula menyentuh isu mengumpul maklumat.

Bab – bab ini tidak semestinya dibaca secara urutan kerana sesetengah kelas mungkin
tidak memerlukan ataupun menggunakan sesetengah bab sahaja. Bab 13 dan 14
memberikan contoh yang lebih terperinci dengan memberi perhatian kepada para
pelajar muda dan para pelajar istimewa. Bab 15 menyuarakan pendapat guru mengenai
pengalaman menjalankan projek mengarang multimedia dan menggunakannya serta
bagaimana ia dikembangkan di dalam beberapa kelas yang berlainan.
Bab akhir memberi tip bagaimana mendapatkan perisian efektif sebagai kegunaan di
dalam kelas. Perisian yang dicadangkan menitik beratkan soal pedagogi dan tidak
mengesyorkan mana mana program khusus.

Buku ini juga disertakan bersama CD-ROM yang mengandungi bahan-bahan termasuk
persembahan yang diterangkan dalam contoh-contoh aktiviti. Beberapa persembahan
mungkin dipetik daripada karya lengkap dan ada juga contoh projek multimedia yang
digunakan sepenuhnya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Nilai pengetahuan yang saya dapati daripada buku ini ialah :

1. Keyakinan diri tentang bagaimana projek ini berkesan apabila digunakan.

2. Keberanian dalam melakukan sesuatu dan menilai hasil projek.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1.Pelajar dapat menerapkan penggunaan multimedia dengan lebih mantap lagi.

2.Guru dapat menyebarkan maklumat tentang kaedah penggunaan multimedia PdPc


berjalan.

3.Guru boleh memberikan nasihat dan motivasi kepada pelajar tentang kaedah
penggunaan multimedia dengan berkesan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai