Anda di halaman 1dari 26

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TAJUK KURSUS:

LITERASI DAN NUMERASI SEKOLAH RENDAH

(KRP 60604)

TUGASAN 2 :
HURAIKAN TEORI-TEORI BERKAITAN
MASALAH MEMBACA

NAMA PELAJAR : JEYAH MARY YAGABARAM (M20202001520)

SEMESTER : 2 2020/2021

NAMA PENSYARAH : DR MAZARUL HASAN BIN MOHAMAD HANAPI


KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN HALAMAN

1 1.0. Pengenalan 3
2 2.0. Pengertian teori 4

3.0. Masalah membaca 4

4.0. Teori Bottom-up 14

5.0. Teori Top to Down 16

6.0. Perbezaan antara pendekatan atas ke bawah dan pendekatan 18

bottom up

7.0. Model teori interaktif 20

8.0. Teori transaksional

23
9.0. Teori kecekapan verbal

10.0. Teori membaca automatic 24


24
11.0. Teori memindahkan maklumat

4 12.0. Kesimpulan 25

5 13.0. Rujukan 26

[Date]
2
1.0. PENGENALAN

Membaca merupakan suatu proses yang dilakukan serta digunakan oleh pembaca untuk

mendapatkan mesej yang hendak disampaikan oleh penulis melalui media yang bercorak bahasa

tulisan. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, membaca didefinisikan sebagai mengucap apa

yang bertulis atau tercetak pada buku, papan tanda atau sebagainya secara lisan dengan kuat.

Oleh yang demikian, membaca merupakan suatu proses yang dilakukan oleh pembaca untuk

membentuk atau memberikan makna terhadap teks yang dibacanya dengan menggunakan

kandungan teks dan pengetahuan yang sedia ada pada pembaca sebelum membuat keputusan

Menurut Anderson (1972), dari segi linguistik, membaca adalah suatu proses penyandian

kembali dan pembacaan sandi (a recording and decoding process), berlainan dengan percakapan

(Henry Guntur Tarigan, 1994).

Harris dan Sipay (1980), pula menyifatkan bahawa proses membaca sebagai suatu proses

untuk mendapatkan tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang yang bercetak atau

bertulis. Menurut Kenedy (1981), pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang

untuk mengecam bentuk visual dan menghubungkan bentuk tersebut dengan bunyi atau makna

yang telah diketahui. Seterusnya berdasarkan pengalaman lalu, pembaca dapat memahami dan

mentafsirkan maksudnya.  Marohaini Yusoff (1989), telah merumuskan proses membaca sebagai

perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Hanya dua kompenan kemahiran utama

yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca, iaitu kemahiran mengenal atau mengecam

perkataan dan kemahiran memahami apa-apa yang dibaca. 

[Date]
3
Menurut Kamaruddin Husin dan rakan-rakan (1997), membaca merupakan satu proses

pemikiran yang membina kebolehan untuk menilai, mengulas dan mengkritik apa-apa yang

dibaca dengan tepat (Adenan Ayob dan Abdullah Yusof, 2010).

2.0. PENGERTIAN TEORI

Stanovich (1992) telah memberi satu definisi tentang teori, iaitu : “ … set konsep-konsep yang

saling berkait, yang digunakan untuk menjelaskan sesebuah data dan untuk meramal keputusan

kajian-kajian akan datang” . • Cohen, R pula mendefinisikan teori sebagai satu set pernyataan

sejagat yang ada pertalian antara satu sama lain. Ia mengandungi definisi dan pernyataan yang

menggambarkan pertalian antara dua perkara yang dianggap benar. Ia juga mengandungi ayat-

ayat yang menggambarkan peraturan bagi membentuk satu pernyataan beru. • Dalam erti kata

lain, kita boleh maksudkan teori sebagai andaian-andaian ataupun hipotesishipotesis tentang

sesuatu yang berdokongkan kajian.

3.0. MASALAH MEMBACA

Membaca merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam kehidupan seharian kita. Hal ini

demikian kerana kita perlu membaca untuk memperoleh maklumat tertentu. Kita telah diajar

untuk membaca sejak bersekolah di prasekolah dan ada ibu bapa yang mengajar anak-anak

membaca di rumah sebelum anak-anak mereka belajar di sekolah. Selain itu, seorang pelajar

menjalani akan proses pembelajaran di sekolah selama sebelas, iaitu darjah satu sehingga

tingkatan lima. Pelajar akan belajar berdasarkan sukatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian

[Date]
4
Pelajaran Malaysia mengikut tahap pembelajaran pelajar. Walau bagaimanapun, masalah yang

berkaitan membaca seperti masalah pelajar buta huruf tetap ada di sekolah.

Masalah membaca merupakan masalah yang lazim berlaku. Walaupun pelajar telah

menerima pendidikan dan pengajaran di sekolah yang disampaikan oleh guru, terdapat juga

pelajar yang masih tidak mampu untuk membaca. Hal ini disebabkan oleh pelbagai faktor.

Faktor-faktor tersebut boleh dibahagikan kepada dua, iaitu faktor luaran dan faktor dalaman.

Faktor luaran merupakan faktor yang disebabkan oleh fizikal atau persekitaran

pembaca. Faktor fizikal merupakan faktor yang melibatkan fizikal atau jasmani pembaca seperti

penglihatan, pendengaran, dan sebagainya. Menurut Mahzan Arshad (2008), kecacatan yang

ringan terhadap deria tidak akan mendatangkan kesan yang negatif terhadap kebolehan

membaca, namun kecacatan yang berat boleh menyebabkan ketidak upayaan membaca.

Penglihatan merupakan elemen yang penting dalam proses membaca. Masalah

penglihatan akan memyebabkan proses membaca terjejas. Menurut Marohaini Yusoff (1999),

beliau menyatakan bahawa proses membaca bermula dengan melihat dan mengecam perkataan

atau lambang-lambang bahasa yang hendak dibaca. Juling merupakan salah satu masalah

penglihatan. Juling akan menyebabkan imej bagi satu benda yang sama kelihatan tidak sama saiz

dan bentuknya (Mahzan Arshad, 2008: 182). Selain itu, rabun dekat dan jauh akan menyebabkan

pembaca tidak dapat melihat sesuatu pada jarak yang jauh atau dekat. Masalah penglihatan akan

memberikan kesan yang buruk terhadap kanak-kanak yang akan menggunakan peglihatan pada

peringkat awal dalam kemahiran membaca untuk mencerap imej huruf pada paparan permukaan

[Date]
5
bertulis. Hal ini akan menyebabkan masalah bagi kanak-kanak untuk meneruskan proses

membaca pada peringkat seterusnya, iaitu peringkat mendekod (Mahzan Arshad, 2008: 182).

Pendengaran juga merupakan faktor yang penting dalam proses membaca. Pendengaran

yang kurang baik akan menyebabkan masalah untuk belajar membaca. Menurut Mahzan Arshad

(2008), mereka yang mempunyai masalah pendengaran akan menghadapi masalah untuk

membezakan bunyi vokal dan konsonan. Sebagai contoh, kanak-kanak tidak dapat untuk

membezakan antara vokal /a/ dengan vokal /e/, /u/ dengan /o/ dan /i/ dengan /ə/. Menurut beliau

lagi, kerencatan pendengaran mempunyai dua ketagori, iaitu kerencatan sementara dan

kerencatan kekal. Masalah kerencatan pendengaran boleh dirawat dan rawat hanya boleh

diberikan oleh doktor perubatan dan pakar Telinga, Hidung dan Tekak sahaja.

Selain daripada pendengaran, pertuturan juga memainkan peranan yang penting dalam

proses membaca. Masalah dalam pertuturan akan mengakibatkan masalah dalam membaca.

Masalah pertuturan merupakan masalah seperti kecelaruan bunyi suara, nada yang tidak

menentu, pertutuan spastik dan sebagainya. Hal ini berpunca daripada masalah emosi, kelewatan

pertumbuhan, kurang pendengaran, pertumbuhan kerongkong yang tidak lengkap, sumbing, dan

sebagainya (Mahzan Arshad, 2008: 183&184). Walau bagaimanapun, tidak semua punca

masalah pertuturan boleh mengakibatkan masalah dalam membaca.

Selain faktor fizikal, masalah membaca juga boleh disebabkan oleh faktor persekitaran.

Persekitaran memainkan peranan yang agak penting dalam proses membaca. Hal ini demikian

kerana persekitaran terutama persekitaran rumah yang kondusif dan selesa dapat memberikan

kesan yang positif terhadap proses membaca. Menurut Marohaini Yusoff (1999), beliau

menyatakan bahawa terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan persekitaran terutama

[Date]
6
rumah. Antaranya ialah sosiobudaya di rumah, kestabilan sosial, corak interaksi dan sebagainya.

Di bilik darjah pula, guru-guru dan rakan-rakan memainkan peranan penting dalam proses

membaca. Menurut Pearson dan Johnson (1978), guru, rakan sebaya dan ekologi di dalam bilik

darjah mempengaruhi bacaan dan kefahaman. Sebagai contoh, sekiranya keadaan di dalam bilik

darjah amat bising dan tidak selesa, pelajar tidak dapat untuk membaca dengan selesa. Oleh yang

demikian, mereka akan memilih untuk tidak membaca. Kesannya, pelajar tersebut akan

mengalami masalah membaca sekiranya hal ini berlaku secara berterusan.

Masalah membaca juga disebabkan oleh masalah yang melibatkan oleh kaedah

pengajaran guru di dalam kelas. Pengajaran yang disampaikan oleh guru amat penting untuk

pelajar khususnya memperolehi maklumat dan kemahiran dalam pembelajaran terutama

membaca. Kegagalan guru dalam proses mengajar akan memberikan kesan yang negatif terhadap

pelajar. Masalah ini dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu guru kurang pengalaman dalam

pengajaran, penggunaan kaedah pengajaran yang tidak sesuai dan ketiadaan kaedah yang

berkesan dalam pengajaran membaca. Masalah guru kurang pengalaman dalam pengajaran

menjadi faktor yang utama. Hal ini demikian kerana seseorang guru yang kurang pengalaman

tidak menggunakan kaedah membaca yang sepatutnya digunakan seperti kaedah suku kata atau

apa-apa kaedah yang baik.

Selain masalah dalam kaedah pengajaran. Masalah terhadap teks yang digunakan juga

menjadi salah satu faktor luaran yang menyebabkan masalah membaca. Teks yang mudah dan

menarik memudahkan pembaca untuk membaca dan memahami kandungan teks tersebut.

Namun, teks yang terlalu tinggi bahasanya akan memberi kesukaran terhadap pembaca untuk

memahami apa-apa yang hendak disampaikan melalui teks tersebut. Teks yang tidak menarik

[Date]
7
terutama teks yang mempunyai isi kandungan atau bahan bacaan yang sudah lama dan kurang

sesuai dengan keadaan semasa pelajar akan memberi impak terhadap pelajar. Selain itu, teks

yang sukar difahami seperti teks yang terlalu panjang serta ceritanya ketinggalan zaman akan

memyebabkan pelajar kurang berminat untuk membaca teks tersebut terutama pelajar-pelajar di

sekolah rendah. Kesannya, mereka akan menghadapi masalah membaca kerana mereka tidak

dapat untuk berlatih membaca berdasarkan teks yang telah disediakan.

Masalah membaca juga disebabkan oleh masa pengajaran. Hal ini demikian kerana masa

pengajaran merupakan elemen yang penting dalam pembelajaran membaca. Masa pengajaran

membaca yang diperuntukkan terlalu singkat dan tidak mencukupi akan menyebabkan guru-guru

tidak dapat membantu pelajar untuk membaca dengan berkesan terutama pelajar yang

mempunyai tahap kecerdasan yang lemah atau sederhana. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar

tersebut tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan berkesan. Sebagai contoh, masa

yang diperuntukkan untuk belajar membaca hanya 30 minit sahaja bagi pelajar darjah satu, dua,

dan tiga. Di samping itu, mereka perlu mempelajari kemahiran-kemahiran lain melalui mata

pelajaran yang lain. Hal ini akan memberikan suatu situasi yang sukar bagi mereka terutama

pelajar yang berada pada darjah satu, dua, dan tiga. Kesannya, mereka akan mengalami masalah

dalam pembelajaran khususnya masalah membaca.

Selain faktor luaran, faktor dalaman juga mendorong kepada masalah membaca. Terdapat

beberapa faktor dalaman yang mempengaruhi masalah membaca. Antara faktor-faktor yang

mempengaruhi masalah membaca ialah dalaman diri pembaca itu sendiri berpunca dari dalam

diri mereka sendiri. Dalam faktor dalaman ini, pembaca mengalami masalah dari aspek kognitif

atau inteleknya sendiri. Selain itu, masalah dalaman yang wujud dalam diri pelajar yang

[Date]
8
menyebabkan sebilangan daripada mereka mengalami masalah membaca itu sendiri ialah aspek

psikologi. Masalah ini dipengaruhi oleh pelajar dan bukannya dipengaruhi oleh masalah luaran.

Menurut Marohaini Yusoff (1999), faktor dalaman yang mempengaruhi masalah pembacaan

pembaca dalam aspek intelektual adalah seperti kecerdasan, kebolehan berbahasa, dan

pengalaman sedia ada pada diri pembaca itu sendiri.

             Aspek kecerdasan dan kebolehan pelajar membaca adalah saling berkait. Sekiranya

pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan minda yang tinggi, maka mereka akan mampu untuk

memberi perhatian dan memahami sesuatu struktur ayat yang dibaca dengan  lebih mudah tanpa

perlu mengulang serta meneliti berulang kali. Perkara ini menampakkan perbezaan ketara

sekiranya perbandingan dibuat dengan pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang lebih

rendah. Golongan pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah ini akan mengambil

masa yang lebih lama untuk memahami sesuatu bahan yang dibaca. Menurut Roe, Stoodt dan

Burn (1978), pertalian yang rapat antara kecerdasan dan kebolehan membaca ini lebih ketara

dalam kalangan pelajar pada peringkat menengah daripada murid peringkat rendah. Perkara ini

akan menimbulkan masalah kepada pelajar diperingkat menengah kerana kecerdasan dan

kemampuan untuk memahami struktur ayat yang lebih kompleks dan canggih. Kesannya, pelajar

yang mempunyai tahap kemampuan kecerdasan akal yang rendah akan mengalami kesukaran

untuk memahami dan bersaing dengan rakan-rakan yang lain dalam matapelajaran yang

dipelajarinya.

             Pengetahuan sedia ada yang terbatas juga merupakan salah satu faktor dalaman

pembaca  yang mendorong berlakunya masalah membaca. Pengalaman sedia ada ini diperolehi

daripada kehidupan seharian pembaca. Kesemua pengalaman dan pengetahuan sedia ada ini

[Date]
9
diperolehi di rumah, didikan ibu bapa, sekolah, sosiobudaya dan sebagainya. Sekiranya

seseorang pembaca itu hidup dalam suasana keluarga yang mempunyai tabiat membaca, nescaya

pembaca tersebut akan terdorong untuk membaca walaupun secara tidak langsung.

Sememangnya pengaruh persekitaran berkait rapat dengan pengalaman sedia ada seseorang

pembaca untuk mengukur tahap kebolehan membaca dengan lancar dan memudahkan

pemahaman terhadap sesuatu yang dibaca. Kadang-kala terdapat juga sebilangan kecil pembaca

yang hidup dalam suasana budaya membaca namun  kefahaman dan pemahaman sesuatu yang

dibaca pada tahap yang rendah. Hal ini sememangnya tidak dinafikan, walaupun suasana

persekitaran pelajar mengalakkan pembacaan tetapi tahap kemampuan kognitif pembaca tersebut

ditahap yang rendah untuk menerima dan menilai sesuatu amalan tersebut khususnya membaca.

            Kebolehan berbahasa merupakan salah satu faktor yang besar mendorong ke arah

masalah membaca. Pembaca yang tidak luas tahap pembacaan dan lemah dalam tatabahasa

ditambah pula dengan kehidupan dalam masyarakat yang menggunakan bahasa dialek

kedaerahan menambahkan lagi masalah kesukaran seseorang pembaca untuk membaca. Mungkin

mereka mampu untuk memahami apa yang dibaca. Hal ini  kerana, sekiranya seseorang pembaca

itu bertutur dalam dialek kenegerian, pembaca tersebut mengalami kesukaran untuk

menyampaikan maklumat yang dibacanya kepada orang lain. Pembaca tersebut hanya

memahami perkara yang dibaca untuk dirinya sahaja dan bukannya menyampaikan perkara yang

dibaca kepada orang lain.

            Menurut Marohaini Yusoff (1999), faktor dalaman yang mempengaruhi masalah

pembacaan pembaca (murid) dalam aspek psikologi adalah seperti minat,motivasi dan konsep

diri merangkumi motivasi intrinsik iaitu motivasi dari dalam diri pembaca itu sendiri. Minat dan

[Date]
10
motivasi memainkan peranan besar bagi memupuk kebolehan membaca dalam kalangan pelajar.

Kemahiran membaca sebenarnya memerlukan pembelajaran berterusan untuk memahirkan

seseorang pelajar dengan huruf-huruf dan struktur ayat. Maka, minat dan motivasi amat

diperlukan seseorang pelajar untuk menyemai minat membaca.

            Menurut Sylvia Ashton Warner (1973), satu kaedah untuk meningkatkan minat membaca

dan memotivasikan pelajar membaca dengan menggunakan cerita-cerita yang dibuat oleh pelajar

sendiri berdasarkan topik-topik yang diminatinya. Pada kebiasaanya, pelajar akan tertarik sesuatu

bahan bacaan yang menarik minatnya. Sekiranya sesuatu bahan bacaan dapat menarik minat

mereka, maka mereka akan terus membaca walaupun sesuatu bahan bacaan yang dibaca itu

dianggap susah berdasarkan peringkat umur mereka. Dalam konteks ini, guru perlu peka

terhadap persekitaran disekeliling pelajat supaya pelajar lebih minat untuk menerapkan minat

pembacaan dari awal usia lagi.

            Guru perlu mencari suatu kaedah bagaimana menunjukkan kepentingan membaca dengan

menjadikan membaca sebagai suatu amalan hidup. Program Buku Nilam perlu kerap dianjurkan

dan pengisisannya perlu menarik minat pelajar. Bagi pelajar yang mempunyai masalah membaca

dan tahap kebolehan membaca adalah tahap paling rendah. Program Intervensi Awal Membaca

dan Menulis (KIA2M) perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah pelajar yang lambat atau

belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Setiap kelas dan rumah perlu

mempunyai bahan bacaan seperti majalah kanak-kanak supaya minat terhadap pembacaan

disemai sejak dari kecil lagi.

[Date]
11
            Selain itu, masalah membaca juga disebabkan oleh masalah kecelaruan bahasa atau

disebut sebagai disleksia. Menurut Noor Aina Dani (1968), beliau mendefinisikan disleksia

sebagai kecelaruan bahasa yang berlaku dalam kalangan individu untuk menguasai kemahiran

membaca, menulis atau mengira (Adnen Ayob & Abdullah Yusof, 2010: 109). Pelajar yang

mengalami masalah kecelaruan bahasa akan mengalami kesukaran dalam pembelajaran seperti

pembelajaran membaca. Masalah ini juga tidak mempunyai penawar. Menurut Adenan Ayob dan

Abdullah Yusof (2010), mereka menyatakan bahawa pelajar yang mengalami masalah membaca

disebabkan oleh masalah disleksia akan melakukan tindakan seperti hanya berpura-pura

membaca buku dengan berpandukan gambar yang dilihatnya, teragak-agak apabila disuruh

membaca, dan menunjukkan teks dengan jari semasa membaca. Selain itu, mereka juga akan

mengalami kekeliruan dengan kedudukan perkataan. Contohnya makan menjadi makna.

            Oleh yang demikian, para guru hendaklah peka akan masalah yang dihadapi oleh setiap

pelajar terutama dalam masalah membaca. Sekiranya masalah pelajar yang mengalami masalah

ini dapat dikesan dengan lebih awal, mereka dapat dibantu dengan kaedah yang sesuai untuk

mengatasi masalah tersebut. Melalui tindakan ini, pelajar yang bermasalah dapat menjalani

proses pembelajaran dengan lebih teratur dan tidak ketinggalan.

            Perasaan murid tentang diri mereka juga mempengaruhi pencapaian kebolehan membaca.

Menurut Roe, Stoodt, dan Burns (1978), konsep diri merupakan satu set kepercayaan dan sikap

seseorang individu yang mempercayai kebolehan dirinya. Pelajar yang mempunyai konsep diri

yang negatif biasanya kurang keyakinan tentang kebolehan diri dan mempunyai perasaan rendah

diri. Pelajar yang yakin kepada dirinya sendiri biasanya akan berjaya jika hendak dibandingkan

dengan pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang negatif. Sebagai contoh pengertian

[Date]
12
mengenai konsep diri positif dan negatif, kebolehan seseorang pembaca memahami struktur ayat

Bahasa Inggeris. Pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang positif akan mampu membaca

dan memahaminya walaupun terpaksa membuka kamus. Namun sebaliknya berlaku kepada

pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang negatif, sekiranya persepsi mereka mengatakan

mereka tidak minat maka mereka langsung untuk mencuba memahami struktur sesuatu ayat

tersebut. Secara umumnya, masalah membaca yang berpunca dari dalam diri adalah berbeza

dengan faktor luaran namun ianya saling berkait dan memberi kesan terhadap satu sama lain.

            

[Date]
13
4.0. TEORI BOTTOM-UP

Bahasa yang mewadahi teks menentukan pemahaman seseorang. Secara fizikal, ketika seseorang

melakukan kegiatan membaca, yang dipandangnya adalah halaman-halaman bacaan yang

kedudukannya di bawah (kecuali membaca sambil tidur). Secara amnya, bottom-up bererti dari

bawah ke atas. Maksudnya, makna itu berasal dari bawah (teks) menuju ke atas (otak / kepala).

         Inti proses membaca menurut teori ini adalah proses pengekodan kembali simbol tuturan

tertulis (Harris & Sipay, 1980). Membaca dalam proses bottom-up merupakan proses yang

melibatkan ketepatan, butiran, dan rangkaian persepsi dan pengenalan huruf-huruf, kata-kata,

pola ejaan, dan unit bahasa lain.Tugas utama pembaca menurut teori ini adalah mengekod

lambang-lambang yang tertulis menjadi bunyi-bunyi bahasa (Harjasuna, 1996)

         Brown (2001) menyatakan bahawa pada proses bottom-up membaca terlebih dahulu

mengetahui pelbagai tanda linguistik, seperti huruf, morfem, suku kata, kata-kata frasa, manual

gramatik dan tanda wacana, kemudian menggunakan mekanisme pemprosesan yang boleh

masuk akal, koheren dan bermakna. Untuk memahami bacaan pada teori ini, pembaca

memerlukan kemahiran yang berkaitan dengan lambang bahasa yang digunakan dalam teks.

[Date]
14
Gambarajah 1.1. menunjukkan ‘Teori Bottom-up’

[Date]
15
5.0. TEORI TOP TO DOWN

Teori ini dikenali sebagai model psikolinguistik dalam membaca dan teori ini diperkenalkan oleh

Goodman (1976). Model ini memperlihatkan kegiatan membaca sebagai sebahagian daripada

proses pembangunan pembacaan seseorang yakni pembaca secara stimultan (terus-menerus)

menguji dan menerima atau menolak hipotesis yang dibuat sendiri pada ketika proses membaca

berlangsung.

         Pada model ini, maklumat grafik hanya digunakan untuk menyokong hipotesis tentang

makna. Pembaca tidak lagi memerlukan banyak maklumat grafik dari bacaan kerana mereka

telah mempunyai modal bacaan sendiri untuk memahami bacaan.Proses membaca model ini

bermula dengan hipotesis dan ramalan-ramalan kemudian mengesahkannya dengan

menggunakan stimulus yang berupa tulisan yang ada pada teks.

Inti dari model teori Top-down adalah pembaca memulakan proses pemahaman teks dari bacaan

yang lebih tinggi. Pembaca memulakan tahap membacanya dengan membaca ramalan-ramalan,

hipotesis-hipotesis, dugaan-dugaan berkenaan dengan apa yang mungkin ada dalam bacaan,

bermodalkan pengetahuan tentang isi dan bahasa yang dimilikinya.

      Untuk membantu pemahaman dengan menggunakan teori ini, pembaca menggunakan

strategi berdasarkan kepada penggunaan semantik dan sintaksis. Bagi mendapatkan makna

bacaan, pembaca boleh menggunakan petunjuk tambahan yang berupa kecekapan berbahasa

[Date]
16
yang dimiliki. Jadi, kecekapan berbahasa dan pengetahuan tentang apa saja memainkan peranan

penting dalam membentuk makna bacaan. Jadi, menurut teori Top-down dapat disimpulkan

bahawa pengetahuan, pengalaman dan kecerdasan pembaca diperlukan sebagai dasar dalam

memahami bacaan.

Gambarajah 2.1. menunjukkan ‘Teori Bottom-up’

[Date]
17
6.0. PERBEZAAN ANTARA PENDEKATAN ATAS KE BAWAH DAN PENDEKATAN

BOTTOM UP

Asas untuk
Pendekatan atas ke bawah Pendekatan Bottom-up
perbandingan

Menyelesaikan masalah asas


Memecah masalah besar ke peringkat rendah dan
Asas
subproblem yang lebih kecil. mengintegrasikannya menjadi yang
lebih besar.

Periksa data yang dikemas kini, dan


Submodul dianalisis secara
Proses nyatakan konsep maklumat
soliter.
bersembunyi.

Tidak diperlukan dalam


Komunikasi Memerlukan komunikasi tertentu.
pendekatan atas-bawah.

Mengandungi maklumat yang


Redundansi Redundansi boleh dihapuskan.
berlebihan.

Bahasa pengaturcaraan struktur Bahasa pengaturcaraan


Bahasa / prosedur berorientasikan berorientasikan objek (seperti C ++,
pengaturcaraan (iaitu C) mengikuti pendekatan Java, dan sebagainya) mengikuti
atas-bawah. pendekatan bottom-up.

Dokumentasi modul,
Terutamanya penciptaan kes ujian,
Ujian
digunakan dalam pelaksanaan kod dan
penyahpepijatan.

1. Pendekatan atas ke bawah mengurai tugas besar ke dalam subtask yang lebih kecil

manakala pendekatan bottom-up pertama memilih untuk menyelesaikan bahagian-

[Date]
18
bahagian asas tugas yang berbeza secara langsung kemudian menggabungkan bahagian

tersebut ke dalam keseluruhan program.

2. Setiap submodule diproses secara berasingan dalam pendekatan atas-bawah. Sebaliknya,

pendekatan bottom-up menerapkan konsep maklumat bersembunyi dengan memeriksa

data yang akan dikemas.

3. Modul yang berbeza dalam pendekatan atas-bawah tidak memerlukan banyak

komunikasi. Sebaliknya, pendekatan bottom-up memerlukan interaksi antara modul asas

berasingan untuk menggabungkannya nanti.

4. Pendekatan atas ke bawah boleh menghasilkan redundansi manakala pendekatan bawah

tidak termasuk maklumat yang berlebihan.

5. Bahasa pengaturcaraan prosedur seperti Fortran, COBOL dan C mengikuti pendekatan

atas-bawah. Sebaliknya, bahasa pengaturcaraan berorientasikan objek seperti C ++, Java,

C #, Perl, Python mematuhi pendekatan bottom-up.

6. Pendekatan bottom-up sebelum digunakan dalam ujian. Sebaliknya, pendekatan atas ke

bawah digunakan dalam dokumentasi modul, penciptaan kes ujian, debugging, dan

sebagainya.

Pendekatan atas dan ke bawah adalah kaedah reka bentuk algoritma di mana top-down adalah

pendekatan konvensional yang mengurai sistem dari spesifikasi tahap tinggi ke spesifikasi tahap

rendah. Sebaliknya, pendekatan bawah adalah lebih cekap dan berfungsi dengan cara yang

berlawanan di mana komponen-komponen primitif direka pada mulanya kemudian diteruskan ke

tahap yang lebih tinggi.

[Date]
19
Pendekatan atas ke bawah menekankan pada pengasingan submodules (menandakan

penggabungan rendah antara modul) sambil mengabaikan pengenalan komunikasi dan konsep

penggunaan semula. Walaupun dalam pendekatan bottom-up, maklumat bersembunyi dan

kebolehgunaan semula adalah faktor yang menonjol.

7.0. MODEL TEORI INTERAKTIF

Model ini merupakan kombinasi antara pemahaman model Top-Down dan model Bottom-Up.

Pada model interaktif, pembaca menerima pakai pendekatan top-down untuk meramalkan

makna, kemudian beralih ke pendekatan bottom-up untuk menguji apakah hal itu benar-benar

diperkatakan oleh penulis. Teori ini memperlihatkan bahawa aktiviti membaca merupakan suatu

interaksi antara pembaca dengan teks. Dengan teori ini, dijelaskan bagaimana seorang pembaca

menguasai, menyimpan dan mempergunakan pengetahuan dalam format skemata. Kegiatan

membaca adalah proses membuat hubungan yang berguna bagi maklumat baru dengan

pengetahuan yang dimiliki sebelumnya (skemata).

        Menurut pandangan interaktif, membaca bermula dengan penggubalan tentang hipotesis

tentang makna, kemudian dilanjutkan dengan menghuraikan makna huruf, kata, dan kalimat

dalam bacaan. Model interaktif adalah model membaca yang menggunakan secara serentak

antara pengetahuan maklumat grafik dan maklumat yang ada dalam fikiran pembaca.

         Proses membaca menurut pandangan interaktif adalah proses intelektual yang kompleks,

termasuk dua kemampuan utama, iaitu kemampuan memahami makna kata dan kemampuan

berfikir tentang konsep verbal (Rubin, 1982). Pendapat ini mengisyaratkan bahawa ketika proses

[Date]
20
membaca berlangsung, terjadi kepekatan dua arah pada fikiran pembaca dalam waktu yang

bersamaan. Dalam melakukan aktiviti membaca, pembaca secara aktif bertindak balas dan

mendedahkan bunyi tulisan dan bahasa yang digunakan oleh penulis. Selain itu, pembaca

dituntut untuk dapat mengungkapkan makna yang terkandung di dalamnya atau makna yang

ingin disampaikan oleh penulis melalui teks yang dibacanya.

Gambarajah 7.1. menunjukkan ‘Teori Interaktif’

[Date]
21
8.0. TEORI TRANSAKSIONAL

Teori Transaksional merupakan sebahagian daripada teori Interaktif. Makna yang terdapat dalam

teks akan menjadi keutamaan kepada pembaca melalui teori Transaksional.

     Teori Transaksional juga merupakan teori membaca yang dibuat untuk membina makna

daripada kombinasi pembaca tertentu dalam masa yang tertentu dengan teks yang tertentu.

Kombinasi tersebut merupakan transaksi antara pengarang, pembaca dan teks. Oleh itu, guru

perlu berinisiatif melakukan pelbagai aktiviti yang mampu menarik minat pelajar untuk

membaca seperti sentiasa bertanya soalan. Pelajar mampu didorong untuk membaca dengan

lebih mendalam bagi memperoleh makna dan menggalakkan transaksi bacaan menjadi lebih

kompleks melalui soalan yang ditanya. Pendirian pembacalah yang menentukan pengalaman

yang mereka peroleh daripada teks.

[Date]
22
Gambarajah 8.1. menunjukkan ‘Teori Bottom-up’

9.0. TEORI KECEKAPAN VERBAL

Teori kecekapan verbal diperkenalkan oleh Perfetti (1985, 1988). Teori ini menekankan kepada

kemahiran membaca dengan meluaskan proses pembacaan dengan mentafsir kod bacaan. Selain

daripada membuat bacaan secara automatik untuk menguasai bahasa, aspek lain seperti

penggunaan anafora dalam teks, membuat cadangan atau kenyataan secara bersepadu, aktiviti

yang berkaitan dengan ingatan dan strategi meta kognitif yang digunakan. Menurut teori ini,

pembaca akan mempunyai profil yang tersendiri bagi menguasai pembacaan secara verbal.

Selain itu, ia turut memberi penjelasan berkaitan pemahaman terhadap bahan bacaan dan bagi

pembaca yang tidak cekap akan lebih mudah lupa akan perkara yang sudah dibacanya. Mereka

yang tidak cekap dalam pembacaan ini disebabkan oleh kekurangan pengetahuan terhadap teks

yang dibaca dan keadaan ini sekaligus akan menyebabkan mereka sukar untuk memahami

perkara yang dibaca.

10.0.TEORI MEMBACA AUTOMATIK

La Berger dan Samuel (1974) merupakan tokoh yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan

teori ini. Teori ini menganggap bahawa akan wujud perkembangan dalam penguasaan kemahiran

membaca sekiranya pembacaan dilakukan secara automatik. Teori membaca ini berbeza di antara

proses bersifat automatik dengan proses kawalan ketika membaca. Pembaca akan mudah untuk

mengenal huruf dan seterusnya dapat menguasai setiap perkataan secara automatik melalui

[Date]
23
latihan membaca. Teori ini turut meramalkan akan wujud hubungan yang positif di antara

kemahiran pemahaman membaca teks secara automatik dengan latihan yang telah dijalankan.

Pembaca yang mempunyai lebih kemahiran membaca secara automatik akan berupaya dalam

mengawal teks serta mempunyai lebih sumber dan lebih memahami teks yang dibaca. Ketika

membuat pembacaan teks, pembaca perlu memberi penekanan terhadap pengawalan eksekutif

supaya mereka dapat memahami teks dengan lebih berkesan.

11.0.TEORI MEMINDAHKAN MAKLUMAT

Teori memindahkan maklumat diperkenalkan berdasarkan pandangan yang telah dikemukakan

oleh La Berge dan Samuel (1985) dan Gough (1985). Teori ini dipengaruhi oleh psikologi

kognitif dan bertanggungjawab dalam menyatakan aktiviti membaca ini merupakan satu proses

pemindahan maklumat daripada bahan bacaan kepada minda kita. Tokoh-tokoh ini memberi

andaian bahawa aktiviti membaca adalah proses dalam mengenal huruf demi huruf dan perkataan

demi perkataan. Pembaca akan berinteraksi dengan teks bagi mendapatkan makna daripada muka

surat yang dibaca kepada pemikirannya. Dalam melakukan interaksi ini, pembaca memerlukan

satu kemahiran yang khusus bagi membolehkan proses pemindahan maklumat kepada

pemikirannya. Dalam teori ini, aktiviti membaca dilakukan bertujuan untuk membentuk

peningkatan dalam kebolehan pembaca memindahkan maklumat daripada teks yang telah dibaca.

Pembaca yang baik akan lebih efisien ketika membuat pemindahan maklumat tetapi bagi

pembaca yang lemah pula tidak akan mampu untuk berbuat sedemikian

[Date]
24
12.0. KESIMPULAN

Aspek-aspek dan teori yang dinyatakan memainkan peranan penting dalam menjadikan bahan

bacaan menarik dan mudah difahami. Pada keseluruhanya, dengan daya tarikan serta bahan

bacaan, seseorang yang membacanya lebih mudah tertarik untuk meneruskan bacaan selain

memudahkan pemahaman melalui bacaan tersebut. Dengan pemahaman tentang bahan bacaan,

matlamat proses membaca akan berjalan dengan baik. Kefahaman tentang konsep membaca

adalah perlu untuk memastikan seseorang tahu matlamat proses pembacaan.  Walau

bagaimanapun, masalah-masalah yang berkaitan dengan proses membaca juga perlu diteliti bagi

membolehkan sebarang tindakan meningkatkan proses bacaan boleh dilakukan dengan efektif.

Melalui penelitian yang dijalankan, faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan

memperoleh maklumat dan ilmu daripada proses membaca dapat dikurangkan. Selain itu, lebih

ramai orang akan dapat menguasai konsep sebenar pembacaan seterusnya menjadikan membaca

sebagai budaya masyarakat.

[Date]
25
13.0. RUJUKAN

1. http://cikgubm05.blogspot.com/2014/03/teori-membaca.html

2. http://blogketerampilanmembaca.blogspot.com/2014/04/teori-membaca_29.html

3. Buku panduan dan pengeoperasian Program LINUS

4. https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2021/02/786626/fokus-tangani-isu-

literasi-digital

5. Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu
murid-murid sekolah rendah luar Bandar. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

[Date]
26

Anda mungkin juga menyukai