Anda di halaman 1dari 12

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG


KALI KE-29 TAHUN 2017
IPG KAMPUS KENINGAU

25 FEBRUARI 2017 | KOMPLEKS SUKAN KENINGAU

Dirasmikan oleh:

PUAN RUJINAH BINTI MIKI


PENGARAH IPG KAMPUS KENINGAU
CUE Ketibaan Pengarah
AN Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Puan Rujinah binti Miki, Pengarah IPG
N Kampus Keningau, diiringi oleh Encik Losuyun Juhilin Takun dan Encik Mazlan bin
Ngah
CUE Salutations
AN Bismillahirahmanirrahim
N
Yang Berusaha, Puan Rujinah binti Miki, Pengarah IPG Kampus Keningau,
Yang Berusaha, Encik Losuyun Juhilin bin Takun, Timbalan Pengarah IPG
Kampus Keningau,
Yang Berusaha, Encik Mazlan bin Ngah, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG
Kampus Keningau
Yang Berusaha, Encik Jeromie bin Jolly, Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus
Keningau,
Yang Berusaha, Encik Jais bin Siarus, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan IPG Kampus Keningau,
Ketua-ketua Jabatan
Ketua-ketua Unit
Pensyarah kanan
Pensyarah-pensyarah cemerlang
Para pensyarah
Barisan jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2017/2018,
Pegawai-pegawai kejohanan,
Ketua-ketua rumah sukan,
Para atlet kejohanan
Dan seterusnya rakan siswa pendidik sekalian.

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya. Selamat
datang ke KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG IPG KAMPUS KENINGAU
KALI KE-29 BAGI TAHUN 2017.
CUE Perbarisan Lintas Hormat
AN Yang Berusaha Pengarah dan Hadirin Sekalian,
N
Kejohanan Balapan dan Padang pada pagi ini akan membuka tirainya dengan
perarakan masuk perbarisan kontinjen-kontinjen setiap batalion.

Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis menjemput Yang Berusaha Puan


Rujinah binti Miki, pengarah IPG Kampus Keningau untuk menerima lintas hormat
daripada kontinjen-kontinjen perbarisan yang mengambil bahagian pada hari ini.

Dipersilakan.
*********************************************************************************
*
Untuk pengetahuan hadirin, perbarisan pada pagi ini akan diadili oleh tiga orang
hakim iaitu :

1) ENCIK ABDUL HALIM BIN HASHIM


2) DR RONALD YUSRI BATAHONG
3) CIK HAJAH ZAINAB BINTI NAWAB KHAN

MUZIK PERBARISAN

CUE Perarakan masuk Batalion Mat Salleh


AN Melangkah penuh gah, lengkap berbaju merah ialah kontinjen battalion MAT
N SALLEH yang diketuai oleh saudara Wee Wei Chuan,

pembawa bendera saudara_________dan pemegang sepanduk saudari Elfy


Wilnyca Jalumin dengan kekuatan ahli seramai 15 orang kesemuanya.

Turut kelihatan maskot rumah sukan iaitu_____________ Rumah ini berpegang


kepada motto__________.
CUE Perarakan masuk Batalion Korom
AN Seterusnya, berbekalkan motto Korom Hebat, Korom Menyengat, Korom
N Selamanya kontinjen battalion KOROM melangkah masuk segak bergaya
dengan diketuai oleh saudara Syrvisson Sigoh
Pembawa bendera saudara Zulhilmi Syafiq bin Nordin dan pemegang sepanduk
Arizna Elmina binti Arbi. Kekuatan ahli seramai 16 orang kesemuanya. Turut
bersama adalah Bumblebee yang merupakan maskot battalion ini.
CUE Perarakan masuk Batalion Antanom
AN Kontinjen seterusnya yang melangkah dengan gagah berani, berpegang kepada
N motto hot to go ialah kontinjen battalion ANTANOM yang diketuai oleh saudara
_________. Pembawa bendera ialah___________ dan pemegang sepanduk
Nurfarahin Syazeera binti Sapili dengan kekuatan ahli seramai __orang
kesemuanya.

CUE Perarakan masuk Batalion Monsopiad


AN Hadirin sekalian,
N
seterusnya kontinjen battalion Monsopiad. Kontinjen ini diketuai oleh saudara
Ahmad Aiman Bin Mohd Kamaruzaman. Pembawa bendera ialah ____________dan
pembawa sepanduk ialah saudari Amlyn Junai Anak Thomas. Kekuatan ahli
seramai __ orang kesemuanya.

Dengan motto_________________. Batalion Monsopiad


CUE Setelah semua kontinjen masuk baris
AN Demikianlah tadi berakhirnya upacara lintas hormat perarakan masuk perbarisan
N kontinjen batalion.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang berusaha Pengarah atas
kesudian menyempurnakan upacara lintas hormat sebentar tadi.
CUE Nyanyian Lagu NegaraKu dan Sabah Tanah Airku
AN Hadirin yang dihormati sekalian,
N
Nyanyian Lagu NegaraKu dan Sabah Tanah Airku.
*********************************************************************************
*
Majlis mengucapkan terima kasih. Hadirin dijemput duduk.

CUE Ucapan Perasmian


AN Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Puan Rujinah
N binti Miki, Pengarah IPG Kampus Keningau untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 29 IPG Kampus
Keningau.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
*********************************************************************************
*
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Rujinah binti Miki
atas ucapan perasmian itu tadi.
CUE Upacara Menaikkan Bendera Kejohanan
AN Yang Berusaha Pengarah dan hadirin sekalian,
N
Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan yang akan
disempurnakan oleh gabungan IPG Kampus Keningau.
*********************************************************************************
*
Demikianlah tadi berkibarlah sudah bendera Kejohanan Balapan dan Padang IPG
Kampus Keningau kali ke-29 bagi tahun 2017.
CUE Sesi Pengenalan
AN Hadirin sekalian,
N Kita teruskan majlis dengan sesi suai kenal dan pemeriksaan perbarisan
bersama Yang Berusaha Puan Rujinah binti Miki, Pengarah IPG Kampus Keningau.
Untuk itu, dijemput kepada semua ketua penasihat setiap batalion untuk turun
ke arena bagi menyempurnakan sesi suai kenal dan pemeriksaan perbarisan.
Dengan itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Losuyun Juhilin Takun,
Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau bagi mengiringi Yang Berusaha Puan
Rujinah binti Miki, Pengarah IPG Kampus Keningau untuk turun ke arena bagi
menyempurnakan acara pemeriksaan perbarisan.

Dipersilakan.
*********************************************************************************
*
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pengarah atas kesudian
menyempurnakan acara pemeriksaan perbarisan sebentar tadi.
CUE Perbarisan Keluar Baris
AN Majlis diteruskan dengan perbarisan keluar padang oleh kontinjen yang
N mengambil bahagian untuk masuk ke kawasan astaka.

MUZIK PERBARISAN

Dengan berakhirnya upacara keluar baris itu tadi, maka sempurnalah sudah
majlis perasmian Kejohanan Balapan dan Padang IPG Kampus Keningau Kali ke-
29 bagi tahun 2017.
*********************************************************************************
*
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada peserta-peserta yang mengambil
bahagian dalam perbarisan lintas hormat.
CUE Berhenti 5 minit
AN Hadirin sekalian, majlis berhenti rehat selama 5 minit bagi memberi laluan
N kepada peserta cheerleading melakukan persiapan.
Sekian terima kasih.
CUE Pertandingan Cheerleading
AN Hadirin sekalian,
N
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Pertandingan Pasukan Sorak yang akan
menyaksikan persaingan sengit diantara batalion MONSOPIAD, ANTANOM,
MAT SALLEH DAN KOROM bagi merebut gelaran JOHAN PASUKAN SORAK.

Untuk pengetahuan hadirin, pertandingan ini akan diadili oleh tiga orang hakim
iaitu :

1) PUAN PHYLLIS LIM


2) PUAN LYDIA TEO
3) ENCIK ALBERT MARK MAGURING
CUE Cheerleading Batalion Monsopiad
AN Nampaknya semua hakim telah bersedia.
N
Dengan motto pasukan WE ARE THE BEST AMONG THE REST Mari alihkan
tumpuan kita kearah trek larian bagi menyaksikan persembahan Pasukan Sorak
MONSOPIADS CHEERLEADER
*********************************************************************************
*
Terima kasih pasukan sorak dari Batalion MONSOPIAD atas persembahan yang
cukup menarik sebentar tadi. Untuk makluman hadirin sekalian, Ketua Pasukan
Sorak MONSOPIADS CHEERLEADER ialah saudari JEANY ANAK TINGGI.

CUE Cheerleading Batalion Antanom


AN Nampaknya kita sudah bersedia untuk pasukan kedua,
N
Dengan motto HOT TO GO Mari gegarkan Kompleks Sukan Keningau dengan
mempersilakan persembahan kedua daripada pasukan sorak battalion
ANTANOM.
*********************************************************************************
*
Pasukan Sorak ANTANOM diketuai oleh saudari FATIN AMALINA SYAZWANI
BINTI MAHDI. Terima kasih diucapkan atas persembahan sebentar tadi.
CUE Cheerleading Batalion Matsalleh
AN Dengan motto pasukan BIAR SIKIT ASAL CUMIL kita persilakan
N persembahan ketiga daripada pasukan sorak MARSELLA.
*********************************************************************************
*
Untuk makluman hadirin sekalian, pasukan sorak MARSELLA merupakan pasukan
dari battalion MAT SALLEH. Pasukan ini diketuai oleh saudari AZREYNAH
REYNAH AMBARU.

Terima kasih diucapkan atas persembahan sebentar tadi.

CUE Cheerleading Batalion Korom


AN Hadirin sekalian,
N
Tibalah kita ke pasukan sorak yang terakhir. Pasukan ini terdiri daripada 11
perempuan dan 1 orang lelaki. Percaya bahawa KOROM HEBAT, MENYENGAT,
SELAMANYA Majlis dengan bangganya mempersilakan pasukan sorak
*********************************************************************************
*
Untuk makluman hadirin sekalian, Pasukan Sorak Batalion KOROM diketuai oleh
saudara MOHD ASYRAF BIN ABD HAMID. Terima kasih diucapkan atas
persembahan sebentar tadi.
CUE Setelah Semua Batalion Selesai Membuat Persembahan Cheerleading
AN Dengan berakhirnya persembahan sorak dari battalion KOROM itu tadi, maka
N selesailah sudah PERTANDINGAN PASUKAN SORAK kita di kejohanan kali ini.
Majlis dengan ini memberi ruang kepada para hakim untuk menentukan
siapakah pemenangnya.

Sama-sama kita nantikan.

Anda mungkin juga menyukai