Anda di halaman 1dari 4

Skrip Pengacaraan Karnival Bahasa Melayu Sekolah-Sekolah Daerah Tammpin 2023

CUE ANN
Dari Muar pergi ke Pontian,
Salutasi Terus pula ke Kuala Perlis ;
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.

Sungguh manis si buah lokan,


Dibeli dari Pulau Mutiara ;
Selamat datang kami ucapkan,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum w.b.t, Salam sejahtera, salam Malaysia madani.


Salam ABC 2.0, Anak yang baik lagi cerdik,
Ambil peduli, Bina Hubungan, Cipta Kejayaan.

Selamat datang saya ucapkan kepada barisan hakim, para peserta


Pidato, tuan -tuan dan puan-puan ke Karnival Bahasa Melayu bagi
Pertandingan Pidato Peringkat Daerah Tampin tahun 2023.

Kapur gambir dalam puan,


Menggobek sirih tepi serambi ;
Selamat datang hadirin dan taulan,
Tambah sempurna majlis kami.

CUE ANN

Tuan-tuan dan puan-puan,


Pengenalan
Sebelum gelanggang dibuka, molek kiranya saya membacakan peraturan
Peraturan
dan syarat pertandingan Pidato yang akan dijalankan sebentar sahaja lagi.
& Syarat
=========BACA PERATURAN & SYARAT PERTANDINGAN=======

1 Disediakan oleh
………………………. 2023
Skrip Pengacaraan Karnival Bahasa Melayu Sekolah-Sekolah Daerah Tammpin 2023

CUE ANN
Sidang hadirin, pertandingan Pidato kita akan diadili oleh para hakim yang
Pengenalan cukup berpengalaman, arif lagi bijaksana.
Hakim
Kini, saya perkenalkan barisan juri.
1. Diperkenalkan ________________________ bertindak selaku
hakim ____________ yang akan menilai dari segi
_______________________________________.
2. Seterusnya, diperkenalkan ______________________________
bertindak selaku hakim ____________ yang akan menilai dari segi
_______________________________________.
3. Seterusnya, diperkenalkan ______________________________
bertindak selaku hakim ____________ yang akan menilai dari segi
_______________________________________.
4. Seterusnya, diperkenalkan ______________________________
bertindak selaku hakim ____________ yang akan menilai dari segi
_______________________________________.
5. Dan panel hakim Pidato pada hari ini akan diketuai oleh
_____________________ .

Bahagian A Sidang budiman sekalian;


Gelanggang kini dibuka. Untuk makluman semua, tema pidato kita pada
hari ini ialah Wira Anti Rasuah.

Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan adik


__________________________ daripada _____________________
tampil ke persada majlis bagi menyampaikan pidato. Dipersilakan.
==================PIDATO==============================

Begitulah tadi, pidato yang disampaikan dengan bersemangat dan lantang.


Seterusnya, majlis mempersilakan peserta kedua
__________________________________ daripada

2 Disediakan oleh
………………………. 2023
Skrip Pengacaraan Karnival Bahasa Melayu Sekolah-Sekolah Daerah Tammpin 2023

_____________________________ untuk menyampaikan pidatonya.


Majlis mempersilakan.

Bahagian B Sidang hadirin,


Kini, majlis bertukar rentak. Slot Pidato Bahagian B iaitu Pidato Spontan
akan dimulakan.

=========BACA SYARAT PERTANDINGAN PIDATO SPONTAN=====


Nampaknya, para peserta juga kelihatan tidak sabar memulakan acara.
Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan adik
_______________________daripada __________________ untuk
melakukan cabutan sampul . Majlis mempersilakan.

Penutup Saya mewakili pihak majlis, merakamkan ucapan terima kasih kepada para
hakim dan peserta kerana menjayakan Pertandingan Pidato kita
pada hari ini.
Tiada kata seindah madah,
Lagu dicipta tersentuh rasa ;
Jika ada silap dan salah,
Maaf dipinta setiap masa.

Untuk makluman semua, keputusan akhir Pertandingan Pidato kita akan


ketahui semasa Majlis Penutupan Karnival Bahasa Melayu di Dewan
Perwira. Mohon kerjasama para peserta dan guru pengiring dapat
bersama-sama berada di dalam dewan bagi menjayakan
Majlis Penutup kita nanti.

Sekian, saya akhiri dengan kalam suci wabillahitaufiq, walhidayah.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

3 Disediakan oleh
………………………. 2023
Skrip Pengacaraan Karnival Bahasa Melayu Sekolah-Sekolah Daerah Tammpin 2023

4 Disediakan oleh
………………………. 2023

Anda mungkin juga menyukai