Anda di halaman 1dari 5

Falsafah Pendidikan Islam

//Definisi Falsafah Pendidikan Islam:


“Sejumlah prinsip, kepercayaan dan premis yang diambil dari ajaran Islam atau sesuai dengan
semangatnya serta mempunyai kepentingan terapan dan bimbingan dalam bidang pendidikan.”

//Perbicangan kita ditumpukan pada perkara-perkara


berikut:
1) Pentingnya pendidikan untuk kemajuan masyarakat Islam.

2) Pembinaan falsafah pendidikan yang sesuai bagi pendidikan dalam masyarakat Islam sebagai
langkah pertama untuk memperbaiki pendidikan ini.

3) Konsep yang sesuai bagi falsafah pendidikan.

4) Sumber-sumber yang harus menjadi rujukan falsafah pendidikan dalam masyarakat Islam.

5) Unsur dan syarat falsafah pendidikan yang diambil dari Islam.

6) Prinsip-prinsip falsafah dan pendidikan sebagai tunggak falsafah pendidikan Islam.

Masyarakat Islam ingin melaksanakan Islam dengan sempurna dalam segala urusan kehidupan. Kita
berusaha menerapkan unsur keislaman kepada seluruh sistem hidup kita seperti pendidikan,
ekonomi, sosial dan politik.

Philo: love

Sophy: wisdom

//Pentingnya Pendidikan untuk kemajuan masyarakat


Islam
Masyarakat Islam mengalami berbagai-bagai masalahbudaya, ekonomi, sosial dan politik.

Kenapa?

Kerana orang Islam tidak melaksanakan dengan sempurna ajaran-ajaran


dan hukum-hukum agama dalam segala urusan kehidupan mereka.

Akibat daripada tindakan mereka meninggalkan ajaran-ajaran agama dan melupakan sumber-
sumber kekuatan dan kemuliaan yang mengajak kepada ilmu yang berfaedah, amal salih dan
berjihad pada jalan Allah.

Mereka mengikut orang lain dalam semua perkara termasuk sistem pendidikan, ekonomi, politik dan
perundangan. Mereka melaksanakan sistem yang asing daripada nilai-nilai agama dan budaya Islam
yang sejati. Ini menyebabkan mereka kehilangan identiti Islam yang unik yang merupakan ciri-ciri
khusus mereka pada zaman keemaasan dan keagungan Islam.

1
Falsafah Pendidikan Islam

//Pentingnya pendidikan untuk pertumbuhan individu Muslim:


i. Membentuk peribadinya dan mengembangkan berbagai-bagai aspek kearah yang
diingini oleh masyarakat Islam.

ii. Memperkenalkan kepada individu Muslim akan hak-hak yang diberi kepadanya oleh
Allah swt sebagai individu dalam sebuah masyarakat Islam, begitu juga kewajipan,
tanggungjawab dll.

iii. Dipersiapkan dengan betul untuk menikmati dan menggunakan dengan bijaksana
hak-hak itu dan memikul segala kewajipan, tanggungjawab dan kemestian dengan
penuh kemampuan.

iv. Dipersiapkan untuk mengadakan hubungan sosial yang berhasil dan kehidupan
ekonomi yang produktif.

//Pertumbuhan individu Muslim secara jasmani:


i. Pertumbuhan jasmani dari segi struktur dan fungsi.

ii. Ia membantu individu menumbuhkan kesediaan, bakat, kemahiran dan kekuatan jasmaninya,
begitu juga memperolehi pengatahuan, kemahiran, sikap yang betul yang
membolehkannya mencapai kesihatan jasmani yang wajar, keserasian badan yang sesuai
dengan memelihara kesihatan dan keserasian ini.

//Pertumbuhan individu Muslim secara intelektual:


i. Menyingkap, mengembang dan menumbuhkan kesediaan, bakat, minat dan kemampuan
aqalnya serta memberikannya pengetahuan dan kemahiran aqal yang perlu dalam
hidupnya.

//Pertumbuhan psikologi pendidikan individu Muslim:


i. Dapat menolong individu Muslim mendidik dan menghaluskan perasaannya dan
mengarahkannya ke arah yang diingini, ia menjadi kekuatan dan motivasi ke arah
kebaikan dan kerja yang membina serta berhasil yang dapat mencapai faedah untuk
dirinya dan faedah untuk masyarakat tempat ia hidup.

ii. Menolong menumbuhkan perasaan kemanusiaan yang mulia yang menjadikannya manusia
yang mencintai kebaikan bagi orang lain.

iii. Berinteraksi dengan mereka, turut merasakan penderitaan dan masalah-masalah mereka
dan berusaha serta berkorban untuk mereka.

iv. Menolong dia menyesuaikan diri dengan dirinya sendiri dan dengan masyarakatnya.

2
Falsafah Pendidikan Islam

//Pertumbuhan spiritual dan moral individu Muslim:


i. Menguatkan iman, ‘aqidah dan pengetahuannya terhadap Tuhan dan terhadap hukum,
ajaran dan moral agamanya.

ii. Memberikan kesedaran pada individu terhadap ajaran-ajaran agama dan nilai-nilainya dalam
kehidupan sehari-hari dan pada seluruh bentuk tingkah lakunya.

iii. Memberi kesedaran pada individu tentang hubungannya sama ada dengan Allah,
masyarakat atau dengan seluruh makhluq yang lain.

//Pertumbuhan sosial individu Muslim:

i. Dapat memainkan peranan utama untuk melengkapkan individu menghadapi kehidupan


sosial yang berhasil dan produktif.

Pendidikan yang baik bererti pendidikan yang dapat membawa kepada pertumbuhan individu dan
masyarakat yang menyeluruh.

//Konsep yang sesuai bagi falsafah pendidikan dalam


masyarakat Islam
Falsafah ialah cinta hikmah (kebijaksanaan)

mencari dan meluangkan waktu untuk


Orang yang cinta kepada hikmah selalu
mencapainya, mempunyai sikap positif terhadap falsafah dan terhadap
hakikat sesuatu, berusaha menghubungkan sebab dan akibatnya, dan juga
berusaha mentafsirkan pengalaman-pengalaman kemanusiaan.

orang yang paling bijaksana bukanlah


Hikmah dan pengetahuan bukan serupa:
selalunya orang yang paling banyak dan paling tinggi pengetahuannya.

Kebijaksanaan mengandungi kematangan pandangan dan mendalam fikirannya.


Memiliki “insight” (basirah), pemahaman dan tanggapan bahawa pengetahuan sahaja tidak sanggup
untuk mencapai falsafah. Dengan ciri-ciri tersebut, hikmah ialah pengetahuan yang disertai
penggunaan yang baik dan kesanggupan untuk melaksanakannya.

dia sanggup menilai situasi dan


Seorang yang mempunyai “hikmah” ialah apabila
kedudukan dari segala seginya, usaha terhadap segala bidang pengalaman
manusia, perhatiannya melewati batas-batas yang sempit dan faedah
peribadinya, memiliki “insight” dan kesanggupan bertindak dengan baik,
mengambil kesimpulan terhadap sesuatu secara kritikal, mengaitkan sebab
dan akibatnya, mengkritik pendapat dan menganalisanya, dan
3
Falsafah Pendidikan Islam

mengembalikannya kepada motif yang menyebabkannya dan membela


pendapat itu dengan hujah yang logik dan tepat.

//Sumber-sumber dari mana sepatutnya falsafah


pendidikan diambil
a) Al-Quran

b) Hadith/ Sunnah

c) Ijma’

d) Qiyas

Syaratnya:

i. Mereka harus mengaitkan semua faktor dan sumber ini dengan sumber Islam yang kekal,
juga dengan kandungan yang terdiri dari ‘aqidah yang sesuai dengan fitrah, diterima
oleh aqal yang sihat dan disenangi oleh hati yang bersih.

ii. Ia juga harus dikaitkan dengan nilai akhlaq dan prinsip serta fakta yang tidak dapat diragukan
mengenai alam sekitar dan kehidupan, tentang pencipta alam, manusia dan kehidupan
yang terkandung dalam sumber-sumber Islam itu.

iii. Begitu juga dengan hubungan antara manusia dan semua yang ada dalam alam yang luas ini
sama ada benda atau bukan dengan penciptanya, iaitu Allah swt.

Ajakan kembali kepada Islam bukan sekadar ajakan kepada peninggalan masa lalu yang harus
diperlihara, tetapi ajakan kepada sumber penting, dinamik, berkembang dan progresif sepanjang
zaman. Ia memiliki fleksibiliti pada prinsip-prinsip amnya yang berkenaan dengan penyusunan
kehidupan manusia menyebabkan ia sesuai bagi setiap waktu dan tempat.

Prinsip-prinsip Islam mempunyai sifat yang menyeluruh yang dapat menerapkan kebaikan, keadilan
dan kesesuaian bagi individu, masyarakat dan kemanusiaan seluruhnya dan juga mengatasi semua
prinsip dan teori baru. Ia mempunyai banyak keistimewaannya berbanding dengan prinsip-prinsip
sekular:

1) Prinsip-prinsip Islam menyatukan kita dari segi pemikiran, dan pemikiran pendidikan akan
selaras dengan pemikiran agama kita, begitu juga otak kita akan selaras dengan hati nurani
dan perasaan keagamaan kita. Ia menjauhkan kita dari dualisme seperti dalam pemikiran
orang Barat dan pengikut-pengikutnya yang memisahkan antara agama dengan negara
dalam kehidupan. Ia juga menolong menghapuskan dualisme yang wujud dalam banyak
negara Islam antara pendidikan Islam asli yang diwarisi dan pendidikan Barat yang diimport.

2) Menekankan kekuatan kepercyaan kita kepada agama, rasa bangga terhadap pemikiran dan
peninggalan Islam dan menguatkan identiti Islam. Ia juga membebaskan sistem pendidikan
dari kebingungan dan kesesatan, membawa kita kepada prinsip-prinsip agama yang jernih,

4
Falsafah Pendidikan Islam

mengembalikan kepimpinan yang telah hilang disebabkan kemunduran kita, memberi


peluang untuk kita membentuk generasi-generasi yang berjiwa Islam dan berpengetahuan
dalam berbagai-bagai bidang; kerana ahli-ahli kita sekarang tidak pernah disediakan untuk
menjadi ahli, hanya ahli meniru dari Barat.

//Prinsip yang menjadi dasar pandangan Islam


terhadap:
a) Alam semesta

b) Manusia

c) Masyarakat

d) Pengetahuan manusia

e) akhlaq

Anda mungkin juga menyukai