Anda di halaman 1dari 2

Azmie bin Trip

SMK Tambulion Kota Belud


89158, Kota Belud
Sabah

Guru Besar
SK Kuala Abai
Peti Surat 156
89159, Kota Belud
Sabah. 23 OGOS 2023

Tuan/Puan

MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN PADANG UNTUK LATIHAN PASUKAN HOKI SAGA KB

Merujuk kepada perkara diatas adalah dengan ini saya selaku pengurus pasukan hoki lelaki SAGA
Kota Belud 2023 memohon jasa baik tuan/puan untuk memberikan kami kebenaran untuk
menggunakan padang SK Kuala Abai untuk tujuan latihan.

02. Pasukan kami akan mengikuti Kejohanan Kelayakan SAGA 2023 pada 28 hingga 30 Ogos di
Stadium Hoki Likas. Lebih separuh pemain pasukan kami tinggal di kampung Kuala Abai dan
kebenaran untuk berlatih di SK Kuala Abai amat memudahkan bagi kami semua.

03. Berikut ialah tarikh dan masa latihan yang telah kami rancang:-
Tarikh : 24-27 Ogos 2023
Masa : 7.30-9.30 pagi dan 3.30-5.30 petang

04. Saya sebagai pengurus pasukan akan memastikan para pemain mematuhi semua peraturan
yang telah ditetapkan pihak sekolah dan akan menjaga kebersihan kawasan sekolah. Semoga
permohonan kami ini mendapat perhatian dan kelulusan. Kami amat menghargai jasa baik pihak
tuan.
Sekian dan terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan Amanah.

…………………………………………..
Azmie bin Trip
Pengurus Pasukan Hoki Lelaki
SAGA Kota Belud

Anda mungkin juga menyukai