Anda di halaman 1dari 3

Kursus Kejurulatihan dan Kepegawaian Permainan Hoki

a) ISU / MASALAH
Tarikh pelaksanaan Kursus Kejurulatihan dan Kepegawaian Permainan Hoki
yang sebenarnya pada 7-9 Ogos 2014 ditundakan kepada 21-23 Ogos 2014
disebabkan penceramah tidak dapat datang pada masa yang telah ditetapkan.
Bukan itu sahaja, kami juga tidak dapat menggunakan bilik kuliah pendidikan
jasmani untuk menjalani kursus. Hal ini demikian kerana guru-guru Program
Pensiswazahan Guru (PPG) perlu menghadiri kuliah dan kami perlu menggunakan
kabin 4 sebagai tempat pelaksanaan kursus kejurulatihan.

b) KEKUATAN
Penceramah iaitu Encik Azman bin Abdul Aziz telah menyampaikan kursus
kejurulatihan dan kepegawaian dengan jelas dan bermaklumat. Hal ini dapat
dibuktikan apabila beliau telah menyalurkan informasi-informasi yang mantap
tentang kelengkapan penjaga gol hoki, ukuran gelanggang hoki, kejohanan hoki di
Malaysia, legenda hoki Malaysia, undang-undang asas dalam permainan hoki dan
sebagainya.
Selain itu, guru pelatih juga dapat mempelajari dan mengaplikasikan undang-
undang permainan hoki melalui permainan antara dua pasukan. Hal ini dapat
ditunjukkan apabila mereka mengetahui tentang pukulan sudut penalti, pukulan 16
ela, penalti strok, tolakan percuma dan sebagainya dengan jelas.
Di samping itu, guru pelatih juga berpeluang untuk menguasai teknik dan
kemahiran dalam permainan hoki. Antara kemahiran asas dalam permainan hoki
merangkumi kemahiran menolak bola, menahan bola, mengelecek bola, memukul
bola, menguis bola, mengawal dan merebut bola serta menjaga gol.
Tambahan pula, nilai-nilai murni seperti kesabaran, berdisiplin, bekerjasama,
toleransi dan sebagainya dapat diterapkan dalam diri guru pelatih. Contohnya,
walaupun perlu menghadapi cuaca panas terik, guru pelatih tetap sabar dan
memberikan kerjasama sepenuhnya dalam permainan hoki.
c) KELEMAHAN
Antara kelemahan ialah jarak dari kolej kediaman guru pelatih ke kabin 4
sangat jauh khususnya pada waktu malam. Hal ini demikian kerana guru pelatih
perlu berjalan kaki ke kabin 4 dalam keadaan yang gelap selama lima belas minit.
Sesetengah guru pelatih juga tidak menepati masa semasa menghadiri
kursus tersebut. Hal ini demikian kerana mereka bersikap sambil lewa tanpa
mengendahkan kepentingan menepati masa. Oleh hal yang demikian, slot tertentu
terpaksa ditangguhkan.
Amali dalam permainan hoki adalah kurang dan bertumpu dalam masa sehari
sahaja. Hal ini demikian kerana kami berpendapat bahawa latih tubi perlu
dilaksanakan secara berterusan agar kami dapat menguasai kemahiran permainan
hoki dengan lebih cekap.

d) PELUANG
Kursus kejurulatihan memberikan kami peluang untuk mempelajari banyak
ilmu pengetahuan yang boleh diaplikasikan di sekolah kelak. Contohnya, kami dapat
melukis gelanggang hoki dengan ukuran yang tepat, mempelajari prosedur
penganjuran kejohanan hoki di peringkat sekolah dan mempelajari cara pengisian
borang pemarkahan permainan hoki.
Selain itu, kami juga berkeyakinan tinggi untuk menyertai pertandingan hoki
yang sebenar. Hal ini demikian kerana kami sentiasa bersikap positif dan akan
melakukan praktis secara berterusan agar mempunyai stamina yang baik dalam
permainan hoki.
Kami juga berpeluang untuk menimba pengalaman dan kemahiran
merancang, mengelola dan menguruskan kursus kejurulatihan dan kepegawaian
permainan hoki. Misalnya, kami dapat mengetahui prosedur perancangan yang perlu
dilaksanakan sebelum penganjuran kejohanan hoki yang sebenar. Oleh itu, Guru
Penolong Kanan Kokurikulum yang dibantu oleh penyelaras kokurikulum dan
setiausaha sukan perlu berbincang terlebih dahulu agar segala pelaksanaan dapat
berjalan dengan lancar.
e) ANCAMAN
Bola terkena bahagian badan pemain terutamanya bahagian kaki secara tidak
sengaja semasa permainan hoki dijalankan. Sesetengah guru pelatih juga
mengangkat kayu hoki melepasi bahu dan secara tidak langsung telah menakutkan
pihak lawan. Bukan itu sahaja, hujan yang lebat juga menyebabkan aktiviti
permainan hoki tidak dapat berjalan dengan lancar.

Anda mungkin juga menyukai