Anda di halaman 1dari 1

CINTAILAH BAHASA KITA Pengarah, Jabatan Pelajaran Perlis, Jalan Tun Razak, 01990 Kangar, Perlis.

Tuan,

Ruj.Kami : SKSIPs.07/03 ( 25 ) Tarikh : 6 Oktober 2006

MEMOHON PERUNTUKAN PENDAWAIAN ELEKTRIK SEKOLAH Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa pendawaian semula perlu dilakukan untuk Blok Kenari dan Kancil memandangkan tempoh pendawaian asal terlalu lama dan uzur. 3. Peralatan seperti kipas, suis dan lampu juga rosak dan uzur.

4. Bangunan Kancil menempatkan murid-murid Tahun Satu yang kemungkinan besar akan menempatkan anak Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perlis pada tahun 2007. Perhatian dan tindakan tuan didahului dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

(AZMI BIN MUSA) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Seri Indra, Kangar, Perlis.
AM/sma.

Anda mungkin juga menyukai