Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SERI INDERA, No. Tel : 01000 KANGAR, PERLIS.

9760169 No. Fax :


1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

0404-

Ruj.Kami : SKSIPs.07/06 (31) Tarikh : 07 Mei 2012 Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md. Isa bin Sabu, Menteri Besar Perlis, 01000 KANGAR. Yang Amat Berhormat, MOHON SUMBANGAN KERTAS PENDUA (A4) Dengan segala hormatnya saya dengan rendah diri merujuk kepada perkara yang di atas. 2. Sukacita dimaklumkan pihak sekolah banyak menggunakan kertas pendua bagi menyediakan latihan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam akademik. Oleh itu pihak sekolah memerlukan kertas pendua yang banyak bagi mencetak soalan-soalan. 3. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami sekiranya YAB dapat menyalurkan sumbangan tersebut bagi meringankan beban penggunaan kertas yang terpaksa ditanggung oleh pihak sekolah. 4. Perhatian dan keperihatinan YAB amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

(GHAZALI BIN KASSIM, PJK) Guru Besar, Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera, Kangar, Perlis.
/wan

Anda mungkin juga menyukai