Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) KERUH

33100 ,PENGKALAN HULU, PERAK


KOD SEKOLAH: ABD 7047
PERAK EXCELENT Tel & Faks : 04-4778909
Emel : ABD7047@1bestarinet.yes.my

Ruj. Kami :
Tarikh : 03 Januari 2017

Setiausaha Jawatankuasa Penaja


Persatuan Alam Sekitar,
SJKT Keruh
33100 Pengkalan Hulu,Perak

Melalui : Guru Penasihat/Pemimpin Jawatankuasa Penaja Persatuan Alam Sekitar

KELULUSAN PERMOHONAN MENUBUHKAN PERSATUAN ALAM SEKITAR 2017

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Merujuk surat tuan dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya
oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta
Kerajaan bertarikh 21 hb Mei 1998 P.U. (A) 196, sukacita dimaklumkan permohonan tuan
untuk menubuhkan Persatuan Alam Sekitar bagi tahun persekolahan 2017 adalah
DILULUSKAN berkuatkuasa mulai 4 JAN 2017.

3. Semoga jawatankuasa Persatuan Alam Sekitar dapat melaksanakan aktiviti serta


tugas dengan penuh dedikasi dan efektif.

4. Sukacita dimaklumkan bahawa kelulusan ini adalah tertakluk kepada peraturan-


peraturan kokurikulum SJKT Keruh. Maka ia perlu dipatuhi supaya pembangunan serta
pencapaian kokurikulum menjadi peneraju kecemerlangan kokurikulum SJKT Keruh pada
tahun 2017.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

.........................................
(PN.M.SELVARANI,PJK)
Guru Besar,
SJKT Keruh

s.k. : Penolong Kanan Kokurikulum


SJKT KERUH

Anda mungkin juga menyukai